2008-10-09

Bukan taknak reply

Ni aku nak respond kat YM-YM orang yang tau tektik aku meng-invi-kan diri.
Cam tau-tau je korang kan.
Gigih menghantar YM walaupun aku wat dek.

Sorry ye, bukan taknak reply, aku memang tengah menfokuskan diri dengan keje baru.
Blom boleh goyang kaki lagi.
Sorry ok.

Birthday En Wan 7 Oct lepas.
Macam selalu, hadiah postpone ke suatu waktu yang masih tak mampu nak ditetapkan.
Potong kek je la.


Macam biasa jugak, kek haruslah yang menepati selera tekak aku.
Blueberry cheese.
Tapi aku lom rasa lagi sampai ke hari ni. (tu nak tunjuk betapa busynya sampai makan tak sempat, tapi berat tetap naik)

Kali ni birthday En Wan tak best macam selalu sebab dia pun busy je, stay up malam-malam marathon ngan aku dok depan laptop. Tapi sorry la aku nak stay sampai pagi-pagi buta macam dulu kan, kalau takde urgency baik aku membuta. Esok pagi boleh buat keje lagi tanpa sebarang tekanan dari boss. Wah, bahagia.



Ambik nih aku upload gambar Redza banyak.


Tapi Isnin lepas bangun je pagi aku rasa AMAT BLUR!
Tak tak nak buat apa.
Tak tau nak start kat mana.
Kepala ada banyak benda nak buat tapi tak tau nak start apa dulu.

After a while tak sentuh laptop, kepala pun bengkak dengan kebangangan.
Slowly aku check email, cantik-cantikkkan folder yang bersepah, kemaskini file-file yang aku save lam laptop, susun catalogue-catalogue kat shelf cantik-cantik biar 'ofis' aku nampak macam ofis. Baru semangat nak buat keje.

Alhamdulillah, sekarang aku lebih bersemangat.

Aktiviti baru aku, pagi-pagi bukak Yahoo check forex. Satu benda yang aku tak penah buat masa keje dulu sebab wat the fak bukan keje aku, tu keje accountant. Dulu, masuk je opis, bukak YM dulu, pastu bukak email forward email merepek-repek dalam setengah jam, pastu bukak blog check apa komen masuk (poyo wehhh).

Skang, keje aku check forex 3 kali sehari. Pening tengok USD makin naik. Semalam 3.51. Pehhhhh, buleh bankrupt okkk. Tetiba aku teringat contract yang aku buat dengan JK masa kat ofis lama. Contract 3.5M, based on forex USD3.2. Siapa suruh buat contract based on forex tetap kan? Aku dah kata biar contract tu kekal USD3.2 provided harga tak naik lebih 0.3. Ohhhh, dia dah study okkk the forex sejak bulan Mac kekal 3.2-.3.3. Tak boleh aku bayangkan betapa melepeknya bos lama aku tanggung rugi around RM350K. Mintak-mintak USD turun la soon, kalau tak semua MATI. Termasuk la aku kot. Nauzubillah.

Yakin!
Yakin!

Esok first shipment aku sampai from Lithuania and Cape Town.
Rasa proud pun ada, rasa takut ada, rasa nak nangis pun ada.
Susah orang kecik macam kita nak yakinkan bigger manufacturer apatah lagi omputih yang kita boleh buat benda-benda ni. Thanks to scientist-scientist Malaysia yang penat perah otak invent benda-benda baru sampai menang award kat Geneva. Disebabkan korang la, omputih ni semua ada keyakinan ngan orang-orang kecik macam aku.

Terasa duit macam air diflush-flush lam jamban.
First shipment ni berat barang just 5kg, tapi amount sampai RM10K.
Aku and partner aku bertahan taknak buat pinjaman bank lansung.
Semua korek simpanan sendiri. Half-half. Jangan sampai kering dah.

Skarang, apa yang boleh direcycle semua aku recycle, contohnya resit beli barang kat kat kedai mamak. Kalau dulu main buang je, tak pun malas nak ambik.
Now, semua resit aku simpan buat kertas tulis note.
Sengkek tak bunyiknya???

Redza nak conteng-conteng kertas pun aku bagi used paper, jangan harap ko nak ambik fresh ones, aku hempuk kang.


Ni 1st talk and workshop dari company aku..:)


Semalam pagi-pagi lagi aku kat satu jabatan kerajaan conduct lab workshop 'How to Design Primer'. Alhamdulillah, nampak ada banyak leads in future. Jap lagi, aku nak pi tengok lab baru kat Puchong, nanti aku snap pic lab yang kosong tu ye...:)

Ha, ni sesiapa boleh bagi aku leads mana nak cari set meja and kerusi untuk bilik meeting ngan visitor's room? Yang MURAH-MURAH TAPI STYLO (statement standard orang sengkek tapi nak berlagak cam orang kaya).