walk on wings, tread in air: Hong Kong part 2 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_HOSTED\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://www.dianaishak.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://www.dianaishak.com/\46blogFollowUrl\75https://plus.google.com/108023594649590263359\46vt\758062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


TESTIMONI EPHYRA

FOOD

BEAUTY AND HEALTHCARE
FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS

OOMORI
Hong Kong part 2
May 07, 2009


Aku rasa macam ni la rupa laki aku kalau boroi sok.
Choiiii. SELISIH !!!!!!!

Penat aku menyengih kat Madame Tussauds sampai dah tak tau nak posing camne.
Tapi sangat puas hati.
Actually banyak lagi gambar-gambar kat situ nak lagi ngan Leslie tapi takyah la aku nak tayang semua kan, kang takde lak specialnya untuk aku kenang-kenangkan.

Kira yang aku tayang ni semua tak berapa nak special la.
Muahahahha.

Ye en afiq, aku holiday takde de nak berdua. Zaman berdua dah berlalu.
En Wan tak boleh holiday tinggalkan anak.
Kesian la weh anak aku, mana leh tinggal.




Masa ni dah keluar dari Madame Tussaud dengan muka masing-masing kepuasan, kepenatan dan juga agak kelaporang.
Tapi disebabkan aku mengambil masa ni untuk berdiet, maka tak makan pun lagi bagus.
Notice tak aku pakai baju pregnant? Sebab nak tutup abs trimmer yang melekat kat perut.

Tapi kan, heran jugak tau.
Kat HK aku tak rasa lapar lansung.
Masa ni aku just makan roti sekeping and susu secawan.
Sampai kol 4.30pm baru makan nasik.
Boleh pulakkkkk.
Cuba kat rumah perut aku berdisiplin macam ni kan ke bagus?
Ni takkkk.
Pagi, asal melintas depan gerai nasi lemak je mula la aku nak benti.
Kalau tekak tu nak makan nasi lemak biasa takpe jugak.
Ini dah dibubuh telur rebus, lagi mintak telur goreng pastu tambah lak sambal paru.
Series buruk lantak.
Tapi kat HK sikit aku tak lapar.
Ada sesaper buat tahlil untuk aku ke yang sampai aku tak rasa nak makan lansung ni?





Before masuk Hard Rock ambik gambar kejap kat atas tu.
Hong Kong is so beautiful.
Maybe kedudukan dia as a pulau dengan all the tall buildings kat tepi, seriously cantik!

Tapi tu la kan, anak aku tu time aku nak ambik gamba time tu la dia nak terpusing kiri terpusing kanan, masuk celah kangkang aku semua.
Ntah apa la penyakit dia ni.
Menggeletis je.
 

 



Lepak jap kat Hard Rock.
Tapi Hard Rock HK dah takde dah, cuma ada souvenir shop je.
Jadik la, at least dapat gak kumpul merchandise Hard Rock ni.

Macam biasa, baju aku En Wan tolong pilihkan. Dia tau apa favourite kaler aku.
Apetah lagi saiz badan isterinya.

Membayarnya, sangatlah bukan kerja aku.
Sila langsaikan.

Kat sini je habis beratus.
Tapi still murah kalau convert dengan duit kita.
Tapi takleh lawan la adik aku habis RM500 kat HR je.
Sayang awek katakan.

Cuba la ko sayangkan sikit akak ko ni.
Ini tak.
Wat dekkkk je ngan aku, tapi suruh akuuuu jugak yang pilihkan baju-baju awek dia.
Kalau aku tau ko nak wat dek ngan aku macam ni, aku tak basuh berak ko masa kecik dulu. Biar kering taik ko kat bontot.

Ada satu baju yang aku pilihkan tu sebijik cam baju aku.
The next day tu aku pakai baju HR tu.

'Eh, Diana. Ni macam baju kawan aku kan?'

'Ha'ah, aku pilihkan yang sama. Lawa kan?'

'Lawa, tapi kawan aku tak le sepadat ni, dia saiz XS'.

Bangangggg.

Memang la XS, sebab kawan ko takde tetek.

Lepas shopping kat Hard Rock, kitorang gi Herbs shop.
Tak pernah-pernah aku makan tok nenek ginseng kat Malaysia, kat HK aku bleh pi beli.
Sebotol kecik je dah RM400. Tapi tahan untuk 3 bulan.
Tu kalau orang Cina yang minum.
Kalau jakun macam aku ni mau 3 tahun tak luak.

Tapi sebab harga tu jauh lagi murah dari ko beli kat Msia, and aku pun dulu ada gak blaja khasiat-khasiat dia, so kitorang pun beli.
Tapi sampai hari ni tak minum-minum lagi.
Esok kena minum la, kang tak pasal En Wan mandikan aku ngan air ginseng ni.

Lepas tu dia bawak kitorang gi jewellery shop yang sangattttttttttttt la tak sesuai untuk aku berada kat situ.
Taraf aku ni pakai silver ring beli kat Sasa tu je.
Tapi disebabkan laki aku tau aku bukan peminat jewellery so dia berani bawak aku pi situ.
Konfem aku tak beli punya.
Belum datang seru nak beli menatang ni.

Last place diorang bawak was Avenue of Stars kat Victoria Harbour, tempat tengok marks of celebrities Hong Kong. The honor is similar to Hollywood's Walk of Fame. Tapi kitorang malas nak join sebab nak pegi malam, ada show lampu-lampu.
Padahal kalau pi siang boleh aku tengok tapak tangan Leslie.
Maybe sebab tu En Wan nak elakkan pegi siang kot.
Dia taknak aku jadik gila tengah-tengah bandar Tsim Tsa Tsui tu.
Aku kalau buat perangai gila lagi teruk dari kena demam babi.
Walaupun aku frust sangat-sangat tapi takpela, kesian jugak kat En Wan.
Walaupun patung, tapi aku tau dia jeles.

Tetiba je nak sentimental aku ni.
 

Sebenarnya kalau aku pegi pun bukan ada tapak tangan Leslie pun.
Sebab Leslie dah mati dah masa ni.
Ada nama dia je.



Kitorang balik hotel tapi seblom tu singgah dulu kat India Palace pekena tandori chicken and butter nan sama beriyani ikan.

Pehhhhhh.
Aku cakap ko, dia punya tandori takde de ko jumpa cam mamak kat rumah aku ni. Kat Malaysia kalau peha ayam tu boleh potong namblas memang dia potong sampai naik lunyai isi ayam tu kat pinggan.

India Palace punya tandori hambik ko ayam gedabak cam KFC tu dia bubuh sampai empat ketul.
Aku makan seketul je dah sendawa enam kali.

Dia punya portion of nasi beriyani macam nak bagi aku makan sampai termuntah.
Boleh makan sampai tiga orang.
Itu kalau perut aku la.
Kalau ikut perut Ibal lain, dia ni bukan orang.




Lepas makan singgah masjid Kowloon jamak dulu.
Kang kalau dah sampai hotel aku jamak atas katil le jawabnya.

Masjid memang besar.
Tapi kat dalam agak hampeh.

Tapi En Wan kata, kat bawah ok je, bersih.

Aku ngan mak aji solat kat atas tempat pompuan ya ampunnnnn.
Dah jadik cam pantry kat atas tu.
Situ la tempat dorang solat, situ la mengaji, situ la ko terbongkang, siap mengurut orang lagi, yang jenis takde undang-undang tu siap makan mi sup lagi.
Aku taknak cakap la bangsa apa ye.
Mana yang pernah gi Mekah tu paham-paham la bangsa apa yang suka nau buat perangai macam ni.

Nak kata tak pandai baca warning kat dinding masjid tu mustahil. Kalau ko tak boleh baca takkan la ko boleh berani keje kat negara orang.
Paling tak pun ko takde common sense ke?
Tempat nak solat ko boleh buat cam kantin bapak kau.

Tapi takpela, at least diorang tau adab masuk masjid pakai purdah.
Tak macam aku pakai suar half cut.
Erkss, insaf kejap.


 
Dah nama lepas solat tu takde la nak nampak aku touch up muka.
Malassssssssssss.
Tapi lepas solat tetiba aku jadi fresh dan tak sakit kaki.
Harus kita meneruskan misi kita shopping sampai pengsan.
 

 
Ni aku temankan mak aji beli selipar.
Bukan kasut.
Sebab mak aji ngan pak aji jalan sampai melecet kaki.
Aku dah pesan dari rumah lagi beli sandal, beli crocs.
Taknakkkkkkkk.

Kan dah satu hal pulak nak pi carik selipar.
Pakai baju cun-cun last-last pakai selipar.
Tapi kalau dah kaki ko sakit ko dah tak kisah dah selipar jepun ke, selipar jamban ke janji ko boleh jalan and misi bershopping tak sangkut.
 

 
Ni kat pedestrian walk.
Gila bapak besar pedestrian walk dia.
Tapi masa ni sebenarnya aku jalan pun dah terkangkang-kangkang.
Sakit sialllll tumit aku walaupun pakai sport shoe.
Gila sengal urat-urat kaki banyak sangat berjalan.
Tapi aku berasa amat puas hati sebab dah la tak makan, pakai abs trimmer pulak tu, pastu jalan banyak. Wahhh, terbayang-bayang kurus lima kilo.

Hak puiiiiiii.
 

 
Lepas maghrib, keluar lagi.
Kali ni pi Jordan, gi pasar malam dia.
Memula nak pi Mongkok tapi cam jauh sangat la pulak.
Pi yang dekat-dekat je.

Kali ni naik MRT pulak.
Saje nak rasa semua jenis transportation kat HK.

Ni kat entrance hotel.
Redza tengah ada mood nak bergamba so layankan je.
Tak pasal aku pun kena jadik otromen sama.

Jangan tegur kenapa muka aku sememeh.
Aku malas nak pakai mekap malam-malam.
Bukan ada yang kenal aku pun.

Tapi on the way nak pi train station terserempak ngan TWINS selamba jalan bawak guitar.
Nak tegur segan.
Bukan aku minat sangat pun.
Lagipun dia perempuan.
Apa barang. Malas lah.

Hahaha.
 




Sebelom gi Jordan, kitorang gi Avenue of Stars dulu tengok show lampu-lampu.
BEST!!!!

Actually ada gamba yang lagi lawa dari ni.
I mean gamba latarbelakang dia la.
Gamba muka aku tu toksah la dibawa berbincang.

Tapi gamba yang lawa tu kena scan sebab photographer yang snapkan.
Dah la printer aku ni rosak, scanner semua takleh guna.
Babi betul.
Ni pun aku snap gambar kat album guna kamera.
Tak dapat aku nak tunjuk keindahan HK waktu malam kat korang.
Takpe, korang pi sendiri je la.

Tapi show tu tak lama, dalam setengah jam je.
Pastu terus kitorang gi Jordan.

Kat train station jumpa la pulak ngan sorang rakyat Malaysia yang dah setahun dok situ.
Agaknya dia nampak muka kitorang cam melayu, so dia tegur.
Seb baik aku datang ngan family.
Kalau aku pi sorang konfem ramai yang cakap Tamil ngan aku.

Tapi brader ni belum apa-apa lagi baru jumpa 30 saat dah bukak topik politik.
Cam barua je.
Patut la pun ko kena hantar pi HK, dok Malaysia pun cam menyusahkan je aku tengok.
Mujur satu station je.
Tak sempat dia nak berkhutbah panjang.

Pasar malam Jordan quite ok jugak.
Harga pun murah-murah.
Kaya la apek sorang tu kitorang shopping most of barang-barang kat dia.

En Wan seperti biasa akan beli lukisan kalau pi negara orang.
Magnet tidak dilupa.
Begitu juga dengan baju-baju.
Alas meja.
Sarung kusyen.
Permainan Redza konfem kena beli, itu cukai yang wajib dilunaskan kalau tak dia menghempas-hempas kat tengah jalan tu.
Memang ringan je aku nak hayun dia hempas kat jalan pulak.
Kat pasar tu je tiga mainan dia aku kena beli.
Yang si pasar ni apesal la ko banyak sangat jual mainan?
 

 
Masa ni aku memang seriesly tak larat.
Tak larat nak melangkah. Dan juga sangat mengantuk.
Sampai aku menyeret je berjalan.
Seb baik En Wan pegang tangan aku.
Kalau tak aku ngan lantai sama je flat.


 
Day 2.

Free and easy.
Takde ikut mana-mana tour.
Sepatutnya kalau dalam pakej hari kedua dah pi Disneyland.
Tapi sebab kitorang ambik one day extra, so hari kedua jadi hari free and easy.
But not so easy lah.
Sebab agak sesat barat jugak.
Apa-apa pun tetap best.

Pagi breakfast siap-siap lam bilik.
Aku bawak roti Gardenia sebuku, butter ngan peanut butter Lady's Choice lagi.
Pastu susu low fat.
Maggi toksah cerita la, tigablas cup aku angkut.
Tapi aku makan satu cup je.
Yang lagi dua belas jangan tanya masuk perut sape, aku pun tak tau.

Mak aji lagi grand, siap ngan sambal ikan bilis, serunding, air soya, air mangga, mamee, maggi, kacang kuda, kacang botak, biskut, entah apa-apa aje mak aku ni.
Seb baik periuk nasik dia tak angkut sekali.
Kalau tak, konfem aku sujud kat dia.

Pagi tu kitorang naik feri ke Hong Kong Island.
Naik jambatan boleh je.
Tapi saje nak thrill.
 

 
Victoria Harbour.

Tengah tunggu feri sampai, posing dulu kat tepi.
Tepi Victoria Harbour ni ada jam ala-ala cam jam kat depan Dataran Merdeka tu.


En Wan punya la excited nampak jam ni.
Aku tak tau menahu apa keistimewannya.
Pastu En Wan bagitau tahun ni genap 100 tahun umur jam ni.

La, tu je???
Ceh, sikit aku tak excited mendengar.
 
 
 
Muka dah penat tapi nak ambik gambar jugak, macam ni la jadiknya rupa gamba tu.
Tak semenggah.

Dalam feri.
Kejap je naik dalam 15 minit dah sampai.

Walaupun ada jambatan still ramai lagi yang naik feri.
Padahal jambatan tu takde tol pun.
Kalau kita jambatan dah ada, takde tol pulak tu memang laju je lalu jambatan.
Tak kosser nak berhimpit-himpit naik feri.
 

View Hong Kong Island dari laut.
 


Dari atas kapalterbang lagi dia dah bising nak ambik gambar Bank of China.
Ni bukan apa, banyak sangat baca Raja Rimba.
Kan dulu Raja Rimba ni berlawan kat atas Bank of China, tu yang taksub semacam je ngan bank ni.
Kebetulan Bank of China ni memang dekat HK Island, so lepas turun dari feri tu dapat la snap view dekat sket ngan bank ni.
Kira sangat puas hati la si itam ni.
Cuma dia sangat frust tak dapat gi Causeway Bay nak feeling-feeling Chan Ho Nam.

Oh yes, Eddie Dewanaga, aku sangat la mengingati pesanan ko sampaikan salam kat Chan Ho Nam.
Tapi aku lalu je kat Causeway Bay tak singgah pun, so ko ambik la balik salam ko tu.



Tengah-tengah jalan nak pi Central, En Wan buat satu surprise untuk aku yang aku memang tak sangka dia akan ingat and plan untuk aku.

MANDARIN ORIENTAL HOTEL.

Hotel tempat Leslie bunuh diri.

Omigod, aku menjerit tak hengat kat situ.
Macam tak pernah jumpa hotel.
Tak kisah la kalau orang nak kata aku gila pun.
Yang pasti aku sangat-sangat happy bila jumpa hotel ni.
And rasa sangat touching bila En Wan plan untuk jumpakan aku dengan hotel Leslie ni.
Dari jauh aku leh tau kat mana spot Leslie jatuh, sebab aku dah baca berulang-ulang kali news about it.

Laki aku ni suka buat plan dendiam nak happykan aku.
Tapi kenapa Di masih chenta Leslie lebih dari abang??

Pangggggggg.
Penampa singgah di dahi.



Ambik bas from Central nak pi Ocean Park.

Wah, macam-macam jenis transport laki aku exposekan aku.
Naik bas yang dua tingkat.
Nak duk atas sekali, taknak kalah.
Pastu time nak turun menggelongsor bontot aku kat tangga.
Barua betul bas driver ni.

Time nak tekan loceng meraba-raba carik button kat atas.
Padahal button tu ada melekat kat tiang.
Nampak nau tak penah naik bas.




Ocean Park.

Macam Genting theme park jugak.
Cuma tak sejuk.
Tapi dia tepi laut tu pasal nama dia Ocean Park.

Gila bapak ramai orang ntah hapa yang dorang carik agaknya.
Time ni la ko sama sibuk nak masuk park.
Time aku tak datang takde pulak ko nak berpusu-pusu kat sini.
Seb baik HK jenis panas yang tak berbahang, still ada angin sejuk.
So orang tak berpeluh.
Kalau tak konfem roti lam beg aku ni dah bau cam ketiak orang.



Redza kat depan entrace Ocean Park.

Walaupun pakai long sleeve tetap tak berpeluh.
Rasanya masa ni suhu still around 26-27C which is not bad la kan nak bandingkan ngan kita skang yang 32C.
Masuk keta je cair bedak kat muka aku.


 
Mak aji kat sini la nak tunjuk gengster sarung beg kat depan.

Nampak tak abs trimmer aku???
Dah tau pakai trimmer lagi nak pakai baju sendat, dah macam cempedak bungkus kan?
Tapi sebab aku jalan sebelah mak aji, so aku still nampak slim lagi la.
Muahahahhahha.






Cantik kan view dia?
Sayuppppp je kalau pandang kat bawah.
Dah la kat lereng bukit, kalau la putus cable ni, cantik je aku menjunam lam laut tak timbul-timbul dah.

Sampai kat tengah-tengah tu tetiba dia benti sebab angin laut tiup kuat.
Lagi sekali aku azan kat atas tu.
Memang seriau okkkkk.
Bergegar je cable car tu.
Masa ni la aku baru teringat nak buat sembayang taubat semua.
Tang jumpa Leslie tu tak ingat nak bertaubat pulak.

Masa dia memula keluar dari building tu aku punya menjerit mengalahkan orang naik roller coaster tujuh loop.
Memang aku cakap kat korang, aku ni penakut.
Dah la penakut jakun pulak.
Pantang tergantung tinggi sikit je aku menjerit.
Tu pun dulu aku ada hati letak cita-cita pertama nak jadik angkasawan.
Puiii.
posted by aveo757 @ 12:03 AM  
Newer›  ‹Older


MY FACEBOOK
GET UPDATES

ADS
MY PROFILE

Name: aveo757
Home:
About Me:
See my complete profile
TRAFFIC
POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST (dropdown menu)
MY TRAVEL DIARY
MY READING
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER