walk on wings, tread in air: Atas nasihat orang ramai, aku bershopping lagi. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Atas nasihat orang ramai, aku bershopping lagi.
2008-09-07

Aku pegi SACC Mall tak jumpa pun butik yang voge de vassss tu?????
Sape yang suruh aku pi SACC Mall tu?
Meh sini aku nak silambam se-das.


Hari ni projek besar-besaran.
Bagi orang yang dah lama tak buat kerahan tenaga sebab semua bibik siapkan memang terasa agak besar gak projek ni. Pulak tu tengah puasa.

Bangun tido macam biasa, kalau hari Ahad, tak cecah 10 pagi jangan harap aku nak bangun. Tu pun sebab aku tahan mata dari tido sebab baru lepas sahur. Perut ketat lagi.
Layan HBO kol 5.20 pagi santak ke pukul 7.

Sedar-sedar, anak aku dah hilang, En Wan tengah surf internet.
Carik tarikh sesuai nak jumpakan aku dengan abu Leslie next year.

Lepas mandi aku hambat semorang tolong aku ubah-ubah perabot.
Nak beli baru takde bajet, ubah pun jadik la.

Tapi ubah master bedroom je.
Tu pun dah sekerat hari.
Agak gorgeous jugak bilik aku malam ni.

Pastu aku mintak bibik tukar langsir hall.
Tahun ni semua barang-barang rumah adelah lama.
Takde yang baru sebab tahun depan insyallah nak pindah.
Sila jimat-jimat sikit ye.
Tapi takat nak beli baju raya yang ke-tiga helai takpe.

Seperti yang diwar-warkan (biasa la kalau dah rasa macam dia sorang je mampu beli baju raya, memang kecoh sket), hari ni pi beli lagi selai.
Macam biasa, Shah Alam.

Memula pegi balik Anggerik Mall walaupun aku tau takde benda dah nak carik kat situ.
Petang masih muda, saje nak kill the time.

Pastu gi balik PKNS.
Before that masuk SACC Mall jap, penuh kehampehan belaka.
Bapak sesak kat dalam tu.
Lalu bawah ketiak orang, berlaga tetek semua.
Sori la gua nak kasik orang ambik kesempatan merasa keempukkan tetek gua.
Gua ajak laki gua keluar.

Eh, ter-rock kangkang pulak bahse aku tetiba.
Tempias-tempias eddie dewanaga la ni.

Baru aku tau yang PKNS ada bazaar Ramadhan gak rupanya.
Ape la jahil benar aku ni semua benda tak tau.

Kali ni aku tawaf lagi satu round kat gerai-gerai baju dalam tu.
Sambar lagi satu baju, kali ni kaler purple pulak.
Kalau dah nama aku yang pilih sendiri baju kurung, konfem baju tu transparent.
Kena la pakai tube, takkan nak masuk rumah Haji Ishak pakai baju see thru.
Harus aku ditalkinkan empatblas kali.

Tapi sebab En Wan yang pilihkan, aku pakai.
Aku beli.
Dia bayar.

Tadi lagi satu benda yang tak pernah dibuat, telah aku buat.

Berbuka dengan makan popiah ngan tahu sumbat saje.
No nasik-nasik.
Taknak makan nasik dah untuk berbuka.
Kalau boleh sampai habis Ramadhan sok.

Kita ada misi!!!!

Pastu En Wan bagi statement selambe sambil kunyah nasik kerabu.

"Makan la Di, nanti kurus-kurus sangat awak nampak lagi hitam"

Nampak lagi apaaaaaaa?????
Ulang suara!!??!!


Tak pasal hitam sebelah mata ko kang.

Tapi sebab aku dah banyak paw dia, kita kena pasrah.
Lagipun mak aku dah ajar, kita kena sedar diri kita siapa.

Ye laaaaaaa.

posted by aveo757 @ 7:47 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER