walk on wings, tread in air: Spek <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Spek
2007-03-18

Yesserrrrrrrr.
Itu namanya spek baru.


Aku ni korang jangan tak tau, aku ni rabun.
Bukan rabun manja lagi dah, memang tahap meraban punya.
Aku start pakai glass umur 12 tahun. Tapi aku rasa aku rabun sejak umur 11 lagi.
Ingat lagi time tu kan tetiap 6 bulan ada je spital bergerak datang opis, so masa tu rasanya time nak BCG. Seblom kena inject tu nurse ni buatla eye test sket. Bila dia tunjuk huruf 'E" tu aku nampak lagi. Yang line kedua tu pun pass lagi. Masuk line ketiga je terus aku tekebil-kebil. Nurse tu ingat aku buat-buat rabun, siap tinggikan suara 'Ni takkan tak nampakk?'.

Ambooooooooooiii, sajaknya ko menengking aku. Apa ko ingat menjadi rabun itu adelah satu style? Kalau pakai braces walaupun gigi dah tersusun cantik, tu maybe stylo la. Tapi kalau buat-buat rabun itu bangang namanya. Takde keje de aku nak pretend jadik rabun.

Ada satu malam tu aku follow parents aku gi kenduri rumah member dia. So, dia bagi lauk hidang. Jarak antara aku dengan pinggan lauk tak la jauh mana, kurang dari 100cm pembaris panjang kaler kuning tu je, tapi aku nampak sambal tempoyak sebijik cam ayam masak merah. Tu rabun ke macamana?

Dengan konfidennya aku mintak makcik sebelah hulurkan sambal tempoyak yang aku sangka ayam masak merah. Kenapa la aku tak mintak 'Makcik, tolong hulurkan ayam masak merah tu?'. Instead bertanya, aku terus kata 'Makcik, boleh hulurkan lauk tu tak?'. Bila lauk tu aku dah pegang, ape ke heyyyy lembik semacam je ayam ni. Aku tekan-tekan takde pulak rasa tulang. pastu aku dengar makcik tu kata 'Pandainya budak ni, kecik-kecik dah tau makan tempoyak'.Tempoyak tu menatang apa? Hambik ko. Terjuih-juih mulut aku nak tahan muntah.

Sorry la beb, aku memang anti durian. Bau durian pun tak leh lalu depan rumah aku. Aku pun tak tau apa dosa si durian ni sampai bau pun aku takleh terima. Kalau laki aku nak makan durian, sila balik umah mak dia, atau makan kat umah mak aku. Makan kat sana sampai abis, toksah berangan nak tapau bawak balik. Aku hempok kang. Woiiiii,kalau mak aku la, tau je menantu dia ni nak balik, siap sorokkan durian tu letak kat blakang. Apa dia ingat deria bau aku dah out of season? Kat gate lagi I CAN SMELL WHAT THE ROCK IS COOKING!!!!!!!!!! Aku tak tunggu dia perabis durian tu, time dia tengah makan tu la aku gigih spray air freshner kat keliling dia.

Adoi la..ngantuk aaaa. Macam nak rabak mulut aku menguap dari tadi. Tapi keje banyak ni.
Semalam aku tido kol 6.30pagi okk.
Boleh lagi ke nak tido kalau dah pukul 6.30 pagi?

Setan pun berkata, "Bolehhhhhhhhhhh".

Eh, boleh tak aku nak tanya sket.
Soalan ini ditujukan kepada silent readers aku yang berada jauh di Denver la, UK la, Egypt, Taiwan, Brunei, Singapore, Sepang International Circuit, UIA, MMU, UTM, UiTM, Nottingham Uni dan bla bla bla. Aku dapat detect korang kat system radar aku.

Mengapakah anda ini semua tidak mahu mengomen entry saya tetapi rajin menyinggah.
Kenapakah?
Kenapakah anda seolah-seolah menjauhkan diri?
Adekah saya ini berpenyakit?
Jangan risau, penyakit mental saya adelah tidak berjangkit, cuma mempengaruhi anda sahaja.

Jangan la begitu sedara. Tak baik menghalimunankan diri. Adelah lebih baik jika kita berkenalan sambil merapatkan hubungan yang jauh, kita dekat-dekatkan. Mana la tau kot-kot aku tercampak kat US ke UK tahun depan, bleh gak tumpang umah korang.
Yang dok UIA, UiTM ni semua, tau tak aku tetiap minggu datang sana? Tu la, kalau tak boleh lepak mamak sesama. Dah la aku ni asal pi mana je mesti sesat dulu. Kot ada korang-korang ni boleh la aku calling-calling tanyakan jalan.

Tapi, apa-apa pun time kasih la sebab korang-korang ni rajin baca blog aku.

Time kaseeeeyyyyyyyy! (style alleycat plis)

posted by aveo757 @ 12:36 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER