2011-04-02

In Memory Of Leslie Cheung



Sorry la ye.
Aku masih dalam mood 'berkabung'. Kecuali pukul 10-12 malam semalam aku join terbahak-bahak layan Maharaja Lawak yang series lawak tak boleh blah except si I'm Sorry tu. Lepas kul 12, aku bertukar jadi Neng Yatimah balik semula.

Kalau ada Chinese yang terlajak masuk dalam blog aku, boleh tolong confirmkan dalam movie A Better Tomorrow II, one of the pelakon tu Tsui Hark ke?

I'm glad ada orang berminat nak tau apesal aku chenta ngan Leslie.

Those yang rasa nak kenal Leslie, aku suggest tengok dulu movie A Better Tomorrow. Movie A Better Tomorrow ni (video) adelah yang the best bagi aku sebab citer dia best gila (mau tak best? Leslie + Ti Lung + Chow Yun Fatt dalam satu filem!) and lagu yang Leslie nyanyi ni pun sedap gilaaaaaaaa. Masa dia mati, the 4 Heavenly Kings (Andy Lau, Jacky Cheung, Aaron Kwok and Leon Lai) tribute to him nyanyi lagu yang sama.




Kebetulan dia mati 2-3 hari before Hong Kong Film Awards so semua preparation bertukar jadi majlis yang ado-ado je sebab dia mati, thus the tribute yang macam siap tak berapa nak siap ni.


Lepas tengok filem A Better Tomorrow, try tengok Once A Thief pulak.


This one, again dia dengan Chow Yun Fatt and Sape nama awek ni, Cherrie Cheung kalau tak silap.


This is the first movie Leslie yang aku beli. Masa tu videotape lagi. Aku ingat lagi aku beli kat Mall yang bangunan kaler-kaler kat Cheras tu. Leisure Mall ke, Phoenix Plaza ntah. Kemut-kemut duit sebab nak beli videotape. Padahal citer ni dah quiet a while jugak released tapi aku mana ada duit dowhh, asal lalu depan Speedy je aku mesti masuk and check videotape Leslie tapi tak beli-beli gak. Ko bayangkan la, aku minat Leslie dari age 12, asal ada muka dia kuar kat paper, aku gunting simpan. Simpan dalam purse okkk. Tak main la tampal kat scrap book. Bila dapat beli videotape Leslie, aku kuar dari Speedy pegang kuat-kuat the plastic bag, gila sayang dengan videotape tu macamkan dapat beli si Leslie ni terus. Padahal?

Dan-dan tu ajak Pak Aji ngan Mak Aji balik rumah. Rasa dah takde apa yang best kat mall ni, balik je la. Orang tua tu baru plan nak menyinggah kedai makan. No!! Aku kata balik, balik! Aku tak sabar nak tengok citer tu.

Malam tu aku tido peluk videotape okk.
Sampai Mak Aji runsing tengok perangai aku. Dia takut aku kawen dengan cina.
Masalahnya ada ke cina yang nak kat aku? Tengok kulit aku pun dia pikir 44 kali.

Hari-hari aku pasang videotape yang sama. Aku siap berlatih how to pronounce simple words like 'Chan Tik Ngoi Nei', 'Ngo Yun Yi'. Yang tak paham, sila tanya kepada yang paham.
Aku layan Jade Solid Gold every Friday kul 6pm.
Masa ni tuition pun tuang. Asal Jemahat je aku migrain. Aku taknak termiss sepatah perkataan kat Jade Solid Gold tu pun walaupun aku tak pernah paham apa dorang cakap. Tapi reaksi dorang bercakap tu macam aku tau je apa dia nak bagitau.

Tak cukup dengan tu, aku start beli Galaxy.
Galaxy kan ada column Hong Kong Artists. Masa ni takde muka Leslie pun takpela, janji aku kenal cina-cina yang ada dalam magazine tu. Rasa bila aku kenal dorang, aku dekat sangat kat Leslie.

Err, ada macam saiko tak bunyiknya?



Lepas layan dua movie ni, try layan this movie pulak - He's A Woman, She's A Man.


Citer ni love comedy dan dia berlakon dengan Anita Yuen. Marvellesssssssssss. The sequel cari Who's The Woman, Who's The Man.

Oh yes, semua video yang aku letak kat sini, semua korang leh layan the movie kat YouTube ye. Pandai-pandailah carik.

Citer ni pun aku beli kat Speedy kat mall Cheras tu.
Masa ni Mak Aji dah start fedup dengan aku sebab aku gila Leslie.
Oh, silap. Masa ni bukan setakat gila Leslie but beberapa orang cina yang lain. Bukak almari aku penuh poster artis Hong Kong. Sampai one day Mak Aji mengamuk and koyakkan poster Leslie aku yang aku beli dari Arifah. Memang aku bengang bengang bengang gila tahap nak berdemonstrasi jalanan!




Then, try layan movie ni. Soundtrack dia best. Also Leslie yang nyanyi. Big big stars dalam filem ni : Leslie, Andy Lau, Maggie Cheung, Carina Lau and hujung2 ada Tony Leung. Tapi citer ni berat sikit. Dan sad ending. Aku tak puas hati ending citer ni.





Sila tanya mana-mana chinese yang pernah tengok filem ni, adekah ianya best??
Jawapannya (aku jawabkan sebab aku pasti sangat jawapannya) adelah BEST BERGANDA!
Melalui filem ni la, omputih-omputih kat Cannes sibuk tanya sape Leslie. Blah la. Citer ni sedih sangat. Tapi citer zaman-zaman Dinasti la.


Banyak lagi.
Tapi kalau rajin, layan la yang ni dulu.
Pasti korang semua berebut-rebut nak jadi madu aku pastu.