walk on wings, tread in air: It's black, It's white <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


It's black, It's white
2010-01-07



Nurjannah binti Azrul aka JANE.

Memang habis-habis muka Ima masa kecik. Dari mata yang terbeliak, sampai ke hidung, sampai la cara dia menjeling. Jangan kau ikut perangai mak kau yang gila tu sudah. Tapi putih budak ni. Ikut bapak dia kot. Wakakaka.

Tapiiii aku dulu macam ni gak la putihnya. Saling tak tumpah kaler dia. Memang macam niiiiii lah. Putih kemerah-merahan bak kata jiran Mak Aji. Dah tua ni pulak jadik merah kehitam-hitaman. Tak tau la mana silapnya. Nak kata join sport kat skolah, jangan harap lah. Nak lari setempat pun mengah (maklomlah tetek boleh tahan) inikan nak wakil skolah.

Nak kata banyak berjemur mungkin jugak la. Sebab aku dulu asik kena jemur kat luar dek Mak Aji. Asal homework tak siap kena jemur. Bilik bersepah kena jemur. Rumah tak berkemas kena jemur. Takde tektik lain ke? Time panas terik lak tu dia jemur aku. Cuba la jemur time-time ribut ke. Boleh aku main hujan.

Tapi aku rasa kelatino-an aku ni di-inherit dari Mak Aji and Pak Aji (salahkan genetik). Sebab Mak Aji dulu pun hitam gila. Lagi pekat dari aku. Maklom la, moyang aku direct transfer dari Mumbai, ape taknya. Tapi tu la, bila dia besar tetiba boleh jadik putih. Maybe darah Portugis dari sebelah atuk dah mula meresap lam sel-sel kulit dia. Taknak pulak si darah Portugis ni meresap kat badan aku.

Time kecik dulu dia selalu sound aku 'Ko ni tak reti pakai payung ke kalau balik dari skolah? Dah makin berkerak aku tengok kulit kau ni Diana'. (payung kalau lawa takpe, dah la aku hitam. Disuruhnya bawak payung ceti tu. Nak bagi satu skolah gelakkan aku lagi ada)

Mentang-mentang lah dah putih. Memandang rendah kat aku ye. Padahal orang kampung dia cakap dulu satu kampung kenal saper 'Dahlia Koling'. (no offense ye, sekadar flashback apa yg orang kampung dia kata).

At least takde saper panggil aku Diana Koling. Ada?

Ada berani?

Adaaaaaaaaaaaaaaaa?????????????

Tetiba teringat brader pengawas skolah aku yang asal aku melintas depan dia je dia cakap 'Pekatnyaaaaa, macam milo!'

Puskesmaks.


Redza and Jane

Seriau je aku tengok cara anak aku tenung si Jane ni. Tak berani aku nak tinggalkan dia berdua ngan Jane. Kang tetiba aku toleh nampak dia elok je dok bersila atas badan si kecik ni. Menjawab aku ngan bapak Jane ni kang.

Memula masa Redza nampak Jannah kat Bangi, memang sentap gila. Taknak masuk rumah lansung, berdiri kat porch tak masuk-masuk. Siap tanya 'Ma, atuk tak sayang Ija ke?'. Puas jugak la atuk ngan nenek dia pujuk suruh dia masuk. Alah orang tua kalau memujuk 'Ja...oooo Ja..meh la. Nenek ada beli cheese biskut yang Ija suka'.

Kalau aku la tak kuasa okk. Aku panggil sekali. Panggil dua kali. Kali ketiga aku panggil ko tak masuk-masuk jugak ko siap. 'Ja...oooo..Ja. Meh la. Mama ada beli rotan. Nakkkkkkk???'

Memang Mak Aji ngan Pak Aji kalah betul dengan cucu. Ni la pen-spoilnya. Tu yang aku malas nak hantar balik Bangi time cuti-cuti sekolah. Takyah tunggu sebulan, 3 hari letak kat Bangi konfem spoil anak aku. Kalau Redza bangun pagi, takyah mandi. Alasan 'Sian Diana, sejuk pagi-pagi ni kau nak mandikan budak'. Sejuk apa kebendanya, heater bersepah lam bilik air. Aku dulu kecik-kecik tak jumpa pun heater ni semua. Heater pun aku tak tau menatang apa. Kalau Mak Aji celik awal, dapatlah mandi air panas jerang kat cerek. Kalau dia terlambat sikit bukak mata, mandi lah air sejuk. Air dulu-dulu punya sejuk aku cakap kau, sampai kencing pun takleh nak keluar. Beku kat dalam.

Bila air sejuk sangat, aku mandi kejap dia belasah. 'Apa yang kejap sangat mandi ni? Sabun ke tak? Celah-celah kangkang tu gosok!'

Bila air panas suam, aku mandi lama sikit pun aku kena belasah. 'Apa yang kau buat lama sangat dalam bilik air ni? Kira bulu??'

Gila speechless okkk dapat mak macam ni. Aku cakap kau, Mak Aji ni kalau masuk debate konfem jadi Johan Menanti tujubelas dekad.


Jannah and nenek

Kalau nenek dia yang pegang mesti dia buat muka sedih. Landing kat tetek yang tak empuk memang la tak best kan Jannah? Kalau aku yang pegang mesti lena je dia tido. Wellllll...

Tak caya tanya En Wan. Haha.
posted by aveo757 @ 12:05 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER