2010-04-02

Girls looking for.......




Tadi aku punggah kotak-kotak album sekali jumpa gamba ni.

Ada jugak makhluk yang nak candid gamba aku rupanya (wah, feeling hawttt seketika). Tapi aku tak sure la if orang ni nak ambik gamba aku ataupun nak ambik gamba member yang tengah menonggeng kat blakang. Biasa la darah tengah muda, pantang nampak ada yang tertonggeng sikit, terkangkang sket mula la tak tentu arah masng-masing nak ambik gambar. Kalau betul dia memang bertujuan nak candid gamba aku, aku sangatlah tergaru. Motif nak terharu?

Itu cara-cara tetek baru naik sejemput dah ada yang candid. Cuba kau candid skarang punya?

Tapi bila aku tenung-tenung balik gamba aku ni, memang tak nampak lansung X-factornya. Memang patut sangat la kau tak pernah ada secret admirer. Balik-balik kau je yang admire orang. Nak admire tak agak-agak lak tu, nak yang hensem aje.

Eh mesti lah nak yang hensemmmmmmm, sape yang nak laki tak hensem. Wakakaka.

Tapi kan, ada pepatah cakap laki hensem dapat kat perempuan tak lawa. Perempuan lawa mesti laki dia tak hensem. Tapi aku lawa, apesal aku boleh dapat laki hensem?

Wakakakakkakakakkaka. Pangggg sedas.

Perasan tak, time skolah rendah kan, budak-budak tend to carik pasangan yang sepadan dengan kualiti yang dorang ada. Tetek belum tumbuh dah gatal nak berlaki bini bagai.
Kalau ketua pengawas mesti kena gosip ngan penolong pengawas.
Yang cun mesti nak bercouple dengan yang yang hensem aje.
Budak yang dapat nombor 1 kelas 6 Merah mesti nak digosipkan dengan budak yang dapat nombor 1 kat kelas 6 Kuning.
Ketua Rumah Hijau mesti bercouple ngan Naib Ketua Rumah Hijau.

Golongan terpencil macam aku ni pandai-pandai la bawak diri. Nak harap dapat masuk group yang glemer-glemer ni mimpilah, dapat beratur blakang dia time beli nasik lemak kat kantin pun dah abis bangga.

Masa sekolah menengah pulak masing-masing tend to carik boifren yang terer bersukan. Muka kau bangsa yang berkecai pun berkecailah janji ko terer main sepak takraw. Rasa cam hot gila kalau dapat balak yang bersukan sampai wakil negeri. Paling bangsat pun wakil sekolah. Setakat wakil kelas Tingkatan 2 Cergas tak main aaaaa.
Ntah apa yang best ntah berbalakkan mat sukan.
Nak kata badan sasa? Tak pun.
Badan bacin lagi ada.
Muka sekor-sekor aku tengok melekit je siang malam. Punnnnn ramai peminat. Aku pun melekit gak, takde saper yang minat pun??? Kemaks.

Tapi itu jauh lebih baik dari dapat balak yang kaki buku.
Oh seriesssssssssss gua tak boleh tolerate ngan mat buku. Aku akan nampak sangat bengap kalau balak aku budak straight As, sebab aku memang tak suka A. Aku suka C.

Tapi akhirnya aku dapat jugak budak mat buku.
Memang berbulu la kalau dapat mak buku ni. Seb baik mat buku ni ada aset yang boleh tahan. Like masa tengah tunggu feri kat Pangkor tu hari, Redza tanya 'Pa, kenapa batu kat tepi ni ada kotor-kotor?'

En Wan reply kat anak dia yang belum jejak 6 tahun pun lagi, 'Tu bukan kotor. Bila air laut bertemu dengan konkrit dia akan bagi tindakbalas kimia'.

Penjelasan macam jahanam!!!

Masa kat U, the girls dah mula carik balak yang kalau boleh biarlah ada moto. Tak dapat TZM pun takpe bang, janji moto. Ex5 pun EX5 lahhhh. Sebab sangat 'tak in' okkk pegi outing dah mekap cun-cun sekali naik bas. Like apakejadahhhhhh. By the time kau sampai destinasi badan kau dah macam bau bangla. Tapi aku suka naik bas. Nak lagi kalau bas tu penuh. Seboleh-boleh aku nak naik jugak. Boleh himpit-himpit dengan boifren. Bila lagi nak bergesel-gesel. Muahahhahha.

Boifren aku dulu pun pakai moto. Pak Aji kasik pinjam angkut pegi Sarawak. Tapi pastu dia buat cam harta sendiri. Dia naik moto, aku naik bas gi kelas. Tapi duit minyak mintak aku tong-tong. Pundek punya jantan.

Bila dah keje pulak, girls tend to carik balak yang tak payah lah hensem sangat, tak kacak lansung pun takpe. Saya tak memilih rupa. Apelah yang ada pada rupa, semuanya duniawi. Tapi biarlah abang kaya. Eh.

Actually bukan memilih yang kaya okkkk, tapi kalau boleh biarlah laki tu tak kedekut, sikit-sikit nak berkira. Bukan mengejar kemewahan bro, lagipun saper tak sukakan kemewahan kan. Semua orang suka. Cuma kau janganla kedekut sangat. Abis tu, kau kalau beromen nak hari-hari tapi kasik aku shopping 2 bulan sekali je. Wadepak?