2010-10-31

Day 23....ohh!



Banyak benda yang aku tak berapa nak sempat buat lately, menjak dua menjak kena jadi tahanan kat hospital ni, at least dpatlah aku buat benda-benda yang aku tangguh selama ni likeeeeeeee......

1. Reading.


Ni pun sebab dah tak tau apa kekdah nak kill the time, maka En Wan telah berbesar hati menawarkan diri carik novel-novel so that aku boleh baca sementara nak tunggu minggu ke 34. Malangnya, tak abis seminggu, buku ni pun dah khatam.

Aku pun tak tau menahu pasal cerita ni. Bila En Wan call from MPH tanya nak buku apa? Aku main sebut either Nicholas Sp or Jodi Pic. So, En Wan pilih yang ni atas reason 'Yang ni murah sikit'.

Boleh?

But seriessssssssssssssly citer ni BEST!
Kalau tengok kulit buku pun dah boleh agak citer ni mesti sedih-sedih sket.
Kulit buku dia ada couple tengah duduk berdua kan?
Ko selak 2nd page, image pompuan tu hilang, tinggal image laki tu je.

Citer dia pasal this girl (age 16) mati dengan kesan tembakan kat kepala masa tengah beromen ngan boifren dia (age 17). So, semua suspek laki ni yang bunuh. Kalau tengok pada bahan bukti, memang tak berpihak pada laki ni sebab gun tu bapak laki ni punya, bullet pun ada kesan cap jari laki tu, kesan tembak kat kepala pompuan tu menunjukkan dia ditembak (bukan menembak diri sendiri) and post mortem menunjukkan pompuan tu pregnant 11 weeks. So semua ingat laki tu yang bunuh sebab nak get rid of the baby.

Memang naik la darah aku time baca buku ni.
Stress tak stress, janji aku kena habiskan buku ni jugak!

Last-last........baca sendiri la.
Apehal aku nak citer semua kan??

So now aku dah kehabisan buku cerita. Jadi untuk mengelakkan bilik aku ni ada rak buku pulak tak pasal-pasal, maka aku telah memberhentikan seketika baca novel dan beralih kepada melayan DVD.

Nak beli magazine pun alahaiiii sebulan sekali je kuar magazine Cosmo and InTrend feveret aku. Ada gak la hari tu En Wan belikan aku Mastika.
Tengok tajuk pun menyampah - Bilal kecundang di tangan adik ipar.

Pundek punya tajuk.

Bukan taknak baca benda-benda macam ni, cuma takut aku ada second thoughts bila terpandangkan pak lebai-pak lebai. So sebelum aku menjadi bias, baik aku don't start.


2. DVD Marathon

Aktiviti ni patutnya berjalan seawal hari pertama aku dapat laptop tapi memandangkan masa tu aku masih lagi dalam keadaan kacau-bilau, mental tak berapa nak center, hormon meroyan pun agak berleluasa di dalam sistem badan, jadi at that point of time, masa aku lebih dihabiskan dengan mogok lapar. Bengang tak dapat kuar dari hospital, maka aku lancarkan demonstrasi - katakan TAKNAK!! kepada nasik.

Makan biskut aje.

Last-last surrender.
Tekak kalau dah jawa mana leh lut takat biskut.
Mesti nak kena carik nasik jugak. Walaupun agak hazab aku nak tolak nasik tu masuk tekak, telan jugak la.

So bermula dari semalam, aku dah start layan DVD.
Actually movie-movie ni dah didonwloadkan lama oleh a fren of mine, cuma dulu aku tak sempat nak tengok.


Baru time ni lah nak layan Notting Hill.

Best jugak cerita ni. Menangis aku part last-last tu.
Cuma kalau hero dia bukan Hugh Grant, mungkin aku lebih feel.



Sempena mengambil berkat Halloween Day, malam tadi aku layan GHOST.
Walaupun sah takde kena-mengena dengan hantu, ahhh belasah!!

Eloklah kannnnn???
Dah tau 23 hari takde aktiviti senggama, berjauhan pulak dengan suami, lagi nak melayan steamy-steamy movie.
Kering okkkkkk, keringggggggggggggggggggggggggggg.

Tapi kan, lepas layan Ghost, malas semalam aku mimpi tungau!!
Boleh???

Maybe sebab aku first tengok citer ni pun dia yang bagi pinjam DVD.
So bila tengok movie ni balik semalam, tak semena-mena teringat la dia balik.
Siap boleh termimpi-mimpi.
Tapi bukan mimpi yang stim-stim okkkkk.

Aku mimpi macam ni...

Dia masa tu berkapel dengan Jeslina Hashim. (motif tetiba keluar Jeslina Hashim??)
Masa tu aku solo.
Tapi entah kenapa tetiba dorang break sebab Jeslina ni gi kat pakwe lama.
Pakwe dia aku lupa sape, tapi aku macam kenal.
Someone yang aku memang kenal la, tapi bukan selebriti.

So tetiba aku kapel ngan dia balik. Apesal aku boleh teringin nak kapel dengan dia balik aku kurang pasti. Mungkin masa tu aku desperate.
Tapi masa berkapel tu aku macam tak yakin dengan dia, sebab aku terasa-rasa dia akan menyaiko balik and ada agenda nak menghentak aku, so aku macam berhati-hati sikit.

Satu part tu dia ajak aku gi dinner. Naik keta.
Masa dok sebelah tu, aku ternampak dari side mirror, tangan dia meraba seat belakang while driving and bawak keluar satu hose. Hose tu ada carbon monoxide. And terus dia nak sumbatkan hose tu kat hidung aku!!
Sial betul.

Sampai mimpi pun dia nak torture aku lagi!!!
Aku rasa aku memang betul-betul punya troma dengan dia la.
Bayangkan dari tahun 1997 aku break dengan dia, sampai 2010 ni aku leh troma lagi. Tak ke gila hazab dia buat aku dulu??

Tapi dalam mimpi tu aku berjaya lepaskan diri.
Tetiba je aku boleh terbang keluar dari tingkap dan terus mencangkung tepi jalan.

Macam bodoh je tetiba nak mencangkung. Tapi lepas tu aku tersedar sebab akak nurse ni kejutkan aku suruh kencing dalam urine container.

Maybe sebab tu aku mencangkung.


3. Makan tiada had.


Ini menu dinner semalam.
Of cos la Mak Aji buatkan.
Habis ko ingat hospital ni nak buatkan untuk aku kah???

Mak Aji bekalkan aku spageti ni untuk 3 orang makan.
Jangan harap la aku nak pelawa jiran tetangga makan sekali.
Aku tarik langsir rapat-rapattttttttt, dendiam dok atas katil feeling-feeling berada di tepi sungai di suatu daerah di Itali....

Setengah jam, habis 3 pinggan.



Menu dinner hari ini - mee goreng.
Ni pun Mak Aji bekalkan untuk 3 orang makan = 3 pingan.

Aku merasa je dah sepinggan.
Tu baru rasa, belum betul-betul makan.
Makan dah sepingan lagi.
Habis tu bab menambah, lagi satu pinggan.

Cukup la kan 3 pinggan?
Takyah ajak orang lain makan sama.

Sejak masuk hospital ni, insyallah takde pembaziran makanan.
Kalau dulu makan mee ni, togeh sayur semua aku tolak tepi.
Memilih okkkk.
Skang ni nehiiiiiiiii.
Semua aku bedal.
Baru ko tau hargai makanan kan???



Lagi satu keajaiban.
Aku sudah boleh makan coklat sejak dok hospital!!!
Aku tak tau camana leh jadik macam ni.

Samada aku dah boleh makan coklat semenjak duduk hospital, atau aku hanya boleh makan coklat di hospital saje.

Biskut ni aku penah makan time kecik-kecik dulu.
Masa kecik dulu aku memang boleh makan coklat, pastu tetiba tak boleh dah sampai la sekarang baru boleh balik.

And sekarang hari-hari aku teringin nak makan coklat.
Dah macam jakun coklat pulak.

Sooooooooooooooooooooo....lepas ni fridge aku bakal dipenuhi dengan bermacam-macam jenis coklat.

Ada sesape dari Langkawi kat sini?
Nak kirim cekelatttttt...:)