2006-11-15
Bodoh ke orang cam aku ni?
Hari-hari ku semakin bz tahap gila babi.
Babi pun tak bz macam ni.
Pagi lagi aku dah kat PJ bagi explanation kat customer pasal satu bendalah ni. Punya la bebunga hati aku sebab 90% deal dalam tangan. Haa..terer tak aku menggoda customer? Keh keh keh.
Bebuih mulut aku bagi explanantion berdasarkan fakta dan 20% temberang. Aku tipu pun part yang logik la kan. Kira takleh place police report punya la kalau kantoi pun.
Tapi sat sat je tadi, customer aku sms, dia punya supervisor buat taik lak. Supervisor dia ni mmg dari first met lagi mmg cold semacam je. Cipan gondol.
Mentang-mentang la kat namecard aku tak tulis education background, grad ke tak, ke tahap SRP je. So peleceh aku la ni.
Ni lagi satu bodoh. Dah tau biotech tu very technical, ko ingat sesuka anak tekak bos aku je nak ambik sebarang orang keje ngan dia walaupun tukang jual barang? Kira low kelassss la tu jadik sales ni. Piraaaahhh...setakat keje lab tu, aku pun budak lab gak dulu. Disebabkan aku dah naik menyampah dengan bau bakteria makanya aku taknak jadik budak lab. Tak heran la kompeni kecik cam ko ni. Law Heng Deng tu dulu penah jadik bos aku, siap boleh angkat-angkat kening lagi kat lift.
Baru keje private lab cikeding cam tu dah belagak, agaknya kalau dapat keje ngan MOSTE tu sure lagi belagak gila. Sebab tu la hayat ko kat lab sekangkang kera tu je. Dah cukup bagus aku tak tulis education background aku kat namecard tu, kalau tak, ko yang malu sendiri. Jangaaaaaaannn...aku tulis kang.
Apesal ha? Dari 4 tahun lepas aku join as sales ni aku dok perasan, semua customer yang aku approach mesti mula2 belagak macam sial palis ngan ngan budak-budak sales. Apa ko ingat ko bagus sangat?
There's one case where aku ngan bos aku gi sales trip ke Sarawak + Sabah. So we visited one government agency somewhere in Kuching area. Dia punya director ok je. Yang telebih bangsat ni the kuli-kuli bertaraf officer. Siap suruh we all buat presentation. Macam la presentation tu satu masalah dunia kat kitorang. Ingat aku gabra la tu kena cakap on the spot without preparation. Kalau aku menggelupur, takde la aku berani join sales...buduh. So lepas presentation sikit lebih kurang, duduk la borak2. Then, ada satu officer pompuan jaki semacam ngan aku, siap suruh aku explain technic DNA fingerprinting la, tissue culture, cloning bla bla bla hakk tuihhhh. Aku pun explain je la kan, dah mmg itu aku blajo dulu.
Oooo...tak puas hati lagi ni.
Officer lagi satu pulak tanya bos aku sambil buat senyum berlagak 'Ok la, i nak tanya, u dulu grad apa?'
Amboooooooooooooii..sajaknya menyoal. Mentang2 la bos aku tu pakai agak selamba dan sungguh tak mencerminkan gaya seorang COO time tu.
'Graduate in Biotech la, from Manchester'.
Hambikkkkkkkkkkkkkk!!! Sape suruh tanya? Ko pulak grad mana? Seb baik aku tak tanya. Ringan dah mulut aku tu.
'Ooo..ye ke. Jauh u belajar ye.' Nak cover malu la tu. Cam aku tak tau ko tengah malu besar kan.
'Memangla saya dihantar belajar jauh-jauh..sebab IQ saya sangat tinggi bertingkat-tingkat, tak tercapai akalmu'. Ni aku reka je.
'Tak boleh jadik..apa kata kita kenakan budak poyo ni pulak' kata seorang lagi officer di dalam hati. 'So, u pulak grad bidang apa?'. Tanya aku la tu.
'Sama la...in Biotech specializing in molecular'. Jawab saya dengan hidung kembang dan rasa meninggi diri yang menebal di dada. Kalau boleh time tu aku nak bagi kembang lagi hidung aku biar dia tau, aku bukan saje nak tunjuk eksyen tapi jugak nak tunjuk betapa aku hangin!
'Ooo...budak DNA rupanya. Terror la cloning2 ni ye? Kitorang part DNA ni tak berapa pandai sangat.'
I pun takde le terror sangat, setakat nak tarik kuar satu kromosom bagi you terencat forever boleh la. Brengset. Dah tau terrer tak seberapa lagi nak test-test orang. Manusia macam ni la yang buat aku nak maki bekoyan-koyan. Apehal la dorang ni? Ni semua stok-stok yang rasa diri hebat. Dun judge a book by its cover la. Ingat keje sales ni main sapu je asal ada penganggur kat luar, marilah kita menjadik sales. Ko ingat aku jual minyak gamat ke?
Takpe...citer lama. Aku tekeluar topik sebenarnya ni. Yang aku nak citer is sales report aku. Since COO aku on maternity leave, so sebagai second man incharge, aku la kena ambik alih segala workload COO aku. Tu yang mereng kejap. Mana nak buat keje
aku lagi. Nak ngumpat pun tepaksa postpone Sabtu ni. So, every week each COO kena memberi ceramah dan diceramahkan oleh CEO. Since schedule aku sungguh tight this week, CEO aku tak berpeluang nak menceramah aku depan-depan. So we olls beremail-email saje.
Kul 11pm tadi, dengan debaran di hati aku bukak email. Guess what??
----- Original Message -----
From: EL Law
To: Diana
Cc: KM (bos aku la ni)
Sent: Tuesday, November 14, 2006 9:07 PM
Subject: Re: sales report
Diana,
Very good report. My comment in red as following:
Komen dia : You need to keep your department on float with >RM100k sales every month if you can. I know not so easy, but both KM and you need to think beyond the box to bring in more business for kompeni.
Komen aku : Ko tau tak yang bawak masuk duit dalam dept ni dulu 2 orang. Skang tinggal sorang. Ko nak aku berumahtangga kat carpark depan opis ni ke?
Komen dia : Try your best to grap as much sales possible while we could. (nama kompeni biarlah rahsia) sales before year end very much depending on you this
year.
Komen aku : Ni semua bos aku punya pasal la beranak hujung tahun. Tak pasal aku kena target. Aku nak beranak gak la.
Komen dia : You need to assist KM and kompeni to handle sales then. The rest should be more mobile and they should be brought to service some easy market. At least to show face (mentang2 la muka aku dah expired, suruh aku bawak freshies jumpa customer) and get inquiry or send quotes. Then, you can handle those tougher area. (ko ingat aku tough sangat ke nak handle tougher area? aku dah nak carik keje lain la)
Komen aku : Aku assist COO??? Iskk..ni yang buat aku gila kuasa karang.
Komen dia : I want to see how you do it..:)
Komen aku : Kalau aku boleh buat, aku nak parking space ko boleh?
Actually banyak lagi komen dia sebab aku pun listkan banyak sangat point kat dia. Malas la nak list pjg2 kang tepecah rahsia kompeni lak. Mana tau kot2 ada competitor baca entry ni. Nak lagi yg keje kat CWorks tu. Kabel gila besaaaaaaaaaaaaaarrr.