2011-05-03

Di manakah nak makan? Jangan sebut 'makan di mulut'. Aku terajang kang.

*gambar-gambar di sini adelah Green Apple sebelum berhijab*


Hari tu boring-boring cuti panjang takde apa nak buat, aku ajak En Wan balik Bangi. Rasa semak kepala terperap kat Putra Heights sepanjang minggu.
Masa nak gi rumah Mak Aji tu lalu depan shop houses area PKNS, terpandangkan Yati Ayam Percik. Walaupun aku tak makan lauk percik sebab tak best (gila direct statement. Marah orang Kelantan baca ni), tapi macam restoran tu memanggil-manggil.

Plan asalnya nak makan satey Haji Samuri kat Stadium Kajang nun, tapi si Ibal cakap orang dah tak makan satey Haji Samuri dah. Orang semua lari ke satey urat keting. Aku tak penah dengar nama satey ni. Urat keting ni apakejadah pun aku tak tau. Tapi aku terbayangkan kaki lembu yang kedi. Tak tau pesal.

Tapi Ibal dah warn aku kedai urat keting ni takde la spesel sangat, lagipun selalu penuh. Membayangkan suasana bersesak-sesak nak carik meja, pastu tunggu order lembab nak mati dah membuatkan aku mati syahwat nak try. Kalau aku berdua je ngan En Wan boleh gak ku gagah-gagahkan. Ni bawak Rayyan, pastu si Redza ni bangsa tak makan sound. Kang balik-balik orang dengar suara aku bertempik.

Kensel.

Ibal kata Yati Ayam Percik sedap. Baru aku tau kat situ dia fokus kat nasi kerabu.

Aku tak tau adik ni rupanya berdiri kat situ sebab nak bagi laluan aku ambik gamba. Yang aku ni tunggu la dia lalu, tapi sambil halakan henfon ke arah dia. Yang dia tunggu aku snap. Ada la 2 minit dia tercegat kat situ. Mahap la dik, ye. Akak first time masuk kedai ni, so kebatakkannya tidak mampu dikawal.

Restoran yang selesa.

Ada ruang untuk ko makan bersila. Nak gak duduk kat area yang bersila tu. Tapi memikirkan yang aku bawak ni ada 4 orang golongan veteran, kang satu hal lak nak bangun payah. Lagipun aku lupa aku pakai PB. Mana boleh dowhhh pakai PB sambil nak bersila-sila segala. Pulak tu ko nak hadap nasi sepinggan terak. Melantun cangkuk PB aku kang.

Kalau ko nak bawak keluarga yang ramai dan spesis suara petir, boleh la berkunjung ke sini. Sini boleh nak gelak-gelak hentak meja. Jangan buat perangai ni kat Little White Cafe tu ye. Konfem orang mark ko ulu banat.


Dah lama aku tak camwhore kan?

Masa ni flash tak function pulak
(tak payah la gigih nak explain, Dianaaaaaaaa)


Tak abis-abis main telifon. Asal aku tanya 'Ngan sape ko melayan tu?'

'Member aku la, laki'.

Aik??? Manjang je lelaki. Ko ni straight ke tak??


Service dia cepat.
Provided ko order benda yang common la, like nasi kerabu ayam percik or nasi kerabu daging bakar.

Ari tu aku order nasi kerabu with ayam goreng berempah, ha kauuuu.
Orang lain dah 3/4 pinggan, aku baru nak Bismillah.
Tu pun dah kenyang sebab aku belasah nasi orang lain sama.

Kat sini dia punya nasi kerabu memang dah siap set-set.

Set A : Nasi kerabu + ayam percik
Set B : Nasi kerabu + daging bakar

Fokus memang kat nasi kerabu tapi nasi goreng pun ada.
Tapi takkan jauh-jauh jalan takat nak makan nasik goreng kotttt.
Kalau setakat nak makan nasik goreng dengan telur mata, baik makan kat rumah je la.


En Wan punya. Nasi kerabu with daging bakar.
Oh yes lupa. Nasi kerabu set dia cuma nasi, daging and sayur-sayur. Ko nak telur masin, order lain.


Ibal punya. Nasi kerabu with ayam percik.
Ini lah menu utama dia. Sebab tu kedai dia nama Yati Ayam Percik.


Yang ni nasik aku.
Aku order nasi kerabu kosong sebab aku nak makan dengan ayam goreng berempah (side order)


Solok lada.

Ni untuk Mak Aji and mak mertua aku. Sebab dorang taknak makan daging, ayam mahupun ikan. Sebab satu-satunya lauk ikan adelah ikan keli.

Aku kalau makan nasik kerabu, bendalah ni memang takkan ada dalam pinggan aku. Tak reti sungguh aku nak makan hampas-hampas kelapa ni semua.


Sata.
Pun aku tak makan.
Kalau sate, laju.


Lai Ci Kang sejuk.

Pak Aji order Lai Ci Kang panas sebab dia batuk. Menantu yang bijaksana telah mengorderkan Lai Ci Kang sejuk. Aku suruh dia perabiskan. Kau salah order kan? Kau makan!

2 minggu lepas aku sembang ngan mak mertua aku pasal Pasar Payang. Aku pun bukak la cerita masa time aku kawen dulu, rombongan pihak aku gi melepak kat Pasar Payang makan cendol. Rombongan datang satu bas lak tu. Uncle aku approached pakcik yang jual cendol atas basikal, dia order satu tong terus. Mesti bahagia pakcik tu, siang-siang cendol dah selesai dek piranha-piranha KL datang makan.

Mak aku cerita la kat Pasar Payang tu ada satu gerai tu jual air cikong.
Dia cakap punya banyak isi dalam air tu.
Balik Tganu baru-baru ni aku ajak En Wan gi carik air ni. En Wan kata dia tak penah dengar nama air ni. Sentap-sentap aku dalam keta kena marah ngan En Wan.

Rupanya Air Lai Ci Kang.
Aku lupa mak mertua aku anak jati Tganu. Of cos la bunyik Tganu.
....kelaporang...bijok...bayor...mok...lai ci kong.


Redza punya - kepok lekor.
Padahal kepok lekor ni kat rumah aku tak pernah terputus bekalan sejak seploh tahun lepas.
Tapi nak jugak order kepok lekor kat luar.


Kalau makan, Redza kena duduk jauh dari aku. Sebab aku memang pantang budak-budak yang menggeletis tak reti duduk diam kejap-kejap sudu jatuh, kejap air tumpah. Memang aku hayun je sekali. Tu pasal Redza kalau makan mesti duduk sebelah bapak dia or at least dekat-dekat dengan bapak dia. Yang penting jauh dari aku. Kalau duduk dekat ngan aku, ada yang budak ni makan garpu.


Mamat ni kalau dapat lauk Tganu memang lupa diri. Makan dengan fokus. Sikit tak pelawa aku.


Minah kelabu ni pantang nampak henfon walaupun henfon orang lain, mesti feeling-feeling Tyra Banks.
(tang mana yang Tyra-nya kau nih??? Secebis Tyra pun takde!)

Aku rasa boleh tahan la makan kat sini.
Harga reasonable. That nite aku makan :

Set nasi kerabu with ayam percik
Set nasi kerabu with daging bakar
Set nasi goreng with ayam percik
Nasi kerabu kosong x 3
Telur masin x 4
Solok lada x 4
Kepok lekor
Drinks x 9 (En Wan kena paksa habiskan Lai Ci Kang salah order)

Total : RM105.00

Ok laaaa.
Tempat selesa.
Makanan sedap.
Service cepat.

Tapi kalau nak suruh aku pegi lagi, tunggu gaji la. Nak mampos tetiap minggu makan ratus-ratus? Berguguran rambut dan roma.



Mak mertua aku jatuh masa balik Tganu tu hari. Suruh pi X-Ray dan-dan kaki dah baik. Padahal jalan terhencot-hencot. Biasa la kan, orang tua. Sebut hospital pun dah seriau apetah lagi ko nak suruh X-Ray.

Malam tu bibik aku taknak turun makan, dia nak tinggal dalam kereta sebab dia kesiankan Rayyan tengah tido. So, kitorang bungkuskan je.

Kitorang kan bangsa kalau dah berjumpa tak reti nak balik. Sian mak mertua aku, menguap tunggu kitorang habis borak. So dia mintak diri masuk kereta dulu, lagipun dia nak tengok cucu dia tido. Ibal pun mempelawa diri teman mak aku sampai kereta yang aku tak tahan tu. Hoiii, mak aku takde anak pompuan dahhhhhhhhhh. Takyah leeee.



Selama ni kalau ada reader blog ni yang terserempak dengan aku, aku dapat tau sehari-dua lepas tu. Tapi masa makan kat sini, this reader terus hantar mesej dan-dan tu gak. Dah la masa tu aku macam sakai. Mesti budak ni boleh denfar suara aku kuat gila menyusun-nyusun tempat duduk. Waiter pun tak kecoh macam aku.