walk on wings, tread in air: Mandrem <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Mandrem
2010-01-30



Now, aku kat A&W Batu Buruk, Kuala Trengganu. Tempat wajib everytime balik Tganu sebab selesa nak guna WiFi. Selain dari boleh togok Beer, brader-brader yang melepak tepi laut ni pun boleh tahan. Hehehe.

Selalunya kalau balik Tganu, aku akan start drive dari Karak sampai ke Jabor. Tapi semalam, aku drive straight sampai Kuala Trengganu. Luckily tak banyak kereta sebab siapa lah nak balik Tganu takat cuti hujung minggu kan. So rempitan adelah tidak mengundang masalah yang besar cuma lori gila bapak bersusun atas jalan. Memandangkan tukang bawak kereta adelah wanita, jadi pemotongan trailer-trailer menjadi sangat mudah sebab semua lori2 bagi laluan kat aku. Tu belum aku tunjuk betis lagi. See? Betapa hebatnya menjadi wanita. Anda tak mahu menjadi wanita? Silakan.

Macam biasa, hari pertama sampai kat Tganu aku ngan En Wan memang akan jemaah santak ke pukul 10am. Tapi kali ni aku bangun tengok dia tengah sarung spender.
Sampai hati mandi tak tunggu aku! Alasan dia, sebab aku penat drive. So taknak kejutkan.

Masalah betul aku nak mandi sensorang kat bilik air mak mertua aku ni. Selama ni memang aku akan mandi ngan En Wan everytime balik sini. Bilik air dulu-dulu kan besar-besar. Aku ni ada masalah ngan ruang yang besar. Biar kecik, takpe. At least aku senang nak capai barang-barang, senang nak capai pintu and bla bla bla. Ni kalau ruang besar, susah mata aku nak perati semua benda. Kejap mata aku juling ke atas, ke bawah, ke tepi nak tengok kot-kot la tetiba tersembul kepala polong ke kan. At least kalau En Wan ada sama, kalau tetiba kepala Pontianak terjulur kat tingkap, aku tolak dia je dulu. Nahhhh, ambik lah dia ni cik. Saya mintak diri.

Pagi tadi time breakfast nasi minyak + donut + mee goreng (takut aku nak timbang jap lagi), mak aku dah bukak cerita pasal Abang and Intan. Alhamdulillah. Esok Abang and Intan akan gerak ke Johor SAMA-SAMA, SATU BAS untuk start new life kat sana.

Kak Long aku ni actually kawen 2 kali. Abang ni anak dengan first husband. So, Papa dia ajak Abang and Intan dok JB and uruskan bisnes Papa dia. Papa dia ni bukan calang-calang orang jugak la, cuma aku tak sempat kenal. But it so happened that Papa dia ni kawan kepada Uncle aku. Dulu, masa memula En Wan jumpa Mak Aji, Mak Aji tak berkenan sangat. Dia kan dah kena mandrem ngan balak aku yang drama queen tu. So, Mak Aji pi siasat ngan Uncle aku ni. Sebab Uncle aku ni dulu keje dia travel satu Malaysia, so memang dia ramai kawan and kenal ramai orang. Bila Mak Aji bagitau En Wan org Manir, org Tganu, bapak nama Wan Dagang, so Uncle aku macam ‘Huh? Wan Dagang? Bapak dia ada bisnes kan? Rumah dia yang besar tepi jalan kan?. Terus Mak Aji kensellllllll nak terima En Wan. Alasan dia ‘Dia ni anak orang kaya, sok-sok dia banyak duit sangat, dia tinggalkan kau’.

Ha, tu la dia. Asal orang tu banyak duit, konfem nanti dia kawen ramai. Asal banyak duit, nanti dia ada pompuan simpanan. Abis yang aku ni takde ke orang nak kata ‘Diana ni suka kat si Wan tu bukan apa, nak mengikis!’. Terus Mak Aji diam.

Memang la tak mustahil benda tu berlaku. Abis, ko dah banyak duit, kalau ko taknak pompuan lain pun, maybe ada pompuan yang serah diri kat ko kan? Alah, yang takde duit pun bersepah bini 3-4 orang. Zaman skang ni bukan orang kira sangat ko banyak duit ke tak, janji ko ada kote dan kote ko berfungsi siang dan malam. Settle.

