walk on wings, tread in air: April Fuck <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


April Fuck
2010-04-01
Sangat best bila takde orang kenakan kita today for APRIL FOOL.
Rasa hari berlalu dengan sangat indah sekali takde joke-joke bangsat 1 April.

Time skolah dulu manjang je aku kena attack ngan cilaka-cilaka musibat time April Fool. Ntah apa yang foolnya pun aku tak tau. Suka benar mengenakan insan-insan lemah.
Fool you!!

Masa aku skolah dulu, time April Fool selalu ada buat Apple Request.
Dan aku antara AJK sebab aku tau aku takkan dapat Apple so nak cover malu kita jadiklah AJK, jadi orang tak nampak sangat kita balik tak bawak apple sebab konfem aku akan bawak balik berbakul-bakul apple sebab tak abis. Bijak kan aku?


Sangat best okkk perasaan tidak mendapat bunga dan apple bila semorang bawak bunga kehulu-hilir. Best dia satu macam sampai ko rasa nak balik umah jam tu gak. Sadis.
Tapi aku pun tak kisah sangat time ni.
Sebab memang dah agak pun takkan dapat apple walaupun time bukak request-request berharaplah sangat ada nama aku. Seb baik takde okkk. Kalau tetiba ada?
Konfem aku lah manusia paling riak, dan-dan masa tu jugak nak beli compact powder.
Biasa la kan, pompuan kalau first time dapat perhatian selalunya memang over.
Time ni boleh nampak la saper yang paling hot, saper yang suam-suam kuku dan saper yang paling direjek. Mana-mana yang bawak balik banyak bunga tu siap la jadik bahan attack ngan Cikgu Disiplin pastu. Kata hottt. Cikgu aku dulu memang pantang tengok anak-anak murid yang terang-terangan bawak balik bunga satu troli memang bertambah hot la kau kuar masuk bilik Penolong Kanan.
Mana-mana yang tak dapat bunga tu kan mula la 'Ntah apa-apa la dorang ni time skolah pun nak bercinta'.

Tu la dia antara statement-statement orang tak dapat bunga.
Memang azab kalau dengar. Rasa nak bagi penampar pun ada.

Cerita pasal bunga, aku teringat dulu zaman-zaman jahil nak sambut Valentines ngan ex-boifren. Kitorang lepak KLCC. Baru gempak okkkk celebrate Valentines kat KLCC, megah gila rasa. Padahal beli bunga pun pakai duit loan MARA.

Boifren aku tetiba baik hati, tengah syok makan sekali sampai bunga satu bouquet besar ada 35 roses. Wahhh, aku pun dan-dan la jalan pun tetiba nak catwalk. Bawak bunga besar la katakan. So boifren aku cakap nak hadiah apa lagi? Aku pun kata la nak gi getah rambut kat Sinma. Bila pikir balik, apakebangangnya aku pegi pilih Sinma?

So boifren aku bawak masuk Evita Peroni, aku tak tau ada lagi ke tak kedai ni kat KLCC.
Satu hairband dia ada la cecah RM60-70 jugak. Nampak je aku masuk kedai bawak bouquet besar gedabak, terusssss 2 sales jaga aku. Siap sorang buat demo, sorang pegangkan bakul macam la aku nak beli banyak sangat. Time ni aku rasa, manusia memang memandang zahir. Asalkan orang tu nampak gempak dari yang lain-lain je, konfem dapat layanan istimewa. Padahal datang KLCC naik bas. Tapi orang tak nampak kan? So, takpe.
Yang penting best jugak la sebab rasa macam selebriti okk, dengan bunga ada orang tolong pegangkan, bakul ada orang bawakkan.

Punya la cita-cita boifren aku nak jadikan itu Valentines paling best dalam hidup aku, disebabkan bunga besar sangat, balik rumah naik teksi. Habis gempak la ni kan balik Bangi naik teksi. Orang dah berkeje pun balik naik komuter. Tapi memang hari tu je la pun hari yang best untuk aku. Besoknya dia nak balik Perak pinjam duit aku nak beli tiket.

Taik lah.


p/s : Happy birthday to you, Ah Beng.
posted by aveo757 @ 5:20 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER