walk on wings, tread in air: Aku jumpa gamba hardcore lagi <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Aku jumpa gamba hardcore lagi
2008-12-02
Semalam aku ada keje kat Bangi, so on the way back to singgah umah Mak Aji, tapi dia lom balik. Takpe, Pak Aji pun ok la walaupun aku tak suka lepak ngan bapak aku sangat sebab dia memang carik peluang je nak tazkirahkan aku. Haha.

Ala, sian bapak aku ni, tengah lipat baju rupanya.
Jadik bibik pun dia, jadik supir pun dia.
Seb baik umah dia takde kebun, kalau tak konfem dia jadik Hang Kebun.
Kalau jadik Hang Kebub tak boleh pakai keris, mesti pakai cangkul.
Cangkul pun cangkul lahhhhhhhhhh.
(Tetiba je aku termasuk lam citer P Ramlee).

Dah la aku pakai skirt semalam.
Agak tak patut jugak dressing aku semalam, dah tau nak singgah rumah Pak Aji lagi nak pakai skirt.

Sebab aku taknak dia bukak topik 'Pakaian Yang Diharuskan Untuk Kaum Hawa' so aku tolong dia lipat baju. Heheh.

Pastu aku ternampak ada banyakkkkkk album kat display cupboard.
Rupanya dia pi kumpul semua gamba-gamba yang bersepah and masukkan semua dalam album siap ada kategori lagi.
Trip ke Jepun.
Hari Raya 1989.
Konsert Tadika Iqbal.

Biasa la, orang dah pencen kan. Dah takde keje nak buat.

Aku bantai gelak tengok muka ko Ima, muka aku masa kecik sangat cool. Haha.
Apesal la orang tua ni simpan lagi muka anak-anak dia yang bersememeh ni semua?
Apekah perlu ditunjuk kat rakan taulan yang berkunjung??
Nampak cara display album tu memang ada harapan orang nak tumpang tengok.
Nasib korang la kalau tersedak tengok gamba-gamba aku.




Aku yang belah kiri tu.
Ada yang tersedak???
Padan muka korang.

Masa ni year 1988 rasanya, holiday kat Langkawi.
Aku memang penakut mandi laut, swimming pool or anything yang bertakung.
Bathtub tu lain la. Bathtub tu aku tak takut.
Cuma aku takut mandi bathtub sorang-sorang...hahahha.
Jom bang, kita mandi.
Horny pulak tetiba.

Yang baju ijo tu Ima, adik aku.
Dia ni ada penyakit semua gigi berlumba-lumba nak keluar dalam satu masa yang sama, tu yang bersepah-sepah jadiknya. Pastu mak aku bagi dia pakai braces. Doktor gigi dia Khir Toyo masa lom jadi menteri. Skang AGAK lawa la adik aku ni. Tapi laki dia tak hensem.

Hahahahahahahhahahaha.
Motif mengeji?


Gamba ni toksah kata nak tersedak, aku sendiri macam nak tercekik telan air liur tengok muka sendiri.
Aku yang paling kiri tu.
Amacam? Ada boleh lawan muka aku??
Oh silap, bukan Ada boleh lawan but, siapa berani lawan?
So, korang boleh imagine kan macamana sressnya akak-akak senior dulu nak study kalau aku asik lalu-lalang depan dorang.
Series sial, kalau aku senyum kat dorang pun diorang kata aku nak carik pasal.

Ni masa hari raya. Rasanya tahun 1989 kot. Aku pun lupa la.
Masa kecik baju raya haruslah boria. Mak aku mengidam nak dapat anak kembar kot.
Yang kaler cerah sket tu sepupu aku, Sabrina. Mak dia adik Mak Aji. Tapi kawen ngan Chinese Singaporean. Tu sebelah tu bapak dia la. Tu pasal muka dia cun sket.

Now baru aku faham kenapa Mak yang jaga aku dulu beza-bezakan anak jagaan dia. Tapi aku tak salahkan dia. Kalau aku jaga budak muka camni pun aku kurung dia lam reban.
Memang la muka cam aku ni tak membawa masalah. Tapi membawa gangguan mental okkk.





Akhirnya aku jumpa gak gamba ni.
Ni la gamba masa aku ngan Ima khatam Quran. Masa ni age aku 11. Ima 9.
Seb baik arwah atuk aku paksa mak aku buat majlis. Kalau tak, sampai khatam ke doplohtujuh kali pun dia wat dek je. Atuk aku proud sangat cucu-cucu yang dia jaga khatam Quran masa kecik sebab tu siap suruh tempah baju songket bagai, mekap segala. Sudahnya tajwid aku tunggang langgang sebab bibir penuh ngan lipstik 4 lapis. Ternganga aje mulut. Dah la gigi jongang sikit, kang lipstik terkena gigi pulak.
Ni pun nasib baik makcik aku yang snap gamba ni suruh aku tutup mulut kalau tak sampai ke sudah menganga.

Masa ni siap ada pelamin.
Makcik-makcik aku dari Singapore semua turun nak tengok anak sedara pertama khatam Quran. Masa tu aku konfius apesal lepas Ustazah aku konfemkan bacaan semua betul and kira lulus untuk khatam, mak aku, makcik aku, nenek aku semua nangis-nangis, peluk kitorang.

Bila dah anak ni baru aku tau kenapa.
Maybe diorang bangga.
Macam aku kalau tengok Redza buat konsert pun nak nangis.
Padahal dia happy happy je tonggang tonggek atas stage.

Tapi kalau arwah atuk aku tengok cucu dia yakni aku skang ni, konfem orang tua tu menangis apesal la cucu aku ni boleh jadik camni????




Excuse me.
Ni bukan muka bangun tido okkk.
Aku tak penah buat keje bangun tido minum Sarsi.
Ni konfem malam hari sebab baju aku basah kat depan tu nampak?
Tu maknanya aku baru lepas basuh pinggang mangkuk.

Aku skang tengah cuba imagine camana muka aku kalau baru bangun tido pulak?
Tapi aku rasa muka aku bangun tido skang lagi ok dari muka aku dulu-dulu baru lepas mandi.

Tetiba teringat satu brader tu cakap 'Kenapa la Diana tak penah keluar kalau abang datang, asik dok dapur je. Patut la, takut kena tackle ye?'

Tekel pekejadahnya kalau muka camni???
Aku bukan takut ko tekel aku.
Aku takut ko mati kat rumah aku je kena heart attack.
Kang sok kuar sokabar 'Wanita ditahan reman kerana membunuh tanpa niat'.












posted by aveo757 @ 12:21 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER