walk on wings, tread in air: Siapa boleh study pagi-pagi buta? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Siapa boleh study pagi-pagi buta?
2008-11-29
Dah dua malam En Wan ajak aku tido awal.
Pukul 2am aku dah takleh tido. Tapi paksa gak lelap mata, esok pagi aku bangun dengan rasa nak muntahnya sebab terlebih tido.

Semalam sama. Pukul 3 pagi terjaga tapi paksa mata lelap. Kol 4.10am terjaga lagi. Oh patutla asik terjaga, lom isyak rupanya.
Lepas solat terasa nak melepak depan laptop sambung buat keje but mana aku penah buat keje bangun tido mengadap laptop, let alone bangun tido mengadap buku???

Malam sangat sekejap ok, siang lama.
Baca buku siang hari tak boleh ke?

Memang tak boleh pun sebab siang hari pun aku belasah tido tak pun mengangkang depan tv.

Masa zaman skolah jangan harap la aku nak bangun malam-malam buta semata-mata nak study. Sebab tu ko jangan berharap nak nampak slip peksa aku straight As. Tak best la semua A, macam nerd okkk. Dulu-dulu saper yang pandai konfem jenis yang tak cun/hensem, mana yang tak pandai tu mesti yang cun-cun/hensem. Tol tak? Hahahah, mati aku kena tembak pasni.

Tu mula memasing mengaku zaman skolah dulu saya adelah tak cun. Kan?

Tapi kira ok jadi nerd takde partner pun at least ko masih jadi perhatian 'Gila sial budak ni 22A1', dari jadik loser cam aku. Dah la muka tu sedia maklum toksah kata nak ada pakwe, laki paling hodoh lam skolah pun sanggup lalu jalan lain semata-mata taknak selisih ngan aku. Bla lah ko. Dapat kena gossip ngan aku pun cukup baik ok. At least kalau orang tanya 'Ko ada experience puppy love?' takde la cam, 'Puppy Love tu apa eh?'. LOSER!!!! (tu sebenarnya statement untuk diri sendiri sebab aku pun takde pakwe time skolah sebab aku itam dan jongang). Skang pun itam jugak tapi skang orang tak sebut itam, orang sebut bronze (wahhhh) tapi jongang lagi, sikit.
Ada aku kesah???

Blaja pun kalau dapat nombor the first 20 pun dah alhamdulillah. Ayat biasa Mak Aji 'Baru nombor 24, kelas ko sampai 50 kan?'. Sangat sarcastik.

Aku adelah manusia yang paling tak suka blaja tengah-tengah malam.
Belajar dari malam bawak ke pagi is ok, nama aku dah tido nak bangun balik jangan harap. Walaupun ramai yang guna kekdah tu konon pagi-pagi adelah hening boleh ingat semua yang di baca, not for me lah. Lagi sunyi lagi sampai terbabas-babas imagination aku. Aku mana bleh sunyi-sunyi ni. Kang siap la segala citer hantu semua aku boleh teringat balik. Mula la pastu aku mandi tak tutup pintu. Buatnya anak aku tetiba terjah bilik air, ha kau, nampak bulattttttt je lam tu.

Aku jarang study sebab tu aku jarang pandai.
Kalau subject tu aku score maknanya lecturer tu hensem.
Ada satu lecturer Genetics gila babas kehenseman yang tak pernah aku bayangkan. Muka macam mix Fahrin + saper tu yang berlakon si Tanggang, bukan Jins Shamsudin la bodo + body and ketinggian cam Memed (menantu Effendi Norwawi laki Si Tiara). Memang la macam tak hensem like 'La, aku ingatkan hensem cam Johny Depp'. Sori ye, Johny Depp tu tak hensem kat mata aku.

Tapi masa tu kaki dia tempang injured main bola, bagi lecture pun pakai tongkat. Tempang pun tempang la bang, i tak pandang tu semua, yang penting hati. Wah, tetiba je..

Kalau selama ni aku dok blakang, if row paling hujung is luar dari dewan, tempat tu la aku duduk. Tapi every time lecture Genetics, aku dok depan, tapi tak la row pertama, takde saper gila nak mendongak dok depan sekali.
Aku dok row kedua tapi tak bawak kertas selai pun. Sebab aku bukan nak dengar dia bagi lecture, nak tengok muka dia je. Ye, aku gatal. Tapi masa tu dia lom kawen, aku pun belum, so ada masalah nak merenyam?? Masa ni aku feeling-feeling jadi student lam Adik Manja nak ngorat Dharma.

Pastu lepas lecture aku pun budget apa soklan nak tanya dia biar aku leh carik alasan nak jumpa dia kat bilik pulak. Biasa la, darah masih panas. Gatal lebih dari biasa tu dah pasti.

Tapi ada satu lecturer yang agak hensem muka cam Ako Mustapha (bajet muka cam artis je siapa nak jadik lecturer aku), tapi aku tak suka. Cakap omputih memang first class, set-set yang kalau sebut LIAR jadik LAIYERRRRRRRRRRRRRRRRRR. Apa? Layur? Exagerate, blah la kau.

Kan dah terbabas lagi. Padahal cerita pasal bangun malam je tadi.

Aku paling pantang orang tentukan masa untuk aku study sekian-sekian jam, masa untuk tido sekian-sekian jam pulak. Sebab tu aku tak suka dok asrama dan sentiasa mencari idea-idea baru untuk fly malam. Walaupun kat tepi pagar asrama aku dulu ada lubang besar tapi takde saper berani fly ikut situ sebab tepi tu ada kubur. And ntah sesaper buat cerita turun-temurun nanti terserempak ngan Green Lady la, apa la, kat situ.

Masa kat SMBBB pun aku dah selalu fly-fly ni, tapi sebab tu skolah biasa so aku fly siang hari. Agak-agak aku takde mood nak masuk lab Fizik, aku balik rumah. Sebab aku adelah pemawas skolah so takde saper perasan aku balik rumah. Semua ingat aku kejar budak ponteng skolah. Padahal aku yang ponteng. Aku rasa cikgu Fizik tau aku tak suka dia. Bukan tak suka cikgu, saya ni bangang sket part nombor-nombor. Apa benda ni momentum, tenaga kinetik, tenaga mekanikal, series aku memang tak bertenaga kalau masuk kelas Fizik.

Masa nak SPM lagi la aku tak study kan, trial exam aku SAP dowhhh. Mak bapak aku dah tak larat nak nasihat dah. Janji aku lulus je. Lagi 2 bulan nak SPM baru la kesedaran tu timbul, terpisat-pisat nak pahamkan Janjang Arithmetic padahal itu Bab 1. Masa result keluar lagi horror sebab orang lain dapat result esok, aku dapat malam ni. Kengkawan bapak aku kat Kementerian cukup rajin volunteer tengokkan result aku. Kalau aku jenis yang bergeliga takpe okkk. Zaman bergeliga aku takat skolah rendah je. Mak aku sampai bernazar rupanya kalau aku dapat 1st Gred. Cam mustahil sangat gamaknya siap nak bernazar segala sebab trial aku SAP. Tapi jangan tanya la 1st Gred aku tu agregat berapa (ni mesti ada yang kata "mesti bodoh gila kan, sebab tu dia tak kasik tanya") Hahaha. Takde la pandai cam En Wan. Tapi sepandai-pandai dia ada gak bodohnya sebab boleh bercinta ngan orang bangang cam aku.

Aku cuma start beringat-ingat nak blaja masa kat U je. Sebab course aku takde matematik, takde fizik. Hanya ada bio and kimia. Which is my favourite subjects. Tapi tak score mana pun. Tak kisah la janji takde matematik. Memang bodoh gila kalau masuk bab kira-kira ni. Camne aku leh jump lam bisnes pun tak paham. Oh, agaknya aku dah pandai kot skarang.
Terbahak terbahak terbahak.

See, terbabas lagi.
Aku rasa dah betul dah tadi cerita bangun malam.
Nampak sangat bangun malam ke, bangun siang ke kalau dah jenis tak fokus tu memang sampai sudah terbabas.
posted by aveo757 @ 10:58 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER