2025-09-20

Dia ada hak untuk tentukan siapa yang boleh “duduk” dalam ruang tu.


Aku terbaca satu komen:

“Kenapa eh influencer perangai macam diva? Tak boleh ditegur, terus block. Yang puji-puji je dia simpan”

Aku bukan influencer, tapi aku jawabkan bagi pihak. 

Tak, takde yang salah pun pada soalan tu. Bukan apa, masa zaman Twitter tengah meledak dulu, aku pun ada akaun Twitter. Aku tulis, post, dan tinggal. Satu dua komen, aku reply. Lama-lama dah jadi berjujuk komen. Dah tak larat nak reply. Jadi aku biarkan saja. Reply mana yang aku perlu jawab saja. Selebihnya aku menulis macam biasa. Tulis, tinggal. Tulis, tinggal. Ada masa baru reply.

Then ada sorang ni bolehlah pulak dia buat post siap tag aku "Diana Ishak, kau janganlah macam diva. Orang komen tu replylah".

Aku baca sekali lalu, malas reply. Sebab dia bukan tulis kat ruangan komen aku, tapi she created a post special untuk aku (kahkahkah). Jadi, biarlah orang lain yang komen kat post dia.

Rupanya sampai sekarang orang masih terfikir benda yang sama. Sebab dalam kepala, masing-masing anggap influencer ni dah jadi public figure, jadi patut bersedia terima apa saja komen atau "teguran". Dan mesti reply semua komen "peminat" supaya menghargai katanya. 

Ok, dengar sini. Pertama sekali kena faham, bila someone block kita kat media sosial, takde kerugian besar pun pada kita (kita tu kaulah). Yang block tu dia, yang kena block tu kita. Apa yang hilang? Takde apa. Cuma hilang akses untuk tengok posting dia, cerita dia, gambar dia. Itu je. Kalau kita ni orang biasa, bukan kawan rapat dia, bukan ahli keluarga, malah dia pun tak kenal dan tak tahu kewujudan kita… apa sebenarnya yang kita rugi bila kena block?

Ok now imagine kalau dia tak block, tapi dia saman. Itu lagi bahaya, kan? Sebab dari segi undang-undang, komen kita kat media sosial dikira published material. Kalau ada unsur fitnah, aib, atau bahasa kesat, tak salah pun kalau nak saman. Jadi bila dia block tu, sebenarnya dia sedang pilih jalan yang lebih mudah untuk kau dan dia. Dia tak payah layan kau, dan kau pun tak payah lagi nak ambil tahu pasal dia. Daripada gaduh, daripada report polis, balik tekan butang block. Settle.

Hakikatnya, kita (kau) yang untung. Mujur dia block. Kalau dia saman?

Lagi satu, kita kenal letak duduk kita di mana. Kita rasa kita kenal influencer tu. Kita tahu nama dia, tahu keluarga, tahu kerja dia, tahu lifestyle dia, tahu tempat-tempat dia pergi, tahu kereta apa dia pakai, etc. Kita tahu sebab kita follow, kita tengok content dia everyday. Tapi dia kenal kita tak? Tak, kan?

99% influencer tak kenal followersnya. Nama kita pun dia tak tahu. Maksudnya, relationship tu satu hala. Kita kenal dia, tapi dia tak kenal kita. Dalam relationship macam ni, logiknya siapa yang patut tunjuk adab dulu? Mestilah kita. 

Sama macam kita nak mula berkawan dengan new friend. Kitalah yang kena tunjuk baik. Kitalah yang kena sopan. Kitalah yang kena jaga bahasa. Bukan dia. Kalau kita nak rapat atau nak berkawan dengan orang yang tak kenal kita, tapi kita mulakan dengan kritik, sindir, apa yang kita expect? Hubungan jadi mesra? Memang taklah.

Dia macam ni. Teguran ke, sindiran ke, kritkan ke, nasihat ke - whatever you call it, walaupun bahasanya elok, contohnya “Saya rasa mungkin lebih baik kalau cara penulisan awak macam ni… sebab boleh elakkan salah faham.” Tapi tetap… kebanyakan orang tak suka ditegur. Lagi-lagi kalau yang menegur tu ntah siapa-siapa dia tak kenal pun. You know why? 

Sebab KAU SIAPA? Dia tak kenal kau. Dalam hidup dia, dia tak pernah jumpa kau, tak pernah sembang dengan kau, tak ada trust yang terbina antara dia dengan kau. Jadi bila tiba-tiba orang luar menegur, walaupun lembut, tetap akan rasa janggal.

Imagine kau tengah makan kat restoran, tiba-tiba meja sebelah datang tegur cara kau pegang sudu. Ayat dia sopan je, “Bang, cara pegang sudu tu salah, patut pakai tangan kanan”. Walaupun lembut, apa reaksi pertama kita? Rasa pelik. Sebab stranger tetiba masuk campur.

Itulah yang jadi kat media sosial. Kau rasa kau cuma tegur, tapi dari sudut dia, “Eh aku kenal kau ke? Kau siapa nak ajar aku?” 

So tak peliklah kalau dia block. Itu cara paling cepat untuk cut interaction dengan stranger. It's not about tegur lembut atau tegur kasar, tapi about relationship. Kalau orang tu kenal kita, trust kita, baru teguran tu ada makna. Kalau dia tak kenal, teguran kau tu macam memekak je. Nak tegur, private message boleh, kan? Itu pun kena ikhlas, jangan harapkan dia dengar teguran kau tu.

Most people, dia tegur dengan harapan orang tu dengar teguran and react. Bila tak react, dia bengang. Look. Kau tegur sebab apa at the first place? Kalau betul ikhlas, maka redha saja kalau dia tak layan. Yang penting kau dah sampaikan mesej. 

Sama macam kita hulur tangan nak tolong orang yang jatuh. Ada orang sambut, ada orang tak. Itu hak dia. Yang penting, kita dah hulur. Tapi kalau teguran tu datang dengan expectation, itu namanya ego. Kau nak rasa kau lebih tahu dan kau lebih betul. Bila orang tak ikut, kau rasa tercabar.

Orang selalu lupa, influencer tu manusia juga. Ada emosi. Bezanya dorang pilih untuk jadikan hidup dorang lebih terbuka. Tapi tak bermakna dorang kebal dari rasa sakit hati. Orang tu post gambar anak, tiba-tiba ada yang komen, “Anak awak ni nampak macam sakit. Tak bagi minum susu ke?". Marah tak?

Itulah yang influencer rasa bila ada komen-komen macam tu. Bezanya, dorang kena hadap komen macam tu everyday. Bukan sikit-sikit. Berpuluh, beratus komen masuk, ada yang positif, ada yang negatif. Tekanan mental tu bukan kecil-kecil. Sebab tu ramai influencer pilih untuk block je. Senang cerita.

Ada satu fakta social media yang orang terlepas pandang. Komen negatif lebih meningkatkan engagement. Algoritma anggap posting tu hot sebab banyak orang komen. Tapi masalahnya, aura negatif tu melekat. Bila terlampau banyak komen mengecam, orang lain yang baca pun terpengaruh. Influencer yang bijak tak nak aura negatif macam ni walaupun boleh naikkan engagement. Sebab tu dorang block. 

Influencer yang IQ tak berapa nak pergi je suka negative respond asalkan engagement pergi jauh. Tu pasal dorang suka create hot issue sebelum launch product. Sebab nak aktifkan algorithm tu dulu. Bagi aku cara ni menyerlahkan low mindset. Sebab apa? Sebab kau trade your reputation with numbers. 

Engagement memang naik, reach memang meluas, tapi the price is your credibility. Macam orang berniaga tepi jalan, jerit-jerit maki pelanggan, memang ramai orang berhenti tengok. Tapi yang ramai tengok tu bukan sebab nak beli, tapi nak menyibuk drama. Last-last mengundang lebih ramai orang datang bukan untuk support, tapi untuk kecam lagi.

Influencer yang block audience ni bukannya diva. Dorang nak kawal vibe je. Sama macam kita pilih kawan. Kalau asyik bawa vibe negatif, lama-lama kita pilih untuk menjauh. Malas layan.

Kita selalu lupa satu benda penting iaitu bila kita komen buruk, orang lain bukan nampak kelemahan influencer tu. Orang nampak sikap kita. Contoh, kalau ada 100 komen puji, dan seorang komen buruk, apa yang orang nampak? Dorang nampak perbezaan bahasa. Nampak siapa yang tenang, siapa yang kasar. Lama-lama, orang akan nilai kita pulak, bukan influencer tu. So bila kita pilih untuk komen dengan bahasa yang baik, walaupun tak setuju, sekurang-kurangnya maruah kita terjaga. Kita tak jadi bahan kutukan orang lain pulak.

Bukan nak kata oh mentang-mentang dia influencer maka dia always betul, tak boleh ditegur. No, bukan macam tu. Influencer pun boleh salah, boleh terlanjur kata, boleh buat posting yang mengundang. Tapi bila kita nak menegur, ingat balik hal pertama yang aku cakap tadi. DORANG TAK KENAL KITA. Hubungan tu satu hala. Dia tak ada attachment kat kita. Jadi bila tiba-tiba kita komen pelik-pelik, walaupun dengan bahasa sopan sekalipun, dia tetap ada hak untuk tak peduli. Bukan sebab dia berlagak diva, tapi pada dia, kita bukan siapa-siapa dalam hidup dia.

Tu pasal bila nak tegur public figure, kena letak mindset yang betul. Kita bukan siapa-siapa dalam hidup dia. Kalau dia ambil apa yang kita komen tu, alhamdulillah. Kalau dia tak layan, just move on. Jangan expect lebih-lebih. Sebab expectation tu yang selalu makan diri kita. 

Bila kita rasa entitled, rasa “Ala aku dah cakap elok-elok, kenapa kena block?”. Block tu kadang-kadang cuma boundaries yang dia letak untuk jaga mental space dia sendiri. Sama macam rumah. Kita buka pintu untuk tetamu, tapi kalau tetamu tu gila, maki-maki, kita nak ajak bersembang lagi ke? HALAU YA, HALAU! Itu rumah kita kot. Samalah dengan social media. Itu ruang dia. Dia ada hak untuk tentukan siapa yang boleh “duduk” dalam ruang tu.


2025-09-19

Rendah diri bukan boleh dibuat-buat.


A few days yang lepas viral video candid Dato’ Siti Nurhaliza duduk kelas ekonomi. Tak pasti flight apa. AA kot. Yang ambil video tu maybe fans sebab jarang-jarang orang nampak celebriti yang berstatus jutawan nak duduk seat rakyat marhaen. Dan macam biasalah, reaksi netizen, “Humble betul Tok Ti, dah kaya pun naik ekonomi”.

In a glance, reaksi tu normal. Orang cuma terkejut sebab apa yang dorang nampak tak selari dengan assumption. Selalunya most people assume someoe yang ada nama besar like TokTi mestilah duduk business class atau first class. Yang tak jutawan berdedai naik business class, apetah lagi jutawan, ye tak? Tapi bila expectation silap, maka keluarlah naratif “Rendah diri, tak menunjuk, humble”.

Sampai kat sini still ok. Puji orang humble is no issue. Issuenya bermula bila orang start perli-memerli. Tiba-tiba keluar komen, “Dato Siti jutawan pun naik ekonomi, yang baru ada duit lebih asyik flex naik first class. Tapi still tak nampak ber-kelas".

Ok, aku tahu kau maybe bengang kat some people yang kau kenal, yang acah-acah exclusif. But apa kena-mengena orang biasa naik first class nak dibandingkan dengan TokTi? Dua benda ni takde kaitan langsung. 

Kalau nak cakap pasal logik, sama macam kau compare "Bill Gates pakai jam murah, di anu yang tak tersenarai dalam Forbes 100 sibuk pakai Rolex". Padahal duit dan someone preferences itu, BEZA.

Wealth and spending are two completely different things. Seorang jutawan, duit bukan masalah to them, but that doesn’t mean they have to spend money lavishly all the time. Kaya tu is what you own. Berbelanja tu is what you choose to use. 

Dato Siti memang berduit. Laki bini kaya. Aset dia bukan takat duit tapi brand, kosmetik, investment, hartanah, and ikon muzik. Dia duduk seat ekonomi not because she can’t afford first class, but that’s the choice she make. Maybe sebab flight pendek, maybe seat business dah full or maybe dia tak rasa perlu.

Orang yang baru ada “duit sikit” tapi pilih untuk naik first class, is that really a wrong thing? Tak. Kalau dia kumpul duit and decide untuk spend RM20-30K merasa experience naik first class, itu hak dia. It’s not about showing off. Itu dia gunakan rezeki untuk keselesaan atau nak dapat experiences. 

Sama macam orang beli kereta lebih mahal dan lebih besar sebab nak rasa lebih selesa. Atau orang yang pilih nak makan di fine dining. Dia pilih makan di situ sebab selesa dan privacy or simply enjoy the vibe.

Basically, how you spend comes down to personal preference. Ada orang kaya tapi jenis minimalist spender. Ada orang sederhana tapi suka reward diri dengan luxury sekali sekala. Takde yang salah. Yang salah tu bila kau spend beria tapi hutang member tak bayar! Pastu acah-acah lifestyle T20 diplohpat jam.

Orang yang perli-memerli ni ada social psychology issue. Terlampau cepat assume semua orang menunjuk. Bila mindset dah di-conditioned to see luxury = showing off, automatically kau akan rasa triggered kat semua benda. Hakikatnya, itu insecurity sendiri. 

Tengok orang lain dapat apa yang kau belum ada, terus otak label as riak, poyo, showing off, etc. In reality, kalau kita content dan secure dengan diri sendiri, kita boleh je scroll, tengok and move on. Tak rasa pun orang tu menunjuk kat kita. Sometimes bukan orang yang share tu ada masalah, tapi orang yang cepat triggered tu sebenarnya yang kena check hati.

Aku perasan dalam masyarakat kita or maybe culture kita, merendah diri tu sangat diagung-agungkan, tapi kadang-kadang orang salah faham. Rendah diri tu tak bermakna kita kena jadi sederhana al the time dan semua benda kena sederhana. Tak. Rendah diri itu lebih kepada SIKAP, bukan lifetsyle. Bukan maksudnya kereta kena kecik, rumah kena biasa-biasa, baju mesti murah, makan kena selalu kat mamak. Itu semua lifestyle choice.

Rendah diri is bila kau ada segalanya. Ada duit, ada jawatan, ada peluang, tapi kau tetap tak rasa lebih dari orang lain. Orang yang rendah diri tak perlu spotlight. Dia boleh ada kereta mahal, rumah mewah, duit banyak, tapi habis kat situ je. Dia tak perlu banyak bising atau prove yang dia berduit. Sebab orang boleh nampak sendiri melalui cara hidup dia yang tenang dan sederhana. Ini namanya rendah diri. Bukannya semua benda kena beli dan pakai yang murah-murah!

Kalau semua benda nak nampak humble, kena pakai murah, kena budget, kena nampak susah - itu bukan rendah diri. Itu lebih kepada persepsi yang kau create to get validation from others. Orang yang pretend nak nampak “tak ada apa-apa” supaya dipuji humble sebenarnya masih jatuh dalam kategori “nak menunjuk”. Sama je dengan yang show off. Dua-dua masih nak perhatian. Bezanya satu show off kaya, satu lagi show off miskin sebab nak orang kata humble.

Kau boleh beli beg mahal, no problem, sebab tu hasil titik peluh kau. Tapi rendah diri ialah bila kau tak pandang rendah pada orang yang tak mampu beli benda sama.

Kau boleh makan kat exclusive restaurant. Tapi rendah diri ialah bila kau masih boleh enjoy makan tempat biasa-biasa dengan kawan-kawan.

So secara logiknya, kalau someone ada duit, what’s wrong with them using hasil hard work for their own comfort? Why go through all the trouble pretending to lack just to look humble? Rendah diri bukan boleh dibuat-buat. Macamana kau try hard nak nampak macam rendah diri, tetap terserlah kau tengah cari perhatian.


2025-09-18

Hibah: Kalau ambil hibah atas nama seseorang, itu macam letak harga pada nyawa.


Hari ni berderet-deret isu pasal takaful. Ada yang whatsapp En Wan and whatspp staff GreenAard mintak aku ulas isu takaful. Pastu ada a few cases client En Wan ada exclusion pada policy and GL tak approved. Kacau program aku kat China hari ni. Tak sempat aku nak mengupdate Harper’s Bazaar today. However, insyallah sementara benda tengah panas, elok aku jawab semua isu ni (walaupun isu ni takde kena-mengena dengan aku. Sekadar nak kepoh).

Pernah tak anyone dengar atau baca sesiapa tulis macam ni:

“Kalau ambil hibah atas nama seseorang, itu macam letak harga pada nyawa. Hukumnya apa eh?”

Pernah someone tanya aku pasal ni dulu. Aku tahu to some, ini sangat sensitif sebab melibatkan nyawa dan duit. Dua-dua benda ni bila disatukan, orang jadi serba salah. Ada yang rasa, kalau ambil hibah untuk suami/isteri nanti nampak macam terlalu fikirkan duit. Macam berharap pasangan mati esok lusa. Ada juga yang risau, nanti nampak macam kita ni tak ikhlas sebab dah siap “sediakan pampasan kematian”.

Hmm...yang pelik-pelik je orang sekarang berfikir. Dia pulak yang lebih-lebih ajak orang debate pasal hukum. Hukum pebenda? Takaful hibah ni HADIAH. Kita bagi duit yang takde kat tangan pun. Tak kacau bahagian sesiapa. Hukumnya harus, dibolehkan.

Hibah takaful ni dalam bentuk polisi. Dalam polisi tu, ada tiga pihak. Yang pertama pemilik polisi. Ini orang yang bayar caruman bulanan. Yang kedua, orang yang dilindungi (person covered). Ini orang yang nyawanya “diinsuranskan”. Yang ketiga, penerima hibah. Ini orang yang bakal terima hibah bila orang person covered meninggal.

Contoh. Isteri ambil polisi, letak suami sebagai orang yang dilindungi, dan letak nama dia sendiri (isteri) sebagai penerima hibah. Bila suami mati, isteri akan dapat duit hibah. Dan duit tu BUKAN pusaka. Ini adalah hibah iaitu pemberian MUTLAK yang tak tertakluk pada faraid. Maknanya, kalau dibuat betul-betul (ada dokumen sah), duit tu memang jadi milik penerima hibah 100%! Kau nak cabar? Silakan. Boleh dapat? CONFIRM TAK!

Kenapa ada orang risau kononnya hibah ni macam letak harga pada nyawa?

Jawapannya, sebab duit dan kematian memang topik yang sensitif. Bayangkan sembang dengan member, “Aku baru ambil hibah atas nama suami. Nanti kalau dia meninggal aku dapatlah RM500 ribu.”

Bunyi macam pelik, kan? Macam nyawa suami tu bernilai setengah juta. Macam tak kisahlah kau nak mati pun, aku akan dapat duit hibah.

Listen. Kalau diberi pilihan antara suami hidup dengan duit, mana-mana isteri akan pilih suaminya. Tapi, sayang tu cerita lain. Ikhtiar tu cerita lain. Hibah tu satu bentuk ikhtiar. Hibah bukan letak harga pada nyawa. Nyawa manusia tak ternilai. Hibah adalah tools untuk protect orang yang masih hidup, so that dorang tak terbeban dengan hutang, sara hidup, pendidikan anak-anak, bila suami mati. Bila someone ambil hibah itu maksudnya dia nak pastikan keluarganya tak susah kalau dia mati. Dia nak tinggalkan something supaya keluarganya dapat teruskan hidup dengan tenang.

Orang salah faham sebab dorang nampak duit dulu, bukan tujuan. Kematian itu benda yang pasti. Tapi kesan kematian tu boleh jadi ringan, boleh jadi berat, bergantung pada persediaan kita. Kalau suami meninggal dengan tiba-tiba, apa yang akan berlaku?

Yang pertama, gaji suami hilang serta-merta. Kedua, hutang-hutang masih kena bayar. Bil tetap sampai setiap bulan. Anak-anak masih perlu makan, pakai, belajar. Masa tu, emosi isteri dah hancur hilang suami. Tapi realiti hidup tak stop. Bank tetap minta payment, sekolah tetap mintak yuran, barang dapur tetap kena beli. Air mata tak pernah tolong bayarkan loan rumah. Jadi hibah ni bukan “menggantikan orang", tetapi duit mengganti pendapatan. Kalau orang yang mati tu adalah orang yang bawa bawa duit masuk rumah, maka hibah ambil tempatnya buat sementara, supaya keluarga boleh terus hidup sementara nak tunggu keadaan dan emosi stabil.

Imagine hari ni suami meninggal, jiran-jiran datang, saudara-mara datang. Semua sedih, semua peluk isteri, semua kata sabar. Habis kuat pun 2 minggu, pastu masing-masing balik ke rumah sendiri. Masing-masing kembali ke kehidupan masing-masing. Yang tinggal hanya balu dan anak-anaknya. Dan hari-hari seterusnya, bil tetap sampai. Bank tetap telefon. Kalau ada hutang, pemiutang tetap tuntut.

Islam pun galakkan perancangan harta. Kalau kita kata hibah tu umpama meletak harga pada nyawa, logiknya wasiat pun sama. Tapi dalam Islam, wasiat, hibah, sedekah jariah - ini semua ibadah yang digalakkan. Kenapa?

Sebab Islam tahu, manusia lepas mati akan tinggalkan waris. Kalau tak dirancang, waris akan susah. Bila susah, mulalah bertekak pasal harta. Bila bergaduh, silaturrahim hancur. Jadi, hibah bukan soal duit semata-mata, tapi tanggungjawab.

Yang mati dah tentu-tentu takde urusan lagi kat dunia. Yang tinggal ni yang macam nak terbalik uruskan semua sendiri. Kalau sekarang takde income, dah boleh ajak suami buatkan hibah. Alangkan suami isteri yang berkongsi pendapatan pun rasa tak cukup je kalau pasangan tak membantu. Apetah lagi kalau salah sorang meninggal, hilang satu punca pendapatan. Sedangkan komitmen buat sama-sama dulu. Agak-agak boleh imagine tak nasib yang takde pendapatan, macamana kalau ditakdirkan jadi apa-apa pada breadwinner?

Kalau fikir logik, kalau kita tak sayang suami/isteri dan anak-anak, kita takkan ambil hibah. Kita biar je. Kalau aku mati, pandai-pandailah kau hidup. Tapi bila ambil hibah, maksudnya kita fikir jauh. Kita tahu kita tak kekal. Kita tahu satu hari nanti kita akan mati. Jadi sediakan sesuatu, supaya bila hari tu tiba, orang yang kita tinggalkan boleh terus hidup dengan tenang.

Toksahlah kau overthinking “Nanti dia guna duit tu untuk joli katak kawen lain”. 

Itu kalau dia kawen lain? Kalau tak, camana? Eh susah hati pulak dia orang tu kawen lain. Dia kawen lain pun lepas kau mati.

Realitinya, mati bukan tentang menangis, meratap, sedih, rindu. Mati datang dengan kos. Kita bukan hidup zaman Seri Mersing laki meninggal boleh teruskan hidup seadanya dengan berkebun. Tu pun bagus laki dia at least tinggalkan kebun. Dapat gak cari makan. Zaman sekarang mati meninggalkan hutang, ya.


2025-09-17

Raikan kelebihan isteri, bukan kawal kelebihan isteri.


Someone tag aku kat FB pasal wanita Alpha. Dia minta aku bagi my point of view. Aku syak itu post nak tuju kat Fattah and Fazura agaknya. Sebab post tu general tapi kat bahagian komen masing-masing kecam Fazura-Fattah. Pebenda ntah.

Aku tak paham apesal kau nak marah Fattah kawen. Ok look, aku memang tak follow sangatlah cerita dorang ni. Aku menetap di dunia lain 🤣. Tapi yang kata Fazura is better, ok listen here. Fattah kan dah pernah kawen dengan Fazura. Dorang dah kawen, dah ada anak, dah mencuba, but it didn’t last long. Nak buat camana. So now dah berpisah. What is wrong kalau dia nak kawen baru? 

Siapa lebih lama solo tu petanda orang tu di pihak benar ke? So kalau kes aku dengan ex aku dulu, aku tunang awal and kawen awal, so ikut logik netizen akulah yang red flag ye tak? Ooo gitu.

Aku syak post pasal wanita alpha tu pun nak tuju ke Fazura and Fattah. In other words nak kata Fazura deserves better.

Ya betul. Fazura deserves better. Fattah also deserves better. Sama-sama akan jumpa yang lebih baik ikut keserasian yang masing-masing selesa. Tak semestinya lebih baik dari semua segi, tapi yang pasti lebih menenangkan hati masing-masing.

Anyways, orang selalu ingat perempuan alpha is someone yang kepala batu, keras hati, outspoken, tak takut orang, redah je, berani and always nak menang.

SALAH.

Selalunya topik-topik macam ni kelompok pertama yang orang always imagine is CEO perempuan atau founder perempuan. Dia kelompok ni always digambarkan as someone yang boleh bergerak sendiri and berlagak dan tak hormatkan suami. Asal perempuan tu selangkah ke depan berbanding suami, dicop as wanita alpha.

The reality is, takyah jadi CEO atau founder pun. Wanita alpha ni ada je dalam bentuk doktor, cikgu, ibu tunggal atau student uni. Kriteria wanita alpha tak semestinya berjawatan tinggi. As long as dia ada jiwa leadership and tak senang givap and always positif - ini dah dikira wanita alpha. 

Mana-mana perempuan yang tak lembik iaitu yang tak mudah MC bila boss bagi kerja banyak, yang tak sentap bila ditegur kesalahan, yang tak givap bila dibagi task, as long as emosi dia kuat dan stabil, itu adalah wanita alpha. Jenis ni ada kefahaman mendalam tentang diri sendiri. Dorang tahu apa yang dorang nak dalam hidup. Jenis ni tak peduli apa lain kata, dan dia tak kisah approval orang lain.

So persoalan dalam post FB tu, siapa agaknya yang layak jadi pasangan wanita alpha?

Secara general aku boleh kata lelaki yang nak berpasangan dengan wanita alpha ni, kau tak perlu jadi lebih berjaya atau sama berjaya dengan dia. Tak perlu pun. Sebab wanita alpha yak peduli kau berjaya ke tak sebab dia boleh hidup tanpa kau pun. Kau cuma nilai tambah dalam hidup dia saja. Jadi kau as suami yang pertama sekali tak payah rasa terancam dengan isteri sendiri. Tak perlu rasa nak bersaing.

Yang paling penting bukan soal kau boleh compete dengan dia dari segi career, duit, atau status. Tapi kau kena SECURE DENGAN DIRI SENDIRI. Kalau kau insecure, kau akan cepat triggered bila nampak isteri lebih menonjol, lebih famous, lebih disanjungi, lebih dihormati orang, atau lebih banyak achievements. Itu yang buat ramai lelaki tak tahan dengan wanita alpha. Bukan sebab wanita tu tapi sebab ego suami (lelaki) tu yang tercabar.

Padahal, apa yang wanita alpha nak bukan lelaki atau pasangan yang lebih power daripada dia. Dia cuma nak partner yang boleh bagi emotional stability, respect and freedom. Dia dah ada semua benda untuk survive. Cuma dia nak lelaki yang cukup matang untuk celebrate her success instead of rasa terancam. Tapi tak bermakna lelaki/suami tak payah success lansung, ya. Jangan ingat kau boleh bersenang-senang buat bare minimum hanya kerana isteri kau wanita alpha yang tak kisah kau success atau tak.

Wanita alpha boleh respect suami yang mungkin kurang berjaya dari segi career as long as suami tu ada usaha, ada drive, dan ada maruah. Apa yang dia tak boleh terima ialah lelaki yang selesa dengan bare minimum, tak ada growth, tak ada passion, dan hidup sekadar apa adanya. Itu confirm turn off.

Suami seorang wanita alpha tetap kena ada matlamat hidup sendiri. Success tu luas, bukan duit atau jawatan je. Kau boleh berjaya dalam bidang lain. Maybe kau baru nak start bisnes sedangkan bini kau dah run 2-3 successful company, tapi kau buat bisnes kau dengan sungguh-sungguh. Atau maybe kau cikgu dengan gred rendah tapi kau cikgu yang take pride dengan kerja kau. THAT IS OK FOR WANITA ALPHA.

Wanita alpha tak kisah kau tak berjawatan besar, tapi dia nak tengok kau consistent usaha improve diri sendiri. Sebab bagi dia, effort is more than status. Kalau kau jenis pemalas dan selesa dengan comfort zone, itu baru masalah besar. So jangan ingat kalau kawen dengan wanita alpha, kau boleh slack off and let her biar carry semua. Nope. She’ll lose respect for you kalau kau takde ambition langsung. Dia nak partner, bukan passenger.

When we talk about romantic relationships, salah satu isu terbesar is the whole power dynamic. Zaman nenek-nenek kita dulu, lelaki letaknya tempat paling atas. Dialah suami, dialah ketua, dialah decision maker. Isteri hanya “saya yang menurut perintah”. Even though things are changing, stereotype tu masih kuat dalam culture kita. Payah lelaki nak terima seorang perempuan yang lebih dari dia. Berusaha boleh, tapi kalau lebih dari suami, some lelaki gelisah.

Dia akan rasa tercabar as if “Aku ni cukup baik ke untuk dia?”

Tak pun dia rasa terancam, “Kalau bini aku lagi berjaya nanti orang kata aku takde function”

Tak pun dia jadi lost. Sebab bagi dia kalau semua benda bini boleh buat, apa perlu dia kat sebelah?

Kat sinilah konfliknya nanti. Bukan sebab isteri tu too strong tapi pasangannya yang tak tahu macamana nak handle kelebihan si isteri.

Ada yang kata wanita alpha hanya kena sekufu dengan lelaki alpha jugak. Biar sama-sama kuat, sama-sama ambitious, sama-sama dominan. Barulah “power couple”. Ok je kalau pilih sekufu. Tapi tak semua wanita alpha perlu lelaki alpha. Ramai yang lebih suka lelaki yang tenang, yang rilek-rilek, stabil emosi, dan menonjol. Kadang-kadang combo macam ni lagi balance sebab sorang laju, sorang lagi jadi anchor.

Sebenarnya tak ada formula tetap. Ada wanita alpha thrive dengan lelaki alpha, ada yang ok je dengan lelaki yang lebih chill dan supportive. Yang penting bukan sama kuat atau sama dominan, tapi sama matang dalam faham peranan masing-masing. Jangan lepas tangan. Jangan lembik.

Dia sebenarnya boleh je dengan mana-mana pun yang penting pasangan wanita alpha ni mampu tak untuk tak sekadar jadi follower semata? Mampu tak dia ke depan bila diperlukan? Sebab menjadi wanita alpha ni dia tak semestinya strong all the time. Wanita alpha ni strong dalam bidang dia saja. Ada masa-masanya dia masih perlukan seseorang. Jadi that seseorang tak boleh lembik. Tak jadi sehebat dia takpe, tapi kau tak boleh lembik and lengai. Jangan macam blur tak tentu arah.

Wanita alpha boleh je respect lelaki yang maybe tak capai level kejayaan dia, tapi kalau lelaki tu ada karakter yang steady, itu dah cukup. Sebab bagi dia, marriage is not about siapa lagi hebat, tapi boleh tak kau jadi partner yang real. In other words, kau as pasangan si alpha jangan mudah merasa “kurang” hanya kerana bini kau lebih menonjol di mata orang lain.

Trust me, wanita alpha BUKAN ironlady. Cuma orang dah terbiasa nampak dia “kuat”, jadi wanita alpha jarang diberi peluang untuk tunjukkkan sisi fragile dorang. That’s why suaminya tak perlu jadi sama-sama kuat macam isteri di luar. Cukuplah di rumah suaminya bagi ruang untuk isteri alphanya jadi her trueself. Yang kuat bila perlu, yang manja bila mahu, yang serius bila keadaan memerlukan, dan yang bebas jadi versi dirinya. Orang luar macam kita ni takyah lah kenen-kenenkan si A dengan B hanya kerana ohh dorang sama-sama alpha. Barulah sepadan. Mana kau tahu sepadan? Abis kau dengan laki kau sama-sama lembik ke camana?

Ada wanita alpha bahagia dengan partner sama-sama alpha, sebab dorang suka cabaran, suka deep conversation and saling support each other untuk berjaya. Jenis yang “Ok, u buat slide, I help you with speech”.<
br/> Ada jugak wanita alpha yang bahagia dengan suami yang lebih sederhana, yang santai-santai, kerana relationship tu bagi dia space untuk berehat daripada pressure dunia kerjanya.

What really matters is balance. Raikan kelebihan isteri, bukan kawal kelebihan isteri. Apa yang lebih penting ialah keseimbangan. Pasangan itu mesti mampu meraikan kekuatan wanita, bukannya cuba mengawalnya. Know how to adapt. Sometimes take the lead, and sometimes step back to support.


2025-09-16

Muak dengan naratif "mengkayakan bos" and "degree tak penting".


Tulisan seseorang:

"Boss business jual tudung/kopi. 9-5 worker jadi kuli, gaji RM2.8k. Boss tu? Tak ada degree pun, tapi untung RM50k sebulan. Meanwhile orang degree belajar 4 tahun, hutang PTPTN RM40k, kerja corporate “professional” gaji ciput. So, degree betul-betul ‘jalan selamat’ ke, or kita semua kena brainwash system untuk jadi modern slave?"

Aku actually muak dengan naratif "mengkayakan bos" and "degree tak penting".

Boleh tak guna otak? Fikir guna logik yang betul. Sebab naratif ni makin misleading as if semua yang ambil degree kena tipu dengan sistem. Yang tak ambil degree automatik boleh jadi bos, kaya dan berjaya. Padahal realitinya jauhhhhhhhhh. Yang kau tengok tu yang berjaya, yang melingkup lagi ramai! Ramai yang buat bisnes akhirnya bungkus 5 tahun pertama. Less than that pun ada.

Bila orang cakap “bos tak ada degree, tapi income RM50K”, kau tahu tak, dia gaji RM50K tu sekarang. Pernah tanya masa dia start bisnes dulu berapa dia ambil gaji? Pernah nampak struggle dia? Tahu berapa lama dia try and error sebelum berjaya? Tahu berapa kali proposal dia kena reject? Berapa kali kena tipu dengan supplier? Berapa banyak rugi sebelum merasa untung? Tahu betapa banyak stress dia nak me-maintain bisnes?

Tak tahu, kan?

Cakap senanglah bila dah nampak figure RM50K. Ingat hari ni start, bulan depan dah merasa gaji banyak tu? Ada yang kena bankrup 3-4 kali dulu, der. Degree holder paling teruk pun hujung bulan gaji tetap masuk. Bisnesman kalau silap langkah, hujung bulan bukan kata takde gaji, silap-silap terpaksa jual rumah.

Yang suka sangat kata "pekerja jadi kuli", kau faham tak maksud kuli? Kau ingat bos tak jadi kuli? Ingat bila dah ada bisnes, automatik kaki park atas meja tunggu duit masuk? Eh hanat, dengar sini. 

Realitinya, boslah yang paling kuli, especially small and medium bisnes. Kadang-kadang dialah HR, dialah marketing, dialah tukang angkat stok, dialah customer service. Kalau bos kedai kopi, kadang yang duduk kat tempat casher tu dia. Kadang dialah barista, dialah tukang mop lantai. Jangan ingat semua bos duduk melepak kat cafe mengopi tunggu sales masuk.

Aku ni sampai sekarang masih buat kerja, bukan mengangkang. Tapi dah tak buatlah kerja-kerja sales and admin. Itu staff buatkan. Aku fokus bab lain pula. Tapi masih bekerja. Jangan ingat mentang-mentang boss tu tak jumpa client, bos tak respond pada customer, bos tak angkat stok, bos tak buat packing, bermakna bos tak buat apa-apa kerja hanya perah kederat staff. 

Bos bukan tak reti buat kerja-kerja yang "KULI" buat. Dia dah pernah buat semua tu, now dia delegate kerja tu pada orang lain so that dia buat benda lain untuk bangunkan bisnes. Kalau bos sama naik mengangkat stok, kira inventory, respond customer, dah siapa nak buat business development?

Bos dan pekerja sama-sama KULI. Bezanya, degree holder kerja bawah struktur organisasi. Bos kerja bawah customer. Dua-dua still kuli, cuma jenis kuli saja berbeza. Yang kerja dengan corporate kena berkuli dengan bos. Yang run bisnes berkuli dengan customer. Berkuli dengan customer kadang-kadang lebih demanding dari berkuli dengan boss corporate. 

So kalau rasa degree holder tu kuli, pegi duduk tempat bos. Rasa jadi kuli di kerusi bos amacam pulak. Nak tengok kau boleh mengangkang ke, kau melungkup menyembah tanah.

Naratif paling bongok bila ukur nilai degree dengan gaji.

“Aku belajar 4 tahun, PTPTN RM40K, gaji dapat RM2800 je"

Halo? Kau masuk uni untuk belajar tau, bukan beli skim cepat kaya. Degree bukan mesin print duit. Degree tu investent. Investment ilmu, investment networking, investment pengalaman. 

Masuk universiti, bukan sekadar dapat sijil. Kau dapat cara berfikir yang lebih sistematik, kau belajar buat research, kau belajar buat report, kau belajar communicate, belajar bergaul dengan orang dari pelbagai background. All those are intangible values.

Orang suka nau bagi contoh Bill Gates drop out. Mark Zuckerberg drop out. Elon Musk tak guna degree pun.

Ya, tapi Bill Gates drop out dari Harvard, bukan dari kolej ntah mana-mana. Dia drop out pun sebab jumpa peluang lebih besar, bukan sebab malas belajar. Orang yang guna contoh ni lupa satu benda. Bill Gates, Mark Zuckerberg and Elon Musk ada knowledge base gila-gila! Dorang bukan duduk rumah main Mobile Legends pastu tetiba esok jadi billionaire. Dorang ni obsessed with knowledge.

Masa orang lain enjoy, Bill Gates lepak dalam library 16 jam sehari!. Mark Zuckerberg sebelum masuk Harvard, dah coding benda-benda pelik since age 12. Elon Musk masa kecik baca Encyclopedia Britannica tu macam baca komik. Dia baca buku fizik as bacaan santai-santai. Bermakna knowledge dorang ni datang dari sistem pendidikan. Yang kau? Baru habis diploma CGPA 2.3 nak sembang compare gaji dengan Bill Gates. Eh pegi bayar PTPTN kau dulu. Jangan memekak.

Bandingkan diri sendiri dengan dorang, itu dah tahap delulu. Bezanya kau dengan dorang ialah, they did with what they had. Dorang guna knowledge sebagai senjata, bukan alasan untuk escape. Masalah ramai orang kita, suka guna nama-nama dorang ni untuk justify kelemahan diri sendiri. Mark Zuckerberg tu semua drop out sebab dorang terlalu advance untuk sistem tu. Kau? Drop out sebab tak boleh ikut sistem paling basic!!

Nak jadi macam dorang? Boleh. Start dengan mindset yang sama. Rajin baca, rajin belajar, rajin improve diri. Degree tu bukan kertas semata, tapi knowledge base yang open banyak opportunity. Kalau knowledge kosong, opportunity lalu depan mata pun kau takkan realise.

Bukan semua orang sesuai jadi bos. Tak semua orang ada mentaliti, stamina, dan risk appetite untuk jadi bos. Jadi bos ni bukan sekadar keluarkan produk. Jadi bos bermaksud kena jadi decision maker EVERY SINGLE DAY. Kena tanggung risiko. Kena pandai urus duit. Kena ada leadership manage orang. Kalau kau jenis pagi bangun pun susah, hantar email pun lembab, mental fragile sikit-sikit dah burnout, please jadilah pekerja yang baik sahaja. Cukup. Degree “kuli” tu sebenarnya selamat untuk kau. At least hujung bulan confirm ada duit. At least stress kau tak sama macam bos.

Some people are built for that, and it’s perfectly fine. Dunia perlukan doktor, engineer, kerani, sales executive, arkitek, cikgu, akauntan. Kalau semua orang jadi bos yang run own company, siapa yang nak buat jambatan? Siapa nak treat kalau kau sakit? Siapa nak buatkan kopi kat kedai?

Duit besar tak sama dengan berjaya. Orang suka ukur kejayaan dengan duit. Bos gaji RM50K = berjaya. Degree holder gaji RM3k = loser.

Berjaya tu relatif. Ada orang gaji RM3K tapi kerja dalam field yang dia minat, hidup sederhana, bahagia dengan family. Dia dah rasa itu cukup. Itu lebih baik dari bos yang income puluh ribu tapi stress, takde quality time kat rumah, too busy with work akhirnya rumah tangga tunggang-langgang, bank kejar. Tu belum kena cari dek Ahlong. Duit banyak tak sama dengan quality of life. Ramai business owner berlevel influencer yang awal-awalnya lifestyle jadi kekaguman ramai, tup-tup...macam-macam cerita akhirnya terbongkar.

Kena bayar balik PTPTN, itu bukan beban, dik. Awal-awal dulu awak agree nak meminjam untuk sambung belajar. Dah habis belajar, bayar je lah balik pelan-pelan. Benda dah janji nak bayar, kan? Yang benaunya bukan hutang PTPTN tu yang membebankan, tapi bila awak dapat gaji, awak jadi gelap mata. Banyak benda yang awak nak enjoy dengan duit tu akhirnya awak kata PTPTN yang membebankan.

Commitment PTPTN ni bukan optional. Bukan ikut mood nak bayar ke tak. Itu tanggungjawab. Sama macam pinjam duit member. Sama macam ambil loan kereta. Kau takkan kata itu beban, sebab tahu dari awal kena bayar. Bezanya dengan PTPTN, orang nampak macam tak urgent, sebab takde orang kejar macam bank. Tapi itu tetap hutang, dan hutang kalau tak bayar akan jadi beban bukan saja pada kita, tapi pada sistem pendidikan tu sendiri.

Udah-udahlah cipta naratif "Belajar 4 tahun, hutang RM40K". Lepas tu bising kata degree scam. Pastu resign menggelupur nak buat bisnes. Buat personal loan untuk modal beli stok nak berniaga. Nak meniaga berani buat loan. Hutang PTPTN RM40K kau kecoh? Pastu bila bisnes tak jalan, nak salahkan siapa lagi?

Sistem pendidikan kita tak brainwash sesiapa. Kau je yang malas berfikir. Takde siapa nak jadikan kita modern slave. Semua sistem ekonomi ada hierarchy. Even kalau meniaga pun, still terikat dengan sistem. Ada supplier, ada customer, ada kerajaan yang regulate. Tak bebas mana pun kalau meniaga. So janganlah ingat pendidikan tu sistem yang jadikan kita hamba. Yang buat kau rasa degree tu brainwash sebab kau MALAS nak explore peluang dalam bidang kau. 

Ramai je degree holder yang kreatif. Dorang still guna degree as leverage. Degree tu MODAL. Kau nak guna ke tak, terpulang.

Orang selalu salah faham, konon bila belajar, akhirnya jadi hamba korporat. Akhirnya bekerja dengan orang yang tak pandai. Akhirnya kerja dengan budak kelas belakang. Cuba kau tanya budak kelas belakang tu, lepas habis sekolah dulu dia terus jadi kaya ke camana? Kau kira beruntung sebab tak lalu kepayahan dia. 

Kau keluar-keluar dari uni, boleh guna degree untuk cari kerja. Degree adalah pintu akses yang orang tanpa kelayakan tak boleh masuk. Bila dah masuk pintu tu, pandai-pandailah nak buat apa. Nak climb corporate ladder ke, nak pivot bukak bisnes ke, semua tu bergantung pada kemahiran dan mindset.

The thing is, ramai tak nak gunakan apa yang dia belajar. Lepas tu salahkan sistem. Konon degree tak guna, konon dah di-brainwash. Padahal kalau betul-betul tengok balik bidang yang kita belajar, kita akan nampak ilmu tu boleh jadi leverage besar. 

Contoh, engineer boleh pivot jadi entrepreneur dengan product technology. Researcher boleh pivot jadi founder health product. Accountant boleh pivot jadi financial coach. Semua tu guna asas yang degree bagi. Degree tu macam toolbox. Masalahnya kau simpan toolbox tu bawah katil, pastu salahkan orang lain kenapa orang tu boleh buat rumah paling besar sedangkan toolbox kau lebih complete. 

Bukan sistem pendidikan yang bodohkan kau. Kau yang tak nak belajar beyond silibus. Kau rasa lepas grad, habis belajar. Padahal orang yang betul-betul berjaya, dia guna degree tu as starting point je, bukan penamat.

90% bisnes failed dalam 5 tahun pertama. Yang survive cuma 10%. Jadi bila ramai guna contoh bos takde degree gaji RM50K, kau sebenarnya cherry-pick minority. Majoritinya? Bungkus.

Dengar sini acik cakap. Degree mungkin beri kita gaji kecil. Tapi at least bagi kita stability dan long-term growth. Acik pun asalnya makan gaji dari 2000 sampai 2008. 8 tahun makan gaji. Kumpul pengalaman. Kumpul network. Kumpul duit. Baru jump pi business. Itupun gigil. Yang kau kerja baru 8 bulan dah sembang pasal Bill Gates segala.

Career corporate biasanya naik ikut masa. Mula dengan RM2K. 5 tahun lagi mungkin RM5K. 10 tahun lagi RM12K. Itu steady climb. Bisnes? Either kau berdiri steady atau meletup. Tak ada in-between.


2025-09-15

GreenAard: Indicator penurunan body fat ni adalah pada UKUR LILIT PINGGANG a.k.a PERUT.


Ya, sedang eloklah beli Khamis ni sebab Khamis ni last untuk kita pos supaya the next day boleh dapat barang. Sebab Jumaat ni GreenAard cuti. Saja je aku declare off day so that panjang sikit staff boleh berehat sampai Senin depan.

Jadi kepada sesiapa yang nak grab MERDEKA SALE, bolehlah grab now. Sale sehingga 31 Ogos. Tapi kalau nak barang sampai this week, last korang kena place order Khamis. Kita pack hari tu and next day insyallah korang dah dapat. Kalau tak urgent, tunggulah Selasa depan kita start masuk ofis baru kita pos.

Baideway nak cakap pasal testimoni ni. Gambar ni tak sharp sangat, takut tak nampak. Aku tulis apa yang customer ni bagitahu.

This customer ambil Nutrijuice beberapa bulan, now kolesterol dah normal, 3.45. Cuma dia perlu kuruskan badan atas nasihat doktor sebab saluran darah kat tangan tak berapa lancar. Kebas-kebas hujung jari. Selalunya kebas-kebas ni kerana kolesterol. Tapi kolesterol dia ok. Maknanya betullah doktor tu kata, maybe sebab overweight.

Walaupun kolesterol dah normal, kalau overweight, excess fat boleh tekan salur darah. Jadi darah tak lancar. Tu pasal ada kebas-kebas kat jari. Aku tak pasti if customer ni punya blood sugar ok ke tak. Sebab overweight selalunya akan menyebabkan diabetis/prediabetis. Kalau customer ni ada risiko diabetes, saraf kat hujung jari akan cepat dapat kesannya. Tu yang rasa kebas, semut-semut, walaupun kolesterol dah normal.

Bila kita overweight atau obese, lemak banyak terkumpul dalam badan, especially kat bahagian perut (visceral fat). Lemak perut ni bukan setakat duduk dendiam kat perut tak buat apa-apa, tapi dia aktif keluarkan bahan kimia yang ganggu cara badan guna insulin.

Normalnya bila kita makan, gula dalam darah naik. Bila gula darah naik, insulin akan keluar. Insulin tolong masukkan gula tu ke dalam sel. Tapi bila badan banyak lemak, sel jadi degil (resistant) terhadap insulin. Jadi gula tak boleh masuk ke dalam sel. Maka, gula kekal tinggi dalam darah. Macamana nak buatkan sel ni buka supaya gula dapat masuk?

Caranya, TURUNKAN BERAT.

Turunkan berat even 5-10% pun dah besar effectnya. Bila lemak visceral (perut) berkurang, sel automatik jadi lebih responsive. Sementara badan masih dalam mode insulin resistant, insyallah ada harapan gula darah ni nak turun. Tapi kalau kekal overweight berpanjangan, chances dapat diabetis terus. 

Sebab macam ni. Bila sel degil taknak buka, pankreas kena keluarkan lebih banyak insulin untuk paksa gula masuk dalam sel. Until satu tahap tu, pankreas jadi penat maka insulin yang dihasilkan makin berkurang. Jadi gula makin tinggi. Tu yang sampai kena cucuk insulin tu.

GC Plus boleh bantu dari sudut ni, tapi dengan cara yang lebih holistic. Ini bukan claim, tapi based on mekanisme sains. Aku explain.

Rasanya by now dah tahu kan, GC Plus kurangkan body fat. Dan indicator penurunan body fat ni adalah pada UKUR LILIT PINGGANG a.k.a PERUT. Maknanya, bila ukuran pingang menyusut, lapisan lemak visceral juga berkurang. Bila lemak perut berkurang, sel jadi lebih responsif terhadap insulin. Gula darah lebih mudah masuk ke dalam sel.

Bahan utama GC Plus iaitu HCA boleh meningkatkan serotonin. Serotonin ni buatkan kita rasa kenyang lebih lama, jadi naturally makan kurang kalori tanpa rasa terseksa. Bila kalori masuk kurang daripada kalori keluar, badan terpaksa guna simpanan lemak, termasuklah lemak kat perut tu.

Dalam GC Plus juga ada catechin (EGCG). Catechin ni scientifically proven boleh tingkatkan thermogenesis (badan hasilkan haba dengan bakar kalori). Jadi, lemak perut pun antara yang mula menyusut sebab dia metabolic active (senang dibakar berbanding lemak bawah kulit).

GC Plus juga kurangkan sugar spikes selepas makan. Bila gula stabil, insulin tak melonjak terlampau tinggi. Bila insulin terkawal, badan lebih mudah access simpanan lemak untuk digunakan.

Lemak perut memang tinggi dengan sel radang (inflammatory cells). Bila kita reduce lemak perut, keradangan berkurang. Jadi, sel jadi lebih sensitif pada insulin. That’s why orang overweight yang turun berat walaupun 5-10%, nampak beza pada gula darah dan tekanan darahnya.

Bahasa mudanya, GC Plus bukan sekadar turunkan angka atas penimbang, tapi buang lemak perut. Lemak perut ni lah yang buat kita senang dapat kencing manis, darah tinggi, kebas-kebas. Bila lemak perut berkurang, badan lebih ringan, darah lebih lancar. Bukan kata GC Plus can treat diabetis, but indirectly kurangkan risiko diabetes dan kebas-kebas. GC Plus is more like natural support.


2025-09-14

Kita semua akan absorb standard hidup yang environment kita set.

25 tahun aku dengan En Wan, semalam macam dejavu. Pertanyaan yang En Wan pernah tanya aku dulu, "Kenapa TV rumah awak kecik?", semalam berulang. Tapi kali ni dari Redza. Lain sikit tapi intinya sama.

Redza: Balik sini duit Redza tak habis pun. Nak beli baju papa bayar. Beli bag mama bayar. Beli barang komputer papa bayar. Pastu nenek bagi duit lagi. Duit MARA tak sentuh lansung.

Aku: Simpan je. Esok by the time nak kerja, at least duit dah ada nak buat down payment rumah. Start je kerja, aim beli rumah dulu. Small apartment macam kita duduk kat Tganu tu pun ok.


Redza: Keciklah, Ma.

ZAPPPPP! Terkejut aku dia cakap macam tu. Kecik??

10 minit jugalah aku memikir. Then aku realized, eh ini macam En Wan dulu. En Wan masa datang rumah aku, dalam banyak-banyak benda, dia boleh risaukan TV rumah aku. Masa tu aku macam "TV aku kecik? Ye ke?".

Rupanya itulah, bila someone lahir dalam keadaan A, bila nampak keadaan B, dia akan rasa pelik. And that is normal. Contohnya En Wan. Dah biasa duduk rumah banglo besar, orang gaji kat rumah ada 3 orang, bapak ada driver, dari kecil tak pernah berkongsi barang, bilik tak share, what do you expect? Aku syak hari yang dia datang rumah aku tulah kali pertama kali dia nampak TV kecil. Mesti dia tertanya-tanya macamana kitorang sekeluarga ramai-ramai hadap TV kecik?

Bila Redza cakap macam tu, aku finally faham. Sejak umur 1 tahun dia dah duduk landed house. Jadi bila aku cadangkan beli apartment, dia automatik rasa “kecik”. Sebab bagi dia, normal tu adalah rumah landed.

Humans judge things based on the experiences or references they have. Contoh, orang yang dari kecil biasa makan nasi dengan kicap, sampai ke besar everytime makan nasi mesti cari kicap. Takde kicap, tak berasa lauk tu kat tekak. Macam Ibal. Buatlah apa lauk pun - asam pedas, masak lemak cili api, tetap dia akan tuang kicap atas nasi.

And untuk orang yang dari kecil biasa makan hotel buffet atau restoran high-end, bila jumpa telur kicap, dia akan rasa “Macam ni pun boleh jadi lauk?”

Is the second person berlagak? Tak semestinya. He/She only judges based on what he/she knows.

Just like En Wan, kalau lauk atas meja kurang dari 3, dia terus kurang selera nak makan. Dia nampak macam "Takde apa nak dimakan". Dari awal-awal kawen dia pesan, kalau nak masak, make sure minimum 3 lauk. Kalau tak, jangan masak. Kita makan luar. Itu adalah baseline dia. 

Dia membesar dalam environment atas meja kena ada at least 3 lauk. Itu dah jadi wiring dalam otak dia. Padahal kalau aku masak 3 lauk, salah satunya adalah sayur. Dia tak makan sayur pun. Tapi berselera nak makan sebab kebiasaan yang dah dibiasakan kecil - makan mesti meriah dengan lauk. Bila nampak lauk kurang, otak dia interpret “tak cukup”. 

Macam orang yang dah biasa minum kopi pagi-pagi. Tiba-tiba kena skip, rasa serba tak kena walaupun badan sebenarnya still boleh function. 

Bila Redza cakap macam tu aku rasa that is a result of the environment yang aku sendiri sediakan untuk dia. Dari kecil dibesarkan dalam keadaan selesa, he take that as a baseline. Anak-anak ni tak ada reference point lain selain apa yang dorang lalui sejak kecik. Kalau dari umur setahun dah ada bilik sendiri, ada bilik air sendiri, rumah landed dengan ruang besar - itulah default dalam kepala dorang.

So bila kita suggest something yang bagi kita normal, but to them “kurang selesa”, naturally they reacted with surprise. Bukan tak bersyukur, tapi sebab otak dorang tak kenal baseline lain. Their worldview terbentuk dari environment yang kita sediakan.

To explain this one better, maybe some of you nak cakap "Tapi si anu tu kaya, rileks je makan kat mamak".

Hello? That’s a completely different baseline story.

Macam ni, bila orang tu dah membesar dengan satu baseline, dia boleh adapt ke bawah sebab dia tahu apa itu keselesaan, dan dia pilih untuk turun. That's not a problem. Tapi kalau dari awal otak dia tak pernah lalui baseline yang rendah, jangan expect dia boleh rileks je makan apa-apa atau duduk kat mana-mana. Otak dia tak kenal realiti tu.

Contoh, orang kaya pergi backpacking. Tidur hostel RM30/malam. Netizen marhaen kata, “Wow humblenya!”

Padahal itu pilihan, bukan keperluan. Besok kalau dia penat, dia boleh balik tidur hotel 5 star. Dia ada option. Tapi orang yang memang dari kecik hidup kat hostel sempit, dia tak ada option. That’s the difference.

So bila orang kata “ala, orang kaya tu pun makan mamak boleh je”, that's different story. Sebab untuk dia, makan mamak adalah experience, choice. Tapi untuk orang yang memang hari-hari kena makan mamak sebab tak mampu, itu survival. Sama situasi, tapi dua realiti yang totally lain.

So bila someone kata duduk apartment berasa lemas sebab terperap dalam compund yang sama, itu bukan berlagak. Itu baseline perception yang dah dibina untuk dia sejak kecil. Sama macam En Wan dengan 3 lauk tadi. Kalau orang lain boleh survive dengan satu lauk, bagus. Tapi jangan banding, “Eh, orang tu boleh je lauk satu, kenapa kau cerewet?”. Sebab baseline dia lain. Apples to oranges.

Ini semua balik pada logik. Manusia menilai sesuatu bukan based on absolute, tapi based on relative baseline. Kalau dari kecik terbiasa dengan luas, dia akan rasa sempit bila jumpa yang kecik. Kalau dari kecil terbiasa dengan sempit, dia akan rasa besar bila jumpa luas. Itu normal. It’s psychology, bukan attitude problem.

En Wan dulu disebabkan biasa dengan kehidupan selesa dari kecil, bila dah kawen semua benda dia nak yang menselesakan dia. Dia berusaha untuk jadikan hidup dia kekal selesa. Tak kaya, tapi selesa. Jadi, aku dapatlah menumpang.

Aku takleh imagine kalau aku jadi lelaki. Memang naya anak dara orang kawen dengan aku. Sebab aku spesis yang hidup seadanya. Makan apa yang ada. Pakai apa yang ada. Umur 25 tahun takde henfon pun takde hal. Kalau ada anak mesti anak aku pun seadanya je aku besarkan. 

Nasib baik aku jadi perempuan dan dapat suami yang annoying semua benda dia nak ubah. Itu tak boleh, ini tak boleh. Rupanya ada hikmah. Memang aku ni layak dapat yang annoying macam dia. Kalau tak, aku takde improvement. 

Mak bapak aku bukan orang kaya. Tapi walaupun begitu, rumah tak perlu nampak macam orang susah. TV kecik, takpe. Kerusi kayu lama, takpe. Baju tak cantik, takpe. Yang penting, KEMAS DAN BERSIH. Sebab tu sampai sekarang, cakaplah macamana pun, kalau rumah tu berselipat, aku tetap akan kata orang tu MALAS! Lantaklah kalau orang kata "Dia orang miskin, sebab tu rumah dia macam tu".

NO. DIA MALAS. DAN PENGOTOR.
FULLSTOP.

Sebab aku dibiasakan dengan rumah mesti kemas dan bersih. Itu baseline yang parents aku dah biasakan dari kecil. Duit takde, itu cerita lain. Mengemas rumah, menyapu rumah, mengemop lantai, ni semua pakai duit ke? Tak, kan. So ini adalah baseline aku pula.

Dan lagi satu, minum air. Kebanyakan kawan-kawan aku boleh minum terus dari paip. Aku takleh. Walaupun orang kata "Hoih! Air sirap kantin tu dari paiplah!", tapi meminum direct dari paip masuk ke mulut, I is kenot! 

Benda paling pelik aku jumpa masa kat TKC adalah water cooler. Sampai sekarang aku tak reti minum direct dari situ. Kena masukkan dalam botol dulu. 

Dan benda pelik masa aku kat Maahad Hamidiah adalah mandi kolah. Sumpah aku tak reti nak mandi ramai-ramai pakai air kolah besar berkain batik. Itu bukan salah aku, tapi environement aku membentuk expectation tu.

Yang En Wan pulak pelik bila balik kampung Pak Aji, semua jamban dalam kampung tu berada di luar rumah. Air pulak kena angkut dari dalam. Dia kata peliknya. Camana kalau sakit perut malam-malam? Aku cakap pegi je lah. Yang nak tahan tu kenapa. Wahhh kemain lagi aku eksyen membahan dia. Mentang-mentang dah biasa lepak jamban kat luar. 

Kesimpulannya, kita semua, termasuk anak-anak akan absorb standard hidup yang environment kita set. Tu pasal masa baju raya aku kena ejek buruk dulu, aku sedih but at the same time aku faham why. Untuk orang yang biasa berbaju mahal dan cantik, of cos baju aku nampak murah dan buruk. Merosakkan vibe majlis dia. Tapi orang macam aku yang dah biasa pakai baju Milo, Nestle and Seong Chong Mini Market, dapat beli baju raya kat longgok-longgok dah berasa mewah nau. Sebab walaupun longgok-longgok, tetap dalam Metrojaya! 


2025-09-13

Ajar etika nak mohon kerja, atau nak mohon internship melalui whatsapp.


Sila rujuk gambar:

Still ada yang whatsapp mintak kerja macam ni, eh? As simple as "Salam, masih ada kerja kosong ke?" 

Boleh tak sesiapa panjangkan cadangan aku ni ke kolej dan universiti atau maybe sekolah. Dalam subjek english dan BM, please ajar sekali etika nak mohon kerja, atau nak mohon internship melalui whatsapp. Dulu zaman aku sekolah, student diajar tulis surat rasmi. Surat nak mohon sumbangan, surat nak mintak kerja, surat nak mohon cuti, etc. Disebabkan sekarang surat rasmi nak mintak kerja dah macam tak relevan lagi, tolonglah ajar etika "whatsapp rasmi" pulak.

Lemas aku dapat whatsapp-whatsapp macam ni. Baik yang intern, baik yang nak mintak kerja, SAMA! Whatsapp ni untuk memudahkan saja, bukan untuk kau ambil mudah. Apalah salahnya type "Selamat Pagi, nama saya Leslie. Saya nak bertanya tentang kerja kosong dalam post FB. Boleh saya tahu masih ada kekosongan ke?" 

Apa susah sangat ke tulis nak mukadimah macam ni? Ingat ni beli apam balik kat pasar malam ke "Apam balik ada lagi tak?"

Itu ke cara nak yakinkan majikan untuk ambil bekerja? Lain la beli kuih tepi jalan. Lalu depan gerai, nampak ada kuih. Kau pun tanya, “Kepok lekor ada lagi tak?” 

Itu sesuai sebab situasi tu santai, tak formal, dan memang nature berniaga kecil macam tu. Tapi bila approach seorang majikan iaitu orang yang bakal bayar gaji kita, atau orang yang bakal menilai kita untuk internship, kenapa letakkan diri pada standard “customer pasar malam”? Kenapa tak boleh tambah sikit professionalism? Bukan suruh type 3 perenggan pun. Tak sampai 20 saat nak type mukadimah yang formal. Biarlah mukadimah tu nampak ada usaha, ada rasa hormat, dan nampak bersungguh nak kerja.

Aku tak kata ajar surat rasmi di sekolah tu kena stop, cuma relevannya makin tipis. Realitinya, bila budak-budak ni habis belajar, dorang dah tak lagi tulis surat. Terus capai telefon whatsapp nombor dalam iklan kerja. Jadi why not ajar etika menulis mesej rasmi melalui whatsapp (not sure if ada diajar sebab aku tak nampak ada sesiapa beradap bila whatsapp minta kerja).

Ramai ingat whatsapp ni tak perlu adab sebab it is a personal application. Ya, betul. Most of us guna whatsapp santai-santai. Tapi bila guna untuk urusan kerja, it automatically becomes official channel. Bila dah jadi channel kerja, cara tulis, timing hantar, dan gaya bahasa semua kena jaga. 

Sama macam email. Kau boleh ada email untuk register Facebook atau Shopee, tapi bila guna email untuk hantar resume, email tu kena ada standard tertentu. Jangan pakai email selamanyasendiri@yahoo.com. Create new account!

Same goes to whatsapp. Jangan expect orang ambil serius mesej kita kalau gaya mesej pun serupa sembang kat mamak. Medium boleh sama, tapi adab and standard komunikasi tu kena ikut konteks. 

Maybe ada orang kata “Ala, mesej je pun. Janji dapat info”

Tang tu silap. Mindset tu silap. Mesej pertama yang kita hantar adalah first impression. Kalau permulaan mesej pun dah malas, majikan akan fikir apply kerja pun sambil lewa, kalau aku ambik, kerja dia macamana agaknya? Percayalah, benda ni refleks automatik dalam kepala mana-mana majikan.

Bukan nak salahkan budak-budak ni 100%. Sebahagiannya salah sistem juga. Macam aku cakap tadi, zaman sekolah dulu kita semua belajar menulis surat rasmi. Tapi bila medium dah berubah, aku tak pasti adakah syllabus ni di-update. New generation tak nampak kenapa surat rasmi tu penting, sebab dorang lagi banyak guna whatsapp. Dorang ingat ohh whatsapp ni untuk chat santai-santai, maka apply kerja pun macam mesej macam nak beli burger. En Wan order burger pakai whatsapp.

"Hari ni berniaga tak, bang? Nak order burger"

Ini takpelah. Memang urusan santai. Tapi bila apply kerja atau internship, kena yakinkan orang untuk bagi kita peluang tu. Jadi gaya bahasa tu kena ada beza. 

Sebenarnya ni bukan soal medium. Nak guna surat rasmi, email, atau whatsapp, semua boleh. Yang penting adab and professionalism tetap kena jaga. Ada sorang budak intern ni lelaki. Muka dahlah macam Xiao Zhan. Tinggi. Kemain beradab lagi hantar whatsapp tanya peluang internship. Bila minta datang interview, datang pakai suit kau! Pakkal aku takde anak perempuan, kalau tak, sekali harunglah kita set tarikh. Mbhahahaha.

Whatsapp yang GreenAard dapat ni, kitorang bukan sekadar malas nak jawab, kesian pun ada. Sebab dorang ni bukan tak pandai. Ramai budak universiti pun mesej macam ni. Bukan masalah ilmu, tapi adab komunikasi. Dorang tak nampak yang mesej whatsapp boleh melambangkan diri. Dorang pikir janji mesej sampai, cukup.

Dunia kerja tak macam tu, dik. Akak kau ni dalam blog bahasa lain, bercakap customer lain, tulis email lain, bagi talk lain. Dunia kerja menilai detail-detail kecil. Majikan akan judge cara kita semasa interview, cara jawab call, cara hantar email, cara mesej orang. Semua tu petunjuk awal. Kalau academic qualification saja diambil kira, kitorang takkan panggil calon datang interview. Based on resume terus ambil. Tujuan interview tu sebab nak tengok cara you. Tapi kalau dah whatsapp mintak kerja pun rupa gitu, tak dapek la nak shortlisted.


2025-09-12

Medical Card: Kenapa Medical Card itu wajib lagi-lagi untuk B40



Bagus penjelasan video ni. Ringkas, padat dan mudah faham.

Ada satu benda yang aku perasan sejak dulu lagi, bila sebut medical card, majoriti orang akan kata “tak payahlah, mahal”, atau “masih sihat lagi, tak perlu”. Padahal medical card ni dapat menentukan samada hidup kau berjalan dengan tenang semasa sakit, atau tak. Sebab realitinya bila dah kena accident, atau appendiks, atau denggi, atau jantung, kos rawatan boleh cecah ribu. Masa tu baru tahu bezanya ada medical card atau tak. Bezanya adalah pada persediaan. Kita bayar medical card sebab tak nak hidup terganggu bila sakit nanti.

Like Mr Faiz cakap dalam videonya, yang paling ramai tolak medical card is adalah golongan yang cukup-cukup makan tiap bulan. Sedangkan golongan inilah sepatutnya lebih kena ada medical card. Why?

Ok, imagine sorang ni gajinya RM3000 sebulan. Cukup-cukup untuk bayar rumah sewa, kereta, makan minum anak bini. Tak mewah tapi cukup. Tiba-tiba one day dia sakit perut teruk. Pergi hospital, doktor kata kena operate sebab appendicitis. Kos kat private hospital RM12K. Mana dia nak cari RM12K sedangkan gaji dia setiap bulan cukup-cukup?

Simpanan maybe takde, maybe tak banyak. Maybe ada RM1K savings saja. Nak meminjam adik-beradik? Tak semudah tu. Kalau adik-beradik ada 12 orang pun belum tentu setiap sorang nak keluarkan RM1K. Jalan terakhir, masuk government hospital. Kalau wad penuh atau queue panjang, makan makin panjanglah ceritanya.

Itu contoh appendicitis. Bayangkan sakit yang lebih teruk. Bil boleh cecah puluhan ribu. 

Tak, ini bukan tentang mengeji atau mengejek hospital kerajaan. Rayyan dulu pernah kena masuk PPUM kejap masa patah kaki dulu. Doktor-doktor hospital kerajaan bagus-bagus. Cuma facilities, waktu menunggu, dan keselesaan tu sajalah.

Kat sinilah peranan medical card. Ini bukan soal mewah atau bergaya masuk private hospital. Ini tentang akses cepat kepada rawatan, tak payah fikir panjang pasal duit. Fikiran pun tenang. Inilah yang aku maksudkan bila kata medical card itu bukan luxury, tapi keperluan asas.

Orang kaya, kalau hospital minta RM20K sekaligus, dia ada je duit nak bayar. Tapi orang kaya tetap pilih untuk ada medical card. Sebab orang kaya faham konsep transfer risiko. Dia tak nak duit dalam bank yang sepatutnya boleh dispend atau diinvest, atau boleh diwariskan pada anak, atau boleh digunakan untuk bisnes, habis macam tu je buat bayar bil hospital. Jadi dia serah risiko tu pada syarikat takaful. Bila sakit, syarikat takaful bayar. Duit simpanan dia, kekal.

Kalau orang kaya yang ada berjuta ringgit pun ada medical card, logik ke orang yang cukup-cukup makan ni tak nak ada? Kat sinilah Mr Faiz kata secara logiknya orang yang tak kaya lagi wajib ada medical card. Bila orang kaya sakit, dia boleh korek simpanan. Bila orang miskin sakit, dia nak korek apa? Pilihan yang ada sangat terhad. Samada pergi hospital kerajaan yang penuh dan lambat, atau terpaksa minta sumbangan untuk bayar treatment private hospital.

Orang kaya ada buffer. Bila sakit, dia boleh korek simpanan untuk bayar bil. Cara-cara ada duit pun dia tetap ada medical card sebab dia tahu cash is king. Bagi dia, savings jangan diusik untuk hal-hal yang takaful boleh tanggung. Benda boleh ditanggung buat apa nak bayar sendiri, gitu.

Tapi orang yang cukup-cukup makan? Bila sakit, simpanan dahlah tak banyak, gaji bulanan pun habis untuk belanja rumah. Untuk marhaen macam aku, medical card bukan optional, tapi keperluan asas. Orang kaya pakai medical card untuk protect harta dia. Orang biasa pakai medical card untuk protect diri, keluarga dan periuk nasi.

Aku nak betulkan salah faham tentang "medical card mahal".

Mahal tu subjektif. Kalau kau sanggup bayar RM500 sebulan untuk kereta, RM200 untuk rokok, RM200 untuk Astro dan Netflix, kenapa tak boleh allocate some money untuk medical card? Bezanya, kereta tu depreciating asset, makin lama makin susut nilai. Rokok tu confirm risiko penyakit. Astro dan Netflix cuma hiburan. Medical card? 

Medical card maybe tak guna setiap bulan, tapi sekali kau guna baru nampak beza bayar RM200 sebulan vs bayar RM20K sekaligus. Bila ada medical card, kau boleh fokus pada sembuh. Takde medical card, kau dah sembuh pun masih fikir lagi pasal duit dan hutang hospital.

"Tak apa lah, ada hospital kerajaan kan?"

Betul, Malaysia ada hospital kerajaan. Murah. Kita patut bersyukur. Tapi cuba fikir praktikal. Bila sakit, nak kena tunggu queue panjang, appointment specialist berbulan-bulan, wad penuh sampai kena tidur kat koridor, sanggup ke? Kalau kes kecemasan memang hospital kerajaan bagus, tapi kalau rawatan jangka panjang, nak cepat, nak selesa, bagus kalau ada option lain.

Medical card bagi kita pilihan. Bukan nak kata hospital kerajaan tak bagus, tapi dia ada limit. Dengan medical card, kau boleh pilih hospital swasta yang cepat dan selesa tanpa fikir kos.

Aku selalu bagi analogi macam ni. Bila beli kereta, wajib beli insurans sekali. Padahal probability kereta tu terbakar atau accident tak tinggi. Tapi kita tetap beli insurans sebab kalau betul jadi, kos repair boleh cecah ribu-ribu. Sama juga dengan medical card. Probability dapat sakit memang kita tak tahu, tapi kalau sekali kena, kos dia boleh melingkupkan hidup.

Kalau merasa masih muda dan belum berisiko dapat sakit, itu silap besar. Ada umur 28 kena stroke. Ada umur 5 tahun kena leukemia. Ada perempuan umur 30 kena breast cancer walaupun tak ada sejarah keluarga. Lagi muda kau apply medical card, lagi murah caruman dan lagi senang lulus sebab risiko sakit belum ada. Tunggu umur 40 baru nak apply, caruman dah tinggi. Tunggu dah sakit baru nak apply, confirm kena reject.

Medical card ni bukan untuk diri sendiri saja. Kita selalu ingat bila sakit, yang menanggung hanya diri sendiri. Tapi sebenarnya yang paling susah ketika kita sakit adalah orang-orang terdekat - pasangan dan anak-anak. Maybe parents juga. Kalau ada medical card, at least beban kewangan tu dorang tak perlu carry.

Cerita bab susah payah ni, aku masih teringat-ingat Rayyan patah kaki dulu.

Ni kat PPUM. Tunggu queue nak X-ray dan nak ke wad pun sejam lebih. Ini pun mujur doktor kat Avisena tu refer kes Rayyan pada kawan dia di PPUM. Pakai cable doktor. Kalau walk in? Mungkin setengah hari menunggu.

Bila tengok anak aku kena sidai sejam macam ni, dengan facilities yang tak berapa selesa, dengan tak tau what's next, runtun hati ammak. Tak pasal-pasal aku develop stress. 

Yes, aku pernah stay kat Hospital Serdang 28 hari. Macamlah tak pernah duduk hospital kerajaan orang kata. Itu lain. Itu AKU yang menanggung. Tapi bila anak kena sidai macam ni, aku jadi stress. Stress yang tak tahu nak cerita. Sedih, kecewa, takut, cemas. Semua jadi satu. Belum lagi tengok dia angkat anak aku macam tu je. Padahal dah tahu anak aku patah kaki, tapi entahlah. Maybe itu prosedur biasa for them. Terpekik si Rayyan kaki dia orang angkat takde slow-slow.

Dalam gambar tu, En Wan melayan Rayyan minum air, lagilah aku sedih. Terasa macam aku takleh tolong meringankan sakit anak aku. Masa ni aku dah sakit kepala campur nak muntah. Tengok En Wan penat lagilahhh aku stress. En Wan takut aku rebah, dia suruh aku duduk. Lama gila kena sidai sampai En Wan terpaksa masuk ke emergency mencari nurse yang park kitorang kat luar untuk tanya bila nak hantar masuk wad.

Masa dah masuk wad, Rayyan tanya “Ma, ini bilik adik ke?”

Seram agaknya tengok kenapa bilik dia macam ni? Pastu dia tanya “Ma, cuba check toilet dia ok tak?”

Aku cakap “Tak ok pun takpe sebab adik kencing dalam tong, bukan dalam toilet”.

Dia jawab “Mama checklah dulu. Nanti mama tak selesa pulak nak jaga adik”.

Allah..nak meraung rasa bila anak concern keselesaan maknya. Takut maknya tak nak jaga kalau toilet tak selesa. Lagi sekali rasa nak meraung.

Agen takaful dan hibah korang sedang buat kerja sambil tido duduk macam ni dalam bilik Rayyan. Sedih aku tengok bila Rayyan hantar gamba papa dia tengah buat kerja. Tido pun duduk. Sikit dia tak kabo ke aku susah dia kat sana. Bila aku tanya dia jawab “Abang ok. Di tu kena masuk ofis. Jangan sampai tak masuk ofis”.

Allah..aku mengenangkan tempat tinggal anak and suami gini jangankan nak masuk opis, nak bangun dari katil pun takde semangat waktu tu. Masuk ofis numb semacam. Staff aku pun agaknya ingat aku sakit. Suara aku antara keluar tak keluar je bercakap dengan dorang. Memang takde semangat dah. Lembik rasa. Nak melawan rasa lembik tu yang hazab. Mujurlah 5 hari saja di sini. Bila result lab semua ok, Rayyan ditransfer semula ke Avisena. Barulah segalanya jadi lebih baik. Alhamdulillah.

Inilah yang aku kata tadi - keselesaan dan ketenangan. Bila sakit, campur dengan tak selesa, segalanya jadi tak keruan. At least bila keadaan wad selesa, kurang satu beban fikiran. Boleh tumpu pada proses menyembuhkan.

Kepada yang masih mahu menganjing those yang ada medical card, cuba jawab soalan aku. Kalau esok kau sakit kena bayar RM20-30K, ada duit cash tak? Kalau tak, jangan perlekeh orang yang nak buat medical card. Kau tak nak ambil, itu pilihan kau. Jangan kerana kau dapat agen hauk, claim kau tak lepas, maka kau hasut semua orang jangan ambil medical card.

Ni client En Wan. Accident. Elok je pun claim lepas.

Orang yang merentan kata tak perlu medical card selalunya ada tiga jenis.

Pertama, denial. Merasa dia tak mungkin sakit. Kedua, jenis priority salah. Berhutang kat benda mahal sanggup, tapi untuk health protection dia rasa membazir. Ketiga, tak faham konsep. Dia ingat medical card ni investment, bila tak guna rasa rugi. Padahal kalau sihat sampai tua tak pernah guna medical card, itu good news, bukan rugi.

Aku tahu ada orang memang betul-betul susah sampai nak bayar RM100 sebulan pun berat. Ok takpe. Maybe boleh fikirkan dulu apa yang aku tulis ni. Fikirkan saja dulu.

Macam ni, every month gaji ada 100%. Mustahil 100% tu semua untuk makan, hutang, dan hiburan. Logiknya, mesti ada sikit untuk perancangan jangka panjang. Kalau kereta RM100K pun boleh allocate duit untuk insurans dan roadtax, kenapa untuk hidup sendiri nak gamble? Kalau kata "Takpe, hospital kerajaan ada". Ya, sama macam public transport. Boleh je guna public transport, tapi kenapa beli kereta sendiri? Sebab mahukan keselesaan, nak mudahkan hidup, betul tak? Inilah juga konsep medical card, untuk kemudahan.

Sementara masih sihat, caruman boleh dapat murah, cepat-cepatlah ambil. Jangan gamble dengan masa depan. Hidup ni kita harap dapat Plan A, tapi bersedialah juga dengan Plan B.


2025-09-11

Comparing lifestyle semasa si perempuan masih single dengan kemampuan membeli makeup RM500 vs nafkah selepas kawen RM250 macam tak kena.


Aku jumpa satu video kat IG semalam. This guy cakap pasal suami provider. Ada orang tanya dia berapa gaji seorang suami provider kalau duduk di KL? This guy jawab “Kalau pendapat aku, around RM10K. Tapi kalau RM3K pun ok je. Cuma kalau gaji RM3K, nafkah bini kau maybe RM250 saja. Kesian, barang make up dia masa single dulu pun RM500”

Then ada orang komen “Perfume aku sebotol pun dah RM700”

OK, WAIT!

Aku rasa ada kekeliruan kat sini. Aku rasa yang buat video dengan yang komen sama-sama tak faham apa itu SUAMI PROVIDER. Comparing lifestyle semasa si perempuan masih single dengan kemampuan membeli makeup RM500 vs nafkah selepas kawen RM250 macam tak kena.

Macam ni ya. Konsep suami provider bukan semata-mata pasal berapa ribu gaji. Bukan juga tentang berapa lifestyle isteri semasa single yang si suami boleh cover selepas berkahwin. The whole point of a “provider husband” is tanggungjawab.

A provider bukan maksudnya suami kena fulfill segala kehendak luxury si isteri sampai tak masuk akal. It’s about fulfilling KEPERLUAN ASAS hidup berumah tangga like makan, tempat tinggal, pakaian, kesihatan, and safety. Kalau ada lebih, barulah masuk bab kehendak like high-end makeup, branded perfume, latest handphone, atau holiday overseas.

So bila lelaki tu kata “Kalau gaji RM3K, maybe nafkah isteri hanya dapat bagi RM250 je” aku rasa dia salah konsep.

Nafkah tu bukan fixed amount ikut gaji. Nafkah is about memenuhi keperluan hidup isteri dalam KEMAMPUAN suami. Kalau gaji suami RM3K, tapi rumah dah settle, groceries ditanggung, bil api air dibayar, transport dicover - itu semua termasuk dalam nafkah. 

Nafkah bukan sekadar bagi cash RM250 every month. It’s much broader than that. Kadang-kadang nafkah tu dalam bentuk barang, service, tempat tinggal, bukan semestinya dalam bentuk duit poket. Akan tetapi, kalau suami ada ihsan, bagilah isteri duit cash semampunya.

Membandingkan life semasa isteri single dengan selepas kahwin tu memang tak kena lansung. Masa single, kalau perempuan nak spend RM500 untuk makeup, itu duit dia sendiri. Itu kehendak dia, ikut kemampuan dia. Tapi bila kahwin, tanggungjawab suami bukan nak replicate lifestyle single isteri 100%. Marriage is about compromise. Kalau masa single mampu pakai Dior foundation tiap bulan, tapi lepas kahwin dengan suami bergaji RM3K, mungkin kau kena adjust la. Pilih drugstore brand ke. Takkan suami kena belikan benda yang bukan keperluan sampai dia sendiri tercekik nak bayar hutang sana sini?

Lagipun, dulu masa single isteri pakai duit sendiri beli makeup RM500-700, teruskan je lah beli pakai duit sendiri. Atau kalau suami bagi cash RM250, lebih tu kau topup lah.

Ok macam ni. Anggaplah kita semua naik kereta. Masa single, kita drive sendiri, isi minyak sendiri, pilih kereta apa nak pakai. Lepas kahwin, suami jadi driver utama. Adakah suami kena provide kereta yang sama level dengan kereta idaman isteri semasa single? Kalau dulu isteri pakai Mini Cooper sebab mampu bayar sendiri, adakah suami wajib belikan Mini Cooper jugak? No. Suami provide kereta yang sesuai ikut kemampuan, yang reliable, yang boleh bawak family. Itu essence provider. Bukan replicate lifestyle semasa single.

Yang si perfume-aku-sebotol-RM700 ni pun sama. That’s pure flex dan misunderstanding. Perfume RM700 tu bukan nafkah wajib. Itu kehendak. Kalau isteri nak beli, silakan dengan duit sendiri. Suami provider tak bermaksud suami kena belikan perfume branded setiap bulan. Kalau suami mampu, dan suami nak belanja, itu bonus. Tapi kalau tak mampu, jangan sampai twist konsep nafkah seolah-olah suami zalim hanya kerana tak belikan perfume RM700! Nafkah wajib bukan perfume. Nafkah wajib is makan, pakaian yang basic, tempat tinggal. Kalau suami dah bagi semua tu cukup-cukup, dia sebenarnya dah dianggap lulus. 

Aku rasa ramai yang confuse dengan makna suami provider. Ramai ingat suami provider = provide apa je yang isteri nak. Padahal provider means protector + breadwinner. It’s about responsibility. Kalau suami gaji RM3K, dia still provider kalau dia pandai manage dan cover semua basic needs keluarga. Tapi kalau suami gaji RM10K, selfish, tak bagi nafkah, semua isteri tanggung sendiri, then he’s not provider. So it’s not about angka, it’s about attitude and fulfilment of obligations.

Lagi satu yang orang lupa. Nafkah tu ikut kemampuan. Dalam Islam jelas, suami bagi nafkah ikut kadar rezeki dia. Kalau kaya, bagi lebih. Kalau sederhana, bagi sederhana. Kalau miskin, bagi ikut apa yang mampu. Yang penting ada usaha dan ada tanggungjawab.

So bila lelaki tu dalam video cakap “RM3K gaji, isteri dapat RM250 nafkah” macam dia treat nafkah tu allowance bulanan. Padahal dengan gaji RM3K, kalau suami bayar sewa rumah RM800, groceries RM600, bil-bil RM200, transport RM300 - tu semua dah termasuk nafkah. Kalau ada cash balance sikit, boleh la bagi isteri RM250 untuk personal use. Tapi jangan confuse seolah-olah nafkah berbentuk cash harus mampu tampung lifestyle isteri.

Aku tak tahulah orang lain macamana. Even sampai sekarang, skincare aku pakai duit sendiri. Sebab aku pakai Clinique. Melampau nau kalau nak En Wan belikan. Pernahlah dia bayarkan 2-3 kali, itupun kebetulan time nak beli tu jatuh pada anniversary and birthday. Kalau Clinique aku habis bulan Mac, memang aku bayor sendirilah jawabnya. Tapi aku tak sedih dia tak bayarkan. Sebab aku yang nak pakai. Bila kita yang nak, kita kenalah bersedia membayar. Itu dari fahaman akulah.

Sama macam aku beli Xixili. Tak gamak nak mintak dia bayarkan. Xixili sepasang bra and panty je dah RM250-300. Takkan beli sepasang. Selalu kalau beli sekaligus 3-4 pasang. Dulu zaman pakai Scarlett RM10-15 sehelai, memang dia bayarkan. It’s not kedekut, tapi aku yang tak tergamak nak mintak dia belikan. Tapi kadang-kadang aku mintak dia belanja dalam RM100 gitu. Balance aku bayarlah.

Ladies,provider husband bukan bermaksud suami kena supply segala benda yang kita nak. Jangan letak expectation melampau-lampau melainkan kau tahu laki kau sangat mampu. Gaji suami RM10K sebulan belum cukup mewah untuk kau kikis for your perfume RM700 dan mekap RM500, ya. Percayalah cakap aku. RM10K duduk KL dengan anak 2, belum boleh mewah. Senang yes. Mewah belum lagi. So jangan ingat RM10K tu besau sangat.

Kalau suami cover all basics and he’s responsible, that’s already huge. Kalau nak perfume RM700, belilah dengan duit sendiri. Tak salah. A good marriage bukan bermaksud you stop spending untuk diri sendiri. Jangan salah guna konsep provider untuk demand benda tak wajib.

Actually kalau nak cakap pasal makeup RM500 masa single tu, yang benaunya itu adalah trap. Because makeup RM500 tu bukan keperluan. Maybe masa single dulu perempuan spend banyak sebab nak jaga image. But bila masuk marriage, priority berubah. Boleh beli mekap, tapi rasanya kau dah takkan pakai semua-semua. Beli yg mana perlu je.

Marriage bukan lagi me-maintain single lifestyle. Kalau both pasangan ada duit, then fine, masing-masing boleh contribute. Tapi kalau suami je bekerja, bini tu agak-agak la jugak nak demand. Lainlah kau dapat tangkap lelaki kaya. Ni kalau gaji suami RM10K, dia dudukkan kau kat kawasan double storey elite area, kereta Honda City untuk kau sorang pakai, groceries and barang pasar mewah, setahun sekali berjalan holiday, sebulan sekali makan seafood, anak bini disediakan medical card, tabung haji kau and anak-anak dia contribute, pakai makan cukup, kalau dia bagi nafkah RM500/bulan - pun dah besar rahmat!

Anggap marriage macam buat rumah. Masa single, kau ada bilik sendiri, deco sendiri, ikut style sendiri. Dah kawen, pindah ke rumah baru dengan suami. Suami tu yang provide rumah. Tapi adakah rumah tu kena sama macam bilik semasa single? Tak. Rumah tu mungkin style lain, deco pun dah follow priority, arrangement lain. Asalkan rumah tu selamat, ada basic necessities, bumbung, selesa, that’s enough. Later ada rezeki lebih, boleh la upgrade sofa, beli carpet, pasang aircond. Sama juga macam nafkah. Start dengan basic, then upgrade bila ada rezeki. Bukan jam-jam tu kau nak suami provide semua.

Kepada perempuan yang komen “perfume aku sebotol pun dah RM700”- sis, itu kehendak you. Itu bukan tanggungjawab suami. You nak maintain lifestyle macam tu, kena ada income sendiri. Jangan pressure suami dengan benda bukan wajib. Kalau suami mampu belanja, good for you. Kalau tak, jangan twist konon suami tak provider. Setakat tak beli mekap, tak beli perfume, tak beli henbeg nak dikatakan tak provider, mati bengkok la semua lelaki dalam dunia ni.

Yang lelaki buat video tu katanya belum kawen pun lagi. Hmmphhh. Dik, better explain kat audience yang nafkah tu cover makan, pakaian, tempat tinggal, etc. Because ramai ambil literally and confuse. Nanti perempuan ingat, “La, gaji RM3K, aku dapat RM250 cash je? So nak cash RM2K kena cari lelaki yang gaji RM24K?” Memang good lucklah jawabnya.

Now aku nak touch sikit dari perspektif feminisme and traditional view. Ada orang kata perempuan ni expect too much, tapi actually kita kena pikir samada expectation dia realistic atau tak. Realistic tu bukan “perfume RM700 vs nafkah RM250”, tapi realistic lifestyle expectation.

Dalam tradisional mindset, lelaki provider mestilah tanggung semua. Dalam mindset zaman sekarang pula lelaki provider kena support from A to Z - duit, effort, masa, planning, stability, kemas rumah, masak 🤣. Lately ni pula banyak misunderstanding muncul sebab orang compare dengan lifestyle single, bukan lifestyle married. Masaklah gini.

Kita now berada di zaman yang mana masyarakat dah statt encourage “luxury mindset”. Jadi ramai yang masih expect lifestyle sama semasa dah kawen. Padahal financial capability totally different. So naturally berlakulah clash expectation. And honestly, aku rasa banyak online debate macam ni berlaku sebab orang tak check frame masing-masing. Kalau nak adil, kena letakkan:

lifestyle single
gaji lelaki
tanggungjawab lain
budgeting
planning
holistic contribution

…baru boleh nilai secara keseluruhan.

Kalau tak, memang akan rasa “sikit sangat nafkahnya”, padahal suami dan PROVIDE lebih daripada apa yang kita nampak.

Lifestyle single, lifestyle berkahwin, lifestyle jiran sebelah, lifestyle influencer - semua ni buat kita bias. RM250 nafkah tu cuma salah satu dari total provision. Jangan confuse number in account dengan real contribution.

Video yang aku tengok tu bukan salah that lelaki, comment perempuan tu pun tak totally salah, cuma misunderstanding dari perception mismatch. Konsep “suami provider” sebenar jauh lebih kompleks daripada gaji kasar atau beli barang mahal. Lifestyle single vs married is TOTALLY DIFFERENT.

Aku kalau kena switch role dengan En Wan, aku tak sanggup. Rumah dia bayar. Bil letrik dia. Bil air dia. Bil internet dia. Bil astro dia. Duit van skolah Rayyan dia. Duit tusyen Rayyan dia. Duit belanja skolah dia. Duit poket Redza, dia. Duit tiket flight Redza, dia. Duit nafkah dah tentu-tentulah dia. Duit aku cuma groceries and pasar je. Kereta masing-masing bayar tapi kereta aku dah habis bayar. So basically duit aku tak banyak pakai untuk family. Sebab tu aku tak gamak nak mintak dia bayar skincare dan kehendak aku.

Aku rasa konsep provider husband ni kena difahami dengan seimbang. Provider bukan tentang kaya. Provider is tanggungjawab.

Tadi teman En Wan jumpa client. En Wan kata this husband sign up 6 medical card terus untuk anak-anaknya dan hibah untuk isteri. THIS IS PROVIDER. Tanggungjawab. Bukanlah nak kata ohh mentang-mentang signup medical card dengan laki aku dan-dan provider. Bukan. Maksud aku, provider tu bukan semata-mata pasal duit banyak atau hidup mewah. Tapi pasal ada kesedaran untuk menjaga keluarga sebaiknya, fikir jauh ke depan, dan ambil langkah supaya orang yang dia sayang tak susah kalau apa-apa jadi. Sebab tu aku rasa konsep provider husband ni kena difahami seimbang. Dia bukan tentang siapa paling loaded, tapi siapa paling ambil berat.

Ladies, kalau suami dah jalankan tanggungjawab, you appreciate that! Jangan banding dengan life single or luxury things yang tak wajib. Kalau kau nak lebih, sama-sama contribute. That’s partnership. Suami provide keperluan, isteri boleh top-up kehendak dengan duit sendiri. Win-win. Jangan jadikan marriage macam contract dengan expectation luxury. Itu bukan real life.


2025-09-10

Lelaki yang tak ada pendidikan tinggi JARANG mampu berfikir jauh.


Aku baca kat FB.

“Dulu kan sblm kawin aku nak cerita yg aku jmpe parents in law akuz Pak mentua aku cakap, konon nak backup anak dia, suami aku sekolah kat sekolah budak2 pandai. Sekali aku belek2 fail sijil SPM laki aku , result subjek 5 D. Pandai ke gitu? Yg adik2 perempuan belum kawin ni kan, aku nasihatkan CHECK SIJIL2 bakal suami, sbb nanti bila berborak, jadi stress sbb suami aku ni suka cakap terbalik. Contoh tdi dia nk ckp, kat tanah banyak kaca, tapi dia kata banyak cermin, lepastu dia pelat R. Mcm bersembang dgn orang bodo. Lepastu pemikiran jadi tak sekufu tau, bila kau tgh menyembang psl ni, dia akan respond macam budak2 tadika, soalan dia akan tanya tak henti, apa tu, apa ni..”

Tergelak aku baca confession ni. Nampak macam apabendalah kau ni benda macam ni pun nak mengadu. Kat komen ada yang bash balik confessor ni. Tapi kalau kita berada kat tempat dia, maybe boleh faham apa dia rasa. Sebab dia hadap everyday kot. Benda kecil dan macam tak penting, kalau hari-hari kena hadap, memang HAZAB.

Orang selalu kata, kalau nak kahwin, cari bakal suami yang baik agamanya, ada kerja yang stabil dan ada ciri-ciri lelaki bertanggungjawab. Betul. Tapi ada satu point yang orang tak nampak yang sama pentingnya iaitu perbezaan tahap pendidikan dan cara berfikir. 

Ni aku cakap memilih pasangan lelaki tau, bukan perempuan. Kalau perempuan aku rasa belajar tak tinggi tu normal. Tapi kalau lelaki, belajar tak tinggi selalunya akan efek pada cara berfikir. Selalunya gitu.

Peranan lelaki and perempuan dalam marriage, berbeza. Perempuan tak belajar tinggi masih boleh jadi isteri dan ibu yang baik, asalkan ada adab, ada value, ada rasa hormat dan tanggungjawab. Sebab asas pada perempuan ialah penjaga rumah, dan pembentuk emosi keluarga. Tapi kalau lelaki, cerita dia lain. Lelaki memang Allah takdirkan sebagai ketua keluarga. Ketua bermaksud orang yang memimpin, yang buat decision, yang bawa keluarga ke arah lebih baik. Kalau suami tak ada ilmu, takde common sense, tak ambitious, macam mana nak pimpin?

Kalau lelaki berpendidikan rendah, tapi open minded, mahu belajar, boleh ditegur, boleh ditunjuk-ajar, rajin membaca, dia masih boleh jadi suami yang baik. Tapi itu kes terpencil. Majoriti yang ada sekarang, bila lelaki tak belajar tinggi, cara fikir mereka sempit. 

Ni bukan nak hina lelaki yang hanya ada SPM. But let be honest. Lelaki yang tak ada pendidikan tinggi JARANG mampu berfikir jauh. Dorang tend to fikir benda mudah - kerja cukup makan, buat asal buat, nak enjoy hidup, ikut suka hati, etc. Sebab tu ramai lelaki macam ni masih sibuk nak ber-TikTok buat video bodoh, tunjuk diri konon cool padahal dah umur bapak budak.

Orang perempuan kalau buat perangai macam tu, habis kuat pun orang geleng kepala. Tapi kalau lelaki buat, besar aibnya. Itu bezanya.

Nampak macam tak penting, kan? Maybe akan ada orang akan kata, “Tak belajar tinggi takpe, janji ada adab. Tak semestinya yang ada degree lebih success daripada yang SPM.”

Betul. Tetapi kita bukan tengah cerita pasal adab dan success semata-mata. Kita bercakap pasal kematangan akal, logik, dan cara menilai sesuatu. For that reason aku setuju dengan apa confessor kata iaitu perempuan WAJIB semak education background bakal suami to make sure dia mampu berfikir dengan waras, selevel dengan tahap kita (isteri). Kalau tak, letih! Sebab esok dah kawen bila suami berfikir dan bertindak secara bangang, kau tersepit. Nak ikut cakap suami, terasa bodoh. Tapi kalau ikut, rosak masa depan. Nak lawan, dikata nusyuz. Inilah punca ramai isteri akhirnya terperangkap.

But to be fair, bukan semua lelaki berpelajaran tinggi tu automatik jadi suami yang baik. Ada juga kes rumah tangga lebur sebab suami narsistik, walaupun ada degree, ada kerja bagus, ada kedudukan tinggi. Maknanya, pendidikan tinggi bukan jaminan mutlak. Tapi bezanya gini…

Kalau lelaki tak berpelajaran, risiko untuk rumah tangga jadi teruk lebih tinggi sebab akar pemikiran dia memang cetek. Dia tak ada foundation nak menilai sesuatu secara matang. Banyak decision yang dibuat cenderung ikut emosi, ikut ego, atau ikut-ikut orang/trend. Kalau lelaki ada pelajaran tinggi tapi perangai hauk (contohnya narsistik), itu masalah personaliti. Bukan masalah tahap pendidikan. Orang macam ni memang dari segi mentalnya CACAT. Terlampau ego, suka manipulate, rasa diri hebat. Itu kes terpencil, tapi tetap wujud. Tolong cadangkan kat KKM keluarkan kad OKU untuk orang narsistik, boleh?

Pendidikan bukan semata-mata tentang sijil. SPM, diploma, degree semua tu paper. Tapi proses belajar tu yang membentuk seseorang. Bila kita go thru fasa belajar di peringkat lebih tinggi, kita dilatih untuk guna logik dalam berhujah. Kita belajar beza fakta dan pendapat. Ada beza berhujah dengan cakap-cakap kosong. Kat uni, kalau nak present projek atau assignment, atau nak jawab essay, semua tu latih otak kita fikir dengan sistematik. Lagi tinggi kita belajar, lagi banyak exposure pada idea, orang, culture dan cara fikir.

Berbanding dengan orang yang hanya berhenti belajar setakat SPM, bukan nak kata dorang bodoh. Ada yang rajin, ada yang berjaya berbisnes, ada yang lebih kaya daripada yang ada degree. That is different story: Tapi dalam konteks everyday conversation, decision making, menilai betul atau salah, perbezaan ni sangat sangat obvious.

Contohnya macam confessor tu cakap. Bila bercakap tentang isu logik, orang yang kurang terdedah pada deep thinking akan cepat ambil mudah. Bila ditegur, dia jawab dengan alasan budak-budak, contohnya, “Apa salahnya saya nak menari tengah jalan, bukan buat jenayah pun.”

Nampak tak? Orang low mindset selalunya tak tahu beza antara TAK SALAH dari segi undang-undang dengan TAK WAJAR wajar dari segi maruah diri, akhlak, atau status. Bila duduk berborak dengan pasangan, kita nak rasa seronok, nak rasa boleh berkongsi idea, boleh bincang sesuatu isu, boleh dapat pandangan yang baru. Tapi bila pasangan asyik salah guna istilah, pelat sana-sini, atau takde common sense, kita bukan saja jadi penat, lama-lama rasa hormat boleh hilang.

Aku rasa aku boleh faham apa yang confessor tu lalui. Memang letih bila bercouple dengan orang macam laki dia ni. Contoh dia cakap suami nak kata tanah banyak kaca, tapi sebut tanah banyak cermin. Benda nampak macam kecik, kan? Tapi kalau itu yang dia hadap hari-hari, kau tak rasa ke macam bercakap dengan budak tadika?

Paling menyakitkan hati, some lelaki (suami) dah lah bangang, bila ditegur dia melawan pulak. Apa yang isteri cakap, walaupun logik, dia bangkang. Sebab ego “aku suami, kau isteri, kau kena ikut aku.” 

Jenis suami macam ni dia anggap isteri wajib lagi bodoh dari dia. Kat sinilah bahayanya bila tahap pendidikan tak sekufu. Orang yang belajar tinggi dah biasa dilatih berfikir secara sistematik. Bila jumpa pasangan yang cetek akal, hujahnya jadi tunggang-langgang tapi mati-mati nak menang. Bila berbalah, takde perdebatan yang bijak. Hanya terpekik-pekik takde hujung pangkal. Itulah yang aku hadap dulu. Dia tahu aku ada fakta dan logik tapi disebabkan dia nak menang jugak nanti dia spin ke benda lain yang takde kena-mengena dengan punca asal. Lama-lama dengan aku-aku berjangkit dengan dia punya bangang. 

Dalam rumah tangga, suami memang ketua. Tapi ketua tak bermakna semua dia cakap mesti betul. Ketua yang baik is someone yang rasional dan boleh dengar pandangan isteri. Dia tak anggap isteri “orang bawahan” tetapi teammate. Apa yang isteri kata, dia take into consideration. 

Kepimpinan dalam rumah tangga perlu ilmu, perlu kematangan, dan mesti bijak. Kalau suami takde ciri ni, kau jangan tanya kenapa isteri hilang hormat. Hormat tak boleh dipaksa. Ada lelaki fikir, bila dia jadi suami, automatik dapat hormat. Ingat hormat tu boleh dapat free-free kalau takde sebab? Nak dapat free gift pun ada syarat, lagikan nak dapat hormat. Mestilah ada syaratnya.

Isteri boleh patuh, ya, sebab agama suruh patuh suami. Tapi hormat datang dari rasa kagum dan percaya pada suami. Kalau tiap kali buka mulut, yang keluar manjang je benda bodoh, takde common sense, alasan macam budak sekolah rendah, lama-lama isteri patuh hanya sebab terpaksa, bukan ikhlas. Orang perempuan ni awal-awal je nampak macam kejar lelaki hensem, lelaki kaya, lelaki famous. Boleh kejar yang hensem buat apa pilih yang pecah rumah, ye tak. Tapi hujung-hujung perempuan tetap pilih yang tak menyakitkan hati.

Dapat yang hensem tapi kalau bercakap macam budak darjah 3, lama-lama menyakitkan mata juga. Suami kaya, kalau mindset low class, umpama membela anak kecik yang tak besar-besar. Ramai perempuan takut nak mengaku menyesal kahwin dengan lelaki yang tak belajar tinggi. Nanti dia pujuk hati sendiri “Yang penting hati baik. Orang pandai-pandai ni selalunya berlagak”.

Semua tu betul, tapi kita bukan cakap pasal baik atau jahat atau sombong. Kita cakap pasal keserasian otak. Sekufu dari segi mindset.

Ex aku dulu menganjing budak IT. Dia budak Cognitive Sains. One of aku punya generic course is Basic Computer Science. Dia bengang aku tak ambil subject dari course dia. Dia punya argument “IT buat robot. Kitorang buat Cyborg. Lagi power” [Cyborg tu karakter superhero human + robot].

Tahap-tahap tu je argument dia nak convincekan aku untuk ambil subject faculty dia. Cubalah bagi argument yang bijak sikit. Aku belajar bukan nak buat superhero, bangang! Aku belajar sebab nak belajar. Biarlah aku belajar basic computer tu, ada gak kegunaannya untuk masa depan. Kau dah berjaya develop Cyborg ke, saitan?

That’s why aku setuju berkawenlah dengan lelaki yang mindsetnya sekufu. Yang tahap pendidikannya se-level. Kalau ada peluang check academic certificate dia, check. Ini bukan soal materialistik. Ini soal realiti hidup. Baik macamanapun, kalau akal dan mindset tak selari, masih ada masa nak gostan. Sebab hidup ni bukan sekadar makan tidur. Hidup kita berkongsi idea untuk bina masa depan dan membesarkan anak-anak. Semua tu perlukan teammate yang matang dan sekufu.


2025-09-09

Kerana anak Era Fazira, ramai pulek yang buat post pasal IGCSE.


Kerana anak Era Fazira, ramai pulek yang buat post pasal IGCSE. Kesian makcik ni kena bash. Hahahaha. Aku pun terasa macam nak bash sekali, tapi takpelah. Dah beribu orang hentam dia.
 
Ok mula-mula aku nak jawab ringkas sambungan orang bertanya kat aku pasal subjek IGCSE.

Subjek IGCSE tak kisah nak ambil berapa dan apa. Depends pada apa course yang nak diambil later masa masuk foundation. Ada yang ambil 6, 7, 8…9 subjek pun ada. Anak kawan aku (Nurul) ambil 9 subjek. Dan straight A. Dia apply scholarship Gamuda, and now dah kat Manchester Uni.

MRSM hanya wajibkan 6 subjek saja. Subjek pun MRSM dah tetapkan - Maths, Add Maths, English, Physics, Bio and Chemistry. Kalau dapat all C pun masih boleh apply foundation. Bezanya antara dapat dengan tak je course yang kau nak.

Ramai student dah start ambil IGCSE, tak nak ambil SPM. One thing is, certificate IGCSE ni globally recognized. Kau tercampak kat negara mana pun, kalau ada sijil IGCSE boleh mintak kerja. Lagi satu yang best, IGCSE punya marking system standard seluruh dunia. So boleh nampak samada kau betul-betul menguasai subjek tu atau tak. Sebab pada sijil ada tulis gred dan markah yang didapatkan. 

SPM tak tulis markah. Kita tak tahu berapa range marks untuk setiap gred. Tahun ni gred turun, tahun depan gred naik. That’s why ramai yang muskil dengan result SPM melambak-lambak dapat straight As. Yang trial dapat D, tup-tup SPM dapat A. Hari tu masa result SPM keluar, ada sorang lecturer ni buat post yang dia muskil dengan grading SPM. Katanya bila belajar kat uni, benda yang patutnya dah dikuasai masa sekolah, student masih tak faham. So dia question A yang student ni dapat A yang macamana. Hat ni aku tak nak komen. Biar KPM handle.

Semalam post IGCSE aku (di IG), ada sorang follower DM. Rupanya anak dia pun di KMB ambil IB macam Redza. Tapi anaknya ni junior. Result IB dah keluar last month. Anaknya tak meet requirement untuk fly. Bila semalam aku buat post pasal IGCSE dia kata exam IGCSE memang tinggi pemarkahannya, just like IG. Both memang paper UK. Anaknya SPM straight A tapi tak lepas untuk fly sebab exam IB tak meet requirement.

Bila dia kata “Maknanya Redza memang betul-betul pandai”…Allah, sebak aku baca. Sebak sebab aku boleh rasa kekecewaan dia. Selalunya mak-mak ni bila dah start puji anak orang lain, ada kekecewaan yang dia pendam. Aku faham frustration parents bila anak tak meet requirement untuk fly. Batch Redza dulu ada 60 orang gagal fly. Padahal semua tu bukan tak pandai. Semua straight A SPM. Nak buat camana. Grading Cambridge paper memang tinggi.

Paper IGCSE pemarkahannya sama macam exam kita di sini - /100. Exam IB kiraannya ikut point. Every subjek dinilai dari 1 hingga 7.

* 7 = Excellent (cemerlang)
* 6 = Very good
* 5 = Good
* 4 = Satisfactory (lulus)

Student kena ambil 6 subjek. Maknanya dari exam ni maksimum point is 42. Lagi 3 adalah dari combination TOK (Theory of Knowledge) dan Extended Essay (EE). Jadi markah penuh is 45/45.

MARA letakkan syarat fly mesti capai 35 point. Bawah dari tu akan sambung local. Tetapi, setiap universiti ada syarat entry yang berbeza pula. Macam Sheffield nak 35 point. Birmingham 38 point. Warwick 39 point. Redza dapat 39 hari tu. Dia apply tiga-tiga uni ni. Akhirnya dia pilih Birmingham sebab antara 3 ni, Computer Science Birmingham lebih high ranking. 

Bila dipikir-pikirkan balik, walaupun kita kata syllabus KPM tinggi yang mana anak-anak tak patut belajar syllabus yang terlampau tinggi, HAKIKATNYA entry level ke top universiti jauh lebih tinggi requirementnya.

MARA and JPA hanya hantar student-studentnya ke top 50 universities saja. Dia tak hantar ke universiti Azizan Osman tu. Top 50 ni entry levelnya tinggi. Nak tak nak student memang kena pulun. Kesian memang kesian. Aku tengok Redza masa final year kat KMB hari tu serabut je muka. Rambut dah macam jiban. Aku just cakap kat dia, 2 tahun ni saja pulun. Masuk uni esok, tak se-stress now. 

Betul pun rupanya. Kat sana dia kata sampai nak cari kerja part time sebab tak terbiasa dengan too much free time. Dah rileks sangatlah pulak. Ni tadi bagitahu aku dia apply kerja as clinic assistant. Klinik dalam university. Dibayar £12 sejam. Kerja 15 jam seminggu. Sukatilah. Jangan sampai repeat paper dah. Mau karang bapak kau fly ke sana semata-mata nak sekolahkan kau.

Berbalik kepada post Thread yang kena bash dengan netizen tadi, aku tak rasa dia bitter, tapi lebih kepada nak prove something tentang diri sendiri atau cara dia membesarkan anak. More like to justify pilihan sendiri. Like “I’m different, I celebrate in private”. Maybe dia rasa "anak aku ambil 8 subjek and semua A, tapi tak kecoh!".

The thing is dia lupa, it is anak Era Fazira. Era tu, satu Malaysia kenal. Kalau orang biasa, yes, tak expose result anak mungkin nampak humble. Tapi kalau Era Fazira, lain. Public figure memang automatically jadi perhatian. Orang dah follow journey anaknya dari kecil, jadi bila sampai milestone besar macam result exam, itu naturally jadi public interest. Kalau Era diam pun, followers tetap akan tanya. Jadi benda tu lebih kepada updating people.

Entahlah aku baca post tu aku pun tak faham apa yang dia nak buktikan. Vibe dia bukan bitter, tapi lebih macam nak tegaskan cara dia mendidik lebih humble, lebih grounded, lebih betul. Padahal realitinya, anak dia pun berjaya, cuma dia yang pilih tak share. Kau yang pilih untuk tak nak share so what’s wrong dengan orang lain yang nak share? You tak nak share, that’s valid, tapi tak perlu dibandingkan dengan orang lain. Sebab akhirnya mesej tu nampak macam “Aku lebih mature sebab aku tak tayang result anak”.

Cara celebrate anak masing-masing tak perlukan stamp of approval daripada orang luar. Ada orang celebrate besar-besaran sebab itu memang joy dia. Ada yang buat diam-diam sebab lebih selesa macam tu. Dua-dua valid. Tak ada siapa lebih humble atau lebih grounded semata-mata pilihan berbeza. Anak kau pun berjaya kan, so? Masalahnya apa?