2010-12-17

Thank you so much!

Gambar-gambar di sini adalah sebelum saya bertudung


Semalam aku terima a few packages dari readers/bloggers, hadiah untuk Rayyan.

TERIMA KASIH!!




Ini dari Tetty Hayati, tuan punya blog http://micamairacollection.blogspot.com.
Blog dia offers baju-baju for babies and kids.
Rompers kat dalam tu cute-cute. Nak lagi busha yang keluar kepala badak, kepala itik kat bontot tu.




Time Ibal kecik dulu, Mak Aji ada belikan spender untuk dia ada gamba-gamba kat bontot. Tapi takde la macam busha yang Tetty jual ni, yang Tetty jual ni lagi gempak, bukan takat gamba lagi dah, terus kepala binatang tu bertepek kat bontot. So bila baby tu jalan kepala badak tu terhangguk-hangguk kat belakang (ni aku imagine je la).

Yang spender Mak Aji belikan dulu tu, kat bontot ada gamba itik smiling. Tapi itik tu smile ala kadar je. Kalau ko nak tengok itik tu smile lebar, ko kena tonggeng. Bila ko tonggeng otomatically itik tu tersenyum girang.

Ini bukan bontot aku.


Aku tunjuk kat En Wan gamba ni. Aku cakap aku teringin nak beli ni kalau dapat.

Dengan tenang dia cakap 'Beli kaler yang cerah sikit la. Kalau beli kaler gelap jugak, tak nampak line bontot awak nanti'.

Kuang hasam punya laki!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kalau tak kerana bontot hitam ni lah, ko tak merasa tengok bontot okkkkk????
Dem!


Ini dari Weols Collection.
Aku sendiri tak tau sape nama tuan punya kedai, panggil Weols je la kot.
Aku ada letak banner dia kat column ADVERTISEMENT.

Dah try pakaikan kat Rayyan semalam, just nice fit kat badan dia.
Ini la kot baju pertama yang muat dengan Rayyan.
Setakat ni, Rayyan cuma pakai baju je, suar tak pakai. Sebab baju pun dah macam jubah je aku tengok. Kalau lengan baju tu aku kena lipat 3 kali. Sian anak aku, gedobos-gedobos je pakai baju besar. Padahal semua tu baju newborn.



Ok yang ni hadiah untuk omak Rayyan :)
Ni dari Ayu from Beau Bargain.
Banner dia pun aku letak kat ADVERTISEMENT sebelah ni.
Dia jual cardigan, maxi and dress.


Dengan murah hatinya dia suruh aku pilih antara dua ni :



Kalau boleh dua-dua aku nak rembat.
Tapi janganlah gelojoh.
Dah la ko tak pernah pakai maxi, tau-tau nak ambik semua.
So, aku pilih la kaler blue dengan harapan baju tu boleh nampakkan aku putih sikit dari biasa (berharap aje laaaaaaa).



TADAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!
(ntah sape nak suprise tengok ko ntah!)

Seperti yang ko jangkakan dik, baju ni memang besar sikit.
Besar sikit kat pinggang (nak gak mention besar kat pinggang walaupun besar dia cuma 1 inci je).

And labuh sikit. Tapi untuk menampakkan efek model runway, aku jengketkan kaki.
Hasilnya........macam Naomi Campbell sikit kan?

Wakakakaka MUNTOHHHHHH!

Dah, dah!
Jangan nak membandingkan pinggang aku dengan pinggang model kat atas tu. Tunggulah sok cukup 60 hari, kerengga pun jeles tengok pinggang aku ok?

Cuba try bandingkan dada model tu ngan dada aku.
Haaa, ada????

Biar takde pinggang beb, jangan takde cleavage! (motto untuk bulan ini)



Ni lagi satu bukti bahawa aku memang camwhore.
Pantang nampak cermin walaupun cermin esbok di showroom kitchen cabinet, belasahhhh!

Ni gamba Sabtu lepas, sempena meraikan nak habis berpantang.
Pantangnya habis semalam, tapi aku dah raikan sejak minggu kedua bersalin lagi.
Kira Sabtu lepas tu minggu penutup dia.