2010-02-05

Random

Pertama
Hari tu kan aku ada beli facial care Clinique but aku membebel yang set tu tak sesuai kan? So, a month later aku usha-usha produk lain. Last-last stop kat Bodyshop. Tu pun aku beli bukan sebab produk tu ok (sebab takde experience) but sebab aku suka tengok barang-barang lam kedai tu, kaler-kaler. Cantik.

So this promoter suggest aku ambik basic set dulu. Knowing that Bioessence aku pun ada lagi (manala tau kot-kot tak ok, boleh aku switch balik kat Bioessence) so aku ambik toner, day and nite cream and cleanser. At the same time aku tanya budak tu camana cara nak pakai sebab aku tak yakin selama ni aku pakai cream-cream ni semua dengan betul.

Balik rumah, aku still apply Clinique, but this time ikut cara budak tu ajar. Suprisingly terus tak berminyak muka aku. So now aku tau selama setahun aku guna Clinique, rupanya aku salah apply. The turutan dah betul but cara tu salah. Gila binawe je rasa dah spent RM300 utk Bodyshop ujung-ujung baru tau rupanya Clinique to ok. Yang tak oknya, aku!

Ntah apa-apa ntah promoter Clinique. Padahal before aku beli tu dah siap buat demo but still masa dia applykan cream kat muka, muka aku jadik berminyak. Bila aku tanya apesal berminyak je rasa, dia reply 'Muka kita memang la kena lembab-lembab sket'.
Ni bukan lembab okkkkkk, ni namanya berlengas!




Kedua

Hari tu aku cakap na jadik bomoh kan?

Aku dah jadik dah pun 2 hari lepas.

Otw balik from Tganu hari tu, aku nak terkencing sangat-sangat. Ni satu benda yang En Wan cukup tak suka. Dia dah sedap-sedap merempit tetiba aku suruh stop nak kencing. Kalau ikutkan hati dia memang dia tak benti punya.

Apa???? Taknak bentiiiii???Aku lambakkan kencing lam keta kau kanggggg. Jangan main-main ngan kencing aku, ni kategori najis mutawasitah okkkk.

So benti jap kat R&R Gambang. Walaupun aku banyak dengar cerita tak best pasal R&R ni, tapi series takleh tahan dah. Bibik aku pun ikut sekali.

Sampai rumah, malam tu bibik aku ngadu sakit perut. So, aku bagi la ubat. The next day dia nampak lemah sangat. Dia kata satu malam takleh tido sebab sakit sangat. Dia terasa ada benda ikut dia lepas balik dari toilet tu. Ni yang aku tak berkenan ni. Siap nak ikut sampai ke rumah aku, memang aku tak berkenan.

Jadi, bermulalah transformasi diri menjadi bomoh.

Takde la buat apa pun. Baca-bacakan lebih kurang je.
Alhamdulillah, pagi ni dia kata ok.
Tak tau la if air Yassin tu legakan perut dia or dia sebenrnya gastrik.
Kalau gastrik pun tak payah lah bagitau kat aku. Kasiklah aku terus berbangga dengan diri kerana berjaya menjadi bomoh dengan cemerlang.

Dulu pun benda yang sama pernah jadik kat En Wan. Masa wedding Ima kat Johor. Rombongan weall ni benti la kat satu surau ni, konon nak berarak serentak la. Nama pun rombongan kan, takkan bersepah-sepah kot. Haruslah segerombolan. So sementara tunggu kereta-kerata lain sampai, En Wan masuk jap tandas kat surau tu.

Esoknya terus dia takleh bergerak.
Kaki kiri dia macam ada love bite merata-rata. But bukan macam lovebite yang selalu kita buat tu (eh, selalu??). Tapi dia macam darah pecah-pecah. But merata-rata dari peha sampai buku lali, tapi sebelah kaki je.

Mula-mula aku ingat ni kena gigit hantu. Tapi makin banyak sampai satu tahap dia terus takleh gerak. Kaki dia macam kena hempap batu, sampai nak jalan kena papah and heret kaki. Then, Pak Aji bawak gi jumpa kawan dia yang pandai la benda-benda ghaib ni.

Kitorang sampai kat gate rumah pakcik tu, terus pakcik tu pandang je muka En Wan and bagitau bulu dia meremang, petanda ada benda lain masuk sekali rumah dia. Oh, gila horror aku rasa masa tu. Terbayang-bayang yang beromen ngan aku malam tadi bukan En Wan. Mungkinkah hantu raya??? Patutlah lain macam je skill dia. Oh Shit!
(kaki takleh gerak tapi beromen tetap on. Bagaimanakah ia tetap berlaku? Aha! Perlukan skill yang tinggi ye anak-anak. Tahap jurus ke empat belas)

Betul rupanya ada benda ikut En Wan sekali. Malam tu aku call adik ipar aku bagitau pasal benda ni. Adik ipar aku selamba jawab 'Laaa, korang berenti kat surau tu buat apa? Kitorang sendiri tak penah masuk surau tu. Tu surau tinggal'.

Memang la kita yang tinggalkan surau tu.
Tapi jin-jin yang tinggal dalam tu dah beranak-pinak dah pun.



Ketiga

Breakfast aku di pagi yang hujan ini.
Selera omputih, tetiba pagi ni nak makan omelet la pulak.
Resepi ini dinamakan TELUR DADArKU.



Keempat



This is so yesterday..yesterday..yesterday.

Nak kat setahun aku tak jumpa budak ni, semalam lunch sama dan akibatnya dia masuk ofis kul 3pm. Tu pasal la aku taknak jumpa kau tetiap bulan okkk. Masuk bulan ke-enam konfem ko kena buang keje.

Macam biasa, aku kan pemalas.
So, balik-balik baju yang sama je aku pakai.
Senang, takyah gosok.

Baju dah green apple, minum pun apple kasturi. Patutnya tudung si Yuzz tu aku yang pakai.