2006-11-18
Hari cibai sedunia
Dah la tengah2 malam buta semalam aku betekak ngan someone.
Itu takpe lagi la.
Alih-alih pagi ni, budak yg renovate rumah aku tu tak datang. Sampai kul 10am tak nampak batang hidung lagi. Pastu dapat tau dia gi keje tempat lain. Bodoh punya orang. Aku bagi gaji RM90 sehari siapkan rumah aku, dia boleh pi keje kat hardware gaji RM30 sehari. Ape tak reti kira duit ke budak ni?
Hubby aku cool je. Tapi aku tau dia membara-bara kat dalam tu. Kalau tersilap sikit mau discrewdriverkan perot aku. So tengahari tadi, dia dah siap kemas-kemaskan alatan budak tu, kasik semak porch aku je. Dah la we all takleh park kat porch sebab porch cam tongkang Indon. Bengang je aku.
Aku dah budjet konfem plan nak gi shopping today kensel ni. Tak berani nak sound kat hubby jadik ke gi shopping today. Tetiba dia kata 'Di, siap la, kata nak gi beli barang'. HAHHHAHA..gumbira!! Sangat gumbira!!
So today, aku telah merembat sepasang kasut baru dan juga sunnies idaman!!!!!! Ngehngehngeh. Ingatkan nak sambar satu sandal kaler pink. Hubby aku pun dah bagi green light. Tetiba rasa cam malas pulak nak beli banyak2, kang lupa daratan pulak. Takpe, setakat sandal, aku boleh pakai selipar Tat Seng. No hal.
Bila hati sudah gumbira, makan pun adelah banyak dari kadar biasa. Dah la kat JJ td aku makan sepinggan terak nasik goreng seafood, balik umah tak sampai one hour, gi open house jiran depan. Makan soto ayam lak. Punya banyak aku ambik nasik impit, ada la dalam 7 ketul. Sungguh kurang sopan. Sebab dah makan banyak, aku pun buat la peramah ngan semua orang, nampak la sikit cam aku sedara mara tuan rumah. So, makan banyak pun orang tak kata. Nampak sikit macam aku tolong masak sama.
Ingat nak makan puding kastard ngan roti jala. Sate pun ada. Kang kalau aku bedal semua menu, nampak sangat lak buruk lantaknya. So kensel!
Tetiba hubby kata, jom balik. Budak yang keje rumah aku tu datang nak ambik barang and nak ambik balance duit dia. Seb baik la dia call...kalau tak, harus sambung duduk.
Hangin je aku bila nampak kelibat budak tu lepak depan umah aku.
Aku : Apa masalah awak ni? Apesal tak datang keje?
Budak : Macam ni kak, abang yang telipon kata tak payah datang keje dah.
Hubby : Ye la, dah pukul 10 ko tak datang, nak keje apa? Tak payah. (gila bengis laki aku ni)
Budak : Macam ni bang, saya dah keje tempat lain, jadi saya mintak abang saya gantikan. Dia datang kan semalam?
Hubby : Meh sini aku nak tunjuk keje abang ko. Ni apa ni..(sambil tunjuk kat gate)..apa ni semua tak rata. Ni nak kena pecah balik tau.
Budak : Kalau tak cantik takpe bang. Kita boleh pecah balik. (suka-suka ko je kan? aku pecahkan telor ko boleh?)
Hubby : Ooo..boleh pecah. Habis ko ingat pecah ni tak pakai duit ke? Semua barang aku kena beli balik. Siapa nak bayar? Ko nak bayar?
Budak : Ok bang. Sekarang ni saya nak tanya, abang nak suruh saya sambung ke, abang nak gaji orang lain?
Hubby : Dah. Tak payah. Aku dah panggil orang lain.
Budak : Kalau camtu, saya nak duit balance la.
Aku : Duit apa? Sekarang ni saya gajikan awak untuk siapkan rumah saya. Awak kata sepuluh hari boleh siap. Tak sampai seminggu keje, dah mintak RM500, ok takpe, saya kasik, pastu selang 3 hari mintak lagi RM100. Keje tak siap-siap. Lepas tu nak balance. Takde, saya taknak bayar.
Budak : Tak boleh kak. Budak bawah saya tu, saya gajikan dia RM50 sehari, jadi sekarang saya nak kena bayar gaji dia. Saya kesian kan dia kak. Dia susah. Saya nak bayar gaji abang saya lagi.
Hubby : Apa abang ko buat? Dia datang 2 kali je. Itu pun masuk kol 10, pastu kol 12 gi makan, kol 3 masuk balik, kol 4 kalau hujan dah balik. Itu ko nak kira gaji hari? Fuck! (Series...aku rasa lom penah dengar laki aku cakap word ni. Gila bengang ni)
Aku : Kalau awak kesiankan dia, nak bela sangat nasib dia, awak tak tinggal keje camni. Berapa awak nak gaji dia RM50 ke, RM70 ke, itu perjanjian awak dgn dia, saya berjanji dengan awak, keje siap, duit saya bayar. Ini keje tak siap, duit dah ambik. Lepas tu tinggal. Sekarang ni dah berapa hari dah keje ni drag? Keje bertangguh. Masuk lambat. Dah tau skang petang2 hujan, masuk la awal, kalau awak nak balik kol 4 pun saya tak marah.
Budak : (part ni aku rasa cam nak ambik bata hempok kat tulang rusuk dia) Laaa...kakak kan dah bagi keje tu kat saya, sukati saya la nak masuk pukul berapa, janji saya keje. (kepala buto ko!)
Hubby : Oo...sukati ko nak masuk kol berapa? Ok, sukati aku la nak bayar gaji ko ke tak. Aku boss. (meninggi diri sungguh nampak?). Ko nak repot polis? Ha, jom.
Hangin tak hubby aku? Jarang dia nak hangin macam ni. Ada gak la 2-3 jiran siap bukak pintu nak tengok apa jadik. Suara hubby aku macam pakai heller kuatnya.
Mak metua aku pun siap tanya aku pesal. Nak tanya anak dia, takut. Seb baik hubby aku dah sediakan plan B just in case contractor buat taik. Takpe. Masalah masih boleh dikawal dan diselesaikan. Tak sabor nak tabor 20 bijik ikan koi lam kolam ni. Silap-silap lepas 2-3 hari, ikan aku kat luar, anak aku lak dalam kolam tu. Bukan leh caya.