walk on wings, tread in air: Takkan semua benda nak bagitau orang... <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Takkan semua benda nak bagitau orang...
2010-02-05



Aku rasa bila kita blogging ni lambat laun kita mesti terdedah dengan konflik.
Tak kiralah konflik tu ada sangkut-paut dengan kita or tak.
Kalau nak cerita pasal konflik yang sangkut-paut dengan aku tu takyah cakap la kan. Pada yang setia baca blog aku ni tau sangat la betapa banyaknya konflik yang aku dah lalui. (fuhhhh, bahasa)

Tapi ada jugak konflik yang sengaja dicetuskan oleh orang lain yang pada asalnya konflik tu takde kena-mengena pun dengan kita. Tau-tau ehhh terlibat pulak aku ni.

So this afternoon, ada one lady YM aku. Lady la kot sebab yang suka sampai-menyampai ni pompuan. Hehe.

Memula dia tanya how nak jadik follower blog ni.

Mintak maaplah kalau ko tanya benda yang ada sangkut-paut dengan teknikal konfem aku takleh jawab. Aku sendiri tak tau camana korang-korang jadik follower blog ni. So, aku suruh dia tanya blogger-blogger lain camne nak buat.

Then, dia tanya kenapa follower aku tak ramai macam this one blogger yang new and she claimed that blogger takde lah happening sangat nak banding ngan blog aku (dia cakap bukan aku). Aku kenal blogger yang dia maksudkan. At least kenal nama la sebab sometimes aku notice dia ada leave comment kat sini.

Ok now aku nak tanya.

If korang boleh view berapa banyak follower aku ada, mustahil tak untuk korang tak boleh nak add jadik follower aku? There must be some button or apa-apa je la instruction like

'GREEN APPLE HAS 200 FOLLOWERS. WANNA BE ONE OF THEM? CLICK HERE'.

Something macam ni la. Aku pun tak sure, but possible tak option tu ada?

So when this lady memula tanya how to be my follower, then tanya pulak apesal follower aku sikit banding ngan that blogger, so aku konfius sket. Aku tak sure apa motif dia skang.

Adekah nak bagi aku bengang sebab that blogger new tapi lagi glemer dari aku?

Adekah ko ada masalah dengan that blogger and ko gunakan aku sebagai medium untuk maksud ko sampai pada dia?

If this is your point, baik ko tutup laptop, bukak TV tengok Na O Mei lagi pekdah. Sebab aku memang tak pedulik lansung saper lagi glemer, sape lagi hot, sape lagi banyak komen, saper lagi banyak follower and berapa tinggi rating blog kau. Seriesly aku tak ambik port and that's not my purpose berblogging. Kalau aku jenis yang kisah tu semua, aku rasa sehari mau 3-4 entry aku tulis.

If ko ada problem dengan that blogger, please settlekan sendiri. Aku admit, aku outspoken. Tapi kalau benda tu takde kaitan dengan aku, aku adelah sangat tak kuasa nak ambik tau let alone nak memaki-maki bagi pihak kau.

This lady tanya :

if unique visitors aku cecah tak seribu lebih sehari like that blogger.
if aku pernah cashout kan Nuffnang.
berapa nilai cheque Nuffnang aku.
ada tak aku join any road show Nuffnang, advetorial, bla bla bla (sumpah aku tak paham term-term ni).

Gila spesifik kau tanya. Memang dia tau aku tak layan sangat apa yang dia tanya. Bukan sebab aku tak frendly tapi aku tak berminat nak share benda-benda ni ngan sesaper

Welllll, takkan la semua benda aku nak bagitau.
Ada benda yang aku rasa nak share, aku tulis la.
Frankly kebanyakkan benda yang melibatkan material, aku dah malas nak share. Benda-benda macam ni sometimes sensitif.

Kalau anyone notice, aku jarang blog about shopping.
Sebab aku tau benda-benda macam ni sooner or later akan jadik bahan bergaduh.

Contoh ko beli Coach.
Orang yang mampu beli Coach tak rasa dengki pun bila baca blog kau. Sebab dia pun mampu beli benda yang sama. So korang pun jadi frens.

But to those yang tak mampu, benda macam ni akan jadik bahan umpatan.
'Hek elehhhh, beli Coach pun nak kecoh. Padahal beli yang paling murah'.
'Eleh, beli time sale boleh laaaa'.

Itu satu.

Satu hal lagi ada juga jenis manusia yang dia mampu beli, tapi dia tak suka orang lain pun mampu sama. Ni pun satu penyakit gak.

'Elehhh, aku pun dah pi Europe. Tak kecoh pun macam dia'.

Saper suruh kau tak kecohhhhhhhhhhhhh??


Contoh paling ketara time aku jual rumah dulu.
Padahal aku tepek gamba rumah aku sebab nak jual.
Ada pulak musibat mana ntah cakap (obviously komen ni aku cantas) aku nak menunjuk rumah aku kat semua orang.

Kalau aku cakap bodoh kang, marah.
Tapi tu la hakikatnya, memang bodoh.
Kalau aku tak TAYANG rumah aku, camne orang nak beli?

That's the reason kenapa aku tak berminat nak cerita pasal berapa ramai kuar masuk blog ni sehari, berapa nilai cheque Nuffnang aku, bla bla bla. Benda-benda ni untuk certain orang sangat sensitif. Kita kena faham tak semua orang suka kita. Tak semua orang happy tengok kita berjaya. Tak semua orang seronok bila kita ada apa yang diorang takde. Walaupun apa yang kita ada tu tak sehebat mana, tapi percayalah, tak semua orang boleh terma kelebihan yang ada pada kau. So atas sebab tu, aku tak berminat nak cerita pasal Nuffnang, pasal hit, pasal follower, pasal berapa ramai orang komen kat entry-entry aku.

Tapi untuk menjawab soalan : Yes, sejak aku register Nuffnang Oct 2009, aku dah cashout kan 2 cheque. Follower aku tak ramai, so takyah susah-susah nak bajet berapa nilai aku dapat. Boleh la takat nak belanja 3-4 orang tengok Adnan Sempit.


By the way, ada sesaper tak dapat call yang sama? Kita jumpa kat sana ye, sebab aku datang sorang. Takde geng la..


Ok, aku nak siap-siap. Adnan Sempit dah tunggu kat Bukit Tinggi.
Apekah tema yang sesuai untuk masuk panggung malam ni?
Pakai helmet kah?


posted by aveo757 @ 7:16 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER