walk on wings, tread in air: Saje aku tulis entry panjang sebab aku takkan hapdet blog ni sampai Rabu depan wokeh? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Saje aku tulis entry panjang sebab aku takkan hapdet blog ni sampai Rabu depan wokeh?
2007-03-09

----- Original Message -----

From: M
To: Diana
Sent: Thursday, March 08, 2007 3:25 PM
Subject: Book1.xls

D,
Just to share with you the target that has been set to for **nama kompeni** and your division. This actually ties up to the commision scheme as well. For the pass 2 months, kita tak reach target pun. So, we need to find compensation in the coming months. I also need to understand from you, how is your distribution of workload between you and the rest. Also there will be some changes in the pricing calculation soon. I am currently gathering information from PMP and will infrom you this later. Will you be in the office esok Friday morning for a discussion? Say at 930am?

M
----------------------------



Sorry, esok saya adelah ke sana kemari untuk appointment dan presentation, dan malam ini saya akan bergerak ke Tganu sampai Selasa, balik dari Tganu saya akan ke Melaka pulak. Lepas itu saya akan ke Brunei, dari Brunei terus ke timur tengah kerana ditugaskan menjadi duta keamanan ke Iraq selama beberapa bulan. Pulang dari Iraq saya akan kembali ke Mesia untuk menonton Konsert Akhir Akademi Fantasia 5 sebelum menyertai Taliban untuk 5 hari dan selepas itu menunaikan umrah, bla bla bla bla....

STRESSSSSSSSSSSSSSSSSSS!!!
2 jam lebih aku pung pang pung pang dalam bilik bos. Mana nak cari RM2.2M tahun ni wehhh?? Dengan nak capai ex-gratia lagi May ni. Dengan appointment bersepah-sepah. Sejak masuk tahun ni, aku sendiri macam lost. Tak tau apakejadahnya yang aku tengah buat ni. Terlampau banyak sangat dengan kejer yang aku harap boleh dibantu oleh orang lain tapi akhirnya aku jugak yang macam babi buat keje sorang-sorang.

Bos : I tengok u sorang je yang busy. I tak suka macam ni. Sepatutnya diorang lagi bz dari you.

Aku : Habis macam mana, bukan saya tak distribute workload, diorang yang taknak buat. Saya ni jenis kalau taknak buat, saya cakap sekali tak dengar, saya ambik balik task tu, saya buat. Habis cerita. Payah la KM, saya jenis yang kalau orang bagi keje, pandai-pandai nak siapkan, tak tau tanya. Tapi ada orang yang kita bagi keje, dia tak tau, dia kata tau. Tapi kalau dah tau, keje tak buat-buat jugak. Bila saya tanya 'u tau tak benda ni kena buat macam ni?'. Dia jawab 'saya tau'. So?

Bos : You kena change your attitude. You need to marah them. I tak suka diorang overrule. Diorang keep on sending me the reports. Sepatutnya reports tu diorang hantar kat u. U jangan baik sangat dengan diorang. Nanti diorang pijak u.

Aku : Saya bukan taknak marah diorang KM, saya kalau boleh taknak bekerja dalam suasana stress. Saya taknak bila saya marah, diorang end up taknak buat keje lansung, resign, masam muka and all.

Bos : You have to! You are the Manager. Tak salah u buat macam tu. I tengok kat database, balik-balik u je yang buat semua benda. I tengok budak-budak ni nampak macam bz tapi kat database tak nampak nama diorang pun siapkan mana-mana quotation.

Aku : Itu la yang saya pelik. Bila saya bagi task, asik la kata 'banyaknya keje'. Saya tak tau apa definisi 'banyak keje' dorang tu.

Bos : Takpe, I will talk to them, from now onwards, no more reports or whatever masuk ke bilik i. Only you saja yang boleh report to me. The rest have to report to you. Ask them by Monday morning before 10am, all reports must be given to you so that you can report to me. Email me their areas. BTW, I am planning to get more staffs.

Aku : Errrkkk??????


Staff lagi?? Yang skang pun aku tak terhandle. Mau tambah?Aku heran la budak-budak aku ni. Asal aku tanya je semua tau. Ni termasuk la budak yang 'AKU TAU' tu. Sampai bos aku pun perasan perangai dia ni. Siap pesan lagi, dia ni sebenarnya satu benda pun tak tau.

Payah kalau budak bukan biotech background kena keje melibatkan bidang biotech. Aku dah bagitau bos aku dulu, jangan ambik sebarang budak. Tak semua budak boleh adapt dengan bidang yang bukan bidang dorang. Ada sesetengah tu willing nak belajar, tapi yang aku dapat ni semua yang pemalas nak belajar, takde inisiatif nak belajar benda baru tapi BERLAGAK semua benda tau. By the time we discover dia memang takleh masuk line ni, the kompeni dah make lost. Like last time, melambak-lambak underquote. Pastu hujung tahun takde profit maka semorang takyah dapat bonus. Increment pun macam ado.

Takpe, takpe. Semalam aku dah luahkan everything kat bos, tak cukup ngan tu aku mengadu kat laki aku lagi. Semalam, aku tido kol 3am siapkan rangka kerja baru untuk next week sampai hujung tahun. Betul kata bos aku, aku kena tukar attitude aku dulu. Takde dah nak baik baik ni semua. Aku kata buat, ko kena buat. Ko tak buat, aku terajang. Malam ni sampai Selasa depan aku ada kat Tganu outstation, lepas tu ke Melaka. Balik dari Melaka, I will be the new KAK DIANA (tittle kat opis). Siap korang! Tapi aku akan tetap kekalkan identiti DIANA ISHAK yang sebenar-benarnya yang sewel all the time. Sekian.


Tadikan, aku kemas-kemas lemari. Pastu aku nampak gambar-gambar ni.



::kat Sekolah Voka S/Alam lapor diri. Aku la yang pakai baju kurung berspek tebal tu::


::This is where kitorang berkumpul, siap tido lam khemah untuk practice and perform the next day. Aku yang tengah pegang tin Coke tu. Sebelah kiri budak chubby tu wakil Wilayah Persekutuan, sebelah aku yang tengah toleh tu wakil Perlis, Indian depan aku tu aku lupa wakil mana, budak pompuan sebelah Indian tu wakil Melaka::


::We all lepas performance. Aku yang pakai baju melayu pink karre tu (karer kegemaran). Itu sebenarnya baju Putri Perak, tapi selendang ntah mana aku campak ntah. Pakai rambut sampel lagi nak cucuk sanggul punya pasal::


::Lam katerbang. Laki aku siap keji muka aku time ni dia kata, 'Kalau abang join masa ni, sure abang tak pandang awak sebelah mata pun'. Keji betul. Buruk sangat ke aku ni??? Memang buruk pun aku tau. Yang dua-dua kat blakang tu wakil Tganu::


Sungguh kesian aku tengok keadaan aku dulu. Teramatla POYO sekali. Ha, tu adelah gambar masa aku gi Jepun umur 12 tahun. Masa tu aku terpilih antara 40 orang students kat Mesia (atas dasar apa pun aku no idea) jadi Junior Ambassador Malaysia ke Fukuoka, untuk 'Asian Pacific Children Convention (APCC)'. So kat sana 50 buah negara with masing-masing punya duta kecil berkumpul. Sebenarnya best, tapi sebab itula kali pertama aku jauh diri dari family, so jejak je kaki kat Fukuoka, aku dah nangis nak balik. Bodoh kan? Tapi kejap je aku nangis, saje nak cari publisiti kat airport. Rasa macam artis pun ada, apa taknya before we all berlepas tu pun press kumpul dah kat Subang Airport, sampai kat Fukuoka pun press tunggu gak. Aku macam blur pesal la semua nak ambik gambar bagai ni? Bayangkan, hanya 2 hari je kelas intensif Nihongo, tau-tau dah sampai Jepun. Tak gabra? Dah la aku tak sempat nak hafal banyak, terpaksa la aku jadik macam orang pekak dan bisu, guna isyarat tangan. Siap aku buat macam teka ayat kat rancangan 'SINGER...menawan keluarga bahagia'. Satu perkataan, dua suku kata, suku kata pertama.....

2 minggu kitorang kat Fukuoka, macam-macam benda kena buat, siap kena bagi presentation kat Fukuoka Tower tu. Bersembur-sembur masing-masing spekong Inggeris. Tak tau la si Jepun ni paham ke tak. Aku tengok angguk-angguk je, paham la kot. Tapi yang tak bestnya, MOE takde budget kot, we all pegi sana pakai baju skolah je. Masa kat airport Fukuoka, aku tengok delegasi from Brunei siap pakai blazer merah, seluar/kain putih, Australia siap pakai blazer dark blue and hat putih. Kitorang turun dari katerbang, pakai baju skolah sambil sorang-sorang bawak bendera Mesia. Betul-betul macam kanak-kanak 'Tolong kami..bantu kami..anak-anak yatim piatu'.

Tahun 2000 aku terpilih lagi sekali gi Fukuoka oleh MOE, kali ni as Peace Ambassador. Siap kena buat speech pasal world peace depan Menteri Pertahanan. Speech siap, Visa dah buat......Dean tak bagi lepas. Sebab? Masa tu aku final year, aku takleh tinggalkan segala anak-anak bacteria aku. Hampassssssssss!Sian Cik Noraini MOE tu, menangis dia takut kena buang keje sebab wakil Malaysia tak jadi pegi. Adooo..sorry la. Aku bukan taknak gi, aku diharamkan pegi. Akhirnya, speech tu aku pos kat MOE, sorang budak Chinese tak salah aku yang dapat gi. Tapi sian budak tu, newsletter APCC sampai, still nama aku as Peace Ambassador. Adoi, dapek namo jo buek apo Milah???? Agaknya diorang tak tau pun orang dah bertukar.
Sebut pasal DIHARAMKAN ni, aku teringat satu insiden masa aku 2nd year. Meh sini nak ngumpat. Masa aku second year, aku terpilih untuk wakil Uni ke sesi berdialog bersama PM kat MINT Hotel, KL. So, masa tu kebetulan exam week. Lecturer lain semua kasik aku ambik paper awal. Satu lecturer brengset ni, sangat-sangat la menggelupur baru dapat tittle Dr., umur 28 dah Dr pula tu, sudah jaki sama aku, taknak kasik aku ambik paper dia. Bayangkan, tiket dah dapat, nama dah hantar, siap HEP call dia explain yang aku kena pi jugak KL esoknya, dia boleh taknak lepaskan aku gak. Apa punya bangkai la.


Dr perasan hensem : Awak pandai ye, awak lapor kat HEP, now kaki tangan saya dah diikat. Awak ingat saya takut ke?

Aku : Bukan saya sengaja nak laporkan pasal Dr tak bagi pelepasan, tapi saya kena inform diorang kalau betul saya tak boleh pergi. Tiket dah beli masalahnya.

Dr perasan hensem : Awak ni kemaruk sangat nak pegi KL sampai taknak ambik exam.

Aku : (Hek elehhhh...hoih! Setakat KL tu dah macam kampung aku la beb. Ko ni ingat aku asal mana? Ulu banat?) Bukan saya nak sangat ke KL, saya jadik wakil ke sana.

Dr perasan hensem : Esok pagi awak datang bilik saya untuk ambik exam, kalau saya ada. Kalau saya takde, awak kena attend exam kat hall jugak la.

Aku : Angguk.

Dr perasan bagus : Dengar tak ni? Kalau saya ada tau. (sambil buat muka babi)


Dan seperti yang dijangka, memang si hamlau ni takde kat bilik dia pagi tu. Aku memang bengang gila babas dengan musibat sorang ni. Sampai skang aku dendam. Aku terpaksa call HEP say sorry, lepas exam aku terus cabut ke airport beli tiket sendiri untuk attend meeting tu. Aku rasa Dr ni memang ada masalah mental kot. Belagak tak kena tempat. Semester tu half of the class kena repeat paper. Aku antara yang terselamat. And dalam sejarah aku kat U, paper dia la aku dapat mark paling bodoh sekali. C+!! Aku bawak paper ni gi jumpa Head of Biotech suruh dia check.


Head of Bio : Awak bayar RM30 and mintak Dr P checkkan.

Aku : No, Dr. Saya cuma nak Dr tengok-tengok je jawapan saya tu, adekah saya layak dapat C+?

Head of Bio : (check dalam 15 minit). No, u sepatutnya dapat markah jauh lebih baik. Pergi hantar kat Dr P, biar dia semak.

Aku : No need. Saya cuma nak confirmation je.

Head of Bio : Eh! Bayar je RM30, awak shud dapat better than this. Pointer awak jatuh nanti just because of this paper.

Aku : Takpe, Dr. Saya taknak keruhkan keadaan. Saya cuma nak confirmation dari Dr yang sebenarnya saya memang tak sepatutnya dapat C+ ni.


Dan disebabkan kedegilan dan kebodohan dan keegoan sendiri, C+ ni telah mencacatkan transcript aku. Mampos la. Aku malas nak handle orang sakit otak macam dia. Masa aku present thesis, dia ni ada sekali. Saje je la tu. Padahal takde kena-mengena pun, saje nak tengok aku present dengan harapan dapat membambu aku la. Tak dapekkkkkkkkkkk. Sebab aku tau dia satu hapah pun tak paham. Dah la sepanjang-panjang aku present tu mata tenung aku semacam. Ingat aku gabra la tu? Macam syiallllllll. Habis je present aku kuar bilik, dia ada kat koridor senyum kat aku. What the ****?????????? Aku rasa macam nak pijak je telor dia. Sampai skang aku takleh lupa kemusibatan dia pedajal aku. Dendam kesumat okk?


posted by aveo757 @ 12:18 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER