2009-08-22

Entry pertama aku sempena Ramadhan - sangat bosan seiring dengan mood yang belum up dan perut yang pagi-pagi dah marhaban



Lepas habis sahur aku dok mengadap laptop sampai la skang.
Mata memang dah berair, ngantuk gila sebab dok menyiapkan keje.
Jap lagi tido..ewahh.

Setelah seharian bercuti (semalam) sempena nak memikir apa nak masak pagi ni, akhirnya aku berjaya goreng telur mata ngan ikan masin untuk En Wan. Hasilnya....En Wan tambah 2 kali. Kira berjaya la kan? Lagipun beb, mana ada orang bangun sahur pukul 4 pagi tumbuk cili buat ayam masak lemak cili api segala?? Tapi since aku tak makan ikan masin, so aku makan roti ngan air soya je. Konon nak diet. Tapi tengok la camana aku belasah time buka kang.

Semalam, En Wan ajak terawikh sama-sama kat masjid, tapi last-last dia suruh aku terawikh kat rumah je, kang tak adil pulak kat bibik. Bibik pun nak solat gak. Panglima aku ni mana leh tengok tv sensorang, penakut. Dah nama terawikh kat rumah kan, laju je la aku buat. Lom 9.30pm abis dah. Sementara nak tunggu En Wan balik masjid, abis 3 kotak soya ngan keropok aku morehkan depan TV sorang-sorang.

Dan semalam aku melayan cerita Hantu Raya kat Astro. Pastu kul 1 pagi rilekkk je turun dapur ambik air dengan tak payah kejut En Wan. Bulan pose la katakan. Cuba dah habis raya sok, ada aku berani nak turun bawah be it kul 10 sekali pun??? Nehiiiiiiiiiii.
Time-time pose ni kalau keta tersadai tepi hiway Gua Tempurung kul 3 pagi pun boleh lepak-lepak main bungapi kejap baru call tow truck.


Lepas mandi, kuar je bathroom nampak En Wan tengah magrib dengan pakai baju melayu sepasang siap ngan seluar - satu fenomena yang jarangggggg berlaku. Selalunya dia pakai kain aje. Tetiba aku jadi semangat nak raya.


Okeh, jam sudah menunjukkan pukul 7.54pagi.
Masa untuk tido.




p/s : entry yang macam TUTT TUTT TUTTTTTTTTTT PRET.