walk on wings, tread in air: Let kids be kids <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Let kids be kids
2010-03-25



Rabu baru-baru ni disebabkan aku tak boleh tido kat hotel, maka berpeluang la melayan Malaysia Hari Ini pagi-pagi buta. Antara topik yang dorang discuss was pasal budak-budak zaman skarang. Mak bapak skarang ni dia kata terlampau nak atur jadual anak sampaikan anak tu takde masa nak main lansung. Asal ada free time je abis segala kelas tekwando, swimming, ballet, drawing mak bapak nak masukkan. Ye ke? Anak aku manjang je main. Homework tak pernah ada lak tu. Aku dah tunjuk buku lima baru dia sibuk kuarkan buku skolah.

Tapi, betul gak apa speaker tu kata. Macam bagi aku wake up call pun ada gak. Sebab aku pun antara mak bapak yang asik pikir mana lagi kelas tambahan aku nak sumbatkan si Redza ni. Sometimes aku rasa Redza pun bosan asik la blaja blaja blaja. Boleh jadik bergaduh-gaduh aku dengan En Wan bila pikir pasal Redza.

Kalau En Wan ni pulak manjang je lah budak tu tak payah blaja.

'Biar la Di, dia nak main'
'Takyah la kelas tambahan kul 3pm, sian dia nak tido'
'Biar la dia nak tengok katun, jap lagi dia buat la homework dia'

Bila aku menjawab, alasan yang selalu buat aku mati kutu is 'Abang dulu tak blaja sangat pun, ok je?'

Amboi sajaknya la berkata-kataaaaaaaaaa.
Itu kau.
Kau lahir zaman bila.
Skarang zaman bila.
Lagipun kau duduk kampunggggggg.
Kampung apa ada?
Wakakaka.

Budak-budak zaman skarang ni ramai yang tak reti bahasa termasuklah anak aku. Baru je kejap aku suruh dia tutup tv, aku belum sampai anak tangga yang keempat dia dah switch on TV tu balik sebab bapak dia angkat kening kasik green lite. Ingat aku tak nampak???? Bapak dia pun satu hal. Sudahnya anak tak apa-apa, mak bapak yang bergaduh.

Speaker tu kata, JANGAN ATURKAN HIDUP ANAK DENGAN SECARA MELAMPAU.

Dia kata, anak-anak ni sepatutnya dibiarkan merasa zaman kanak-kanak. Jangan sampai anak takde masa nak main. Videogame tu tak termasuk dalam kategori permainan yang boleh mencergaskan tubuh badan. Maksudnya skarang, anak kena keluar main kat luar.

Aku rasa apa yang orang ni cakap ada betulnya.
Aku rasa zaman aku kecik-kecik dulu takde de Mak Aji nak sibuk hantar aku tusyen segala. Tak jadi bangang punnnnnnn. Cuma tak bijak sangat la. Tapi aku rasa tu bukan salah aku. Tu salah genetik. Hahaha.

Panggg kena pelempang Mak Aji.

Asal petang je, Mak Aji dah perambat aku keluar main luar.
Sometimes terpikir gak, mak aku ni tak suka aku ke? Mentang-mentang la muka aku kemek (ni dia yang kata), sampai dihalaunya aku kuar main sebab nyampah tengok muka aku.
Tapi mood sentimental aku selalunya kejap je.
The moment aku nampak si Ah Chong standby ngan basikal chopper kat luar, terus menggeletis aku nak main.

Sebenarnya memang bagus tau zaman kita dulu-dulu. Zaman belum ada game-game merepek ni. Nak pulak rumah Mak Aji dulu toksah kata nak ada video game, TV pun kaler itam putih. Betapa bosannya aku nak ngadap TV! Disebabkan TV itam putih ni la aku konfius apesal pompuan dalam TV semua putih, tapi aku pompuan yang hitam??

Mainan zaman dulu sebenarnya tak secara lansung membantu kita dari banyak segi kalau korang perasan. Ada ilmu yang tersirat.

Contohnya main polis sentri.

Kalau yang dapat jadik polis tu memang bersungguh-sungguh jadik polis. Polis betul pun tak segigih macam ni sampai orang dah abis azan pun dia gigih masuk longkang carik pencuri lagi. Polis betul ada gigih macam ni? Tak dapattttt.
Dalam ertikata tersirat, game polis sentri ni sebenarnya memupuk rasa tanggungjawab and amanah pada tugasan yang diberi. (pehhhhh, ayat gua macam motivator okkk)

Mana yang balik-balik kena jadik ketua penyangak tu kalau tak caya ko tengok orang tu skarang macam mana. Mesti jenis yang licik dan mengelat. Tak caya, tengok aku. Hahahah.

Aku dulu kalau main polis sentri memang tak hadap la nak jadik polis ni segala. Tak kuasa aku nak kuar masuk longkang carik pencuri. Kang tak pasal balik rumah aku kena belasah ngan Ketua Polis Negara yang memang tunggu masa je nak sesah aku.

Oh, kau nak sangat jadik polis eh, ha meh sini aku bagi pangkat sarjan. Zas Zas Zasssssssss ambik kau tiga calit kat betis. Selesai. Esok pi skolah pakai pinafore. Get ready la nak kena gelak kat member yang cibai-cibai semua.

Selalunya aku memang volunteer jadik pencuri.
Tapi aku pencuri yang bijakkkkkkkkkk.
Polis-polis ni semua sibuk masuk longkang keluar longkang ntah apa yang dia carik dalam longkang tu ntah. Mana yang lelaki tu aku tau la masuk longkang sebab nak kencing sekali. Yang polis pompuan lak balik-balik carik kat pokok serai. Apekejadah??? Lojik ke aku nak menyorok dalam pokok serai? Nak pulak pokok serai tu Mak Aji punya. Apa nak kasik aku mampos?

Tau aku di mana???

Yeahhhhhh.
Aku ada kat kedai Kak Milah makan Nutella.

Kau carik la aku sampai muntah. Memang takkan jumpa punya.
Agak-agak boring lepak lama sangat kat Kedai Kak Milah, aku singgah rumah makcik aku kat sebelah kedai tu pulak. Apa susah.
Tak susah kan jadi pencuri?
Baju aku pun tak bau longkang.
Agak-agak lambat balik, makcik aku boleh call Mak Aji 'Kak Yah, si Diana ni ada kat rumah Noi'.
Settle.
Kalau nasib aku baik, makcik aku siap gorengkan keropok lagi.

See?
Siapa kata jadik pencuri tak best?
Jadik pencuri mengajar kita buat keputusan yang cepat dan bijak dalam keadaan terdesak. Pikir kat mana nak bersembunyi dengan selamat selain dari mencarik suaka politik kat rumah makcik. Hahaha.

Tapi aku berhati-hati gak.
Aku tengok lah jugak sape yang jadik polis.
Kalau yang jadik polis tu muka-muka yang balik-balik carik bawah longkang, atas pokok, dalam pokok serai, memang konfem aku jadik pencuri. Ada budak tu boleh suruh mak dia tutup gate tak kasik pencuri ni nyorok dalam rumah dia. Apa kejadah aku nak nyorok rumah kau, baik aku masuk rumah aku terus duduk depan TV layan cerita cina. Baru berpeluh kau carik aku kat luar.

Tapi kalau yang jadik polis tu adik aku umpamanya, terus aku tak jadik main.
Sebab adik aku bijak. Like sister la bak kata omputih. Ngahahahah.
Dia ni kalau dapat jadik polis memang habis satu taman dia pusing ngan basikal. Berpeluh aku nak menyorok.

Jadi moralnya kat sini, banyakkanlah bermain polis sentri. Badan cergas, minda cerdas.

Lagi satu, dulu aku suka main ofis-ofis ngan adik aku.
Ni kalau time hujan la, masing-masing takleh keluar rumah katakan. Nak main masak-masak kang kena kuarkan tupperware Mak Aji segala, malas aku nak kemaskan balik. So, kita pilih cara selamat, kita main ofis-ofis je. Props semua sendiri punya, tak kacau orang lain.
Buku teks sendiri punya.
Pensil nak sign-sign check sendiri punya.
Kertas tak jadik masalah, koyakkan je buku skolah. Hahaha.
Nak nampak lagi macam best, angkut typewriter Pak Aji bawak masuk bilik. Konfem dah macam opis.

Selalunya aku la jadik bos. Sebab adik aku suka sangat jadik sekretari. Perasan gila cun nak jadik sekretari.

So tugasan aku adelah bagi dia keje.
Entah apa la yang aku suruh tapi gila series la masing-masing berlakon.
Yang si Ima ni pun beria-ia siapkan kertas kejer. Pastu dah siap submit kat aku.
Aku of course la duduk kat dalam bilik, aku kan bos.
Dia duduk kat hall sebab dia pencacai je.

Kalau aku tetiba datang mood nak mengamuk (bos kan suka marah-marah orang) aku akan 'Ima, masuk bilik saya!'

Sanggup pulak budak ni tadah muka kena marah ngan aku.
Agak bodo jugak dia ni kadang-kadang.

Main ofis-ofis ni sebenarnya dalam pada kita tak sedar sebenarnya secara tak lansung menjadikan kita orang yang bercita-cita. Cita-cita nak jadik bos. Cita-cita nak berjawatan tinggi. And secara tak lansung bila dah jadik bos, kita ada rasa nak membimbing orang bawahan untuk berkerja dengan betul.

Macam adik aku kan, dia suka jadik sekretari. Sekretari kan rajin and cantik-cantik. Walaupun dia bukan seorang sekretary skarang but tempias-tempis suka kecantikkan tu memang ada kat dia. Siang malam pakai krim. Kalau pergi rumah dia ntah macam-macam krim aku tengok atas meja solek dia. And tangan dia memang cantik, tak caya tengok gamba dia dengan si Jane berbungkus tu, halus je tangan dia kan?

Lagipun, adik aku suka jadik sekretari sebab dia memang suka sangat buat keje tulis-tulis. Tulisan dia pun memang cantik.

Aku pulak tulisan macam jahanam. Sebab tu aku berblogging, sebab blogging takyah tulis tangan. Lojik?

Tapi tu dulu la. Sekretari skarang semua dah pakai komputer.

Bila aku masuk U, aku ambik generik course Basic Acting.
And I got A utk course tu.
See?
Berbaloi tak aku berlakon jadik bos-sekretari time kecik?
Akhirnya membantu aku dapat A.
Pakkal aku ni takde pakej je okkk, kalau tak aku duduk sebelah Meryl Streep dah skarang.

Tapiiiiiiiiiiiii paling aku tak berkenan is main kawen-kawen.
Tapi aku takde choice sebab geng-geng aku dulu semua gatal bijik tiap-tiap petang nak main kawen-kawen. Habis takat bersanding tu je dah la. Ehhhhh sambung pulak sampai main beranak-beranak. Siap pastu kes laki kawen lain la apa la. Dah macam batak aku tengok sorang-sorang siap nangis mengongoi-ngongoi laki masing-masing kawen lain. Pastu gaduh-gaduh ngan mistress. Yang aku bengang tu boleh terbawak-bawak bergaduh betul sampai seminggu dek kerana menghayati watak. Beria-ia. Kimaklah.

posted by aveo757 @ 2:35 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER