2007-02-02
Bali, here I come!
To all readers (ecehh..cam ramai sgt la yg baca blog ni),
From tomorrow sampai le ke hari Selasa, toksah le korang bazir masa bukak blog ni. Saya tidak akan hapdet blog ni. Sebab esok pagi kol 10.30am, saya sudah ada dalam perot katerbang yang sempit dan selalu lambat tetapi murah tambangnya itu.
Saya akan ke BALI dengan hasrat untuk berpoya-poya bersama hubby. Walaupun saya roaming, dinasihatkan takyah le call kecuali korang nak bayar the bill. Saya juga tak kosser nak bawak laptop sebab dah nama pun berpoya-poya, apa kejadahnya saya nak check email ni semua. Lantakla urgent request ke tak. Ok?
Kepada Angeleyes, saya akan cuba sedaya upaya dengan kederat yang ada untuk mencari kebaya hijau pucuk pisang. Tetapi jika kebaya itu mempunyai 2 corak yang berbeza, maka corak yang cun saya hambik. Corak yang tak cun tu saudari pakailah. Ngahngahngah.
Kepada ermazrul, kalau saya singgah ke Hard Rock Bali, saya akan beli apa-apa. Tapi saya akan cuba mengelakkan diri dari menyinggah supaya saya tak payah beli apa-apa untuk anda. Kerana saya tau anda takkan bayar balik. Hampasss.
Saya juga akan cuba mengelakkan diri dari pegi ke tempat yang banyak omputih untuk mengelakkan malapetaka.
Okla, saya nak kuar for appointment ni. Doakan saya selamat pegi dan selamat pulang.
Babai bebeh.
p/s : jika sampai Sabtu depan blog ni tak berhapdet, mungkin ada sesuatu terjadi pada saya. Sila click ke blog 'Saiful'. Dia mungkin boleh bagitau apa yang anda nak tau. Tapi kalau Rabu depan dah berhapdet, takyah la pi blog dia tu. Ramai orang kata blog dia paling tak best di dunia.