Berbalik cerita Abang and Intan (aku ni kalau cerita mesti terbabas-babas kat tempat lain), mak mertua aku cakap so far ada perubahan. Itupun sebab si Ina tu dah kawen.

KHaKhakhakahaKHAKkaahakah.

Ikutkan hati memang nak gelak depan muka Abang, tapi takpela. Gelak kat sini je la sudah. Tu la, ko ingat pompuan macam Ina tu nak sangat kat kau???? Dia nak kat kau pun sebab dia ingat ko leh waris harta-harta atuk kau. Bila dia tengok cam takde harapan je, apehal dia nak tunggu kau kan. Rupanya dia kawen balik ngan duda dia dulu. Duda dia dah ada bisnes skang. Sukati ko la Ina. Jangan ko tekel laki aku sudehhhh. Laki aku ni takde duit pun, rugi je kalau ko tekel. Tapiiiiiiiiiiii dia mempunyai sesuatu yang mantapppppp.

Tapi aku lom jumpa Intan lagi. Nak gak tengok dia ni dah ok ke belum kepala tu. Dibuatnya atas bas kang terpekik meroyan. Mana la nak tau kan, kot mandrem Ina tu tak hilang lagi. Bukan leh percaya sangat ngan kaki-kaki bomoh ni. Ada sesetengah tu, padahal dia dah selamat kawen ngan laki kaya, but still nak mendremkan orang. Ntah apa yang dia tak puas ati pun aku tak paham.

Macam Ina ni, aku rasa kalau dia mintak Abang cara baik kat Intan memang takde masalah. Sebab Intan pun willing nak terima dia sebagai madu. Tapi tu la kan, kau dah tau ko nak hak orang, agak-agak la sikit. Pandai-pandai la tolak ansur. Ni semua ko nak pulun sorang. Manalah family En Wan tak hangin. Tu pun nasib baik laki aku tak hantar ko ke alam barzakh.

Ni pun tadi mak aku cakap biras aku bergaduh ngan Kak Long sebab dia tuduh Kak Long bomohkan dia. Skang ni asal maghrib ngan subuh je, telinga dia sakit pastu anak dia nangis tak berenti-henti. Everytime telinga dia sakit, anak dia mesti nangis. Sebenarnya aku pu tak paham apa kaitan dia. Sebab aku memang tak kuasa nak ambik tau pasal mandrem-mendrem ni. Kang kalau aku dah tau detail-detail kang, aku pulak yang nak memandremkan orang. So, baik aku tak ambik tau.

Biras aku ni memang ada problem ngan Kak Long aku sejak bertahun dulu. Aku pun tak tau and taknak ambik tau apa masalah dorang ni. Nak ambik tau kang, takut aku bias. Bila tak ambik tau kang orang kata aku tak ambik peduli hal klorga pulak. Jadi, kalau ada sesaper nak cerita, aku dengar. Taknak cerita, aku pun malas nak korek. Baik aku melepak kat Batu Buruk makan sotong goreng.

Bila mak aku jumpa dukun (kalau balik Tganu ni memang balik-balik citer pasal bomoh dukun je), dukun tu kata bukan terkena mandrem, tapi biras aku ni meroyan. Hak alaaaaaa, kecohhhhh!

Bukan lah aku tak percaya dukun-dukun ni, tapi mungkin kat Malaysia, especially dalam tv selalu fokuskan bomoh ngan dukun ni mesti ada sangkut paut ngan khurafat, mengasap kepala tengkorak, pakai tangkal kain kuning and segala tok nenek benda yang menakutkan. So, aku pun jadi takut nak jumpa dukun. Padahal moyang aku dulu pun dukun agaknya. Ye la kan, dulu mana main dokter-dokter ni semua.

Kat kampung nenek aku kat Tampin, dulu ada sorang dukun. Kitorang panggil dia Induk. Dia ni pun sebenarnya suku-sakat mak aku jugak, cuma aku tak pasti kat mana sangkutnya. Yang aku ingat, masa kecik-kecik dulu aku takut nak masuk rumah dia. Budak kecik kan boleh nampak benda yang pelik-pelik. Aku tak sure if aku ada nampak apa-apa kat umah dia, tapi tengok muka dia pun aku takut. Macam muka sesuatu. Tapi, dia baik je. Mak Aji cakap kalau dia mengubat orang memang tak pakai tengkorak-tengkorak ni semua. Main ayat Quran je.

Cuma bila dia sakit, ada benda tak best jadik. Sampai makcik aku kena panggil Imam dari Bangi untuk balik kampung uruskan dia. Yang aku tau, masa nyawa dia nak abis tu, lidah dia terjulur panjang sampai ke dada. And dia menyalak macam anjing nampak hantu. Nauzubillah. Ngeri pulak aku nak menaip ni. Seb baik siang. Sape yang tengah baca entry ni waktu malam, sila tutup PC.

Bila orang dok berceritaburuk pasal Induk ni, sedih pulak aku. Masa ni la ko sibuk nak cerita pasal yang buruk-buruk. Dulu tu ko jugak yang sama naik pi mintak air jampi kat dia.

Bukan la aku nak bias hanya kerana dia ada sangkut –paut ngan aku. Tapi aku rasa dorang ni pun tak tau dorang ada membela. Like arwah nenek En Wan. Dia rajin pi masjid. Memang setiap waktu solat kat masjid je. Ngaji pun rajin. Tapi bila dia start sakit, macam-macam kitorang nampak. Makan roti Gardenia tu, sekali hadap terus sebuku. Pastu kejap-kejap nak makan. 3 orang dewasa pegang dia pun masih boleh meronta-ronta. Masa ni aku tak tau cerita yang dia membela. Aku hadap dia sampai kul 4 pagi bacakan Yassin ulang-ulang masa dia sakit. Masa aku ngaji kat tepi dia, tangan dia tercarik-carik tangan aku. Cuba kalau masa tu aku tau dia membela. Sumpah aku balik Tganu tido hotel.

Yang horrornya bila Imam yang keluarkan bendalah tu cakap dia pacakkan bendera (something like kain ikat kat kayu) and pacakkan kat tengah sawah dalam kampung ni jugak. Dia suruh benda tu tunggu sampai kayu tu tumbuh daun. Imam ni pun satu. Dibuatnya betul kayu tu tumbuh daun kanggggg. Pacak la jauh-jauh sket kot ye pun. Kat Phnom Penh ke. The thing is, sometimes, ada orang lalu tepi sawah nampak ‘nenek En Wan’ kat tengah situ.

Seram takkkkkkkkkkk? Kan aku dah kata jangan baca entry ni malam-malam. Korang degill.

Tapi aku yakin, orang-orang macam ni dia tak mintak pun benda tu datang. Saka-saka ni mungkin dia terima sebab terpaksa. Entah-entah tak tau lansung saka ni ada kat dorang. Mungkin dulu dorang terima sebab nak elakkan dari tentera Jepun ganggu anak dara, ada yang nak mintak tolong tengokkan kebun sebab pisang asik kena curik (pisang setandan pun berkira sampai nak suruh hantu raya jaga. Apa daaa..), ada jugak yang suami mintak tolong tengok-tengokkan bini masa dorang pergi berdagang, etc.

Macam nenek Tampin aku ni pun satu hal, menakutkan aku je. Dulu, time belum kawen, aku tanya la petua. Camana nak jaga laki, camana nak jadik cantik, camna nak jaga badan. Padahal bukan aku nak tau sangat pun, tapi saje je la nak layan orang tua berborak. Kang kalau aku tak ajak dia berborak, dia pulak tanya aku ‘Ni kau bila nak pakai tudung ni?’. Payah aku nak jawab okkkk.

Bila aku tanya dia petua-petua, dia jawab ‘Boleh. Nenek boleh bagi. Tapi petua-petua ni kalau nak diturunkan mesti ada syarat. Diana kena bagi nenek sepersalinan pakaian’.

Ah, sudah. Takpelah. Kensel. Tang kena bagi rasuah ni yang aku tak berkenan. Kalau takat nak belikan baju untuk nenek sendiri memang tak kisah. Tapi bila kena bagi sebab bersangkut-paut ngan menurunkan petua ni aku lemah sket . Memula sok dia turunkan petua, pastu esok-esok korang nampak aku tengah menurun tabur kemenyan depan tengkorak sambil perasap keris.

Selisihhhh.

Tapi kalau aku jadik bomoh, aku nak specialized in tetek. Bomoh tetek.

‘Jom, kita gi jumpa bomoh’.
‘Bomoh mana?’
‘Bomoh Dianawathy’.

Kelas kauuuuu nama bomoh.

posted by aveo757 @ 2:42 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER