walk on wings, tread in air: To *** <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


To ***
2008-11-25
*** (11/25/2008 9:26:47 AM): aku nak tanya sket...harap ko tak amik ati.... mcm mana ko dpt keyakinan diri dan sapa jadi perunding imej ko??????

*** (11/25/2008 9:27:06 AM): aku kan dulu memang slalu anggap diri aku bodoh tak lawa

*** (11/25/2008 9:27:15 AM): tapi aku kagum la ngan ko

*** (11/25/2008 9:27:38 AM): camner ko leh berubah????

*** (11/25/2008 9:28:28 AM): ko slalu kata diri ko itam la pendek la...dll la...tapi pada aku skang ko lawa per..... camner nak jadik mcm tu???



Banyak ko punya perunding imej.
Gila buruk sial muka aku siap ada orang tanya aku pakai perunding imej mana.
Takpe..takpe..tak kecik ati. Dun werry.

Hmm...aku pun taktau apa nak jawab sebenarnya.
Nak kata aku buat facial treatment, ada la sekali, 2 hari before kawen. Tu je la pun.
Pegi spa, memang sekali je, pun before kawen.

Aku cakap aku itam sebab dah memang aku hitam takkan aku nak cakap aku putih merah kot? Kang korang cakap aku buta warna lak.

Senang citer macam ni la.
Cantik ni sebenarnya sangat-sangat subjektif (klise tak ayat aku???)

Frankly, aku tak rasa Siti Nurhaliza tu cantik rupanya. (tu jap lagi berderet komen pembacking-pembacking Siti masuk)

Lagi cantik Nur Fazura.

Tapi perlu diingat, itu hak aku untuk bagi pandangan.
Ko apehal nak marah?

Apa-apa pun, aku mengaku, Siti secara ZAHIRNYA peribadi dia cantik, that contributes to kecantikan keseluruhannya. Aku tak kata Fazura zahirnya tak cantik, but semua sedia maklum, dengan kes dia kuar masuk mahkamah, sedikit sebanyak orang dok mengata padahal kes belum selesai lagi. ‘Eleh, memang dah jahat, kuar masuk club je keje’
Biasa la kan, mulut orang. (padahal mulut aku...huah huah huah)

Pernah dengar orang buat statement 'Wife saya sangat cantik di mata saya’ padahal aku tengok sikit tak cantik.

Itu pandangan kita, pandangan kita berbeza dengan orang lain.
Tapi kan wife ex-bf aku series tak cantik okkkkkkkkkkk.
Wakakakakkaka.
Setan.

Tapi jangan la pulak dah orang kata ko tak cantik, ko pun ambik mudah ’Ala biar lah tak cantik pun’.

Bukan nak suruh diri kita jadik secantik Julia Rais.
(cantik ke dia nih?? Panggg kena penampar Tengku Mahkota).

Cuma jangan la selekeh sangat. (mesti ada yang kata ‘Look who’s talkingggggggggggg’).

Biar orang pun tak segan berjalan sebelah kita. Itu je, takyah susah-susah nak buat total make over. Melainkan ko ada duit, nak buat tu buat la.

Simple je benda ni kalau kita nak fikir.

Kalau nak cantik samada kita kuarkan duit yang banyak untuk beli segala tok nenek facial stuff mahupun buat secara tradisional, semua benda tu tetap memerlukan USAHA.
Usaha ni adelah dari segi kuarkan duit yang banyak atau usaha berpantang itu ini kalau ko buat cara tradiosional. So, apa ade hal dengan kita nak jeles-menjelesi orang tu pakai kosmetik mahal, aku pakai kosmetik kat Watson? Sama je, duit gak yang keluar, apa ko ingat aku beli kat Watson tu aku pakai air ludah? Ptuihhh kat kaunter dapat sebijik blusher. Ptuihhh lagi sedas dapat night cream. Pastu manager dia datang kat ko baik punya sedut hkerkhh kherkkk khhaaaaakkktuihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh kat ko pulak.

Tapi memang kalau benda tu mahal, efek dia pun lebih sket.
Itu aku tak sangkal.
Cam Clinique, MAC, bla bla bla. Itu produk yang berkualiti, tapi depends gak (nak jugakkkk bangkang). Kalau dapat kat kulit yang sensitif tak jalan gak kan?

So, kalau ada duit and mampu, beli la kat kaunter-kaunter tu.
Kalau belum mampu nak beli mahal-mahal or tak kuasa nak menghabiskan duit meh join aku serang Guardian. Boleh kumpul-kumpul sticker.

green apple (11/25/2008 9:53:37 AM): apa yg ko rasa kurang kat diri ko?

*** (11/25/2008 9:57:12 AM): banyak

*** (11/25/2008 9:57:20 AM): aku gemuk

*** (11/25/2008 9:57:27 AM): muka berjerawat

green apple (11/25/2008 9:57:29 AM): berapa berat badan ko, tinggi?

*** (11/25/2008 9:57:40 AM): skang dh bersalin lagi la

*** (11/25/2008 9:57:46 AM): 73 kg

*** (11/25/2008 9:57:50 AM): 160cm


Aku pun penah gemuk.
Paling bangsat 54kg.
Paling perasan cun was 40-42kg.
Tapi sebenarnya buruk. Muka ko jadik tigasegi, tulang scapula timbul, tetek mengecut, bontot makin leper, kulit jadi semakin itam. (kalau ko itam la)

Memang kecik ati masa budak-budak laki ejek aku gemuk.
Tapi disebabkan kena ejek tu maka aku ada rasa nak improve.
Sebab tu aku tak suka ejek orang, sebab aku taknak dia improve.

Muahahahahahahha.

Ada sesetengah orang (aku lah orangnya), memang ko kena bagi wake up call ejek gila babi baru dia nak sedar.
Bagus jugak sebenarnya tapi yang tukang ejek pun agak-agak la.
Kalau yang kena ejek tu jenis yang boleh terima ejekan takpe. Dapat yang mental tau-tau terjun lombong, malam tu siap la ko.

Time ko nak tido tetiba dengar 'Bachokkkkkk..bachookkkkkk' (kalau nama ko bachok la, kalau nama ko bukan bachok pehal lak ko nak takut kan?)


*** (11/25/2008 10:04:34 AM): tapi aku kagum ngan make ober ko tu

*** (11/25/2008 10:04:57 AM): tabik spring aku

green apple (11/25/2008 10:05:05 AM): hahahaha

*** (11/25/2008 10:05:09 AM): pastu ko pandai

green apple (11/25/2008 10:05:16 AM): pandai amende la...

*** (11/25/2008 10:05:17 AM): aku tak

green apple (11/25/2008 10:06:37 AM): mana ko tau ko tak pandai?

*** (11/25/2008 10:08:59 AM): dr gaya perckapan ko

*** (11/25/2008 10:09:03 AM): pemikiran ko

*** (11/25/2008 10:09:09 AM): pastu siap ader master



Jangan labelkan kepandaian orang tu berdasarkan paper.
Certificate yang ada memudahkan ko dapat peluang pekerjaan lebih dari orang yang takde certificate. Tapi tak bermakna orang yang takde certificate tak dapat kejer, cuma peluang tu kurang. Stepping stone bak kata omputih.

And jangan perasan kalau sijil ko banyak, sijil ko straight A’s maka ko hebat. Ko mungkin pandai dari segi akademik, tapi belum tentu ko hebat di tempat kerja. Stress berkeja and belajar lain.

Ada sebab kenapa orang tu sambung belajar, ada sebab kenapa orang tu tak sambung belajar. Tak kira la dia hanya takat SPM ke, STPM ke, Diploma ke.

Dia tak sambung belajar bukan sebab dia tak pandai.
Mungkin sebab dia nak tolong keluarga.
Mungkin sebab dia kawen awal dah beranak pulak, laki soh dok umah jaga anak.
Mungkin sebab laki dia dah kaya so takyah susah-susah nak blaja tinggi-tinggi sebab nak dapat gaji besar, aku bagi ko ni ha duit sedebuk pi bukak kedai bunga.
Mungkin sebab dia takde duit nak sambung blaja, nak ambik loan kang bertambah lak hutang.
Mungkin sebab dia malas nak baca-baca buku ni semua, nak keje pulak.
Semua tu berkemungkinan TAPI bukan sebab dia tak pandai.


*** (11/25/2008 10:10:06 AM): aku tak lawa

*** (11/25/2008 10:10:11 AM): buruk

*** (11/25/2008 10:10:45 AM): pastu semua tak nak geng aku masa kat U

*** (11/25/2008 10:34:24 AM): kawan2 aku masa belajar dh ader keta

*** (11/25/2008 10:34:33 AM): pastu pakai baju branded

Hoih, apa pasal korang taknak geng ngan dia masa kat U????
Apehal??????
Belasah kangggggggg.

Benda ni korang kena paham.
Masa kat U, masa ni tengah peralihan zaman dari remaja nak ke dewasa.
Pertukaran hormon.
Masa ni hormon ke-genyelara-an dah timbul.
Remaja-remaja dah start nark menonjokkan diri masing-masing.
Selain dari tempat blaja, kat U tempat nak carik pasangan.
Remaja-remaja tend untuk dinotice.
Diorang tend untuk berada dalam kelompok yang noticeable.

Sebab tu kat skolah-skolah or kat U, situasi macam ni senang kita nampak.
Ada click yang pakai tudung labuh, ada click yang cun-cun, ada click yang pakai spek tebal kehulu hilir angkut ensiklopedia (grup ni selalu stresskan aku), ada click yang lepak-lepak kat beranda terbahak-bahak kuat-kuat pastu ada laki lalu ngan moto je pewit-pewit (ni grup ni saper ni hoih??? Saper ketua dia ni angkat tangan!).

Jangan terasa left out bila ko tak dapat masuk dalam grup yang cun, or grup yang pandai, or grup yang branded-branded.
Itu semua benda yang kita sendiri create.
Kita sendiri yang mark diorang as ‘Ni set-set budak-budak pandai.’
Asal dia lepak library budak pandai la.
Dia lepak library bukan sebab dia nak blaja kengkadang.
Sebab nak study ngan pakwe sekali dowhhhh. (ni aku la ni)

Oh terbabas pulak.
Sambung balik...

Aku pun sedar aku tak lawa.
Tapi aku tak kira, aku nak dinoticeable jugak.
So aku create satu grup.
Grup ‘Tak cun tapi konfem ada pakwe”.
Pastu tayang balak.
Malam-malam tenet tepi jalan-jalan utama macam jalan nak ke library, jalan nak ke cafe. Konfem orang nampak.

Nak lagi noticeable, carik balak gila cam aku.
Pastu dah kena hempuk sampai lebam sila bawak kes ke pihak atasan.
Pastu semua tau pasal kebodohan ko berpakwekan si drama queen.

Aku nak tanya, adekah bila kita berkawan dengan orang cun maka kita jadik cun?
Jangan perasan la okk kalau ko berkawan ngan Juliana Evans muka ko tetiba jadik Pan Asian. Kalau dah ada cop JAWA kat dahi tetap JAWA.

Advantagenya bekawan ngan grup cun ni, secara tak sengaja ko akan pandai bab-bab mencantikkan diri. Dah hari-hari ko tengok diorang mekap, sapu tu sapu ni, tak banyak pun at least sikit ko terikut gak. So, ada la perubahan sikit kat muka ko kan.

Adekah bila kita kawan ngan orang pandai maka kita jadik best student?
Ni lagi satu perception yang amat bangang.
Kalau ko tak study, boleh ke ko jawab paper?

Ada member aku dulu cam sial, makan ngan kitorang, melepak ngan kitorang tapi bila buat groupwork, tetiba nak masuk geng-geng Chinese. Konon Chinese ni kalau part blaja bersungguh sikit. Ada chance dapat A.

Pantek kau la.

Diorang memang suka la ko masuk grup diorang, boleh ko jadik pencacai.
Bangang kan budak ni?
Tapi dah ko nak sangat kan, pegi la.

Selalunya grup yang masuk jamban bawak buku ni diorang memang sentiasa fokus nak dapat Anugerah Dekan. Advantagenya berkawan ngan grup ni, sentiasa ada study grup, assigment tip top, pembelajaran tu nampak lebih sistematik. Kalau ko tengok jadual waktu harian dia 9-11 study, 11-12 makan, 12-2 tido, 2-5 study, 5-7 aktiviti senggang dan makan, 8-12 study.

Sori la aku nak buat jadual waktu.
Jadual tajuk lecture esok pun aku tanya orang.


And apekah kalau ko masuk grup branded-branded maka ko adelah orang kaya?
Seriesly kalau aku wannabe sekalipun, grup ni aku takkan masuk.
Menghabiskan duit aku je.
Lainla kalau ko nak berabis untuk aku.
Grup ni selalunya takde la se-cun grup yang cun-cun tu diorang ni pandai bergaya and balak-balak dorang selalunya tak hensem gak tapi jenis yang kaya, bergaya, paling bodoh pun ada TZM.

Tapi kira ok la dari balak aku dah la tak hensem, tak pandai, gila pulak tu.

Sila soal aku balik apesal aku boleh pilih pakwe camni?

Biasa la kan...grup 'Tak cun tapi konfem ada pakwe'.


*** (11/25/2008 10:18:17 AM): pastu kan skang semua kawan aku sibuk citer pasal gaji....gaji semua 2500 ke atas

*** (11/25/2008 10:18:27 AM): aku 2k pun tak cecah


Again, simple maths.
(ye ye je cakap Maths tu simple, padahal Maths aku bodoh okkk)
Banyak gaji, banyakla tanggungjawabnya.
It is just like pepatah orang tua-tua, besar periuk besar keraknya.

Takde orang yang nak bagi ko gaji besar tapi keje ko hanya sign-sign dokumen.
Filem Melayu je yang suka focus benda-benda mudah camni.
Asal keje bos je, ko masuk opis kol 11am, sign-sign dokumen, angkat 2-3 call, terbahak-terbahak-terbahak, pastu balik 'Kensel semua appointment saya ye’

Tu je la skripnya balik-balik.
Tu pasal aku suka tengok cerita Tamil.
Walaupun aku kena tipu hidup-hidup tengok hero kena tembak ngan bazooka still boleh bangun lagi, at least aku boleh gelak ngan kebodohan scene tu.

Memang semua orang nak gaji besar.
Tapi tak semua orang sedar yang bila gaji ko besar tanggungjawab ko besar.
Toksah kata ko nak balik keje awal.
Sila-silap ko bawak balik keje ke rumah.

Tapi bagus kalau ko ada rasa nak bergaji besar.
Itu tandanya ko ada semangat nak majukan diri, ada plan nak hidup senang, takde la takat 'Ala, apa yang ada ni jadik laaaaa. Syukurlah apa yang ada’.

Kang aku buat tazkirah kat sini ada lak yang kata belagak pandai.
Masing-masing bleh fikir la.

Memang some of us rasa jeles kenapa orang tu leh hari-hari makan luar, makan tempat sedap-sedap lak tu, beli designer dress, kosmetik mahal-mahal, bla bla bla.

Tapi boleh tak kita twist sikit cara minda kita berfikir.

Kita bukan tak mampu, tapi BELUM mampu.
Ada orang yang Tuhan dah tetapkan dia rezeki murah dari segi material.
Ada orang yang Tugan bagi rezeki dalam bentuk sihat tubuh badan and ketenangan hati.
Ada yang dapat rezeki dalam bentuk anak-anak.

So please la, jangan kecikkan minda kita dengan balik-balik ukur tahap kejayaan seseorang itu dengan material dia.
Walaupun kita tau bila orang tu bawak keta besar, orang gaji sampai empat, makan kat hotel manjang, dia adelah kaya.
Itu kita tau.
Tapi tak bermakna kita tak boleh sampai ke tahap tu.
Mungkin jalan kita nak sampai ke tahap tu tak semudah orang lain, tapi kita masih ada peluang yang sama.

Bak kata sumone to me "Yang penting jangan ada iri hati."

Statement ni betul.
Sifat iri hati yang berlebihan ni boleh menyebabkan kita simpan dendam. Bila dah ada dendam, seri Degawan naik ke muka. Tu yang ko tepek 8 tan lipstik pun tetap muka ko tetap cam Long Piah. Cuba ko tengok muka Long Piah, meka tebal pun muka cam setan gak kan?

Aku bagi tips ek.

Jangan sakitkan jiwaraga ko ngan mendengki orang.
If you can't beat them, join them.
Insyallah, rasa dengki tu hilang.
And seri wajah tu naik secara otomatiknya.

Maybe readers ada tips or pandangan lain??



p/s : Hari ni aku tak berapa nak seri sebab kes aku ngan Rizman lom settle.
posted by aveo757 @ 12:57 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER