walk on wings, tread in air: Raya Day 2 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Raya Day 2
2010-09-15

Pagi raya ke-dua, semorang dah taknak tengok kelibat daun ketupat pun.
Tekak dah rasa nak makan something yang tak sepatutnya dihidang di pagi raya kedua seperti.....


Cekodok ikan bilis!!!

Pagi tu jugak berpusing-pusing Pak Aji keluar mencari roti canai tapi haram semua kedai tutup (katanya laa....). Sampai rumah, aku tanya 'Papa carik kat mana?'.

'Kedai melayu kat Fasa 4 tambahan'.

Kedai melayu.
Of cos la tutup.
Nampak nau bapak aku ni jarang singgah mamak.
Lalu aku pun mengangkat kening kat En Wan bagi isyarat sila-keluar-cari-roti-canai-atau-tahun-depan-anda-bakal-beraya-di-Bangi-lagi.


Laki aku ni kalau bab carik mamak belom penah fail.
Lepas setengah jam, seploh keping roti canai terbentang di depan mata.
Tapi, cekodok Mak Aji jugak yang jadi tumpuan. Aku punya scramble egg lagi la, lansunggggg tak laku.



Disebabkan pemain PS2 ramai sangat kali ni, jadi aku terpaksa merelakan TV bilik aku dibawa keluar sebab TV yang kaler hitam tu takde portnak cucuk kabel PS2. Daripada dorang semua berkampung dalam bilik aku memekak main bendalah ni, aku relakan lah walaupun sebenarnya aku ngan En Wan ada plan baekkkkkkkk punya lepak lam bilik layan special DVD. Ngagagagga.


Si kenit yang sedang berjinak-jinak dengan PS2. 
Lagi tinggi pangkat dia dari abang yang dah terer bermain. Dok atas meja lagi.

Pagi tu aku jadi mastermind untuk beraya ke rumah sedara-mara. Aku call sedara-mara terdekat untuk bagitau aku nak serang rumah dorang. Biskut-biskut raya taknak okkk. Tapi kalau kuih siput ko letak empat balang pun takpe.

Sepatutnya Mak Aji plan taknak join sebab dia nak get ready masak-masak for adik-beradik dia from Singapore berserta mak dia (nenek aku) datang. Tapi aku kerah dia ikut jugak. Kang anak-anak semua sibuk beraya, dia kat rumah konon plan nak masak. Sekali ada orang datang beraya, mana dia nak masak lagi, nak layan tetamu lagi. Sudahnya dia jugak yang stress. So, aku berjaya memaksa dia ikut beraya.



Yang kata 'takde awek' sangat tuuuuuuuu. Dah nak masuk keta pun still bergayut lagi.


Mak Buyung no. 2




Oh yes, kitorang memang tak kisah rumah orang ke rumah sendiri. Rasa-rasa nak bergamba, belasah je. Walaupun masa ni tuan rumah ada tercongok kat depan.
Masa ni kat rumah makcik. Dah nama pun rumah makcik, takde de aku nak melepak kat hall. Bagi salam, terussssss masuk dapur. Ibal siap bukak periuk orang tua tu lagi check apa ada. Sekali dia buat laksa Johor kauuuuuuuuuuuuuu. Hilang plan aku nak diet. 2 mangkuk aku bedal.

Lepas tu gi rumah adik bongsu Mak Aji pulak.
Belasah lemang and sambal daging pulak. First time aku tengok orang buat sambal daging. Sangat lah lazat. Dan juga memakan kek lapis Sarawak yang macam-macam kaler. Padahal rasa dia sama je, tapi semua aku makan sebab terkesima dengan corak dia. Aku penah belu untuk Mak Aji sekali time blaja kat UNIMAS dulu. 5 tahun dok Sarawak, cuma sekali je aku bawak balik kek lapis. Sekilo harga RM85 okkkkkkkkkk. Gila kau nak bawak balik tetiap bulan? Masa Mak Aji hidangkan untuk tetamu (masa tu tahun 1998, so tahap kejakunan orang Semenanjung terhadap kek lapis Sarawak memang masih tebal), bila orang tanya 'Cantiknya kek niiii. Berapa sebijik?'

'RM85'.

Terus tersengkang kek tu kat anak tekak masing-masing.
Semua tak caya mahal macam tu.
Tapi cantek okkkkkkkkkkkkk.
Yang penting cantek!

Itulah pun kali terakhir kek lapis Sarawak menjejakkan kaki ke rumah Mak Aji.
Tu laaaa..dulu lagi aku dah kata, kawenkan aku dengan REM.
Kan ke dah tak dapat makan kek Sarawak free??

Raya kedua tu sempat beraya dua buah rumah je. Sebab rumah adik bongsu Pak Aji takde orang la pulak. Dua rumah je dah 4 jam. Takyah la beraya rumah orang lain. Aku pun dah mengantuk. Sampai rumah, terus membuta sampai pukul 3pm.

Tetiba je aku dengar azan Mak Aji.
Azan pukul 3pm.
Yang tido kat bawah, kat hall, even kat atas sekalipun semua bersilat bangun bila dengar azan Mak Aji. Petir okkk, petir!

Dalam masa seploh minit semua dah ada kat dapur ambik tugas masing-masing. Walaupun aku masih blur-blur lagi, Mak Aji nak buat apa pun aku tak tau tapi aku tetap capai kuali. Janji aku pegang something. Guna tak guna blakang cerita.
Ini lah yang dinamakan strategi.
Strategi mengelakkan dari kena tengking.

Dalam sploh minit macam tu baru otak aku register yang sekarang adelah time memasak nasik tomato.



Saya ditugaskan untuk menggoreng ayam. Mahu melihat bagaimanakah saya menggoreng?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yesserrrr.
Begini ye puan-puan.

Seb baik mak mertua aku dulu tak sempat nampak camne aku memasak. Kalau tak, mau sampai skarang En Wan tak kawen-kawen.
Eh aku tetap kawennnnnnnnnnnnnn.
Sebab aku kan gojesssssssssssssss.

Mak Aji cakap aku kalau masuk dapur macam nak pegi berperang. Siap tangan semua berbalut dengan kain sampai ke siku. Ni kira baik dah ni sebelah tangan lagi tak pegang penutup kuali.

Kulit kena jaga. Biar hitam. Asalkan jangan ada parut kena minyak panas.

Alaaa, dah nak masuk seploh tahun pun aku masak cara gini, tak mati punnnn saper makan masakan aku. Bukankah ini merupakan salah satu ciri kebersihan? Mengelakkan bulu-bulu roma jatuh ke dalam kuali? Janji aku masak dan takde orang komplen masakan aku sudeyyyyy.


Ini adelah gambar paling mahal berada dalam simpanan aku skang.

Masa ni aku tengah sibuk berperang kat dapur, so aku mintak En Wan bagi Redza makan dulu. Takde la time orang datang nanti dia sama naik nak makan sama. Kang dengan tangan-tangan aku pulak naik atas badan dia pastu. Aku memang pantang time tetamu makan, anak aku sibuk nak makan sama. Aku bagi makan penampar jugak kang.

Sejak ada anak, En Wan TAK PERNAH suapkan anak makan. Sebab selama ni cuma bibik dengan aku je yang suap. So bila aku tengok for the first time dia suapkan Redza, cepat-cepat aku snap gamba. Pandai rupanya suapkan anak.

Ok, next time aku nak tengok dia sanggup ke tak basuhkan bontot anak. Ini lagi satu kerjaya yang dia tak pernah buat. Tu yang aku tak boleh tak ada bibik tu. Kang kalau aku outstation sampai 4 hari, kering bontot anak aku tak berbasuh. Samada dia biarkan kering tak berbasuh ataupun dia tak kasik anak aku berak lansung. Tak kira la apa pun option dia letak, kalau aku balik keje sok aku tengok bontot anak aku berkerak, siap! Aku sagat bontot dia ngan berus kawat.






Ini semua adelah sebahagian dari adik-beradik Mak Aji. Mak Aji ada 13 orang adik-beradik, 10 kat Singapore (sebab dia pun asal sana gak) cuma 3 orang je kat Malaysia.

Basically takde apa sangat pun. Biasala adik-beradik berkumpul time raya. Gossip sudah pasti.


Pandai anak aku pedajal si Jane ni. Depan-depan bapak budak tu kau pedajal anak dia eh? Sangat tak agak-agak.



Time ni, Ima and family nak balik ke rumah mak mertua dia pulak. Dia ni memang tetiap tahun konfem balik raya rumah mak mertua sebab memang dah sah-sah on the way back to JB, kalau tak singgah memang derhaka sangatlah. Lain lah macam aku kan, berlainan arah. Kalau tak balik tahun ni memang tak balik betul. Tunggu tahun depan je la balik. Walaubagaimanapun, Hari Raya Haji tetap balik Tganu. Cuma tahun ni je tak balik sebab perut aku sangat tak mengizinkan. Ada la orang tu nanti buat drama termenung jauh lagi kat depan pintu....

Takpe.
Aku dah sediakan mp3 Watimanglandok untuk dia mengubat kerinduan.


posted by aveo757 @ 3:56 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER