2006-11-19

Ni citer Jumaat lepas.


Bukan senang nak tengok aku bangun kul 6am. Jaghang-jaghang bak kata Nujum Pak Belalang. Paling hebat pun 6.30am. Paling cilaka ialah bila aku akan semayang subuh kol 2pm. Pedih gila mata aku bangun pagi Jumaat lepas, kol 5.30 dah celik. Bila pikir-pikir balik camane zaman kat kem tahanan kanak-kanak dulu aku leh sanggup bangun kul 4.30am semata-mata nak cop shower. Time tu main sangkut je towel kat curtain shower, pastu tido balik. Sape nak mandi kena letak towel belakang towel aku. Kira queue la ni. Senior la yang invented cara keji ni. Aku as follower ikut je la. Kang tak ikut kena pijak paler beb.

Dah la bangun awal, mandi pun awal, 5.30am dulu aku dah mandi. Dengan takde heater. Pastu shower dia tak serupa shower. Seketul -seketul air kuar dari batang paip. Macam nak bocor kepala aku. Tu yang jadik benak tu. Eh! Pesal aku lari track ni?

Ok, so kol 7.30am aku dah terpacak depan opis sebab aku nak gi KLCC, ada Aqua seminar. Gi ngan staff lab, Fish Low. Elok la memang sesuai benar ko masuk line aquaculture ni, nama pun FISH. Dengan riaknya aku punch card. Hambik ko EZ, 7.30 aku dah sampai. Biar dia tau aku pun bleh datang awal la. Sekali, punch card takde ink nak print. Bodo. Bangunan besar boleh beli, tapi staff still pakai punch card! Dah la pakai punch, takde ink lak tu. Tepaksa tulis tangan. Petanda nak bankrupt la kot.

Aku dah kata, mana-mana aku pegi, mesti akan sesat dulu. Tak sesat pun, mesti ada je benda yang aku buat nak kasik tak perfect. And today, aku buat hal lagi. Aku boleh masuk salah simpang kat dalam cark park tu. Dah seploh kali masuk pun boleh bangang lagi. Puas la orang tu membebel kat aku - lepas ambik tiket, turun bawah and ambik kiri. Pun tak paham-paham gak. Aku boleh selamba gi straight, ambik kanan, masuk ruangan NO ENTRY. Padahal kat kepala aku terngiang-ngiang pesanan tu. Tapi atas sebab semangat explorace yang menebal di jiwa, maka aku telah pun membuat route sendiri. Hasilnya, aku menyongsang arah dan sikit lagi nak menyondol Nissan Sentra. Memang hangin mamat lam keta tu. Seb baik masa masuk basement aku lom sompek nak tanggalkan sunnies aku, so boleh gak la cover malu. Cis, pagi-pagi lagi dah bodoh.

Moral : Dah tau masuk tempat gelap, sila tanggalkan spek hitam anda. Kalau tak, mungkin mata anda akan 'hitam' sebelah.

Apa aku buat kat Aqua seminar ni pun aku tak tau. Gila punya blur. Sepatah haram omputih ni cakap aku tak paham. Ntah hapa-hapa punya jargons, Broodstock la, fries la. Aku tengok Fish dok angguk-angguk kepala. Paham la tu kot. Aku nak angguk apa pun tak tau. Hangguk betul la. Ni semua sebab gantikan bos la. Aku ingat kot dia nak bagi explanation on molecular parts ke, balik2 gambar commercial fish, fish breeding bla bla bla. Tapi kira orait la, dapat la gak aku kenal ikan. Kalau tak balik-balik dok tengok muka cencaru, tenggiri, kerisi, fish cake, fish ball.

Best part gi seminar ni, makanan adelah superb. Brunch je dah heavy. Cam tak pecaya aku makan chicken pie sampai empat. Pastu kek gulung tiga. Ingat nak ambik dim sum, macam tak reti lak nak makan. Itu pun perut aku dah belipat dua. Nak mampos makan lagi? Dan aku terus dengan misi untuk melipatkan tigakan perut aku dengan pi Burger King pulak. Dah mentekedarah baikkkkkk, pastu balik umah timbang. Oh! 47kg lagi.

Takpe. Buleh makan lagi. Senin depan aku pose.