walk on wings, tread in air: Raya Day 1 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Raya Day 1
2010-09-14

Pagi raya, kita kasik suami-suami kita makan dulu sebab dorang semua dah mandi.
Yang belum mandi, sila duduk tepi ambik bau saje.

Kesian En Wan, dia sorang je yang pelik dari orang lain sebab dia sorang je yang tak reti makan ketupat nasik. Maklom la, dah biasa makan ketupat palas. Sekali pagi raya tahun ni takde ketupat palas, so dia punya syahdu tu lain macam sikit la. Ada aku kesah??? Hahaha.
Tapi seb baik dia dah beli lemang the nite before tu. So, dia makan lemang ngan rendang. Dah nak masuk seploh tahun kawen pun tak pandai-pandai lagi makan ketupat nasik. Asal turn beraya Bangi je, aku kena ajar dia balik how to makan ketupat nasik. Makan pun nak kena ajar. Tengok cam aku. Takde hal okkkk. Pagi raya makan nasik dagang pun aku orait je. Janji makan. Cuma lepas makan tu aku calling-calling Mak Aji la mengadu takde ketupat nasik kat Tganu. Ngagagagaga.
Actually Mak Aji dah readykan ketupat palas, tapi aku yang tak kasik goreng. Aku nak ajar dia makan ketupat nasik jugak. Kejam tak aku? Pagi raya pun nak carik pasal ngan laki.




En Wan sorang je yang semangat pakai baju melayu siap-siap. Orang lain semua makan dulu baru bersiap. Aku tau sebab apa. Sebab yang lain tu semua nak singgah jamban dulu before pi masjid, kan???? Bontot laki aku pagi raya ni selalunya beradap sket.

Cuba perhatikan mug En Wan. Air dia kaler lain kan? Tu la aku cakap, dia ni memang pelik dari orang lain. Memang takkan pernah sama dengan orang lain punya lah. Kalau orang lain makan ketupat nasi, mesti ada hidangan khas untuk dia like ketupat palas Kalau Mak Aji buat ikan berkuah, mesti ada satu ikan yang bergoreng sebab dia tak makan kuah. Kalau orang lain minum teh susu, dia punya mesti teh O.



Acu yang sempat menjadi raksaksa sebelum pi masjid, melawan otromen yang belum mandi.
Aku nak mandikan otromen ni satu hazab okkk. Dah la dengan lantai dia pi tabur sabun, mana aku nak kejar dia yang menggeletis macam ulat bulu kat dalam tu, nak bawak perut lagi. Last-last dengan aku aku sekali mandi dengan otromen. Otromen ni kalau mandi dengan aku memang masak la. Bukan calang-calang raksaksa aku ni okeh.


Tak sempat nak hantar En Wan sampai depan pintu, sempat ambik gamba tang jauh je.


Ini adelah contoh cara memakan ketupat. Campurkan ketupat nasik + kuah lontong + rendang + sambal goreng dalam satu mangkuk, biarkan dia mesra dan sebati. Tempe biar lebih, maklom lah jawa.

Bila the guys dah bertempiaran ke masjid, yang ladies dalam rumah sibuk kemas-kemas apa yang patut. Tapi sebenarnya takde lah berkemas apa pun, memekak kat dapur je lebih.



Seperti yang dijangka, En Wan akan sampai rumah lagi awal dari orang lain sebabbbbbbb dia nak kejar jamban. Ini memang situasi yang biasa dilihat. Pastu aku kena pakaikan balik sampin dia semata-mata nak bersalam and bergamba.

Tapi gamba ini sebenarnya adelah bertujuan untuk mengfokuskan betapa aku tidak ubah seperti NANGKA BUNGKUS dengan baju kurung Pahang tahun lepas punya. Tahun ni takde beli baju raya sebab aku rasa takde fungsi aku pakai baju raya yang bersaiz 42 padahal selama ni aku pakai saiz 34.

42 okkkkkkkkkkkkkk. Fuh! Berpeluh aku kejap.
(no offense ye. Ini merujuk kepada aku saje)



Percaya atau tidak, ini ajelah gamba raya yang aku ambik sekeluarga. Gamba one whole big family pun takde sebab elok je habis bersalam-salam, orang pun datang.
Gila kecik baju aku pakai ni (nak salahkan baju jugak). Tapi the good thing was, ia menyerlahkan kemantapan buah dada. Aku tau semua jeles tengok tetek aku. Wakkakakakkaa.

Eh, apesal tangan aku parking kat celah kangkang En Wan?


Ini situasi sebelum bersalam-salam, keadaan masih ceria.



Apabila anak sulung sudah mengambil tempat, keadaan pasti berubah sebab anak sulung ini selalu menyebabkan mood dalam rumah menjadi mendung macam ada orang mati. Aku la yang paling kuat melalak sekali the moment cium tangan Pak Aji. Tapi kan tahun ni, time salam Pak Aji, aku leh kontrol lagi. Time salam Mak Aji, aku sempat cakap 2 baris je pastu sangkut dah. Rasa syahdu gila bila mengenangkan Mak Aji jaga aku dua bulan ni. Boleh ke aku jaga dia sok macam dia jaga aku?

Nampak tak baju aku tetiba dah lain?

Disebabkan baju kurung Pahang tu sendat nak mati sampai tersentil-sentil lelemak aku, so aku pinjam baju Mak Aji. Seb baik Mak Aji punya almari semua kaler baju ada, so aku sambar purple. Muat lak tu.


Yeahhhhh, tu dia. Menantu sulung sedang ditazkirahkan oleh Pak Aji.


Muka baru lepas nangis. Sebab tu aku cakap aku malas nak pakai mekap pagi raya. Konfem pembaziran. Yang sebelah aku tu kan, belum salam sesaper pun lagi tapi dah nangis. Sebabnya adelah.....


Dia tengok semorang menangis lepas salam Atok, jadi dia ingat semua kena marah dengan Atok. Jadi dia dah nangis siap-siap.

Ntah apa-apa je la anak aku ni.

Tapi nak jadi otromen.



Tahun ni jugak aku speechless bila salam En Wan. Nampak sangat banyak buat dosa sampai tak tau nak mintak maaf yang mana dulu, sudahnya diam je la.

Actually aku sempat cakap 'Abang...'. Pastu sangkut. Ada la dalam 20 seconds aku menangis tak bercakap-cakap, bila aku dah ready nak cakap je En Wan pulak bukak start cakap. But yang paling aku ingat was 'Terima kasih sebab masih sudi jadi isteri Abang'.

Terusssssssssssssss aku melalak sampai ke sudah.


Pasangan dari Johor ini juga banyak membuat dosa kepada ibubapa, sebab tu mereka salam sangatlah lama. Hahahha. Ima pun pakai baju Mak Aji. Masing-masing pakat taknak buat baju raya sebab membazir!!



Pensalah yang seterusnya....Ibal.

Nampak Mak Aji senyum?
Kerana tahun ni Pak Aji ada tambahan nasihat untuk Ibal :

'Kawan perempuan tu jangan ramai sangattttt'

Slow tapi menusuk hingga ke ulu hati!
Ibal : Sangat tak relevan nasihat Papa kat aku tadi.

Aku : Dia cakap apa?

Ibal : Kawan perempuan jangan ramai sangat.

Aku : Dah tu?

Ibal : Ye la, tak relevan okkkkk (nak kata dia tak main awek-awek, single and available la tu. Pundek!!!)

Aku : Ok la tu. Daripada Papa cakap 'Kawan lelaki tu jangan ramai-ramai sangat'. Tahun depan kalau kau tak kenalkan mana-mana awek kat kitorang, ko tengoklah time salam raya Papa tanya 'Kau ni gay ke?'. Konfem masa tu ko ada rasa nak pegi mati terus.


Pen-spoil kaler adelah Ima. Laki ngan anak semua dah kaler pink, dia kaler putih. Dasar buta warna.


Jangan maafkan dia, Azrul!!!
Ngagagagagaggaga.


Oh yes, pagi raya tu kitorang celebrate besday Redza and Mak Aji serentak. Tapi beli cupcakes je sebab aku konfem pagi raya takde sape nak sambar kek. Kepala semorang dah tune ke ketupat and rendang.

Disebabkan cuppies ni perisa coklat, aku tak dapat makan :(


Dia ni pun sebenarnya tak makan coklat, tapi sebab kek tu adelah kek besday anak dia, jadi dia makan jugak la.

Tapi kan, makan cup cake ni memang kena pakai sudu eh?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Raya kedua, morning. Muka belum mandi pagi.
Renungan jauh seorang perantau yang tak dapat balik raya ke desa terchenta.
Kah Kah Kah *gelak riak*


posted by aveo757 @ 11:06 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER