2008-08-26

Part II











Sambungan gambar ntah hapa-hapa ntah.

Nak naik cable car.
Tapi hujannnnnnnn.



Maka kensellah cable car aku.
Dah la tiket beli siap-siap kat agent.
Tapi takpe, tiket adelah open sampai hujung tahun depan.
So, ada harapan aku gi Langkawi lagi semata-mata nak naik cable car.





Nampak tang jauh sayupppppppp je cable car curam gila!
Ni yang nampak, yang tak nampak tutup dek kabus ada lagi.
Orang tu kata sebab hujan and terlampau pagi kitorang sampai so berkabus.
Actually tinggi lagi.
Mak aku dah buat macam-macam alasan.
Pening la, darah tinggi la.
Tapi En Wan paksa gak.
Siap dia main-mainkan orang tua tu 'Sampai kat tengah-tengah tu dia benti jap. Esok baru turun'.
Tak ke gelabah orang tua tu.




Ni aksi tengah tunggu hujan benti. Boring-boring takde keje nak buat.
Elok je sampai sana, terus hujan gila babi punya lebat.
Guard cable car tu cakap memang dari awal lagi dorang tak kasik sesaper naik sebab weather satu macam. Blom penah lagi cable car tak jalan sehari.
Takde rezeki la namanya tu.
Elok la, aku pun sebenarnya takut.




Perasan tak anak aku pandai posing skang?
Gedik okkk, side effect ber'emak'kan Puan Diana.
Jadikla, ambik gamba depan pintu masuk. Dekat 2 jam gak kitorang tunggu.
En Wan la yang semangat sekali nak naik.
Sian pulak aku tengok kesemangatan dia yang kecundang.


Maka pulanglah rombongan ini dengan hati yang gembira sebab tak payah naik.



Nak gi Telaga Tujuh pun takleh, hujan tengah lebat.
So jalan sket jauh-jauh sampai Pasir Hitam.
Tapi pasir hitam ni setempat je.
Actually bukannya pasir ni semulajadi hitam, tapi sebab hakisan granit.
Walaupun cuma hakisan, selalunya granit ni tak didapati dalam jumlah yang banyak sampai pasir boleh jadik hitam. Cuma kat Langkawi je terjadik benda ni.
Kira amazing la kan.

Kat Pasir Hitam ni turun shopping lagi. Sambil minum air kelapa masam.
Pastu gerak gi Galeri Perdana.



Wahhhh, patriotik ok cuti kali ni.
Dah lama aku tak buat keje gi galeri museum ni semua.


Masuk-masuk je, aku dah tunjukkan lambang kesetiaan...ngeheheh.
Actually takde apa sangat la dalam ni.
Display barang-barang yang dia penah dapat dari Ketua Negara lain. Nak simpan kat rumah tak cukup lemari. Meh la simpan kat sini.
Tapi sebab orang Kedah pun dah tak suka Mahathir so Galeri ni lengang je.
Maybe jugak sebab hari tu hari Ahad, orang dah start keje, cuti skolah pun dah habis.
Aku je yang tak ingat nak pi keje.
Kalau buleh taknak keje sampai mati.





Galeri ni sangat-sangat cantik.
Aku suka senibina dalaman dia.
Walaupun kat luar cam rupa rumah tinggal.


Tempat macam ni memang kesukaan En Wan.
So aku layan kan je.
Sesaper yang suka tengok benda pelik-pelik boleh la datang sini.
Aku tak minat sangat tengok benda-benda yang aku sendiri tak paham fungsinya.
Barang kat rumah aku pun banyak tak habis tengok lagi.







Barang-barang cenggini yang Tun dapat.
Patutla dia pun taknak simpan lam umah.
Menyemak okkkkk.



Chess tu nampak unik.
Walaupun aku tak reti main chess dan taknak blaja pun, tapi kalau aku, aku simpan chess ni kat rumah. Boleh buat main dam aji.

Siap dapat patung gambar kepala orang yang jenis telinga panjang, leher panjang.
Pekejadah nak display kat ruang tamu rumah kan.
Tersedak orang tengok, mampos kat situ jugak.




Ini view galeri dari pintu belakang.
Tak larat aku nak menapak ke pintu depan nak ambik gambar.
Besar gila okkkkk.
Dah la aku lapar masa tu.



Lepas galeri terus balik pekan Kuah.
Makan, then shopping.
Hari pertama sampai, mak no. 2 beli pinggan mangkuk.
Hari kedua, turn mak En Wan lak.
Malamnya, turn En Wan lak beli.

Aku macam tak percaya laki aku yang beria-ia pilih corak pinggan, kuar masuk kedai semata-mata nak survey harga siap leh compare-compare kan kualiti, berat and all.
Berat pinggan pun dia nak kisah.
Aku tak penah ambik tau pun pinggan tu berat ke tak.

Aku nak beli tea set Vantage.
Lawa gilaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!
Tapi En Wan anti Inggeris, so dia taknak beli.
Aku nak beli sendiri pun dia tak kasik.
Kad kredit dia pegang.
Pendengki!!

Last-last dia beli dinner set idaman dia, jenis yang pinggan bentuk empat segi.
Dia ni suka nau yang pelik-pelik. Dah dia yang beli takkan aku nak lempar keluar lak kan. Ambik je la.

Macam sedap je sup daging aku malam tadi makan ngan pinggan baru.

Coklat memang half of the beg baju.
Walaupun aku tak makan coklat sangat, semalam aku berjinak-jinak makan Kit-Kat.
En Wan memang gila Kit-Kat, sampai 4 pek besar dia beli.

Pastu En Wan borong bermuda macam-macam kaler.
Material kain dia lembut gila. Jarang aku tengok suar bermuda kain lembut camtu.
Kelembutannya umpama, kalau bangun pagi memang jelas dan nyata nampak keperkasaan anakonda pasangan anda.



En Wan pose ngan bermuda baru.
Malam last, seblom naik bilik, bergamba jap depan lobby hotel 3 star tu.
Sampai skang aku dok mengungkit lagi dia book hotel 3 star.
Berlagak gila kan aku?
Tak sedar diri.
Seb baik dia book kan hotel.
Kot dia suruh aku tido lam keta kanggggg.

Aku tau dia pun tersilap pilih hotel.
Muka dia semacam je bila nampak hotel tak menepati citarasa.
Tapi sebab balik hotel pun untuk tido je, so kira halal la. Nak sedapkan hati.

Sebab dia tau salah dia, so dia dah janji, next year punya honeymoon kita gi Hong Kong!! Nak jumpakan aku ngan Leslie. Nak buat baik ngan aku la tu.



Kat aiport Langkawi semalam.
Aku pakai baju ni.
Baju ni memang kembang-kembang sket.
Masa check-in, kaunter tu tanya aku 'Puan pregnant ke?'

BAAAAAAAAABI.

Aku rasa nak buang je baju ni.

Tapi En Wan kata 'Mana ada awak gemuk, awak berisi je'.

Berisi???? !!!