2011-02-10

Please ye, aku tak perlukan sampah-sampah macam ni dalam mailbox aku.




Misi anda nak menipu adelah konfem gagal kerana :

1. Kot ye pun nak tunjuk kau kaya, duit berkeliaran, silalah tukar meja makan dulu. Kesian sangat aku tengok meja makan kau ni. Berkerak.

2. Ni apa kes duit kemain berkeliaran lagi, tapi pakai T shirt kepam. Chait.

3. Brader ni beria-ia tunjuk duit tapi muka lemau. Jangan camtu bangggg, kufur nikmat namanya.


Haishhhh, tak abis-abis dengan agenda log-in-facebook-anda-jadi-jutawan.

Yang aku heran tu apesal marketing style dorang sepesen? Semua stok-stok tayang duit, tabur duit, kepuk-kepukkan duit dalam besen, bergamba sebelah Merz. Kalau kaya je mesti nak kena beli Merz.

Tolong la jangan penuhkan messagebox aku dengan 'Bayar bil air, bil elektrik, bil telefon, sewa rumah, duit kereta, apa yang tinggal untuk anda? RM100 sahaja? Anda kini bukan sahaja mampu membayar sewa rumah malah boleh tolong bayarkan sekali sewa rumah jiran anda. Sila email saya, saya akan terangkan caranya'

Aku penah dua kali reply email-email macam ni dengan satu ayat - PUNDEK!


Lagi satu pulak, set-set email 'sila forward email ni kepada 5 orang atau anda bakal menerima malapetaka yang dasyat'.

Ni lagi sial tahap Firaun.
Asal-asalnya kau nak buat pahala menyampaikan ilmu tapi sudahnya kau mengajar orang jadi syirik kan? Elok sangat.

Apesal la kau kena menakut-nakutkan orang dengan benda-benda khurafat macam ni? Kalau kau nak suruh aku tolong forwardkan message kau tu cakap je la baik-baik, takyah la nak selitkan sumpahan segala. Ni apa citer nak pesong-pesongkan akidah orang nih?

Tapi email-email macam ni kita tak pernah nak anggap SPAM kan? Lajuuu je meng-forward. Sebab takut kalau tak forward kang, balik keje kena langgar lori.
Apa beza email ni dengan email 'Anda inginkan zakar yang lebih besar?'.
Kenapa email kote ni kita tak penah nak tolong forwardkan? Bukankah itu lebih penting? Eh.