2010-01-06

Keeping up with the Sahaks (panggilan orang kampung untuk Pak Aji)



Aqiqah Jane went well. Cuaca sangat-sangat lah baik sampai belengas ketiak aku panas-panas buta pakai baju kurung. Ye ye je kata tema pink. Cuppies pink, khemah pink, baju baby pink, goodie bags pink, aku ni ye ye je la pakai pink. Sekali tengok mak bapak si Jane pakai purple. Pak Aji yellow. Mak Aji lagi la kaler rainbow. Sungguh tak menepati konsep betul la dorang ni. Or maybe buta warna.

Cuppies yang last minit.


Puas carik merata saper boleh buatkan cupcakes dalam masa yang suntuk. Ima ngan mak aji masing-masing sampai ke penghujung dok contemplating lagi nak bagi apa kat tetamu. Memula nak bagi telur, pastu tukar nak bagi bunga telur sekali, pastu tukar nak bagi kitab, kejap kang nak bagi cupcakes and muffin. Punyalah payah nak buat decision. Cam nak kawenkan anak je gayanya.

Dah beli bunga telur, sekali bila bawak balik telur tak muat pulak dalam kelonsong. Mak Aji dah menyirap. Sendiri beli, sendiri buat salah, sendiri menyirap. Aku tengokkan aje, tak kuasa nak bagi pandangan. Sanggup tu patah balik ke kedai tukar bunga telur. Kalau tukar tak tambah duit takpe jugak. Kalau aku la takde keje nak menapak balik ke kedai. Bungkus aje telur ngan tisu like dulu-dulu. Klasik apa.

Tapi cupcake ni not bad la. Cantik dia buat (wife kawan En Wan).


Saper kata lelaki takleh diharap?

Seb baik ada menantu ngan anak laki yang sanggup bersila kat dapur membungkus goodie bags.

Mak Aji : Mujur ada menantu laki yang nak tolong dok sama kat dapur.

Aku : Tu la, kalau beranak lebih sikit dulu kan senang. Penuh dapur ni ngan menantu. Tak payah Diana berpeluh-peluh kat dapur ni.

Ibal : Takpelah, esok Ibal bawak balik empat menantu sekaligus.

Mak Aji : Ha'ah. Kot ada yang nak kat muka kau yang berkerak tu.


Boleh putus nyawa kalau dengar Mak Aji punya statement.


Ini untuk tetamu lelaki. Ini saje dah 100. Belum masuk yang pink, tak salah aku beg pink 150. Tu belum nak kena bungkus untuk budak-budak punya pulak. Penat menggentel ni dari malam Jumaat okkk. Melekat tulang bontot aku kat simen dok ngadap bendalah ni je.

Nak je aku tunangkan Ibal terus hari tu, jimat sket duit (macam lah aku yang keluar belanja kan). Tapi series aku rasa zaman skang kenduri kecik pun dah makan ribu-ribu. Padahal nak potong jambul je. Bukan apa-apa pun. Siap bagi bunga telur, pot pourri, cupcakes, untuk budak punya lain pulak. Series remeh. Mak Aji sibuk nak buatkan kenduri macam ni kalau Redza bersunat esok. Apehalllll. Potong kote pun nak kecoh sekampung ke. Aku angkut pi klinik je sudehhhh.


Azrul with the baby. Yang baju merah menyala tu of coz lah laki akakkkkkk. Butang baju mana banggggg??





Selesai je doa, menggelupur menantu-menantu Mak Aji pi ambik makanan. Alasan, kambing sekor je, nanti habis. Kena cepat-cepat makan.

Aku tak makan kambing, but En Wan kata kambing dia sangat-sangat best and tak berbau lansung. Tapi aku still bau macam kambing jugak. Entah saper la punya ketiak kuat sangat. Kalau dah ramai-ramai tu memang macam-macam bau. Agaknya tu la pasal kalau time-time kenduri macam ni orang bagi bunga rampai, in a way boleh mengelakkan dari bau-bau jering macam ni.

Paling aku hangin masa ni, bila ad sorang budak gemuk age 8 tahun kot, punya lah hyper a'uzubillah. Dah la goodie bag aku bagi tu dia campak kat jalan. Telur rebus dia kopek pastu dia baling atas kapet aku!! Jangan tanya aku apa motif dia baling telur. Mungkin masa tu dia feeling-feeling main baseball. Tau je la kalau bau telur tu memang hanyir satu macam. Aku lagi rela cium bontot si Jane yang penuh taik dari hadap bau telur.

Aku ingat aku sorang je bengang, rupanya Pak Aji pun bengang. Pakkal budak-budak dia kata, biar lah. Biar lah???????? Yang kena telur tu kapet aku okkkkkk. Nak je aku ambik tenyeh kat muka dia. En Wan cakap kat khemah dia pi tumpahkan makanan pastu ludah-ludah. Yang pelik mak dia buat dek, cuma cakap 'Eh, jangan' dengan lemah gemalainya. Aku rasa budak ni memang jenis hyper. Agaknya mak dia tau kang kalau ditegur maybe perangai dia lagi teruk so bagi mak dia, takat baling telur and ludah-ludah tu kira masih di tahap ok lagi.

Walaupun aku cuba terima hakikat yang dia tu just budak-budak tapi bila terpandangkan dua bijik kapet yang masih berlipat lom sempat hantar cuci gua rasa macam nak transform jadik Degawan pun ada ni.

Kalau ada nametag kat tudung konfem aku dah macam cikgu disiplin.

Nampak tak betapa muslimahnya aku sambil pegang bakul telur. Time-time anak dara dulu takde pulak orang nak bagi aku keje ni. Dah masuk 33 tahun baru sibuk nak suruh aku bagi telur la apa la. Ni kalau kengkawan aku nampak aku berjalan pakai baju kurung siap bertudung kasa bawal segala, mau dorang sujud syukur kat tengah-tengah jalan tu jugak.



Dah, aku nak tido ni. Esok kena pi Ipoh. Gila malas aku nak drive jauh2 ni okkk.