2010-11-12

Jangan takut...

Ramai yang hantar email tanya aku hospital kerajaan mana satu yang aku masuk sampai begitu hazab sekali aku dikejekan.
(Takde la hazab sangatttttt, hazab lagi aku dikejekan dengan bibik aku yang lama).

Jawapannya adelahhhhhhhhhhh....sori la aku nak bagitau.
Pada yang dah tau tu, tau la. Yang tak tau tu, tak payah la kot ambik tau.

Jangan salah faham dengan entry aku pasal bersalin that day. Tujuan aku bukan nak menakutkan korang so that korang serbu private hospital je. NO!

Perlu diingatkan, kat mana pun korang bersalin, samada kat hospital kerajaan ataupun hospital swasta mahupun dalam toilet awam seklipun, SAKIT BERSALIN TETAP SAMA. (Camana la ada orang boleh selamba tapir beranak celah semak, dalam toilet, tepi longkang. Anak korang ni keluar kot celah mana yang korang selamba beranak merata-rata??)

Sakit beranak memang takleh elak. So takde pekdahnya nak beranak hanya kat private hospital. Cuma kelebihan hospital swasta ni selalunya, kita dilayan dengan baik. Apa tak baiknya kannn..tunggu aje la time nak discharge sok. Dia charge ko baikkkkkk punya. Jadi, apabila dilayan dengan baik, secara tak lansung sakit yang ditanggung tu kurang la sikit. Eleh, ni semua psikologi je.

Contoh kalau laki kau cakap 'Siap cepat, kita makan kat luar. Lagi 5 minit abang sampai'. Tragisnya, kau tunggu sampai 5 jam dia tak sampai-sampai gak. Berbulu tak???

Tapi kalau selepas 5 jam dia sampai dengan berbekalkan teddy bear yang sedang memeluk coklat Ferrero Roche, mungkin hati ko takdelah rabak sangat, tol tak?

Sama la kekdahnya dengan dok hospital ni.

Dah la kau sakit meneran macam nak tertanggal bontot, pastu nurse marah-marah mesti ko lagi stress kan? Bila ko rasa stress maka secara otomatik ko akan rasa serik. Bila rasa serik, kepala kau terus blacklist mana-mana hospital kerajaan sampai mati taknak pegi dah.

Macam hospital yang aku duduk tu, nak kata pengalaman aku tu teruk sangat, takde la kot kalau nak dibandingkan dengan jiran katil sebelah yang pepek kena seluk dengan lengan dokter sampai rabak uri. Itu lagi azab tahap neraka okkkk.

Pastu ada jiran sebelah katil lagi sorang cerita dokter pelatih jahit pepek dia berkali-kali, asal jahit je koyak balik, jahit je koyak balik atas alasan kulit pesakit macam taufufa, senang koyak. Maka menahan sakit je la pesakit tu kena jahit berlapis-lapis.

Rata-rata dorang yang lepas bersalin, semua kata serik nak beranak lagi. Padahal bukan serik menahan sakit beranak tapi serik dengan proses yang dorang lalui sebelum, semasa and selepas beranak tu.

Mana ada istilah serik beranak beb? Aku ni pakkal la payah nak mengandung, payah nak beranak, kalau senang beranak mau anak aku tigablas dah skang.

Ni pun aku tengah nak pikir apa kekdah aku nak guna nak mengelakkan dari mengandung lagi. Sebabnya dokter memang dah warn aku kalau boleh jangan mengandung sebab konfem dapat balik PE ni.

Masa aku bersalin kat private dulu pun sakit bersalinnya sama jugak. Cuma bezanya private hospital ni prosedur dia cepat. Dia takde masa nak buat segala mak nenek monitoring ni sebab diorang bisnes. Bila bisnes, decision takleh lambat. Sebab dia taknak simpan kau lama-lama kat situ sampai jadi tukun, kalau boleh dia nak ko brambos lekas so that cepat sket dia boleh claim kau dan orang lain boleh duduk kat katil kau pulak.

Lagipun private hospital ni treatment dia agak kaw sikit. Contohnya, masa kat spital kerajaan hari tu even blood pressure aku tak turun-turun, dorang still sumbat aku pil yang sama. So blood pressure tu ambik masa nak turun. Time aku warded kat UMRA hari tu, sekali dia sumbat aku Labetelol tak jalan, dia bagi ubat lain pulak. Terus berdesup turun blood pressure aku. Tapi siap la bil dia kan. Hehe.

Jadi, aku rasa fair la jugak bila hospital kerajaan tahan aku 28 hari dengan monitor manjang, pastu bagi ubat yang tak berapa nak efektif untuk jangka masa singkat (ambik masa lama baru ok), ubat bius sakit gila, makanan cam hampeh TETAPI at the end, aku balik dengan bil RM2310.00 sahaja :).

Gembira tak??
Gembira okkkk.
Hahahhaha.
Walaupun menanggung sakit pinggang and tulang belakang.

Tapi tu tak termasuk bil anak la. Anak aku dah kuar sok aku bagitau berapa bil dia eh?

Aku rasa kenapa hospital kerajaan ambik risiko tahan pesakit tapi tak bagi ubat yang kaw (lebih kepada monitoring je) adelah kerana diorang taknak bagi pesakit too much drugs. Itu pendapat aku la. Sebab-sebab lain aku tak tau.

So....pada yang takut nak bersalin kat hospital kerajaan, ko ada pilihan.

Samada ko nak murah tapi ko kena tahan macam-macam 'penyakit' OR ko bayar mahal tapi ko kurang dapat 'penyakit'.

Aku dah rasa dua-dua.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone