2010-05-14

Papa dah tua



Weekend ini adelah weekend yang konfem sibuk sebab masa ni la nak pack baju, nak beli apa-apa yang patut untuk bawak pi Gold Coast Khamis depan, nak tukar duit, bla bla bla bla bla. Masa ni la sibuk nak study tempat makan yang best kat sana, sebab bawak Mak Aji ngan Pak Aji sekali. Bawak orang tua ni lain sikit, takleh makan sebarang-sebarang. Fish and chips pun dia taknak dengan alasan 'Goreng kentang tu guna minyak apa?'

Nak je aku jawab 'Minyak gamat'.

So, nak taknak, kena la study restoran-restoran yang ok. Tapi sebenarnya takde hal sangat part makan ni sebab hotel yang kitorang nak duduk ni kat lobby dia memang ada Malaysian Restaurant tapi tau-tau je la kalau dah nama restoran dalam hotel, harga pun harga hotel walaupun ko order lempeng pisang. Samalah jugak kalau order makanan kat Air Asia, mentang-mentang la takde restoran lain kat atas, ko tekan aku cukup-cukup sampai maggi pun RM5 hengget. Kalau ko masak maggi tu takpe la jugak, ni tak. Depan-depan aku kau tuangkan air panas dalam cup maggi tu. Eh sorry la okk, aku dah lama tinggalkan zaman makan maggi jirus air panas ni. Tu zaman matriks dulu boleh la. Masuk 1st year je aku dah upgrade, masak maggi lam microwave.

Kalau ada reader blog ni yang dok Gold Coast sila la update aku about weather kat sana so that aku leh bersedia samada nak bawak or tinggalkan short and skirt aku. Nak swimming-swimming ni jangan harap la kan sebab Pak Aji ada sekali. Swimming je la dalam bath tub jawabnya.

Oh yes, sebut pasal mandi, semalam aku telah dimalukan tanpa dikasihani.

Situasi adelah kat lawn, sambil belek-belek pokok buluh.


Redza : Ma, tadi Budazah (ustazah) Ija kata, boy tak boleh tido dengan girl. Tak boleh mandi dengan girl. Sebab dah besar.

Mama : Ha, betul la tu. Sebab tu Ija kena tido bilik sendiri. Mama girl. Ija boy.

Redza : Habis, Papa?

Mama : Papa lain. Papa dah tua. Mama kena jaga Papa. Sebab tu mama tido dengan Papa.

Redza : Oooooooo. Sebab tu la semalam Mama mandi dengan Papa, eh?


Great.
Jiran aku tengah siram pokok bunga kat sebelah.

Demmmm!


Inilah budak yang telah memalukan aku semalam. Nama dia Budak Masam.

p/s : Pic taken 10 minit yang lalu. See? Aku dah tembam kan, korang tak caya!