2007-05-16

Pilihlah aku (nyanyi style Jamal Abdillah)


Ok tadi 2 jam aku lepak dalam bilik bos.
Memula sok sek sok sek mengumpat si HR sengal tu. Aku ngan bos aku memang kawtim kalau part mengumpat HR tu, abis dah sah semorang tak suka dia.

Lepas tu mula la debat nak stay atau taknak stay.
Cenggini, bos aku kata dia memang dah sah-sah akan menjunam ke management line, so seblom dia turun tingkat 1 ni, dia nak uruskan anak-anak buah dia dulu. Yang buat lab konfem akan ikut dia sebab lab and training tetap dia handle.

Bos aku kata dia dah meeting ngan 2 orang lagi Vice President (hereinafter referred to as 'VP'), cehh macam ayat tender pulak.

So VP-VP ni dok la bebincang pasal new structure ni. Walaupun CEO aku nak suruh aku jaga consumables unit for government accounts, tapi the VPs ni kata aku boleh buat dua-dua samada consumables atau equipment.

Baru tau??? (sambil buat muka kerek)

Then the other VP pulak which is aku nyer assistant CEO nak tarik aku masuk line dia sebab dia nak aku jaga turnkey project (wah wah wah...terkesimanya aku!!). Memula aku ternganga jugak apa kejadahnya nye la turnkey itu sebab setau aku, mana penah kita ada record turnkey project. Ohhhhh, rupanya they are working on satu mega project untuk *****, morejutaria punya deal. So, VP ni nak letak aku kat line ni so that aku akan handle mega project dengan konsortium. Bunyik macam gempak, konfem aku kuar pagi balik pagi besoknya kalau masuk line ni. Tapi macam best kan?

Tapi the other VP nak aku terus kekal kat sales, and dia nak aku buat both consumables and equipment sales. And bos aku nak aku lead consumables team sebab dia kata budak yang lead consumables team tu tak akan boleh bawak punya consumables line (Ann, you know who!!). HAHAHAHAH, aku gelak gila depan bos aku masa dia bagitau aku pasal budak tu. Hek ele..baru nak perasan ke budak tu takleh bawak line Biotech? Tu la, saper suruh naikkan pangkat sesuka hati konon nak jaga hati, sekali dah buat grouping exercise macam ni, aku tolak kau, kau tolak dia, masing-masing tak berani nak bagitau kat budak tu yang dia kena turun tahta. Sukati korang, pandai buat rules, pandai-pandaila settlekan sendiri.

Untuk takanak bagi korang blur, meh aku bagi sket panorama tentang budak yang aku cakapkan ni. Budak ni, takde cert pun dalam bidang sains. Tapi kompeni ni dulu masa baru-baru bukak, terdesak nak carik pekerja, dia main hentam je sesaper pun boleh masuk line biotech janji ko boleh jual. Benda macam ni la buatkan orang pandang rendah profession penjual macam aku ni. Main hetam sajalahhhhhhh (sila guna slang Pendekar Mustar).

So, budak ni keje dia jual je la barang. Apa susah, pi jumpa customer, buat muka konfiden. Bila customer tanya you ada gel electrophoresis set?

Ada.

Balik ofis, bukak pricelist, quote. Pastu send quotation. Kalau ada rezeki, PO masuk.

Bila selang sebulan, customer call, 'Eh, saya nak buat protein gel tau. Saya nak guna IEF ke 2D?'

Sila gabra..pastu hilangkan diri.
Budak ni macam tu la. Dia tau jual je. Bila customer call tanya technical question, maka mari main sorok-sorok dengan saya.

Aku takdela kata aku terror Biotech, tapi at least aku ni lebih tau dari dia. Ingat aku heran sangat ranking-ranking ni. Tak naikkan ranking aku pun takpe, janji naikkan gaji. Ramai lagi yang potensi nak lead the group, tolongggggggggg la para VP sekalian. Pilihla orang yang berpotensi sikit, for the sake of periuk nasik masing-masing. Kalau leader tak tau haper, harapkan seniority je, baik aku propose bapak aku yang dah pencen tu jadik Head of Consumables Team.

Apa-apa pun the VPs akan interview aku dalam minggu ni untuk tengok aku lebih sesuai masuk mana. Aku pun kena la pikir sama nak masuk mana. Tapi bos aku mati-mati suruh aku ikut assistant CEO aku, sebab dia kata dia nampak potensi aku kat situ. Takkan selamanya aku nak join sales?

And another good move is, lab services and training under bos aku kan. So, from time to time, lab kompeni aku ni memang akan buat talk and workshop for public, mostly yang related to molecular work. Like last month, diorang pi satu negara ni bagi speech and training kat pegawai sains pasal DNA. Lojik tak, pegawai sains yang keje dengan government boleh nak kena training pasal benda basic dalam sains, DNA??
Apa yang ko blaja kat skolah banggggg.

Setakat ni cuma ada 4 orang je speaker yang berkaliber kat kompeni aku. So bos aku nak carik muka baru untuk jadik speaker. So, 7-8 June ni bos aku hantar aku buat speech and training pulak kat ***** (nama tempat masih kekal rahsia).

HAAAAAAAAAAAAAA?????

Nak bagi training kat student and lecturers?
55 orang?
Nak pakai apa ni? (ini dulu yang ko pikirkan, takde benda lain shoppinggggg je).

Yang bestnya, bos aku cakap since bagi training di luar bidang kerja aku, so untuk first project aku ni, diorang akan bagi allowance. HAHAHAH..selama yang aku sign cheque ni, tak salah aku, allowance untuk speakers ada la lam RM300 sehari. Kalau 2 hari? Tolong kira duit aku, boleh? Ngahngahngahngah.

Jadi, apa kesudahannya Dr Ismadi dan Sabariah?
(sejak tengok filem Ibu Mertuaku last week, sampai skang aku maintain acting primadona okkkk)

Soalannya sebenar-benarnya, jadi apa kesudahannya citer aku nak benti keje ni?