walk on wings, tread in air: Tengkorak korang la aku motivator <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Tengkorak korang la aku motivator
2008-11-26
P.E da legend... :) said...

Ewahhh ewahhhh ko ni fleksibel betul la D. Kejap ko mcm mafia kejap ko mcm kaunselor ala2 ustazah siti norbaya.

Baruaaaaaaaaaaaaaaaa.

Itu bukan pakar motivasi or kaunselor okkk.
Itu bakat terpendam dulu kecik-kecik cita-cita nombor satu adelah menjadi cikgu pendidikan moral. Tapi sebab aku pun tak berapa nak moral, attendance pun tak penuh, klas pun manjang ponteng, tak pun malas nak dengar cikgu ni merepek ntah apa benda kat depan aku sapu minyak cap kapak kat kepala pastu buat-buat sakit kepala.

'Oh, migrain ke? Takpe, kamu rest kat blakang'.

Bergeliga tak aku?

Pastu masuk Maahad asik kena torture gi kuliah subuh, tetiba aku nak jadik penceramah bebas pulak. Tapi kalau aku berceramah asik nak ikut sedap anak tekak, nak nasihat aku nasihat, nak maki aku maki, nak mencarut pun boleh gak kengkadang so kensellll.

Anyways, tu cuma pandangan aku, kita share apa yang kita rasa boleh share.







Semalam lepas dinner kat Pizza Hut, kitorang gi Giant perabiskan duit. Biasa la kalau gaji dah masuk memasing mula la gatal poket, selagi duit tu dok lam wallet selagi tu tak senang duduk, jom kita abiskan.

Aku suka perati En Wan beli barang.
Sangat-sangat tak sangka dia berubah jadik macam ni.
Sampai mak dia tak percaya anak kesayangan dia yang nak bancuh air sirap sendiri pun tak reti now boleh pilih ikan kat pasar.

Kalau pi beli barang memang dia yang akan pegang troli or bakul and dia jugak yang akan pilih barang. Bukan aku.

Aku hanya tanya ni 'Boleh ambik ke tak?'
'Nak ni boleh bang?

Pastu dia tanya 'Yang kat rumah dah habis ke?'
'Tinggal lagi sikit tu sikit mana?'
'Penting ke tak nak beli ni?'.


Sakit hati okkk dengar soalan dia.
Selalunya aku akan hempas balik benda tu kat rack. Pastu menonong jalan ke depan sambil hentak-hentak kaki tanda protes. Pastu jap lagi aku jumpa benda yang aku suka, aku gostan balik ke belakang tanya dia.
Memang tak dapat la aku nak merajuk lama ngan laki aku ni. Sebab kad ATM ngan kad kredit aku dia pegang. Rugi okk carik pasal ngan orang yang ada kepentingan ni.

Bila aku tengok cara dia beli barang, sangat telitinya, siap ngan ingredients pun dia baca. Tu belum lagi kalau dia pilih ikan kat pasar. Siap selak-selak insang okk, picit-picit badan ikan, tengok sisik, sorry la aku sendiri tak penah buat, main tengok mata ikan je. Tu pun sebab aku nak makan mata dia so kena cari yang senonoh sket, kalau mata ikan tu aku tak makan mampos yang merah-merah tu pun aku belasah.

Seriously Mak Aji cukup tak berkenan ngan En Wan dulu.
Dah la rambut perang, dok overseas lak tu. (biasa la orang-orang tua, kalau jantan tu dok oversea, sure pernah minum air setan and beromen ngan pompuan kat sana).

Biar la kalau dia beromen pun. Boleh tak balas camtu?
Pastu sepantas kilat kang dia tanya aku balik 'Oh ko penah beromen ngan dia eh?'

Pelempanggggggggggggg!!!!

Aku pi tunjuk gamba-gamba cenggini kat Mak Aji, meloncat la orang tua tu kan. Masatu atak terfikir lansung gamba-gamba camni akan buatkan orang tua pikir ke lain.

'Ni yang ko nak buat jadik laki ni?? Tu ha bos mama berkenan sangat ngan kau, untuk Abang Saiful'

Patut la asal aku balik cuti je, bos dia datang rumah bawak kek, kang aku nak balik U kang dia bekalkan sambal ikan bilis pulak. Tapi memang aku suka makan sambal ikan bilis pun, tima kasih aunty!

Masa En Wan mula-mula jumpa aku, kesian aku tengok dia.
Ntah apa la si tungau tu racun mak bapak aku, ko imagine ek, En Wan kat ruang tamu dengan aku, parents aku dok depan kitorang tapi tak bercakap-cakap, siap dua-dua tu sabotaj baca paper.

Aku ni lagi la kan emo la pulak, kat situ jugak dah meleleh airmata aku.

Tapi En Wan pandai.
Dia tau dia yang masuk rumah orang so kena la pandai adjust diri sendiri.
Lagipun aku siang-siang dah bagitau feedback mungkin negatif.
Sempat buat homework lagi okkk.

So En Wan yang start tanya soklan-soklan bodoh like 'Lama dah pakcik dok rumah ni?'

Series soklan ko bodoh.

Aku cam 'Hoi, apesal? Ko nak beli rumah ni ke?'

Mak bapak aku pula buat la keras hati, sepatah tanya sepatah jawab.
Masa ni aku dah makin dendam gila babi ngan dak tungau. Ni takde orang lain, memang dia la cucuk mak bapak aku. Kalau dia melintas depan rumah aku hari tu memang aku hambat ngan besi mangga gate swirl ala-ala Nunchaku Michaelangelo.

Ala, bukannya sebab laki aku ni tak ok, tapi sebab nak sangat aku kawen ngan dak Saiful tu. Abang Saiful tu pun aku tak penah jumpa okkkkk. Entah-entah dia sebenarnya gay. Ngahaha.


Aku suami mithali....



But now aku tau Mak Aji sangat sangat dan sangat sayangkan En Wan.
Everytime balik Bangi aku akan biarkan laki aku terkapai-kapai tengok tv kat bawah, aku rilek je baring ngan Mak Aji kat bilik dia layan cerekarama.

Aku pulak yang asik kena marah 'Pegi la teman laki ko makan kat bawah kesian dia sorang-sorang. Yang ko nak berkepit celah kangkang aku ni kenapa?'

Aku tengah dalam agenda nak snap gamba laki aku pilih ikan, ayam, beli barang-barang dapur pastu letak kat FB biar kawan-kawan dia yang merempit sesama dulu tengok.

Kejam tak?
Ke keji?













posted by aveo757 @ 12:01 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER