2009-06-17

My Perak day trip

Aku telah berjaya race ngan Brabus kat PLUS.
Walaupun akhirnya aku kalah, come on la what do you expect Aveo lawan Merz??
Walau kalah, tapi aku puas hati sebab Merz itu sudi be-racing ngan aku.
Alangkah bodohnya driver Merz itu. Ngan aveo pun nak carik pasal.
Tapi bagus jugak aku race tadi, sampai 140 aku pecut akhirnya aku berjaya sampai ke rumah from Ipoh dengan hanya 2 jam tepat-tepat. Tapi macam nak tertanggal stereng aku kejekan.
Dengan harapan tiadalah dapat saman. Kalau dapat, kira aku mencipta sejarah buat diri sendiri dan saman itu akan aku letak dalam blog bagi membuktikan aku pun boleh keta laju-laju la weyyyyyyyy.

Macam yang aku jangka (tak payah susah-susah tunggu orang lain jangka), aku akan tetap sesat walaupun kat tangan ada map dengan siap call orang lagi nak confirmkan jalan. Nak masuk UPSI, dah separuh jalan, aku patah balik. Patah balik sampai ke tol okkkkk. Park keta kat tepi, pi jalan kat tempat bayar tol tanya 'Mana jalan pi UPSI?'

Dah masuk UPSI sesat pulakkkkk padahal abang guard tu dah tunjukkan jalan.
Dia suruh masuk kiri, aku tetap nak masuk kanan.
Aku pun tak tau apa nak jadik ngan aku ni.
Degil memang tak bleh bla.
Last-last aku patah balik kat guard house suruh abang guard tu tunjuk jalan.
Macam tetamu di raja okk, ada moto escort depan belakang semata-mata nak tunjukkan jalan yang sememangnya signboard ke building yang aku pegi tu terpampang bapak besar. Tapi tak tau apesal aku taknak sign tu mula-mula masuk tadi.

Sejam kat UPSI, terus rush pi VRI, Ipoh.
Dah la aku ni terbatuk-batuk macam nak merekah halkum, naik segan aku bercakap dengan customer. Cakap sepatah, batuk tiga patah.
Padahal dah 2 botol ubat batuk aku togok but the batuk is still there.

Selepas keje-keje semua settle, inilah masanya kita beriadah di Ipoh.
Mujur ada jejaka budiman yang sanggup merabakkan poketnya untuk mengisi perutku yang sengaja dikosongkan dari malam semalam dengan alasan nak diet tapi bila orang tu offer KFC kita persetankan saje diet itu.

Before tunggu member aku tu datang, aku buat lawatan tapak dulu kat JJ.
Lalu la depan kaunter Estee Lauder.
Satu makeup artist tu gi kat aku tanya interested tak kalau dia nak bagi free makeup untuk aku masuk Estee Lauder Model Search. Padahal aku dah jalan laju gila dah ni, boleh dia ikut je bontot aku nak offer.

"You fotogenik maaaaa. I makeup you free"

Dah takde orang nak singgah kaunter ko dan-dan tu aku yang buncit ni fotogenik layak jadik model. Cuba kalau berasak-asak pompuan slim-slim cun-cun gi register, takyah jalan slow-slow, aku merangkak sembilan kali betul-betul depan batang hidung ko pun ko wat dek je.
Eh plisss la, tu namanya tektik jinjangggg.

Sampai rumah, En Wan ajak pi tengok progress rumah baru.
Ni lagi sorang, hari-hari nak tengok rumah.
Bila dah tengok rumah, hari-hari mintak quotation baru, ade je dia nak tambah.
Pecah sana, pecah sini, lama-lama rumah kau tumbang.

And now...berduduknya saya di atas kerusi depan laptop dengan belum mandinya lagi...dengan harapan agar mata aku boleh terbukak sampai at least 2-3 pagi sebab ada satu proposal aku lom siapkan. Apesal la aku makin takde life selain hadap laptop ni tak sudah-sudah?
Aku nak main game mahjong pun asik postpone.
Apetah lagi yang dok meninvite Mafia War la, Sudoku la, Scrabble la.
One more thing, toksah la ajak aku main Sudoku, bab nombor-nombor ni aku memang bodoh terlajak sket.

Hari tu balik umah Mak Aji jumpa gamba ni.



Kalau nak tau camne aku tido, ko tengok la.
Ni gamba tahun 1988, aku darjah 5.
Masa ni ponteng skolah sebab anak-beranak ikut Pak Aji bagi lecture kat USM. So ni kat rumah tumpangan USM.

Yang sopan tu Ima (kanan). Cantik terduduk je selimut dia sampai ke pagi.
Yang terkangkang-tersiat tu adelah aku.
Memang macam ni la aku tido sampai skang.
Tu yang En Wan tido mesti peluk bantal.
Kalau tak peluk bantal, mau kote dia aku tersepak malam-malam.