2008-02-25

Seseorang - sila pergi menfcuk diri sendiri


Aku pernah buat silap.
Aku mengaku.
Aku dah mengaku kesilapan aku depan dia, depan dia dan depan dia.
Aku juga tak malu mengaku kesilapan aku depan dia dan dia.

Apa salah aku?

Salah paling besar kerana percayakan "seseorang".
Terlampau percayakan "seseorang" hinggakan aku tolak segala pandangan dan pendapat orang lain, walaupun ada ketikanya aku setuju dengan semua pendapat tu.

Tapi tak tau kenapa, aku still percayakan "seseorang" ni.
Percaya bagai nak rak sampai aku sacrificed banyak benda.
Benda di luar kewarasan fikiran.
Bodoh!

Itulah silap aku.
Bila aku dah percayakan "seseorang", aku payah nak terima kritikan orang luar terhadap "seseorang" ni.
Apa yang orang luar cakap tentang "seseorang" ni aku susah nak terima.

Tak, aku tak buat orang luar ni semua musuh hanya disebabkan mereka memberi pendapat, tak pernah aku anggap mereka musuh.

Tapi mungkin kerana dah memang sifat aku yang terlalu nak menjaga hati "seseorang", loyal tak bertempat and atas dasar kasihan, aku tend untuk membenci mereka-mereka ini.
Tapi bukan aku yang nak membenci.

Bukan aku tak tau "seseorang" membodohkan aku. Aku tau.
Tapi sebab aku yang nak menjadikkan diri sendiri bodoh.
Dah terang lagi bersuluh "seseorang" menggunakan aku, still aku tatang dia bagai minyak yang penuh.

Bukan sekejap aku percayakan dia.
Terlalu lama aku hidup dalam kebodohan yang aku sendiri dah nampak tapi aku taknak terima.

Hingga satu waktu aku nekad untuk tinggalkan "seseorang".
Dah la, aku dah penat.
Taknak semakkan kepala.
Taknak serabutkan perasaan.
Taknak panjangkan lagi tempoh kebodohan.
Taknak terlibat ngan bebanan yang sememangnya bukan masalah aku.

Aku taknak campur!!!

Kerana aku dah terlampau bahagia dengan kehadiran "seseorang".
And aku percaya kebahagian yang "seseorang" ini mampu berikan pada aku.
Walaupun "seseorang" ini mungkin tak SEHEBAT "seseorang" itu.
Itu lebih baik dari HEBAT pada kata-kata, tapi TIDAK pada realiti.

Kepada "seseorang" itu...
Berhenti la dari menjadi seorang bapuk.
You know what I mean.