walk on wings, tread in air: Keranamu Apeng <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Keranamu Apeng
2010-03-15

Balik dari Matta, rest kejap then gi Bukit Jalil pulak, tengok Disney on Ice.
Tak banyak gamba yang aku snap sebab aku tidur half way kat dalam tu.
Series kepenatan dari pagi berjalan. En Wan la punya pandai ni, dia ni memang suka buat keje gila camni. Terkejar-kejar aku nak ambik nafas. Memang penat sangat-sangat.

Tapi boleh tahan ramai orang kat dalam tu.
Nak kata best tu aku rasa kalau aku belum jejak Disneyland mesti aku teruja gila babi tengok show ni. Walaupun katun-katun yang datang sini sama macam kat Disneyland, I mean Cinderella, Snow White, Alice, The Incredibles bla bla bla, tapi kat Disneyland laaaaaaaaaagi cantik, so sedikit bias di situ.

Tapi aku rasa Disney on Ice ni ok dari segi jalan cerita. Kalau pi Disneyland tu ko leh tengok secara dekat and merhandise lagi kaw-kaw, boleh masuk terus dalam castle kelebet-kelebet apa yang patut. Kat Disney on Ice ni ko dapat tengok dari jauh je but jalan cerita dia best. So, itu point yang dorang menang. Kalau pi Disneyland tu cerita yang ko boleh imaginekan cuma based on buku cerita. Kalau ko masuk Disneyland and nak reka cerita sendiri pun bolehhhhhhh.

Point untuk kitorang pulak adelah sebab bawak anak sedara En Wan sekali, so boleh lah mak bapaknya bantai tido kejap kat dalam tu.





Ni je la gamba yang boleh tahan sikit sebab snap guna henfon. Lupa bawak kamera punya pasal.




The next day, pagi-pagi lagi kul 6.30am dah bangun (nampak sangat selalu bangun lambat padahal takde la pagi sangat pun 6.30am tu) get ready nak ke Pulau Pangkor pulak. Kali ni main purpose dia sebab ex-roommate aku kawen. Bukan roommate sekarang okkk. Kalau roommate aku yang sekarang ni kawen, ehhhh aku tetap datang. Apa pulak tak datangnya, orang dah jemput kannnnn. Tapi aku datang bawak bazooka sekali. Ko nak kawen sangat ye??? Ha, meh sini aku hantar korang straight ke pintu syurga.





Sampai kat Lumut, agenda pertama adelah membayar cukai kepada Redza.
Kat kedai tu je dah habis berapa puluh ringgit. Tu baru anak sorang, belum satu puluh orang. Agaknya sebab tu la aku ni payah nak dapat anak. Asal anak mintak beli barang je aku mengamuk. Tapi En Wan memang sangat baik hati sejak akhir-akhir ni, anak dia lom bukak mulut lagi da dah offer 'Ija nak apa?'. Ni semua sebab one day tu Mak Aji call rumah, Redza angkat..

Mak Aji : Ija makan apa?

Redza : Honey star.

Mak Aji : Siapa beli?

Redza : Papa.

Mak Aji : Baiknya Papa. Mesti Ija sayang papa kan?

Redza : Tak lah. Papa yang sayang Ija.


Since that day En Wan selalu beli barang untuk Redza tapa dipesan-pesan pun. Sebab dia suka dengar Ija cakap 'Papa yang sayang Ija'.

Tapi papa ni tak sayang mama lansung!!. Aku yang tertonggok kat tepi ni takde pulak dia nak tanya. Cubalah bawak-bawak tanya aku nak apa. Padahal dia dah nampak aku belek-belek sundress ni. Harammmmmmmm.



On the way nak ke ambik beg kat keta then terus ke jeti.
En Wan offer lunch.
Eh tak main laaaaaaaaaaa lunch kat Lumut. Kata pegi Pangkor, lunch kat Pangkor laaaaaaaaaaa. Padahal nak makan nasik goreng je.




Kali ni datang Pangkor bawak mak mertua sekali sebab mak mertua aku lom pernah jejak Pangkor. Mak mertua aku ni Taj Mahal dah sampai, tapi Pulau Redang yang sekampung dengan dia pun belum jejak lagi.
Sama la macam laki aku ni. Padahal Pulau Redang, Pulau Kapas tu semua dekat sangat ngan kampung dia, haram nak bawak aku pegi. Balik-balik aku datang Pulau Bahagia je (nama kampung En Wan). 



 
 
 This is the lobby merangkap coffee house yang sangat open air.


Kitorang lepak kat Anjungan Beach and Spa Resort kat Teluk Nipah. Tapi aku tak nampak tang mana spanya. Not bad jugak hotel ni. Hotel baru. Yang penting hotel ni dekat dengan tempat makan. Mana-mana tempat aku duduk paling penting adelah toilet and tempat makan. Tido alas sejadah pun aku tak kisah, janji tempah nak berak ngan tempat nak mentekedarah kena superb. Paling utama toilet biar ada hose okkk. Aku tak feeling la nak basuh bontot guna gelas. 



The room.

We all ambik dua bilik with connecting door. Mana boleh share-share bilik ngan mak mertua. Kata nak made in Pangkor. Kang heart attack orang tua kot ternampak aksi terlampau. Kitorang memang melampau-lampau kalau beraksi. Eh.



Sebab kat luar panas sangat, so we decided to makan kat hotel je.
Nasik goreng takat ada telur mata ngan keropok lemau 3 helai adelah RM15 sepinggan. Hambikkkkkkkk.
Nak sangat makan nasik goreng.
Rasa nak jilat-jilat pinggan tu taknak bagi membazir.
RM15 hengget okkkkkk. Ingat sikit ke? Boleh beli spender secara pukal okkkk.

Lepas makan lepak jap layan HBO, nak beromen pun tak sempat sebab kawan aku nikah lepas Asar. Disebabkan aku pengapit, takkan aku nak datang macam tetamu kan. Kena lah datang awal. 



Sementara tunggu van datang ambik, berposing dulu.
Fuhhhhh, sebijik macam Datin Diaries okkkkk.
Berbaloi la beli shawl.



Left to right : Hanie (anak dara Rozie), Rozie, Hele and Angelina Jolie.


Sementara nak tunggu pengantin siap, marilah kita persiapkan perut kita dulu supaya tak menggigil kat surau nanti. Macam tau-tau je yang datang ni semua tengah kebulur padahal baru lepas makan nasik goreng (tapi tak best), nampak kuih depan mata masing-masing macam pelarian Afrika (walaupun hanya aku yang iras-iras Afrika kat situ). Seb baik makcik ni tak sediakan air teh nak tambah, kalau tak, konfem loyang tu tinggal piring kosong je. Aku rasa makcik ni pasang strategi la. Syabas makcik. Boleh saya prektikkan untuk open house saya tahun depan. 



Pengapit yang dah berpeluh tunggu pengantin tak siap-siap lagi padahal aku dah siap makan. Muka nampak kool tapi ketiak aku dah lecak ngan peluh.

Nampak aku tengah pegang poskad?
Dengan poskad tu jugak la aku mengipas pengantin kat surau sebab pengantin lupa nak mintak kipas kat Mak Andam, ko percaya?
Nak je aku libas poskad tu kat muka dia. Dengan payung takde. Seb baik aku nampak payung tersangkut kat luar rumah dia, jadikkk la. 



Ni En Wan yang snap. Aku malas, aku nak bersembang kat bawah.


Pengantin yang dah siap. Lajuuu je turun bawah. Takde gaya nak jadik pengantin lansunggg.
Turun tangga sambil membebel-bebel.


Padahal kau tu pengantin, tapi mulut takeh cover-cover lansung.
Dia ni sepesen aku, jenis outspoken. Tudung tak tudung, kalau nak maki, maki aje.



Bergamba seblom gerak ke surau.
Cuba teka, mak siapa yang nampak janggal dalam gamba ni?
Wakkakakaka.
Ok, tak kelakar.
The best thing was, memang kitorang je yang iring dia ke surau.
Bayangkan kalau kitorang tak datang. Sendiri la ko jalan bawak payung pegi surau kan? 



Aku rasa suara aku ngan Ina yang paling kuat sepanjang-panjang berarak ke surau. Memang takde rupa jadi pengantin. Kitorang dua memang tak reti cakap slow-slow. Rasa macam tak sampai je mesej tu kalau cakap slow-slow.




Benti jap depan surau betul-betulkan apa yang patut, nak betulkan tudung ke, nak tutup payung ke, nak tarik spender ke apa ke.

Eh, series la.
Baru aku perasan, kalau la kitorang tak datang Pangkor hari tu, kawan aku ni pegi surau sorang-sorang okkkkk. Konfem!
Sedih pulak aku tengok ko, Ina.

Actually, mak dia belum 100 hari meninggal, so keadaan pun masih belum tenang lagi. Maybe sebab tu banyak perkara yang terlepas pandang like takde payung, takde kipas, takde saper iring dia, bla bla bla.
Tapi takpe, walaupun cuma enam orang je yang mengiring, suasananya adelah seperti enam puluh orang okkkk. Suara aku je mewakili dua puluh orang.



Pengantin laki yang sedang bersiap.
Lupa pulak aku nak tanya saper nama pengapit laki tu. Eh.



Ni bukan candid ye. Aku yang suruh dia buat muka syahdu macam ni. So, jangan terpedaya. Kitorang memang ok je kat mana-mana pun boleh buat drama.



Hele, Ina and Mak Buyung



GAMBAR SUDAH DIREMOVED


This is Ina and me empatblas tahun yang lampau.
Gila dah tua aku ni wehhhhh.
Time ni tahun pertama matriks kat Kota Samarahan. Dapat pegi over the sea la katakan, gelupur ambik gamba nak hantar kat klorga di seberang. Seb baik la Mak Aji hantar duit buat beli tiket balik raya kalau tak konfem aku sama gedik nak hantar gamba untuk 'Salam Dari Perantau'. Feeling-feeling study kat Rusia.



Aku suka sangat gamba ni.
Selain dari terasa macam bergamba sebelah Rozita Che Wan, bila aku tengok gamba ni teringat pulak zaman-zaman kat UNIMAS dulu.Ina antara mereka-mereka yang bertanggungjawab melindungi aku dari raksaksa merbahaya (gamba yang ke tujuh)Kalau geng terpekik tengah malam macam kena sampuk jin, memang aku ngan Ina la orangnya. Kalau gelak kuat-kuat memang kitorang juara. Aku rasa acik ponti pun konfius ngan kitorang.Pendek kata kitorang adelah the last person laki nak tekel.
Takde sape nak ngorat pompuan yang kuat memaki orang okkkkkkkk.

But people change, kan?
(ye sangat la kau berubah, Dianaaaaa) 



Ijad (laki Rozie) sebijik macam professional photographer. Kita tengok saje hasilnya nanti. Hahahaha.
Walaupun aku tau dia tengah gigih nak edit gamba spender tu bagi nampak macam ada atas kepala aku (yang faham saje memahami) 



Apa ingat senang ke nak jadik pengapit???
Kalau tak kerana aim nak makan kat meja beradap, memang tak kosser aku nak jadi pengapit. Seb baik pengantin tak banyak cengkadak, dia sikit tak kisah muka berpeluh ke apa, aku je yang terlebih rajin kejap-kejap kesat peluh dia.
Pastu kesat peluh aku pulak.
Then kesat peluh dia balik guna tisu yang sama.
Padan muka ko Ina. Ambik lagi aku jadi pengapit. 



Serah mas kawen.
Pastu aku serahkan pulak dulang mas kawen tu kat Hele ngan Rozie.
Konfiden je klorga si Ina ni percaya je kitoang tak kebas duit mas kawen tu.
Takpe pakcik, walaupun muka kitorang ni memang muka materialistik, tapi dalam hati ada taman. 



Ada rasa nak bagi aku penampar tak tengok gamba ni?
posted by aveo757 @ 5:22 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER