2010-03-15

Matta Fair

Cerita bermula pada hari Jumaat.
Memang Jumaat lepas aku ngan En Wan telah sepakat untuk ambik cuti semata-mata kerana Matta Fair. Padahal boleh je nak pegi esok lusa tapi sebab Sabtu and Ahad aku ada program lain so nak taknak kena ambik cuti gak Jumaat tu. Pegi Matta Fair sebab nak pi confirmkan pakej ke Gold Coast.

Kali ni sekejap gila kitorang kat Matta sebab En Wan dah study abis-abis which travel agency nak serang, so sampai je kat Matta, memang tuju terus ke booth travel agency tu (aku pun dah lupa apa nama dia), book, then blah. Sebab Jumaat kan, so takleh lama-lama kang ada pulak yang bertanya 'Laki ko tak semayang ke kak?

Eh, kitorang ni jenis semayang keeeeeeeeee?


Aku ingatkan dah pagi sangatla sampai PWTC, sekali kauuuuuu, jem gila babi sampai nak parking pun tak boleh. Aku rasa dorang ni semua ponteng cam aku gak. Tapi aku baik sikit. Seblom sampai PWTC tu singgah UM dulu jumpa customer, walaupun dengan pakai seluar jeans. Customer aku pun heran apesal aku casual sangat, so aku cakap la 'Saya sebenarnya MC hari ni tapi sebab Dr nak urgent benda ni, saya datang kejap. Pasni saya balik la rumah'. Baru nampak dedikasi okkkkkk. 



Lepas ambik tiket, macam selalu, kena lepak dulu kat bawah sebab En Wan nak go thru the brochures dulu so that senang takde la tercangak-bangak ko kat dalam tu nak carik booth.
Aku, seperti biasa, hanya mensnap gamba aje.



Contohnya gamba begini...

Orang tua tu tengah sibuk mentelaah, kejap-kejap aku suruh dia pandang kamera, ambik gamba berdikari. Last-last kena tengking. Sentap kejap. Tapi kejap je. Kerana kita perlu sedar bahawa di depan PWTC ini adelah The Mall ye puan-puan. Jadi, apabila sebuah shopping adelah berdekatan, janganlah kita sentap dengan suami kita. Itu petua.



Straight to Aussie section.

Ronda-ronda dulu kat booth Aussie yang ada, saje nak make sure pilihan kitorang tepat. Ingatkan nak tunggu Spongebob and Patrick sampai tapi lambat sangat la pulak. Spongebob tu datang sebab nak promote Dream World kat Gold Coast.



Aku sambar this flyers

Aku ingatkan KEDAUNG ni antara perkataan yang best untuk memaki hamun, rupanya tempat soppingggggggggggg.
Apesal ada yang maki orang guna perkataan KEDAUNG?
Ok, lepas ni kalau ada yang kata kat ko 'Muka kau tu dah la macam kedaung'.
Sila jangan ambik hati.
Itu maknanya muka korang bersinar-sinar bak kerdipan kristal. Ok?



Masuk bab-bab booking ni semua aku malas nak campur, aku leh tolong tengok-tengok tang jauh je. Time nak buat decision, aku akan biarkan dia sorang dan boleh lah kita teruskan aktiviti snap gamba.



Ye, memang aku dah bulat.
Ada orang tanya if En Wan put on weight. Yes. Memang dia dah gemuk sikit.
Jumaat lepas dia timbang dah 55kg!!
Series aku tak sangka akhirnya di akan berganjak dari berat 51-52kg lepas sembilan tahun kawen. Maknanya lepas ni aku akan nampak lebih kurus kalau bergamba sebelah dia. Ngahahahah.
Tapi aku juga sudah gemuk. Semalam timbang dah 48.2kg.
Yihaaaaaaaaaaaaaaa. Boleh share spender ngan Mak Aji pasni.



Kali ni dapat beg lagi.
Tapi sampai skarang aku tak tengok lagi camana rupa beg dia. Cuma En Wan kata ada tulis 'AUSTRALIA'. Last year masa gi Hong Kong dapat beg jugak.

Time pi Bali ngan Phuket je tak dapat apa. Bawak balik sampah je dalam beg. Kali ni, kitorang tak bawak balik sampah banyak sangat sebab dah puas study pakej mana satu, so asal orang hulur flyers je 'No, thank you'.
Tapi pastu En Wan pass kat aku brochure 'Pakej Umrah and Haji'.
Wah, gurau kasar nampakkkkkkk.



Muka yang sangat ceria kerana berjaya menghabiskan duit di Matta.
Boleh lah start makan roti cicah kopi O je lepas ni.
Tapi muka aku je la yang ceria, laki aku ni tak pernahnya ceria kalau bergamba.
Kalau aku kangkang aje dia ceria.



Our first choice - Mantra Legend.

Kalau aku tengok sok tak sebijik macam ni, kau siapppppp. Harap-harap dapat la hotel ni.
Travel agency ni bukan leh percaya sangat, kita dah bayar harga rate hotel ni tau-tau last minit dia tukar pi hotel lain dengan alasan 'Hotel suddenly fully book, so we replace hotel yang sama macam rate asal'. Padahalllll, hotel yang dia suggest tu jauh beza. So, to be on the safe side, we all dah check semua rate yang dia offer. Kalau tak dapat Mantra Legend, we all expect dapat Holiday Inn sebab dua ni je yang sama rate.

Pernah terjadi time pi Phuket dulu, En Wan dah book Club Andaman Beach Resort sekali dia bagi Andaman Hotel dengan alasan Andaman Resort dah penuh so dia replace ke Andaman Hotel which is lagi baru dari Andaman Resort. Tapi tak best. I mean bukan la kokak sangat hotel tu pun, cuma bila ko dah expect dapat hotel yang ko pilih, sekali dapat hotel lain, memang terus jadik tak best la walaupun dia bagi free khidmat gigolo satu malam.



Holiday Inn

Tapi dari gamba ni, Holiday Inn macam tak best je kan?
Ke Holiday Inn memang tak best?
Tapi aku penah duduk Holiday Inn Kuching, ok je.

Tapi tak kisahla, sebab aku tau aku ada dalam bilik tu time nak tido je.

Reason we all mati-mati nak Mantra Legend sebab kat lobby dia ada Malaysian Restaurant.
Biasa laaaa, tekak melayu katakan.
Mana leh dinner makan fish and chips.
Nak lagi bawak Pak Aji. Konfemmmm gigil tak jumpa nasik.



Macam mengandung enam bulan

Lepas berjimba ria kat PWTC, singgah Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pulak.
Ada urusan yang belum selesai.
Sekaliiii, baru aku perasan aku pakai baju see thru. En Wan pandanggg je muka aku. Seblom dia sound, secepat kilat aku bagi cadangan.

'Beli shawl nak? Sebab Di pun takde selendang yang sesuai ngan baju untuk kawen Ina esok'.

Seb baik dia setuju.
Bagus jugak akal fikiran aku ni kadang-kadang. Sangat bertindak pantas pada waktu-waktu genting begini.

Zasssss, beli shawl. Semata-mata nak tutup baju yang jelas nampak kaler bra aku. Walaupun agak cuak jugak bila terang-terang kat gate dia dah letak signboard 'SILA TUTUP AURAT'. Pehhh, sedebik kena kat batang hidung okkkk.

Walaupun nampak sangat tak beradap, orang tu dah suruh tutup aurat ko lagi pakai spek atas kepala, tapi aku gagahkan diri jugak masuk Tabung Haji. Mesti orang kat dalam tu semua berdoa aku cepat pegi haji supaya cepat-cepat insaf.