walk on wings, tread in air: Untuk pedoman atau peringatan?? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Untuk pedoman atau peringatan??
2010-11-02



Makin lama aku dok hospital, makin banyak benda aku belajar and makin banyakkkkkkkkkkkkkk cerita yang tak sedap didengar tapi aku terpaksa tadah gak telinga mendengar. Eh, kata mesra kannnn.

Lagipun maklom le aku ni sikitttt je lagi dah nak jadi penduduk tetap hospital ni, sampai sister, matron, dokter pelatih, nurse practikal sampai ke specialist pun dah cam muka aku. Kalau specialist buat round tu dari satu katil ke satu katil mesti lama je dia bagi explanation. Sampai kat katil aku dia just tanya dua benda :

1. "Baby gerak ok?"

2. "You ada rasa pening, loya, sakit ulu hati?"

Selalunya aku geleng kepala.
Pastu dia terus blah.
Sebab dorang tahan aku kan untuk monitoring so, apa sangat lah result yang dorang nak check pun.

So far blood pressure aku dah normal balik, uric acid kejap normal kejap tak, urin je la now dah 4+ pulak dahhhh. Bengang betul aku dengan urin aku ni. Nak je aku tampar pepek sendiri berkali-kali. Tapi dokter kata uterus aku corespond, air ketuban pun banyak, baby sangat aktif, semua tu dah kira alhamdulillah. Aku pun dah takde bengakak-bengkak dah. Yang penting, makan tak tolakkkkk.

Semalam scan, dokter kata semua under control, so dorang stick to the plan - week 34, sembelih! Ada la kot lagi 3 minggu to go. Meaning thattttttt, aku akan merasa sambut Raya kat spitallllll.

Tapi takpe, sebab memang En Wan tak plan nak balik Tganu pun raya haji tahun ni, jadi semua kumpul kat Bangi. Tak kisah la raya kat mana pun, janji aku tau, ketupat and rendang paru sampai kat katil aku tepat pada pukul 12.30pm.

Oh, terbabas pulak dari agenda nak bercerita pasal kes kat hospital ni.


Akak kat depan katil aku ni dah bersalin kelmarin.
Bukan takat akak ni je la, mana-mana yang dah bersalin, mesti bawak balik cerita yang agak mengerikan. Dan kebanyakkan yang bercerita tu semua dari those yang previously either bersalin kat private hospital or first pregnancy.

Akak depan ni bersalin anak kelima.
Sebelum ni semua kat private hospital.
Kali kelima ni, dia yang pilih nak bersalin kat gov hospital dengan alasan yang ni yang last la konon-konon.

Masa dia warded tu dah 36 weeks.
Kalau ikut experience aku dulu, ada akak tu HPT at 37 Dr tak tunggu dah, terus induce. Tapi kat sini dokter tahan dulu, aku pun tak pasti la kenapa. Takkan aku nak memandai bagi decision kan?

So, dokter tahan dia, monitor blood pressure. Tapi takat monitor je tanpa bagi apa-apa ubat. Boleh?

Dah 5 hari dia tersadai kat sini, datang la specialist lain pulak. Aku suka specialist ni. Dia ni garang gila dengan dokter-dokter pelatih yang ikut dia buat round. Kat situ kau buat silap, kat situ jugak dia sembur kau. Kaw-kaw depan patient. Tapi dengan patient dia baik.

So, Dr ni tengok akak ni HPT, dah nak masuk 37 weeks, pastu uric acid dah sampai 400+, urine pun 1+, dia cakap "La, apesal tahan lagi ni? Induce! Induce!'.

Settle!!

Kalau specialist lain check, balik-balik aku dengar "Kita akan tahan you kat sini sampai bersalin, cuma kita tak tau bila nak induce".

Aku heran la, dorang ni specialist, tapi apesal decision tak unanimous eh?

Pastu akak ni bernasib kurang baik la sebab yang handle dia bersalin tu adelah dokter pelatih yang kurang terlatih kot. Ada gak dokter pelatih yang ok.
Akak ni kata dia dah pegang dah tangan bidan (nurse) mintak bidan tu uruskan dia, tapi dokter pelatih tu insist nak buat dengan alasan dia kena clearkan report untuk presentation esok. Hahaha...jadi bahan ujikaji kitorang rupanya. Ok, takpe..takpe...disebabkan ko nak blaja, maka akak tu redho dalam paksaaan.

Masa bersalin tu memang la sakit kan, si dokter pelatih ni yang masih muda remaja boleh lak menengking akak tu 'Saya tak suruh Puan menjerit, saya suruh push!'.

Ewahhhhhhhhhhhh cantekkkkkkkkkkkkk muka kau.
Bukan pepek kau yang rabak of cos la ko boleh arah orang itu ini.
Apa kau ingat kitorang masuk labour room ni suka-suka nak terpekik terlolong? Kalau boleh kitorang memang nak baby ni kuar cepat-cepat so that aku tak payah hadap muka kau lagi ok????

Masa nak kuarkan uri pun satu hal lagi. (cehh, gaya aku cerita ni macamkan aku punya kes pulak. Real je eh?)

Dokter ni gi seluk separuh lengan nak kuarkan uri sebab uri lambat keluar, nak dekat 45 minit macam tu. Dah la korek tu memang hazab. Bukan kecik-kecik benda ko jolok tu okkk. Ni tangan!!! Masukkan timun pun dah menjerit hokeyyy.
(Eh, macamana aku tau, huh?)

Sekali korek-korek, uri koyak pulakkkkk.
Nak menjahit uri satu hal. Nurse tu kata berpuluh-puluh jahitan nak menjahit.
Itu bahagian urinya.
Belum pepek akak ni lagi.
Akak ni kata, yang gunting tu dokter pelatih, memang gasaklah dia gunting kan.
Part nak menjahit pulak, dokter ni terkial-kial. Akak ni dah sakit dah. Dah la tak bagi bius ke apa segala.
Bidan tanya 'Awak pernah jahit tak sebelum ni?'.

Dokter tu reply 'Tak pernah, pernah tengok je. Saya nak cuba la ni'.

CUBA????????????!!!

Halooooooooo.
Ini bukan mayat okkk kau nak test-test.
Ini orang.
Kalau betul jahit, takpe.
Kalau salah jahit? Elok-elok nak tutup kesan koyak, tetiba ko tertutup lubang bontot ke, camne???

Akak tu kata dia tak tau la apa jadi dengan celah kangkang dia now.

Tapi ada sorang nurse kat hospital ni jugak, dia bersalin kat sini and masuk wad aku.
So, dia sendiri yang cakap, dia request bidan yang uruskan sebab dokter pelatih jahit memang teruk.
Itu dia as a nurse yang cakap okkkk.
Aku tak cakapppp.
Aku dengar jeeeeeeeeeee.

Katil sebelah aku lagi bestttt.
Dah bukak 4 cm, nurse boleh tahan lagi. Siap suruh dia kepit-kepitkan kaki dengan alasan 'Kat bawah ramai tengah queue. Tak settle lagi. Awak turun pun tak guna gak'.

Dorang ni bercakap macam tak penah beranak pulak eh?
Sakit bersalin ni ko ingat macam sakit nak cirit ke boleh ditahan-tahan. Nak dipause-pause segala?
Alangkan dokter masukkan ubat berak tu pun aku takleh tunggu walau 3 minit sekalipun, menggigil badan aku bangun nak serbu toilet. Inikan kangkang dah bukak 4cm, budak dah menolak nak keluar, tapi ko suruh stop kejap.

By the time dia bawak turun ke labor room, budak ni dah bukak 8cm. Barulah nak tolak stretcher selaju-laju sampai berlaga-laga dengan pintu wad. Aku lempang jugak sorang-sorang kanggg.

Adatlah kan, orang tengah sakit, memang la segala tindakan luar kawalan.
Budak ni menjerit-jerit la kesakitan.
Nurse boleh cakap kat dokter 'Dokter handle la patient ni, fed up saya! Bising sangat'.

Dare dia cakap macam tu padahal laki orang tu ada tercongok kat tepi.
Kalau dapat kat laki aku, memang dia baling termos ni kat muka kau!

Aku yang dok sini dah nak sebulan balik-balik dengar cerita yang mengerikan, buat aku cuak and makin stress pulak. Bukan leh caya dorang ni. Janji nak bedah at week 34. Sekali dia tengok aku cam sihat je kang, dia tahan sampai week 38 and suruh aku bersalin normal.

Oh sorryyyyyyyyyyyyy!

Aku ada reason kenapa aku nak bersalin c-sect.
Very personal reason.
So, ko jangan banyak bunyik. Buat je.

Macam ada satu kes katil kat wad aku ni jugak, dah 11 jam tahan sakit, induce 3 kali dah, sampai akak tu nangis-nangis sakit, blood pressure dah mencanak naik, tapi dokter suruh try bersalin normal. Siap korek-korekkan celah kangkang nak bukakkan jalan.

Bila husband orang tu kata 'Tolong operate wife saya, saya sign whatever surat pun'.

Dokter ni reply 'Cuba la dik. Mak-mak kita dulu takde bersalin bedah-bedah ni. Semua kuar ikut bawah. Ok je'.

BOLEHHHH?????

Pompuan tu dah 11 jam hazab atas katil tapi still bukak 1cm je, lagi ko nak bagi tazkirah marilah mengenang kembali kepayahan orang-orang dahulukala melahirkan anak, like wadefakhhhhh????

Be realistik la.
Kalau mati kejung pompuan tu kat sini tak ke satu halllll.

Aku tau every dokter ada reason kenapa dia nak push for normal delivery instead of c-sect but please be realistik sikit la wehh, orang tu separuh nyawa tahan sakit, ko lagi nak suruh tunggu. Aku penah rasa sakitnya induce 3 kali, tahan sakit 15 jam tapi jalan tak bukak-bukak jugak, last-last dokter yang kata 'Operate. I takut baby lemas. Lagipun, u dah takkan ada tenaga nak push'.

Ya, Allah!
Selamatkan lah aku.






posted by aveo757 @ 8:43 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER