2024-08-07

GreenAard: Punci hempedu dah takde, boleh ambil GC Plus?

Macam biasala kan, selalunya bila dah habis promo, mesti ada yang baru nak buat payment. Hehe. Isokayy. Hari ni aku allow payment sampai 5.30 pm.

By the way, tadi staff aku cakap ada someone nak try GC Plus tapi hempedunya dah dibuang. Boleh ke tak ambil GC Plus dia tanya.
 
Adake orangnya kat sini? Kalau ada, meh aku explain panjang sikit sebab tadi aku brief staff sikit je.

Jawapan aku pada staff aku tadi - TAK BOLEH.

Bukan sebab GC Plus merbahaya, tapi keadaan kesihatan pengguna yang kita concernkan. Bila badan dah takde hempedu, kena lebih careful dalam memilih suplemen, especially suplemen yang melibatkan weight loss. Sebab fungsi utama hempedu is to help mencerna lemak dari makanan. Tapi tidaklah bermakna bila dah buang hempedu, sistem pencernaan tak berfungsi. Hati masih berfungsi walaupun pundi hempedu dah hilang. You punya hati masih hasilkan hempedu, tetapi TANPA PENYIMPANAN. Maknanya setiap kali hati produce hempedu, ia terus disalur ke usus. Jadi, jumlah hempedu yang disalurkan mungkin tak sebanyak bila ada pundi hempedu.

GC Plus, tak merbahaya pun untuk someone yang takde hempedu, cuma our concern is, herba-herba dalam GC Plus ada bahan aktif strong. Mungkin akan bagi kesan yang berbeza kepada orang yang ada masalah pencernaan tertentu, contohnya yang dah takde punci hempedu. Walaupun bahan-bahan dalam GC Plus ada manfaat untuk weight loss, ia MUNGKIN tak bagi kesan yang signifikan to someone yang sistem pencernaannya dah takde pundi hempedu. That's why kita cakap TAK BOLEH AMBIL GC PLUS. Sebab kita nak elakkan masalah di masa depan.

Orang yang dah takde pundi hempedu, progress weight lossnya lambat. Due to takde punci hempedu, supply hempedu untuk cerna lemak maybe tak cukup. Walau bagaimanapun, GC Plus takde bahan berlemak. Jadi, secara teori, boleh je kalau nak ambil. Cuma aku kena highlite awal-awal, orang yang dah takde punci hempedu, proses penurunan berat badan memang slow, ya. So, kalau progress tu macam slow sangat, janganlah salahkan GC Plus.


2024-08-06

Safe nest seorang isteri adalah dengan suaminya


Tadi aku baca satu FB post, ulasan seseorang tentang podcast Dato Siti Nurhaliza. Dalam ulasan dia tulis tentang Dato Siti takkan ganggu kalau Dato K nak berbincang dengan anak-anaknya (anak tiri Dato Siti). Katanya Dato Siti bagi privacy dan tak nak ganggu. Then penulis kata "Ada some perempuan nak bagi suami berborak dengan mertua pun susah". Teringat dulu pernah dapat email luahan hati seorang adik yang katanya kakak ipar asyik masam muka everytime balik kampung suami. Dan kakak ipar juga tak suka adik-beradik suami datang ke rumah.

Ok, meh sini aku nak bagi pandangan aku. Nak pakai tak nak pakai sukati. 

Gambira seorang isteri adalah bergantung pada suami. Suami adalah orang paling dekat dengan isteri. Sebumbung, sebilik, sekatil dan sebantal. Sikap suami mempengaruhi sikap isteri. Jadi, sebelum kau cakap kakak ipar buat muka masam atau tak suka balik kampung suami, kau tanya dulu apa abang kau dah buat kat isteri dia. Aku tak cakap abang kau salah. Aku mintak kau tanya je dulu. Apa abang kau dah buat. Bagaimana sikap abang kau di rumah. Apa layanan dia dalam rumah tangga. Cukup tak nafkah dan belanja yang abang kau bagi. Semua tu ada pengaruh pada sikap kakak ipar, ya.

Kadang tu, abang kau dengan adik-beradik bukan main pemurah. Sanggup berhabis beli itu ini. Nak tunjuk dialah terpaling abang. Dek kerana nak provide kat adik-beradik, perbelanjaan di rumah isteri pula kena tanggung lebih. 

Abang kau nak balik kampung tiap-tiap bulan. Kalau tak balik karang mak kata anak derhaka. Dah balik ke sana kena belikan barang dapur pula, belanja adik-adik makan, bagi adik-adik duit. Walhal minyak kereta balik kampung pun bini tong-tong. Tol bini yang bayarkan. Setiap kali abang kau nak balik kampung, kakak ipar tu kena keluar duit sama. Dahlah kena keluar duit, balik sana jadi maid. Siang malam berpencak kat dapur mengemas itu ini. Karang tak buat, mak kau tuduh pulak dia menantu hantu. 

Adik-beradik suami asal hujung minggu datang bertandang ke rumah. Dah macam takde tempat lain nak pergi. Buat rumah tu macam ada share. Tido baring 24 jam. Rumah bersepah tak reti nak tolong kemas. Makan tunggu dihidang. Masing-masing merasa diri tetamu yang perlu dilayan. Fridge orang tu kau buat macam kau ada share. Suka-suka ambil makanan tanpa kebenaran. Sebab kau rasa itu semua harta abang kau, kan? Padahal abang kau keluar modal beli fridge je. Makanan semua duit bininya.

Pastu kau tuduh kakak ipar takde timbang rasa? Kakak ipar tak suka balik kampung? Kakak ipar tak suka mertua? Kakak ipar berkira?

Hello? Kakak ipar tu dah SUFFOCATED dengan perangai abang kau sebenarnya! Dia nak marahkan mertua, tak boleh. Nak marahkan adik-beradik suami pun tak boleh. Kalau marahkan pun tak jadi apa. Korang kan bengap. Jadi, kakak ipar lepaskan geram pada suaminya. Dia bermasam muka setiap kali balik kampung, sebenarnya dia tengah marahkan suami. Dia buat perangai bila korang datang ke rumah, sebenarnya dia tengah marahkan suami. Dia tak suka dengan mertua pun sebab tengah marahkan suami. Sebab abang kau takde otak!

Nak compare dengan Dato Siti melayan suami, tengoklah pula macamana suami dia jaga luar dalam. Segala benda provide. Nafkah lebih dari cukup. Perbelanjaan tip top. Jangan kata expenses rumah, penjagaan diri Dato Siti lengkap dari atas ke bawah. Patut padanlah kalau Dato Siti melayan anak-anak tiri dan keluarga suami dengan baik dan santun. 

Dalam hal ini jangan ungkit bab ikhlas, ya. Jangan nak kata isreri tak ikhlas dengan suami. Nak kena suami provide dulu baru isteri nak ikhlas. Dah tu? Kata nak hidup bersama, kenalah ada mutual understanding. A healthy relationship is built on mutual support! Both partners should feel valued and supported. Bukan patuh tak tentu arah.

Aku practice partnership dalam marriage, bukan obedience yang tak tentu hala. Tapi tidaklah bermakna aku bangkang the idea that a wife should just obey her husband. Cuma, dalam kehidupan marriage aku, kami memilih untuk practice partnership. Both of us have a say in decisions and respect each other's opinions and feelings. 

Alhamdulillah aku boleh duduk 14 tahun serumah dengan mertua. Bukan kerana aku menantu yang baik, tetapi kerana En Wan memahami. Setiap minggu keluarga En Wan datang visit mok. En Wan tak pernah letak syarat aku mesti layan keluarga dia yang datang. Kalau Kak Ngah datang aku tengah tido, En Wan takkan kejut. Kalau anak-anak sedara En Wan datang aku tengah berehat, dia takkan suruh aku turun buat air atau hidang makanan. Mok ada. After all dorang datang untuk jumpa mok. Jadi, mok handle. 

Even kalau keluarga dia datang ketika kitorang dah plan nak keluar berdua, En Wan tetap bawa aku keluar. Yang kat rumah, pandai-pandailah bawa diri. Nak apa-apa sila minta mok. Jadi bila sesekali keluarga bagitau nak datang, aku tak berkira nak memasak macam buat kenduri, atau order makanan, atau provide itu ini. Sebab ada win-win. Sometimes lepas aku masak beria untuk sambut orang datang, nanti malam-malam En Wan ajak aku lepak mamak pekena cheese naan, berdua. Reward katanya sebab melayan family dia.

So please jangan cepat sangat nak berburuk sangka dengan kakak ipar atau menantu perempuan. Mana ada orang buat perangai takde hujung pangkal? Mesti ada sebab. Dan selalunya sebab itu adalah kerana suami takde timbang rasa. Kalau suami layan baik, emosi isteri akan jadi strong. Isteri jadi tak mudah sentap, tak mudah merajuk, dan tak mudah buat perangai. Safe nest seorang isteri adalah dengan suaminya - security, comfort, and emotional safety. Kalau suami berlaku adil pada isteri, konfem isteri takkan berkira-kira melayan suami dan keluarga suami dengan baik.


2024-08-05

GreenAard: Kalau stop ambil Gloei macamana?


"Kalau stop ambil Gloei macamana?"

"Macamana" tu maksudnya apa. Adakah nak tanya if stop Gloei kulit jadi kusam semula? If ini soalannya, jawapannya adalah - ADA KEMUNGKINAN.

Kena faham yang manfaat Gloei TIDAK KEKAL. Sebab apa tak kekal? Sebab ini adalah makanan tambahan. Dalam Gloei ada bahan aktif yang fungsinya khusus untuk stimulate badan hasilkan kolagen. Walaupun bahan-bahan aktif ni ada dalam tomato, nenas, vitamin C, saffron, chamomile, tapi kandungan bahan aktif dalam Gloei TAK SAMA dengan kalau korang makan di luar. Maksud aku, ekstrak bahan aktif yang kita ambil dari tomato adalah optimum untuk stimulate badan hasilkan kolagen. Tak sama dengan kau makan sebiji tomato. Untuk dapatkan percentage Lycopene (bahan aktif dari tomato) yang sama dengan Gloei, maybe korang kena makan 7-8 biji tomato sehari.

That's why, benefit Gloei akan terhenti bila stop ambil Gloei. Badan mungkin akan kembali kepada keadaan asal slowly sebab bekalan nutrien tambahan dari Gloei dah takde. Jadi, kalau nak stop Gloei, pastikan diet yang korang ambil everyday ada nutrient-nutrient macam Gloei so that badan tak putus supply of that nutrient. Kolagen yang terhasil masa ambil Gloei takkan hilang serta-merta, tapi penghasilan kolagen akan menurun, especially bila umur bertambah, ditambah lagi dengan everyday punya stress.

Again, JANGAN ambil Gloei melebihi dos yang dah ditetapkan. Setiap sachet kita dah ukur percentage setiap bahan-bahan so that dia 'tembak' tepat untuk rangsang penghasilan kolagen badan. Sebab kita dah kira kebarangkalian the same nutrient yang mungkin ada dalam diet seharian korang. Banyak-banyak nutrient yang sama dalam badan bukan boleh buatkan kolagen dihasilkan lebih banyak. Hanya akan stresskan badan lagi ada. Yang penting KONSISTEN, dah memadai.


2024-08-04

Orang yang betul-betul kaya tak hidup macam kayangan pun.


Yang share link kat aku pasal crime Kim Seri, thank you. Dah baca. Tapi malas dah nak ulas sebab baru semalam aku tulis pasal influencer. Penat betul tahun ni berderet-deret kisah influencer.

Ni tadi alang-alang aku tulis pasal influencer, ada orang bagi aku ni screenshot sebelah. Pasal influencer juga katanya. Entah aku tak kenal siapa. Ramai nau influencer menjak dua menjak ni. Ntah hape yang dia influencekan pun aku tak tahulah. Yang pasti patternnya sama — tunjuk hidup lavish, ujung-ujung kisah yang sama.

Macam yang aku pernah cakap hari tu. Sebenarnya orang yang betul-betul kaya tak hidup macam kayangan mana pun. Aku ada contoh terdekat. Makcik-pakcik aku yang keturunan Al-Sagoff tu semua kaya old money, ya! Dorang bukan kerabat ke enam atau ke tujuh. Bapak dorang Syed Abdul Rahman Al-Sagoff. Kawen dengan arwah nenek aku. Tinggal dalam rumah agam yang bagai kota di dalamnya. Kota mean kawasan tu adalah compound Al-Sagoff only. Makcik-pakcik aku tu sampai sekarang dapat royalti dari government Singapore sebab kekayaan Al-Sagoff dulu. Sebab tu bila aku kata makcik pakcik aku kat Singapore tu kaya, aku memang memaksudkan dorang memang kaya! Old money punya kaya. Tapi takde de aku tengok dorang from top to toe macam nak rak berhias bergaya. Mewah memang mewah tapi gaya hidup biasa-biasa saja. Sebab apa? Sebab dorang dah biasa kaya. Orang kalau dah biasa kaya, tak gelupur.

Makcik aku Wan Salmah Al-Sagoff, kawen dengan saudagar Pakistan keturunan Qureshi. Bergabung meletop dia punya kaya. Mak Aji cakap bapak mertua aunty Salmah ni dorang panggil Habib. Mak Aji cakap “Habib tu dulu setiap pagi sebelum pegi kerja mesti stop dulu kat rumah aunty Salmah hanya untuk bagi 50 dollar kat Abang Yoz" (cousin aku). EVERYDAY kau!! Aku nak dapat allowance RM50 sebulan dari mak bapak aku pun jauhhhhh.

Abang Mak Aji, Uncle Fadil Al-Sagoff, tahun 80-an dulu datang Malaysia bawak sport car dia. Dia datang sorang nak jumpa adik-adik. Dia angkut anak-anak sedara dia yang macam loktang ni — Ibal, Ridwan, Anuar — naik, bawak round satu Bangi. Bumbung kereta bukak. Budak-budak ni terpekik-pekik kesukaan. Tak pernah jjmpa kereta terbukak bumbung kauuu. Berapa kerat sport car rakyat ada tahun 80-an? Tak banyak, sebab orang kaya belum ramai.

Aunty aku pernah tido sebilik dengan aku masa dia datang Malaysia. Masa tu aku sekolah menengah. Lepas gosok gigi, aku tido. Dia tanya “Eh? Takde pakai krim-krim dulu ke sebelum tido?”

Aku tak tahulah nak nangis ke nak gelak. Aku pakai krim??? Bedak pun aku tak pakai, lagikan krim 🤣. Kalau aku rutin pakak krim dari kecil nescaya aku dah kawen anak raja dah sekarang punya jelita-nya aku. Tapi tu lah…ginilah… dapat pun yang annoying.

Aunty aku picitkan sikit krim Clarins dia kat aku. Pastu another krim lagi, Clinique. Pastu dia spraykan perfume - Beautiful. Rasanya ini Elizabeth Arden. Feeling betul aku tido malam tu. Tegak je tido sebab tangan leher semua dah sapu krim 😆. Maklumlah tak biasa. Kerana aunty aku ni lah aku berazam nak pakai Clinique bila besar nanti.

Aku nak cakap itulah. Orang yang biasa kaya ni, dorang memang mewah. Mampu duduk rumah besar, travel the world, beli itu ini tapi GAYA dorang biasa-biasa je. Aunty and Uncle aku yang Al-Sagoff tu hari raya pakai jubah je, sebab tradisi dorang gitu. Takde de merelip sarat bagai nak rak macam kita-kita ni.

Tak. Bukan maksudnya kita takleh pakai apa yang kita teringin. Boleh. Cuma bila try too hard nak nampak macam kau tu rich and berkelas tapi hakikatnya orang tahu kau tak kaya mana pun. Kau hanya push the limits and struggle nak nampak kaya. Lek-lek dahlah. Takde siapa kisah pun kita ada apa. Sumpah, takde siapa kisah. Nak impress sape tak tahulah. Cuma tu lah, zaman media sosial kan. Lagi banyak menetap online dari offline. Terpaksa la tunjuk segalanya. Karang orang tak tahu pulak life dia good ke tak.


2024-08-03

Kita loyal fans. Bertahan dan teruskan!



Boleh la pulak aku termenangis semalam bila nampak video ni. Sedih sebab aku proud aku hidup zaman ni, aku ada masa zaman Leslie mendonia, aku support and jadi fans dia sampai sekarang! Zaman tu dialah yang paling mendonia sekali. Asia ni memang dia pegang. Zaman tu orang lain payah nak tembus pasaran negara orang lain, dia sap-sap soi je masuk Korea, Jepun, Malaysia, Indo, Singapore, Thailand, etc. Until now Leslie Fanclub di Korea masih lagi strong. Besar tak besarnya pengaruh dia di Asia dulu.

Tak menyesal lansung aku bertahan walau kena marah dek Mak Aji. Poster Leslie yang pertama kena koyak dek dia, aku cantum-cantumkan balik. Walaupun menangis masa susun-susun balik poster tu, I IS DON’T CARE!! Kita loyal fans. Bertahan dan teruskan! Aaa gitu.

Hari tu ada someone tanya "Kak Di sure ke Kak Di pilih En Wan bukan sebab ada iras Leslie?"

Hahahah. Celah manaaaa Leslienya pak incik aku tu? Tapi kalau ada iras-iras cina tu aku setuju. Baru-baru ni gi kedai, cina kat dalam akedai tu rilek je speaking Mandarin kat En Wan. Gelak je aku. Gini punya muka pun ada orang ingat dia cina ke?

By the way, perempuan sebelah tu Jun Ji Hyun ya anak-anak sekalian. Bukan main cantik and popular dia now. Dulu masa interview Leslie kemek-kemek lagi mukanya 😂. And see so humble-nya Leslie. Dia sendiri yang suggest dipanggil Ahjussi. Takde dia hadapnya orang panggil dia Oppa. Dia sedor diri. Walaupun dengan gaya dia masa ni tak berapa Ahjussi pun. Oppa pun boleh lagi ni.


2024-08-02

Happy bila kawan, happy dengan apa yang dia ada.



Video Oprah ni tadi, aku teringat baru-baru ni aku ke Penang with Dusty Pink Tits. Ada someone DM. Dia cakap "Kawan-kawan Kak Di semua pakai branded henbeg. Kak Di pakai beg Uniqlo je. Memang Kak Di sengaja pakai beg tu ke?"

Laju-laju aku kelebet balik post IG. Check henbeg kawan-kawan aku 🤣. Tak nampak. Kena zoom in and out baru nampak. Dalam hati aku kata "Rajin betul dorang ni zoom in zoom out gambar nak check henbeg". Aku 3 hari dengan dorang lansung tak perasan henbeg apa dorang pakai. Hahahaha.

Baru aku perasan hari tu Ina pakai Coach. Hele pakai Polene. Cheq pakai Chanel. Diana pakai Uniqlo. Mbahahahaha.

Ya, aku memang sengaja pakai Uniqlo sebab aku rasa selesa nak berjalan dengan henbeg tu. Ini henbeg aku beli semata-mata nak ke pi Paris hari tu. Mudah, selesa and boleh peruk banyak barang. Kalau aku bawak henbeg lain, material dia kejung. Macam branded henbeg yang aku ada, material dia kejung. Nak sumbat banyak benda takleh. Kita nak berjalan dengan kaki ni banyak benda nak sumbat - power bank, henfon, wet tissue, lipstik, compact powder, stevia, strepsil, ponston (kot-kot pening jalan tengah panas), bam gamat - oi banyak! Jadi biar aku pakai beg yang boleh sumbat banyak benda.

Apa lah yang dikisahkan kawan-kawan kita pakai branded stuff apa. Bukannya orang lain, member sendiri. Tak tahulah orang lain camana. Aku memang tak kisah sangat apa orang lain ada. Sometimes apa yang orang lain ada tu, aku yang taknak. Jadi buat apa nak rasa rendah diri, ye tak? Kita buat apa kita selesa. Kita pakai apa yang kita nak.

So far Dusty Pink Tits are ok. Kitorang boleh sembang apa-apa je tanpa ada rasa rendah diri. Macam hari tu, Hele cerita dia beli new BMW. Sebab BMW yang dia pakai dah lama. Kitorang yang excited, "Warna apa?" "Model apa?" "Bila sampai?" Semua excited. Entahlah, maybe inilah yang dikatakan TRUE FRIENDS. Happy bila kawan happy dengan apa yang dia ada. Jealous dengan kawan sendiri ni entahlah. Bagi aku, kalau ada kawan kau yang jealous dengan kau, itu bukan kawan. Itu spy namanya. Jenis ni dia berkawan sebab nak compete. Dia nak jadi terpaling best. Bukan takde orang macam ni. Ada.

Sepanjang aku jadi blogger ni, beberapa kali dah aku jumpa perangai gini. Berkawan hanya sebab aku blogger. Tengah melepak ramai-ramai, pastu ada orang berhenti kat meja dan tegur "Assalamualaikum, ni Kak Di kan?" Eh, dia bengang pulak bila ada orang tegur aku tapi tak tegur dia. What do you expect? Dah orang tu baca blog aku. Takkan kau expect satu Malaysia punya blog dia baca? Bila merasa being a blogger tu macam jadi STAR, gitulah. Nak expect orang sanjung. Pastu sakit hati bila member dapat attention lebih. Letih aku berkawan dengan orang macam ni. Tak sincere lansung.

Ada jugak "kawan" aku yang berkawan dengan aku sebab nakkan opportunity. Bila opportunity tu dia tak dapat, startlah dia burukkan kita kat belakang. Jenis-jenis inilah juga yang bengkek dengan kau 24/7. Kalau tetiba kau dengar orang yang tak kenal kau boleh riuh bercakap pasal kau macamkan dorang kenal kau in and out, percayalah dalam crowd kau ada "kawan" yang sebenarnya musuh dalam diam.


2024-08-01

Daripada hidup terluka 40 tahun, baik hilang je suami macam ni.



Komen suami kat screenshot sebelah tadi, entah kenapa aku rasa kesian kat wife dia. Aku berharap isteri dia bekerjalah hendaknya, bukan suri rumah. Sebab “masukkan dalam saving isteri RM5, RM10 atau RM50 sebulan untuk simpanan masa depan” is seriously KEJAM. Komen pun nampak sombong. RM5 sebulan simpan untuk bini pastu berangan itu untuk masa depan? Kau ni mental ke apa, bang.

Apa yang dia dah sediakan tu kebanyakan rumah pun ada. Vacuum cleaner. Cerek elektrik. Mesin basuh. Periuk letrik. Itu semua benda basic zaman sekarang. Payah nak jumpa rumah yang takde periuk nasi letrik and mesin basuh zaman sekarang ni. So apa yang bangga sangat dengan “SAYA DAH SEDIAKAN SEMUA”?? Zaman sekarang, kalau rumah takde mesin basuh dianggap pelik. Jadi bila rumah kau ada mesin basuh, that's normal. Bukan mewah pun tu. Faham?

Dalam satu buku Ustaz Kazim yang aku pernah baca, dia tulis - cash money tak wajib suami beri pada isteri sekiranya suami dah sediakan segalanya. SEGALANYA tu bukan sekadar basic, ya. Dan bukan juga sekadar barang keperluan rumah, tetapi keperluan peribadi isteri. Keperluan asas tu yang macamana? Makanan, pakaian, dan tempat tinggal. Now, perubatan dah jadi keperluan asas yang setiap suami wajib sediakan. However, this responsibility doesn't stop there. Keperluan peribadi isteri kena ambil kira juga. Bini kau bukannya whiteboard. Dia pun perlu keperluan peribadi macam beauty products, personal care items, pakaian yang selesa dan sesuai dengan keadaan, dan juga hiburan yang tak melanggar syariat. Ada kau provide dalam "SEGALANYA" tadi?

Look. Semua keperluan ini memanglah ikut kemampuan suami. Islam tak membebankan seseorang di luar kemampuannya, tetapi, seorang suami perlu berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi tanggungjawab ini. Nafkah dari suami bukan sekadar sediakan keperluan asas, tapi memastikan isteri rasa dihargai dan dijaga dalam semua aspek kehidupan.

Dari pengkomen ni menulis, apa yang aku nampak, dia tahu tak salah pun kalau nak bagi cash sekiranya mampu, tetapi dia memilih untuk MENGHASUT suami-suami di luar supaya jangan memanjakan isteri dengan cash. You know why? Sebab dia TAK MAHU bagi wife dia cash. Itu sebab sebenarnya!

Hinanya bila dia ajak para suami bagi isteri RM5 saja sebulan. Kau ingat suami-suami kat luar tu kedek macam kau? Jenis laki macam ni dia merasa dah provide banyakkkkkk sangat dalam rumah tangga, maka isteri tak layak dapat lebih dari apa yang dah disediakan. Selalunya suami yang macam ni adalah breadwinner of the family. Tanggungan besar. Sebab tu aku cakap perempuan tak banyak sikit mesti ada income sendiri. Sebab suami adalah manusia. Manusia ada perangai. Datang angin gila dia tak nak bagi kau cash money, mati kutu nanti. Isteri yang tak bekerja, sementara laki korang masih siuman, pujuklah dia hantar korang belajar memandu. Ambil driving licence dulu. Ini penting.

Lepas grad, Mak Aji hadiahkan kereta Kancil. Tapi masa tu aku takde lesen. Nak lesen pakai duit sendiri dia kata. Tapi aku tak nak ambil sebab waktu tu tak nampak lagi keperluan. Bila dah kawen, En Wan hantar belajar driving. Sebelum register class, setiap malam dia ajar aku driving kat shop houses area USJ21. Area tu masih kosong. Sesuai untuk belajar. Belajar waktu malam pulak tu. Dahlah garang. Drive sambil nangis kena marah sebab bengap sangat terkial-kial 😆. By the time masuk kelas driving, aku dah familiar dengan stereng kereta. Satu kali test, lulus.

Pastu nanti dah ada lesen, pujuk suami belikan kereta second hand. Biar second hand, asalkan nama kereta tu atas nama kau. Pujuk pelan-pelan. Alah, nak pujuk suami sendiri takkan itu pun aku nak ajor. Cakaplah, kalau ada kereta at least kau boleh hantar and jemput anak ke sekolah, tak susahkan dia. Boleh jimat duit bas sekolah. Kalau ada emergency kau ada kereta untuk gerak ke sana sini. Nak ke pasar pun tak payah susahkan dia, kau boleh settlekan. Dia boleh tumpu pada kerja. Gitu ayatnya. Percayalah cakap aku, suami-suami kita semua lembut hati. Kena ada cara je.

Cash money tu tak banyak sikit, usahakanlah dapat dari suami. Janganlah RM50 oiii. Kejam sangat. Yang ni kau pandai-pandailah adjust. Cash di tangan sangat penting. Sebab apa? Sebab kita hidup berkeluarga. Ada kenduri-kendara, nak hulur sikit. Nak visit relatives, bawa buah tangan sikit. Nak balik kampung, hulur sikit ke mak bapak. Semua nak pakai duit. Selalunya bila cash takde kat tangan, we tend to tak bercampur orang. Lama-lama jadi kera sumbang. Entahlah, aku takleh terima suami yang tak bagi cash kat isteri. Kalau isteri bekerja maybe ada ampun sikit. Kalau isteri tak bekerja, how? Kesian.

Aku pun tak terima cash dari En Wan. Sebab kalau cash ada kat tangan konfem aku kerjakan nanti. Jadi aku minta dia bagi dalam bentuk savings and investment. Setiap bulan nafkah dalam bentuk itu. Yang ni barulah boleh dikatakan "untuk masa depan isteri". Bukannya masuk RM5 sebulan pastu berangan bini boleh survive esok dengan RM5 kau tu. Hampeh. 

Aku harap lelaki ni dah sediakan hibah RM500K untuk isteri. Kalau tak, sadaqallah la bini kau nak survive dengan simpanan RM5 sebulan. Lelaki macam ni yang perasan berkuasa penuh atas isteri, dia lupa agaknya one day dia akan mati. Once kau mati esok, tunggang-terbalik anak bini nak survive. Dibuatnya mak bapak tuntut segala harta faraid, apa je yang tinggal kat bini? Ditambah pula dengan hutang kau bini nak settlekan. Cukup RM5 sebulan tu? Coli pun RM15 sehelai bang. Itu cara-cara coli kat longgok-longgok tau, bukan yang gantung punya. RM5 my foot!

Aku menyampah dengan lelaki yang bangga cakap "Lelaki berkuasa penuh dalam keluarga". Sangat ketara dominant attitude-nya. Jenis ni tak respect opinions atau perasaan other family members. Jenis yang kalau buat decisions ikut kepala dia sorang without considering anyone else’s input. Perasaan dominan inilah yang kendian jadi keangkuhan. Merasa diri terpaling hebat dan terpaling tau semua dan lebih berhak daripada yang lain. Dia rasa bila dia berkuasa, keluarga jadi bahagia sebab macam dia provider and protector padahal dialah punca takde ketidakseimbangan in the family relationship.

Dalam sebuah keluarga, keadilan is key to harmony. Lelaki yang merasa dia ada kuasa penuh SELALUNYA tak berlaku adil dan tend to abaikan keperluan dan hak isteri dan anak-anak. Seorang suami patutnya jadi pemimpin yang adil, bukannya diktator! Dalam Islam, suami memang ketua keluarga. Tapi menjadi ketua tak bermakna kau berkuasa penuh atas orang bawah. Ketua yang baik bukanlah seorang bos, tetapi leader. Leadership in Islam emphasizes fairness, compassion, and shared responsibility. Ketua keluarga yang baik adalah yang mendengar, yang memahami, dan berlaku adil kepada semua ahli keluarganya, especially suri hati sendiri.

I have no idea macamana isteri yang ada suami macam ni bertahan duduk serumah bertahun-tahun. Tido sekatil pulak tu. Nak melayan dia lagi. Uii, I is kenot. Daripada hidup terluka 40 tahun, baik hilang je suami macam ni. Aman.

2024-07-31

Tak ada menantu yang nak duduk serumah dengan mertua, apetah lagi duduk di rumah kepunyaan mertua.


Last week Pak Aji kena denggi. Masa kena tu, weekdays. Schedule aku terlalu padat. En Wan pula masih di Beijing masa tu. Tak dapat nak balik jenguk, jadi segalanya diupdate through whatsapp family. Everyday tanya result darah Pak Aji. Bagi suggestion apa yang perlu Ibal cari - daun betik, ketam, 100 Plus, etc. Aku whatsapp makcik untuk carikan daun betik. Alhamdulillah, selepas 4 hari, doktor kata tak perlu check darah dah, semua bacaan dah ok. Sabtu lepas balik Bangi, Pak Aji dah makin sihat. Dah ada selera makan, cuma masih lemah sikit-sikit. Belum kuat betul.

Itu screenshot CT update dalam group dia tengah buatkan sup ketam untuk Pak Aji.

Inilah yang pernah aku cakap dulu. Dalam apa juga keadaan, aku and Ima akan backing CT. Kalau Mak Aji bising-bising, aku and Ima akan sedaya-upaya sebelahkan CT. Bukan tak ambil kira komplen mak sendiri, tapi aku kenal mak aku. Just like aku pernah tulis berkali-kali, adik ipar kita tu adik lelaki kita yang ambil bawa masuk dalam family kita. Pasti ada cara dia yang keluarga kita tak serasi. Tapi kalau dia berusaha untuk buat yang terbaik dengan cara dia, kita belajarlah untuk terima.

Bapak aku sakit, aku and Ima sendiri tak balik jenguk hari-hari. Tapi CT, seorang menantu willing jaga and masakkan untuk bapak aku. Mak bapak dia kat kampung pun dia tak jaga tau, tapi dia jagakan bapak mertua. For that, aku bersyukur. Tu yang kadang-kadang kalau Mak Aji cakap "CT sekarang asyik balik kerja lambat". Aku terus slash "Kalau mama tak larat nak jagakan anak-anak dia, suruh Ibal balik awal uruskan anak".

Setiap tulisan aku tentang isu mertua-menantu always nampak macam aku sebelahkan menantu. Bukan kerana aku adalah menantu yang menjaga mertua, tetapi kerana aku realize ada menantu macam CT yang berkorban banyak. 

Look here. Mana ada menantu nak tinggal serumah dengan mertua. TAK ADA! Tak ada menantu yang nak duduk serumah dengan mertua, apetah lagi duduk di rumah kepunyaan mertua. Tak ada privacy satu hal, berasa menumpang harta orang lain satu hal lagi. Lepas tu kena sentiasa menjaga hati orang tua. Nak melepak-lepak karang dikata menantu tak boleh diharap pulak. Serba salah jadinya.

Ipar-duai pun ada yang takde otak. Mentang-mentang adik ipar kau duduk rumah mak bapak, kau serah bulat-bulat untuk dia jaga mak bapak kau. Kau ingat dia babu? Berapa kau campak duit sebulan untuk dia tengok-tengokkan mak bapak kau? Jangan kata nak hulur duit, brooch sebijik pun takde kau beli untuk adik ipar tu. Kadang bila dengar cerita si polan kata kakak ipar dari neraka, atau menantu dari neraka, benda yang perlu ditanya dulu adalah, apa benda yang kau dah buat sampai kakak ipar berperangai macam tu? 

Secara lojiknya, kakak ipar adalah orang luar. JARANG orang luar yang masuk dalam keluarga kita nak buat perangai, melainkan kita dah push her limits. Contoh paling mudah nak tengok, kalau kau adalah group 1st intake di SBP. Selepas 3 bulan, masuk another 3 new student. Yang 2nd intake ni takkan buat perangai punya. Sebab dorang tahu dorang adalah minoriti. Same goes tu ipar yang baru masuk dalam keluarga kita. Dorang takkan buat perangai neraka bagai dikata melainkan keluarga kau yang neraka.

Masa awal-awal kawen dulu, aku macam masuk dalam dunia yang berbeza. Walaupun aku orang Selangor, aku biasa makan laksa Johor. Aku biasa makan soto. Mak Aji biasa masak Laksa Penang. Tapi bila kawen dengan En Wan, aku baru kenal nasi dagang, nasi minyak, ketupat palas, singgang, dan seangkatan dengannya. Everything was new to me, especially the dialect. Setiap kali bersembang dengan keluarga dia, aku pastikan En Wan kat sebelah. Supaya aku tak terbangang-bangang bila tak faham. 

Masakan sana lansung aku tak pandai nak buat. Cara mok goreng ikan pun lain. Aku lumur garam and kunyit saja. Tapi mak perah asam and lumur cili blend sekali. Goreng ikan pun berbeza, apetah lagi masakan lain. Jadi, untuk minimizekan kebodohan aku, aku ambil part lain seperti belanja KFC, A&W, belikan snek-snek, dan belanja makan kat luar. Mujurlah mok and Kak Long faham. Kalau dapat mertua lain, entah-entah mampus aku dah dinerakakan.

Selang beberapa tahun, giliran aku pula dapat adik ipar pantai timur. Seolah-olah perkahwinan aku to someone from the east coast was a way for me to understand what it’s like when someone from the east coast joins my family. Sure CT pun rasa terasing awal-awal dulu. Apetah lagi bila dia kena duduk dengan mertua. Aku boleh faham apa yang dia rasa. Sebab itu aku and Ima cuba buat CT tak merasa left out. Nasib baik CT tu jenis cepat blend dengan semua orang. Cousin-cousin aku semua rapat dengan CT. Dalam banyak keadaan, Ibal yang selalu kena bash dengan aku and Ima berbanding CT. Apa-apa hal aku salahkan Ibal dulu.

Mak-mak kita ni kena "disound-soundkan" juga. Kadang mak kita ni bias. Kalau menantu laki layan anak perempuan dia baik-baik, bukan main lagi seronok. Tapi kalau anak lelaki dia memanjakan bini, ada je yang dia tak puas hati. Mak Aji tak terkecuali. Kalau Ibal keluar berdua dengan CT, kejap-kejap dia bising "Ni mana budak-budak berdua ni pergi tak balik-balik?". Cuba kalau aku up whatsapp status gambar staycation berdua dengan En Wan. Sikit dia tak tanya "Anak kau siapa jaga?" Sebab dia tahu konfem mok yang jaga. Tu yang kadang aku cakap "Biarlah Ibal nak dating dengan bini dia. Bukannya hari-hari. Wedding anniversary setahun sekali. Bila lagi nenek nak bonding berjaga malam dengan cucu. Nilah masanya" 😆

Akiu berharap aku boleh jadi mertua yang baik. Tapi syarat aku tetap sama, iaitu dah kawen sila pindah duduk rumah lain dan aku tak nak jaga cucu. Anak sendiri, sendiri jaga. Kerana aku adalah nenek yang umur 70 masih nak staycation dengan atok. Gitu. 


2024-07-30

K-Drama, J-Drama and C-Drama


Dari observation tengok K-Drama, J-Drama and C-Drama, drama-drama dorang ada jalan cerita yang menarik. Aku tak banyak tengok K-Drama. Aku kan bias. Dari umur 12 tahun melayan cerita cina. Now masih prefer cerita cina. Tapi takpe, akan diusahakan tengok lebih banyak K-Drama nanti. So far romance genre untuk K-Drama, J-Drama and C-Drama semuanya best-best. Kisah cinta dorang tu sampai. Senyum sorang-sorang tengok. Sakit mulut aku nak habiskan 25 episod tersenyum-senyum macam pompuan gila.

Cerita melayu susah nak dapat yang sweet-sweet macam ni sebab culture dan agama kita tak mengizinkan. Sebab tu payah nak feel bila melayu buat cerita cinta. Tak real. Sebab tak dapat nak realisasikan jalan cinta sebenar. Tu pasal melayu kalau buat cerita cinta mesti banyak konflik. Sebab kita tak boleh nak penuhkan dengan elemen-elemen yang sweet.

Macam C-J-K-Drama, lain. Dorang boleh tunjuk kissing scene, cuddling scene, hugging scene. Real love like this sangat dekat dengan kisah cinta realiti. That's why drama series dorang boleh pergi jauh, walaupun language berbeza. Takde barrier lansung. Because love stories have no boundaries. Selagi kisah tu sweet and real, konfem mendonia.

Lagi satu yang aku perasan kalau puak-puak dorang buat romance drama, tenanggggg je jalan ceritanya. Most jalan ceritanya adalah berkisarkan tentang kisah cinta dorang - how they develop their feelings, how they navigate their love life, and how they fill their moments together with cooperation and mutual understanding. Tenang tau tak, tenang. Takde pun konflik macam nak rak. Kalau kisah cerita kita ni kemain lagi ributnya. Orang ketigalah, mak bapak bangkanglah, kena racun, kena aniaya, kena simbah asid, ujung-ujung hilang ingatan pulak. Eh penat tau tak! Bila anak dara kita kawen dengan Bangla, kau kecam. Dah tu kalau ditunjukkan jalan cerita cinta orang melayu macam nak kiamat, camana?

Tapi tak katalah. Dah kalau adegan sweet-sweet takleh bubuh banyak sangat, terpaksalah bubuh adegan neraka dunia. Tu yang aku mengelak tengok drama melayu. Dari episod 1 sampai last episod asyik menaikkan darah aku je. Tu belum lagi dapat heroin atau hero yang lembik. Kena aniaya, pasrah. Kena aniaya, berserah. Eh kau. Toksah jadi oranglah kalau nak berserah manjang. Jadi meja catering je sudah.

Lagi satu aku tengok cerita-cerita dorang ni kalau kisah pasal hospital atau doktor, banyak scene-scene yang relatable dengan hospital. Ada scene surgery, kecemasan, konflik dalam rawatan, etc. We the audience learn new things from scene-scene ni. Kalau cerita pasal business, banyak scene pasal urusniaga. Ada satu K-Drama tu aku lupa tajuknya. Sebenarnya kisah cinta, tapi cinta seofis. Company dorang produce kosmetik. Walaupun sebenarnya itu romance drama, banyak scene on how they create product, how they arrange for marketing, how they buat launching, how they buat product testing, how they berurusan dengan feedback dari customer. Aku yang tengok jadi seronok sebab relatable. I learn something from them walaupun hakikatnya itu drama cinta. Takdelah kejap-kejap tunjuk scene bersembang depan receptionist dengan logo MEGAH HOLDINGS sebesar-besar alam. Skrip pulak kalau tak sebut juta-juta tak sah, tapi habis kat situ je. Ke hulu-hilir dengan fail. Boring.

Another point yang aku perasan, dorang punya actors often have great chemistry. So bila buat romance drama, cerita tu jadi believable and enjoyable to watch. This is another factor kenapa orang suka layan drama C-J-K-Drama. Again, yang ini kita takkan boleh buat. Because culture and agama tak mengizinkan. Jadi, bolehlah disimpulkan, kita dah boleh stop buat cerita cintalah. Sebab kita punya style cerita cinta susah nak pegi jauh. Payah nak jual kat luar.

Tapi, kalau tak buat lansung macam rugi pulak. Sebab cerita cintalah paling laris. Dalam ingatan aku, cerita cinta yang sweet is Istanbul Aku Datang dan I am Not Single. Ini dua je yang melekat kat hati aku dan aku boleh tengok berulang-ulang. In fact, aku rekod dalam Astro. Cerita ni walau takde kissing scene, jalan cerita dia smooth dan takde konflik yang heavy. Sangat light. Kita tengok pun tenang dan happy. Boleh tak Malaysia produce banyak drama series macam Istanbul Aku Datang dan kurangkan drama yang serabut dengan konflik macam nak kiamat tu? Lemas aku tengok.
 
Tapi, pastikan hero and heroin ada chemistry, tak kejung dan tak bodoh. Rimas aku dengan main lead yang takde strong karakter. Lembik, kuat merajuk, senang nak kena aniaya, senang nak kena tipu. Come one lah. Kau tak penat ke 40 episod jadi lembik?


2024-07-29

"Rank" dan "Score" tak sama.


Setelah 2 minggu aku join whatsapp group parents Kolej MARA Banting yang anak-anaknya dapat Sheffield, hari ini aku keluar group. Sebab Redza akhirnya terima offer dari pilihan pertamanya, Univiersity of Birmingham. Alhamdulillah. Seronok betul Redza.

Redza mohon pilihan pertama Birmingham, pilihan kedua Sheffield and pilihan ketiga Warwick. Tiga-tiga ni dia dapat unconditional offer sebelum exam IB start. Tapi Warwick dia tolak lebih awal sebab course yang dia dapat is Data Sains, kurang berminat. Malam yang result keluar tu, offer dari Sheffield terus masuk. Birmingham masih belum hantar sebarang offer tapi nama Redza masih dalam list. After 1 week, masih belum dapat official letter, kitorang proceed dengan deposit accomodation di Sheffield dulu. Takut tak dapat bilik yang selesa. Nampaknya kena let go the room.

Now Redza berharap sangat kawan baik dia di Langkawi yang tengah tunggu result A-Level (Kolej MARA Seremban) dapat Birmingham juga. Geng-geng Langkawi ramai minta Sheffield and Birmingham katanya. Ntah hape dorang nak buat kat sana agaknya. Bukak perkampungan batch Xanthron agaknya. Persiapan Redza setakat ni hanya medical checkup yang dah settle. Nak buat Visa kena tunggu dokumen dari Birmingham dulu. Buat masa ni, keadaan masih tenang. Tunggu bulan depan baru start kalut.

Yang bertanya aku hantar ke tak. TAK. Tak pergi. Bagi budak-budak ni berlepas dulu. Dah settle semua kat sana, baru aku menyusul insyallah. But not this yearlah. Tahun ni En Wan dah pergi 4 negara. Tak larat dia kata. Kasi bertenang dulu.

By the way, post aku minggu lepas tentang "Apa beza anak duduk di rumah until 13 tahun dengan until 17 tahun". Sorang mak ni tanya macamana aku monitor performance Rayyan. Sebab Rayyan skolah harian.

Aku ni mak yang tak berapa nak tengok ranking anak. So far tak pernah lagi aku monitor ranking anak-anak, baik Redza mahupun Rayyan. Sama ada dorang naik pentas hujung tahun atau tak, tak kisah. Yang penting adalah score. "Rank" and "Score" are two different things. Score is based on performance. Rank is position. 

Yang buatkan kita stress adalah bila kita fokus pada rank. Masa kat TKC, aku sempat ambil beberapa monthly test. Dalam satu test maths, score aku 43/50. Separuh dari kelas dapat markah 49/50. Kalau kat sekolah harian, rank aku tinggi dah tu. Tapi kat TKC, rank aku maybe yang ke 100 kalau dengan marks gitu. Kahkahkah.

Zaman aku dulu, yang scorer dah masuk SBP awal-awal. Nak berlumba ranking dalam kelas lebih senang berbanding berlumba ranking di TKC. Ini aku cakap pasal aku ya, bukan pasal orang lain. Ada dormmate aku dulu nama dia Wahyu. Dia quit lebih awal dari aku. Kau tahu dia quit sebab apa? Sebab dia rasa performance dia teruk. Padahal dia scorer kot. Tapi dia kata rangking dia jatuh. Dia stress. Kitorang syak budak ni mesti Darjah 1 sampai Darjah 6 tapau nombor 1. Bila masuk TKC dapat nombor 3 dah stress. Aku agak gitulah.

Masa aku sekolah rendah, nombor paling tinggi aku dapat adalah tempat ketiga. Selain dari tu adalah hadiah mata pelajaran terbaik. Nombor 2 pun tak pernah lekat, let alone nombor 1. That's why bila aku dapat TKC, ramai kawan sekelas pelik. Dorang terkejut macamana aku boleh dapat. Sebab aku bukan budak yang always naik pentas hujung tahun. Tapi aku tahu subjek UPSR (BM, English and Maths) memang aku pegang. Subjek lain macam Seni, Agama, Muzik, Alam & Manusia tak berapa score sangat. Itu yang buatkan rank aku tak tinggi dalam kelas.

Kita mesti tahu apa kita nak. Kalau kau kejar rank, kau memang kena tapau semua subjek. Letihlah gini. Aku memang taklah nak letih-letih gini. Dari Darjah 5 aku dah set nak straight As UPSR. Dari Darjah 5 dah pulun prektis 3 subjek tu saja. Everyday buat latihan 3 subjek tu. Sampai lunyai buku teks balik-balik benda yang sama aku buat. Subjek lain tu studylah juga, tapi idoklah beria macam subjek UPSR. Alhamdulillah, straight As. Tapi keluar TKC. Sebab? Sebab masuk boarding tak pernah ada dalam aim aku. Aku aim nak dapat straight As saja.

Anak-anak pun prektikkan cara yang sama. Ranking is no problem. Masa sekolah rendah dulu, Redza bukannya setiap tahun naik pentas. Dia hanya kekalkan kedudukan dalam kelas pertama saja. Ranking boleh pelbagai. Takde hal. Tapi scoring kena betul. As long subjek UPSR A, I am ok. Sebab itu misinya pun. Malangnya masa tahun dia UPSR, kerajaan perkenalkan KBAT. Redza dapat 3A 3B saja untuk UPSR. But he was lucky, disebabkan tahun tu keputusan UPSR seluruh negara teruk akibat KBAT, syarat apply ke SBP/MRSM hanya perlukan 3A. Rezeki dia, selepas interview di MRSM Langkawi, dia dapat. The rest is history.

Masa dia di Langkawi, aku nasihatkan yang sam, iaitu, aim yang penting sahaja. Ranking tak penting. Toksah buat gila nak kejar ranking aku cakap. Dalam maktab semua cream student. Kalau nak kejar tempat pertama setiap tahun, mau kemurungan kau nanti. Aim yang penting aja sudah. Jadi, dia aim untuk dapat Pengiktirafan Pengetua setiap semester. Itu dah memadai. Sebijik macam perangai mak dia. Mak dia masa blaja dulu aim nak convert loan ke scholar sahaja. Siapa nak CGPA 4.0 silakan. Siapa nak Dekan setiap semester silakan. Aku cuma nak capai CGPA 3.5, asal boleh convert loan ke scholar. Itu misinya. Alhamdulillah berjaya dapat belajar free.

Rayyan pun gitu. Dia naik pentas sepanjang di sekolah rendah hanya 3 kali. Bukannya setiap tahun. Bila dapat STAR, cikgu kelas tak terkejut pun because his score dalam setiap exam tak jahanam sangat. Cuma ranking dia tak power. 

Result BM Rayyan masa mid term di STAR, failed. Result BM exam tahun lepas di sekolah harian, lulus. LULUS ya. Belum score tau. Sekadar lulus. Aku punyalah seronok. Kahkahkah. Exam dia yang baru-baru ni BM dapat 58/100. Ada improvement. Bagus. Bagus aku cakap dia. Aku hadiahkan dia buku Murakami. En Wan kata "Papa tak mintak banyak, exam hujung tahun adik dapat 65 Bahasa Malaysia, papa beli 10 novel terus". 65 tau. Bukan 95. Ni kalau cikgu BM dengar mahu menangis. Redza bersorak dengar result BM Rayyan 58. "Fuiyoooo! Terer adik!" Orang mesti kata "Keluarga ni gila. 58 pun bersorak" 😆.

Korang kan kalau nak tanya pasal tips-tips motivate anak atau achievement anak, jangan tanya aku tau. Aku orang yang kurang tepat untuk ditanya. Kau kena tanya parents yang follow rapat anak-anak punya performance. Parents macam tu bagus kalau nak mintak tips. 


2024-07-28

Huang Jingyu without traffic



Ramai orang menge-share klip interview ni semalam. Interview penuh belum keluar lagi. Tak sabar nak tengok, sebab tengok yang sedut-sedut ni pun macam dah boleh agak apa soalan-soalannya. Aku suka dengar semua interview dia, sebab nampak bijak bila bercakap. Nanti ada masa aku share interview dia dengan magazine Korea. Even press Korea pun puji cara dia bercakap, bijak.

Antara yang dorang bincangkan kat Weibo semalam adalah soalan interviewer kepada Johnny how dia managed to kekalkan his populariti dalam industri tanpa traffic. Kat China, ukuran populariti diukur based on heat index (traffic). Traffic ni adalah semua - drama, movie, singing, sports, endoserment, adverts, TV shows, fanclubs - everything. Johnny satu-satunya artis TANPA TRAFFIC, tapi manage to kekal relevan. Tanpa traffic bermakna, dia takde fanclub, takde mass fandom, dia takde TV shows. Dia hidup atas drama, movie and endorsement saja.

That's why artis China (termasuk dari zaman Leslie dulu), kebanyakan dorang boleh berlakon dan menyanyi sekali. Kalau siapa perasan, most pelakon di China, akan jadi penyanyi juga. Sebab itu cara dorang calculate traffic. Now, dah diverse. Jadi pelakon + penyanyi. Jadi pelakon + musician. Jadi pelakon + pengacara. Jadi pelakon + sportsman. Itu semua untuk hit traffic supaya kekal relevan. Johnny takde traffic. Dia hanya fokus berlakon saja. Kalau gi Weibo, nama dia tersangat jarang masuk Hot Search, sebab dia takde fanclub. His company tak mahu register fanclub. Dia taknak create unnneccesary drama. Segala news akan keluar dari HJY Studio sendiri.

TV Shows paling last dia buat adalah promo drama Love Designer tahun 2019. Tahun 2024 baru dia start balik join variety program and game show. Walaupun takde TV show, offer berlakon masih non-stop. So one of the question dalam interview ni is how he manage to kekal relevan walau tanpa traffic. Tapi yang ramai dok bercakap semalam, dalam interview ni macam Johnny hint he is still single. Bermakna ALICE boleh senyaplah, ya. Kau punya 88 (Dilreba) and our Captain tak bercinta pun. Gelupur masing-masing.

Actually fans Johnny tak kisah lansung dengan siapa dia nak bercinta atau kawen. Itu lebih baik dari dia terus-terus dicop gay dari 2016 sampai sekarang, modal netizen asyiklah couplekan dia dengan semua co-star lelaki. So bila rumours kata dia bercinta dengan 88, fans Johnny tak cakap apa pun. Kisah yang buatkan ALICE gelabah beruk ni sebenarnya gini. Masa shooting Love Designer, ada satu behind the scene kissing between 88 and Johnny. Dalam scene tu, CLEARLY nampak 88 sengaja geselkan dada dia kat Johnny berkali-kali, dalam dalam scene yang sama Johnny berundur sikit everytime dada 88 bersentuhan dengan dia. Tak tahulah siapa yang viralkan that BTS clip. It went viral.

Bila dah viral, start rumors kata maybe Johnny and Dilreba memang bercinta. Pastu ada video Johnny tunggu Dilreba kat lokasi walaupun scene dia takde that day. Hat tu tak kisahlah. Yang jadi halnya, bila clip gesel tetek tu tersebar, ALICE malu. Jadi dia paksa 88 buat statement tentang relation dengan Johnny. Tapi both Johnny and 88 tak pernah buat statement apa-apa. Bila takde statement, start dari tu lah ALICE sampai sekarang dok ungkit kisah Johnny pukul ex-wife. Padahal kes ni terbukti Johnny tak bersalah. Pastu ALICE la yang paling beria sekali meng-gay-kan Johnny.

Johnny punyalah seram dengan ALICE, tahun 2024 anniversary ke-8 dia dalam industri. Dia post kat kat Weibo "Happy 2016-2024 Anniversary". Dia avoid tulis 8th Anniversary sebab taknak trigger ALICE. Ko imagine saiko-nya fanclub 88 sampaikan Johnny nak tulis "8" pun tak berani. Gila kan? Tak, masalahnya, klip bergesel tetek tu, si 88 yang gesel. Kenapa Johnny pulak yang kau hentam? Malu lettewwwww.

Last year punya anugerah Weibo 2024, Johnny and Dilreba sama-sama agreed to attend to award night. Dorang berdua ni selalu tak attend award night sebab busy dengan schedule. Tup-tup dua-dua datang. Memang jadi sorotanlah.
 


Tapi until now, masih takde statement from them. Actually, Johnny tak perlu bagi statement pun sebab dia takde fanclub, takde siapa paksa dia untuk buat statement. Yang si 88 ni, fanclub kau besar kot. Gila tak gilanya ALICE dari 2019 dorang tuntut 88 untuk clarify siap dengan cop merah management and mesti di-post di akaun Weibo. Dorang bantah rumor 88 couple dengan Johnny. Tapi sampai sekarang 88 senyap. 

Yang peliknya, rumours bercouple dengan Yang Yang helok pulak dia buat statement say no. Disebabkan permintaan ALICE tu belum dipenuhi oleh 88, tu yang sampai sekarang dorang tak puas hati dengan Johnny. Nasib baik Johnny CEO of his own management sendiri, jadi dia tak perlu melayan because career dia tetap berjalan.



Kepada yang angau dengan Johnny tu, yang malam tadi tanya "Kak, takde update Johnny ke?". Nanti aku story lagi, ya. Ada cerita best semalam kat Weibo.


2024-07-27

Don't marry potential



Video sebelah ni nasihat yang sangat berguna. Jangan abaikan apa saja RED FLAG yang kau tak boleh tolerate, semata-mata kerana kau rasa kau pun tak perfect maka apa salahnya menerima kekurangan bakal pasangan hidup. Jangan! Red Flags tak semetinya perkara-perkara yang besar. Apa saja yang kau tak berkenan, dan tak rasa boleh tolerate, jangan teruskan.

Contoh, merokok. Kalau kau memang tak boleh tahan dengan bau rokok, dan boifren kau merokok, jangan membayangkan "Takpelah, everytime dia nak merokok nanti aku suruh dia merokok kat luar". Kau ingat orang merokok ni sebulan sekali ke? Kalau sebulan sekali, bolehlah nak tolerate. Macam En Wan makan durian, 3 bulan sekali. Tahanlah aku nak tolerate, itupun masih kena makan kat luar. Kalau merokok takde de sebulan sekali. Mau 3 batang sehari dia sebat. Jadi, kalau kau takler tolerate dengan bau rokok, jangan teruskan. Benda ni kendian akan jadi punca kau bertekak hari-hari. Karang lama-lama dia fedap, dia cucuhkan batang rokok tu kat kau.

Red Flags are early signs of a big problem, walaupun red flag-nya kencing tak flush. Nampak macam small matter, kan? Tapi kalau dari awal kau takleh terima sikap ni, dan kau tak rasa sanggup nak melayan tolong flush hari-hari, stop sampai situ saja. Cari orang lain. Because behaviors that seem "small" at the beginning of a relationship can develop into big problems later on. Macam tak pernah dengar cerita laki-bini bertekak pasal picit ubat gigi kat tengah, kan? Kita dengar macam kelakar. Tapi itu adalah something yang dia takleh terima, nak buat camana. Tapi sebab dulu tak tahu perangainya gitu, terpaksalah bertahan hadap bertahun-tahun.

Apetah lagi kalau red flags yang besar macam panas-baran. Toksahlah kata "Dia memang panas-baran, tapi sebenarnya dia baik". Ha'ah, ya. Sebab belum dapat. Memanglah dia terpaksa cover baran dia dengan buat baik. Esok dah dapat, tak kuasa dia nak cover-cover dah. Lepas dia hentak kau, kering kau menangis sorang-sorang, takde makna dia nak pujuk. So, ingat ya. Apa saja yang kau rasa memang tak boleh accept, jangan teruskan. Jangan serabutkan kepala kendian hari.


2024-07-26

Takde isu lansung sebenarnya bila anak-anak masuk SBP/MRSM seawal umur 13 tahun.

Isu kononnya anak-anak yang masuk sekolah berasrama awal sangat pada umur 13 tahun, to me ini isu lapuk yang MUNGKIN dibangkitkan oleh orang-orang yang kecewa anaknya tak dapat masuk boarding school. My opinion will always be like that, it won't change. Sebab apa? Sebab trend anak-anak ke SBP ni bukan sekarang. Dari sebelum zaman aku masuk SBP lagi dah ramai ke SBP seawal 13 tahun. Kak Ngah En Wan produk MRSM Kuantan, pun dari Tingkatan 1. Lepas SPM, terus fly ke Wisconsin USA pula. Helok molek-molek ada je bonding dengan mak bapak sampai sekarang rapat. Adik aku, Ima. Dari Form 1 masuk SMSAH Jitra sampai Form 5. Helok je pun kitorang rapat sekeluarga sampai sekarang. Anak aku sendiri, Redza 5 tahun tercampak kat Langkawi. Alhamdulillah, rapat je.

Takde isu lansung sebenarnya bila anak-anak masuk SBP/MRSM seawal umur 13 tahun. Tak ada. Sebab ini bukan benda baru. Lama dah sistem ni dipraktikkan. That's why aku cakap orang yang beria-ia melaungkan "anak yang duduk asrama umur 13 tahun akan renggang dengan mak bapak" adalah kelompok yang kecewa anaknya tak dapat masuk, atau kecewa anaknya quit dari boarding school. Jadi nak sedapkan hati sendiri, dia come out with alasan yang bukan-bukan. Alah, bukan baru sekarang aku dengar pendapat-pendapat macam ni. Ada je dari kenalan aku sendiri yang bila anaknya tak dapat MRSM, wahhh bukan main lagi cakap lebih baik anak bersekolah dekat dengan rumah. Senang nak jaga. Senang nak pantau. Katanyaaaaa. Ah konon. Yang kau mohon MRSM awal-awal hari tu kenapa? Kalau ya anak kau lebih elok sekolah harian, awal-awal hari tu takyah apply lansung. Ni tak. Bila tak dapat banyak pulak buah fikiran kau. Terus nampak tak bijak.

Yang follow FB and blog mesti perasan aku always update sepanjang Redza kat Langkawi. The phone calls. Birthday surpises. Food delivery. Visit maktab. It's not about kids being in a boarding school, but the connections we make while they're there. Meluangkan masa dengan anak-anak tak bermakna duduk serumah, atau berada dengan dorang lebih lama. If you are not able to express love and give attention pada anak-anak, you are BEING PRESENT BUT ABSENT. Apa guna duduk serumah but you are not approachable sebab masing-masing busy dengan kerja? Apa guna 'banyak' masa dengan anak-anak kalau masing-masing habiskan masa dengan tengok tv, layan internet, anak buat hal dia, kita buat hal kita? Memanglah nampak macam melekat dengan anak, hakikatnya masing-masing tetap banyak buat hal sendiri-sendiri.

Apa beza anak duduk di rumah until 13 tahun dengan until 17 tahun? You tell me. Umur 13-17 tahun adalah proses menjadi remaja. Fasa ini, anak lebih banyak berkongsi dan selesa bersama kawan-kawan walaupun duduk serumah dengan mak bapak. Maka, tercampak kat mana-mana pun, be it skolah berasrama atau kekal di rumah, kalau ENVIRONMENT salah, anak tetap membesar menjadi tak matang, tak berdikari, tak berdaya tahan, tak berdisiplin dan tak berakhlak. Yang membentuk anak-anak adalah persekitaran. If you want your kids to stay at home with you until they're 17, go for it. If you think that's best, keep at it. Tapi jangan pukul rata sending your kids to boarding school at 13 years old means they will lose their bond with you. Maybe kalau anak kau yang ke boarding school akan jadi gitu kot. Anak orang lain tak.

Zaman sekarang, most budak-budak boleh bawa henfon ke boarding school. Bila-bila masa mak bapak boleh contact anak. Rayyan dulu walau skolah dia tak benarkan pakai henfon, dia boleh pakai iPad. We always telegram setiap hari. Aku siap semakkan homework dia thru Telegram. Weekend, hantarkan Grab Food. Takde masalah pun. Kita yang create bonding tu. Antara nak buat dengan taknak je. Takde isu lansung anak-anak masuk asrama umur 13 akan lose bonding dengan parents. Malah, tak relevan lansung nak pakai isu ni di zaman sekarang. That's why aku cakap, yang melaung-laungkan isu ni adalah parents yang kecewa anak dia tak dapat offer. Itu je. Biasalah tu, takkan dia nak admit anak dia tak layak, kan.

Isu buli. Buli ni kat mana-mana pun ada. Tak kat sekolah, kat Uni nanti. Tak kat Uni, kat tempat kerja nanti. Ada je. Tapi, berapa banyak kes bully yang heavy-heavy berlaku setiap tahun di sekolah berasrama? Lebih banyak takde kes dari ada kes, betul tak? Contoh MRSM Langkawi. Sepanjang 5 tahun Redza di sana, takde lansung kes bully. Kena angkatkan baju senior kat ampaian, aku tak boleh panggil itu bully. Ini ragging. Bully and ragging are similar but not exactly the same. Bully tu intentional harm. Tapi kalau ragging, lebih kepada "welcoming" new students. Takde kecederaan berlaku. Kalau mencederakan, yes ini bully. But kes bully macam ni rare. Bukan aku ajak ambil mudah isu bully, tapi jangan overthinking sangat sampai kita menafikan hak anak ke boarding school. Insyallah, anak-anak ok di sana.

Yang ni pun betul juga. Parents yang anaknya bersekolah di sekolah harian agak sensitif bila orang highlite anak-anak di SBP/MRSM bijak-bijak. Tapi nak buat macamana. Statistik memang tunjuk result akademik pelajar SBP/MRSM lebih bagus dari sekolah harian. Tiap-tiap tahun sekolah-sekolah yang sama je perform. Kita nak argue apa. But that's ok. Rayyan pun sekolah harian. Sekolah tak jadi yang the best pun takpe, asal anak bagi result yang best. Itu lebih penting.

Program IB yang Redza ambil, masa hari pendafataran 2 tahun lepas, 353 pelajar accepted. Dari SBP ada 133 pelajar. MRSM ada 115 pelajar. Selebihnya dari sekolah kebangsaan dan others (others = KYS, Permata Pintar, private, dan sekolah agama). "Selebihnya" tu berapa orang? 105 orang, ya! Bukan sikit tau. Bermakna dari sekolah harian pun ada yang bagus. Maybe jumlahnya tak ramai, tapi ada. So kenapa nak terbakor sangat. Aku punya prinsip simple - results will speak for themselves. Gasaklah siapa yang lebih best pun, janji aku punya result fit my goal.

Tentang anaknya lebih cemerlang selepas quit MRSM, good lah. Maybe anaknya yang tak boleh adapt dengan sistem MRSM. Macam aku dululah. Aku quit TKC bukan sebab homesick. Lebih kepada stress sebab tak suka sistem berasrama. I kenot follow bangun pukul 4 pagi cop shower, kena prepare table untuk breakfast, basuh baju sekian-sekian waktu, tido sekian-sekian waktu, belajar sekian-sekian waktu, pukul 5 kena turun bersukan. That is not me. Aku jenis santai dan takde disiplin punya worang 😆. Jadual waktu sekolah pun tak pernah salin, inikan follow jadual sistem SBP? Memang menggelupurlah aku. I cannot follow this sistem. Jadi, aku quit. Tapi adakah aku keluar sebab TKC tak bagus? Ia kekal bagus sampai sekarang.

Cemerlang tak cemerlang tu tengok environment juga. Tahun yang aku quit TKC, aku patah balik ke sekolah harian hanya beberapa minggu sebelum final exam. Dahlah kat TKC banyak tuang kelas. Asyik lepak sickbay manjang. Buku tak berapa rajin nak bukak sebab tengah memberontak. Tahun tu di sekolah harian aku dapat nombor 4. Tak sempat nak study semua topik. Bangga dak-dak dalam kelas dapat kalahkan ex-TKC 😂. Form 2, aku dapat nombor 1 dalam kelas. Form 3, masuk kelas khas dan SRP 10 agg. 

Kalau ikut sekolah harian punya statistik, result aku dikira cemerlang untuk someone yang bersekolah harian. Tapi aku tetap rasa kalau stay di TKC, result aku akan jauh lebih baik sebab sistem belajar dia kemas. Kat rumah, disiplin belajar aku ke laut dalam. Walau sistem SBP aku tak boleh carry, aku percaya sistem itulah yang buatkan student-student SBP cemerlang. When it comes to bonding pula, my stance is clear - kalau bagi attention to our kids, walau duduk SBP/MRSM, the bond between parents and kids will stay strong.

Mak bapak yang anak-anaknya di boarding school, tak perlu rasa korang mak bapak yang tak bonding dengan anak. Pekakkan telinga. Jalan terus. Your kids dah ada di laluan yang betul. Untuk anak-anak yang bersekolah harian like anak aku, honestly, laluan anak kita tak mudah. Cabaran bersekolah harian berbeza. Tapi, peluang nak jadi cemerlang masih ada.

2024-07-25

Potensi dia ada pada management.


Semalam and today aku follow En Wan ke kerja. Dia ada bagi talk di dua agensi. Jarang aku follow dia bagi talk. Tapi kalau dia ajak, aku ikut. Memang tak tolak. Peluang nak mengepaw. Bak kata Amy Mastura, "Tak mahal sangatlah bang, ngah je!" Aku punya bawah lagi dari 'ngah' tu. Habis kuat pun JM Bariyani. Tapi tadi aku paw Mahbub.

Aku nak cerita kekaguman aku dengan En Wan. Sumpah aku tak sangka dia punya talk, BEST! Macamana dia boleh pandai bercakap pun aku tak tahulah. Padahal dialah manusia yang paling mengelak untuk dapat perhatian, let alone bercakap di depan audience yang ramai. Dulu hidup dia bercakap dengan mesin je. Pemalu semalu-malu umat! Kalau balik Tganu, orang ingatkan aku yang anak, dia menantu. Sebab aku bercakap lebih banyak dari dia. But now, looking at how konfiden dia bercakap, dan energy dia membagi talk, aku jadi semakin percaya, di belakang setiaplelaki hebat, ada wanita yang hebat. KAHKAHKAHKAHKAH. Tiberrrr nak kaitkan dengan aku pulekkkk.

Tak. Tak. Aku jadi percaya, semua orang ada potensi. Cuma belum berpeluang untuk dikembangkan. Dah sampai waktunya, zapppp dia bagi. Soemtimes, potensi seseorang tersembunyi di sebalik kelemahan. With the right encouragement, learning, and experience, this potential can grow. Just like En Wan. Kalau aku tak follow dia 2 hari ni aku pun tak tahu dia berkebolehan untuk bercakap and bagi energy pada orang lain.

Semalam, masa dia bagi talk kat depan, sorang audience ke belakang. Dia greet aku. Dia kata dah pernah attend talk En Wan sebelum ni, "Energy dia power betul. Nak capai energy dia ni susah. Ni saya datang lagi sebab nak ambik energy dia". Aku macam, wow ambil energy? Apesal aku rasa dia macam takde energy je kat rumah? Nakl bersembang dengan aku pun sepatah sepatah sepatah je keluar. Ke energy aku lagi tinggi benaunya?

Semalam, aku tutup buku (bawa buku sebab nak baca, sebab selalunya talk-talk macam ni mengantuk. Kahkahkah) untuk dengar betul-betul apa yang En Wan sampaikan. Rupanya slide dia best. And cara dia sampaikan tu pun not badlah. Untuk someone yang dah hidup 23 tahun bersama, yang kenal dia dari zaman pemalu dulu, perubahan dia sangat besar sekarang. Now baru aku can relate macamana dia handle operation company aku dulu. Potensi dia ada pada management. Menjadi seorang engineer adakah cita-cita. Tapi potensi sebenar dia kat sini, di kerjaya sekarang. Ketelitian dia as an engineer, dia transformkan dalam kerjaya now. Looking at his slides, aku agak surprised, bila masa dia dapat idea untuk buat semua ni. Memanglah slide tu prepared by his PA, tapi the idea, cara dia relatekan satu slide dengan slide yang lain, sangat menarik.

Tadi ada audience bagi soalan, "En Wan kalau approch prospect, guna kaedah call atau whatsapp?"

Dia cakap "Saya suka whatsapp berbanding call. Sebab saya cakap laju. Saya takut orang tak faham. Dahlah dengan sleng Tganu saya yang pekat ni. Karang prospek tu tak konfiden. Guane pulok bunyi Tganu ning? Ah jem!" Aku gelak sekuat-kuat ada. Lagi kuat suara aku dari audience. Pandai buat lawak rupanya kau, ya.


2024-07-24

Jangan ada relationship dengan TAKERS. Sayang macamana pun, JANGAN.



Yesserrr. Betul! Jangan ada relationship dengan TAKERS. Sayang macamana pun, JANGAN.

Tapi takleh nak katalah, dulu aku pun gini juga. Sebab tu sekarang aku bagi amaran, JANGAN! Padahal dalam pada aku asyik memberi dulu, terdetik juga dalam hati eh kau ni asyik-asyik aku belanja. Terdetik, bukan tak terdetik. Tapi lepas tu aku juga yang memujuk diri.

"Walaupun dia tak tong-tong duit, tapi dia teman kau gi outing beli barang"

"Walaupun dia tak bayar duit makan, tapi dia teman kau gi makan. Kalau tak, kau nak makan dengan siapa?"

"Walaupun balik-balik kau yang bayar burger, at least dia tolong orderkan"


Bongok betul aku menjustifikasi segala benda untuk menghalalkan perangai TAKERS dia. Masa tu aku rasa kalau aku berkira macam ni, maknanya aku tak mengenang budi. Padahal budi aku lagi banyak kat dia. Orang macam aku ni payah nak keluar dari relationship. Sebab aku always mengenang budi orang. Bukan nak cakap aku baik tau. Tapi ini memang kelemahan aku. Orang yang ejek aku berkali-kali time skolah dulu, aku masih boleh berkawan dengan dia. Sebab aku dok mencari sekecil-kecil budi baik dia untuk aku kenang. Walaupun budi dia ciputttt sangat. Sebab tu dulu aku terperangkap dengan orang narsistik.

Kebanyakan yang tersekat dengan orang narsistik tak jumpa jalan keluar adalah sebab asyik mengenang budi baik si narsistik. Padahal jahat dia lagi banyak dari budi baik. Dalam mana-mana relationship, kalau kau noticed asyik kau je memberi, asyik kau je bertolak-ansur, asyik kau je memaafkan, asyik kau je yang rajin whatsapp, asyik kau je yang rajin call, asyik kau je yang excited to meet - dahlah. Berhenti. Selalunya jenis TAKERS ni, once kau stop GIVING, dia akan stop mencari. From there kau akan sedar sebenarnya selama ni relationship korang bertahan bukan sebab dia, tapi sebab kau beria. Kau punya effort tu yang membuatkan relationship tu bertahan.

Tapi kena faham, relationship yang sekadar bertahan, takde gunanya. Baik tinggalkan terus.


2024-07-23

Kau buatlah baik macamana pun, ujung-ujung tergantung pada dia juga, sama ada nak kau atau tak.



Setuju 100% dengan video atas ni. Setuju yakmat!

Sungguh. Kau buatlah baik macamana pun, kau care about him sebagus mana pun, ujung-ujung tergantung pada dia juga sama ada nak kau atau tak. Buat baik, boleh. Tapi itu bukan syarat untuk disayangi. Manusia ni, tak kiralah lelaki atau perempuan, walau orang tu sayang dia sangat-sangat, jaga dia sangat-sangat, berikan apa sahaja, kalau dia nak pilih yang hauk, yang hauk tu jugalah yang dapat kat dia.

Contohnya, kau tengok si Rahul dengan Anjali. Padahal Rahul tu tak pandang pun Anjali. Dia anggap kawan je. Padahal apa je yang Anjali tak buat untuk Rahul. Teman kat padang, siap bawakkan "Juice! Rahul, juice!". Last-last si Tina yang dia baru kenal tu yang dia kejarkan. Yang si Anjali punyalah Aman tu sayangkan dia, ujung-ujung dia pilih Rahul yang hauk tu juga. Pakkal Rahul tu Shah Rukh Khan je. Kalau pelakon lain, mau kena bakor lama dah panggung tu.

Secara generalnya, setiap orang tahu apa yang dia nak. Kadang kita pelik apesal dalam banyak-banyak orang yang minat kau, yang hauk tu yang kau pilih. Padahal yang bersusun-susun ni semua baik-baik belaka. Yang hazab tu jugak kau accept. Abis tu kau nak cakap apa kalau itu yang dia nak. So, kau buatlah baik bukan sebab kau nak dia. Tapi sebab kau memang baik. Cukup. Because soal hati dan perasaan ni payah nak cakap. Takde apa yang menjamin kalau kau buat ni, kau dapat dia. Kalau kau buat tu, kau dapat dia. Takde. Maybe ada something yang buatkan dia suka pada orang tu, walau orang tu pernah melukakan hati dia.

Siapa dah tengok Love Song in Winter tahulah. Lu Yan minta putus tanpa sebab. After 8 years berjumpa balik. Walau Lu Yan takde penjelasan kenapa dia tinggalkan Jiang Chengyi 8 tahun lepas, tapi Jiang Chengyi tetap sayangkan Lu Yan. 8 tahun masih sayangkan orang yang lukakan hati dia. Yang si Lu Yan pulak, selama 8 tahun tu ramai orang minat dia - yang nama Leo, yang rock climber, dan senior semasa di Uni pun masih gigih mengorat selama 8 tahun ni. Tapi ujung-ujung semua dapat angin je. Akhirnya Lu Yan kembalipada Jiang Chengyi. Yang minat Lu Yan, bila bengang direject, terus bertukar jadi saiko. Bila kau buat baik bersebab, itulah reason susah nak move on. Cuba kau jangan berharap, mesti senang nak move on.

Bukan tak boleh nak mencuba. Boleh je kalau nak berbuat baik kat dia. Always there bila dia perlukan kau. Always help bila dia perlu bantuan. Dia tengah susah hati, kau layan dia bersembang sampai 2 pagi. Boleh. Takde masalah. Tapi, at the same time kena observe how dia layan kau pulak. Sebab EFFORT adalah hint. Nak tengok sama ada kau juga penting pada dia, tengok pada effort. Mana-mana orang pun sama. Kalau dia serious nakkan sesuatu/someone, dia akan usaha. Tapi kalau effort takde, call jarang, whatsapp jarang, berjumpa jarang - takkan tak cukup lagi hint ni? Takkan nak stay juga?

Ini aku cakap untuk yang belum kawenlah. Yang dah kawen tu, timbang-timbanglah mana yang lebih baik. Dalam keadaan macam ni, berpisah pun merana, terus bersama pun merana. Maka pilihlah yang bagi less damage.


2024-07-22

Anak perempuan sulung


Post aku pasal jadi anak perempuan sulung hari tu rupanya ramai yang meluahkan rasa. Surprisingly ramai yang bercerita hal kakak masing-masing. Post aku katanya buat dorang realize memang kakak banyak berkorban.

"Kalau kakak buat salah, kitorang tak pernah kena marah. Tapi kalau adik-adik buat salah, kakak pun kena marah sekali"

I cried 😭.

Tapi percayalah cakap aku, anak sulung perempuan tak kecil hati menanggung salah adik-beradik. Mengalah untuk adik-adik pun tak apa. Nature menjadi anak sulung memang macam tu. Ada kekuatan built-in siap-siap dalam badan.

Masa umur 6 tahun, setiap kali balik dari sekolah (sekolah aku kat Kajang, perjalanan balik 30 minit dengan bas sekolah), aku always nak cepat-cepat sampai. Tak sampai hati biar Ima duduk nursery tanpa aku. Padahal umur aku baru 6 tahun. Umur yang sepatutnya seronok bermain tak pikir masalah. Tapi at that age aku dah start pikir nak balik cepat so that Ima aku tak alone dan orang tak mempergunakan dia. Padahal kalau kau ada, bukannya adik aku dapat special treatment pun. Kitorang tetap kena makan atas lantai bentang surat khabar. Tetap tido kat hall alas kain batik. Takde pun dapat makan atas meja and tido dalam bilik macam anak orang lain. Tapi takpe, at least Ima not alone. Aku ada. Gitu pikir aku.

Umur 6 tahun aku dah pandai sabarkan Ima bila dia teringin nak makan buah anggur yang budak-budak lain makan. Aku pujuk Ima, jangan mintak-mintak. Itu mak dorang yang bawa. Tapi Ima, being anak nombor 2 kan degil sikit.

"Tapi Ima dengar mak dia kata makan sama-sama dengan yang lain"

Masa Darjah 3, Ima Darjah 1. Registration day adalah pada hari pertama sekolah. Pak Aji masih jadi cikgu masa ni. Hari pertama sekolah Pak Aji kena berada di sekolah dia juga. Maka akulah yang dipertanggungjawabkan uruskan Ima masuk kelas yang betul, dapat tempat duduk yang bagus and settlekan hal-hal pendaftaran. Darjah 3, ya! Tinggi betul tawakkal mak bapak aku biarkan anak umur 9 tahun uruskan pendaftaran adik. 

Time rehat, Ima tunggu tepi kelas. Bagitau duit hilang. Tercicir. Aku pun bagi duit belanja aku yang tak sampai 50 sen tu. Biar adik makan, aku tak makan takpe. Kadang-kadang aku simpan duit belanja, tak habiskan masa recess sebab nanti balik dari sekolah kadang-kadang Ima nak aiskrim pakcik moto pulak. Ya ampunn, memang gini ke tanggungjawab anak sulung? 😭

MENGALAH adalah benda paling basic anak sulung kena ada. Dalam apa juga keadaan kau kena mengalah. Mengalah dulu, explain kebenaran kemudian. Walaupun kena bantai dengan mak bapak, takpe. Itu memang basic requirement menjadi anak sulung. Mak kau tengah marah, kau explain apa pun tak lut. Jadi, biarkan dia bantai dulu, nanti kendian kau explain. 

Ada satu hal yang aku terkenang-kenang. Nak kata aku kecil hati, I don't know. Benda pun dah lama berlalu. Berlaku masa Ima Form 3. Aku Form 5. Masa ni Ima kat SMSAH (Jitra). Selalunya kalau beli baju raya kitorang semua pergi sama-sama. Maknanya, kena tunggu Ima balik baru start beli baju raya. Tahun tu, baju raya aku dibeli dulu. Macam biasalah, beli kat mall di Sungai Wang tu. Kat bahagian baju longgok-longgok.

One day, Pak Aji and Mak Aji keluar dengan Ima and Ibal. Bila dorang balik, aku turun. Nampak Ima tengah test baju raya and kasut raya depan Mak Aji kat hall. Aku tengok je baju raya and kasut tu. Dalam hati aku, ini bukan baju beli kat longgok-longgok ni. Kasut pun bukan BATA. Cantik baju tu. Seluar, shirt and jacket. Warna khakis. Kasut dia macam ni:

Macam nilah pesennya. Tali ikat-ikat kat betis. Tapi bukan sandal. Yang Ima beli macam sneakers. Masa tu rare la kasut pesen ni. Macam orang have-have. Aku just pandang je Ima try baju complete dengan kasut. Tak cakap apa-apa pun. Tapi Mak Aji tiba-tiba bersuara "Adik tu ada majlis raya kat skolah nanti. Bagilah dia cantik sikit". 

Aku diam. Maybe terdetik kecil hati sikit masa tu sebab masa aku pilih baju raya, Mak Aji pesan siap-siap "Jangan beli yang mahal-mahal. Kalau beli yang mahal, nanti tak adil adik-adik pun nak juga". 

Bila nampak Mak Aji belikan Ima baju yang dari butik, terasalah juga. Bukan apa, aku pernah diejek pakai baju raya buruk di open house kawan. Nak biar adik dengan adik-adik sampai baju aku pun kena ejek. 

Masa melawat Ima di Jitra, Mak Aji belikan kasut sport shoe untuk Ima. Aku ni sampai kena ejek Ronald McDonald sebab pakai kasut sukan Pak Aji untuk datang aktiviti skolah. Sumbat tisu nak bagi ketat. Tak berani minta mak bapak belikan kasut sukan sebab nanti tak adil untuk adik-adi. 

Again, Mak Aji ada rasa bersalah. Sebab tanpa aku perlu cakap apa-apa dia kata "Adik tu masuk sukan. Kenalah ada kasut skolah"

Dalam hati aku cakap "Aku bukan tak nak masuk sukan, tapi terpaksa pilih untuk tak masuk sukan sebab nanti kena beli kasut". 

Tapi tu lah. Agaknya sebab yang dapat kelebihan ni semua adik-adik sendiri, jadi aku tak merajuk lama-lama. Bukannya orang lain, adik-adik sendiri juga. Kejap je berasa hati, pastu oklah.

Aku rasa cara mak aku tunjukkan bahawa aku adalah orang penting adalah dengan meminta memahami. 

Mama takde duit lebih nak beli untuk kau, jadi kau kena faham. 

Mama takde duit nak hantar kau tusyen, sebab belanja adik kau kat asrama pun dah besar, jadi kau kena faham. 

Ibal tu lelaki, lasak. Kasut kena 2 pasang. Kau kena faham.  

Mama kerja. Balik petang dah penat. Kau kena faham, Jadi kau kena kemas rumah.

Hujung minggu ni saja mama nak berehat. Kau kena faham. Jadi, lepas kemas rumah, kau kena siang ikan-ikan ni semua.

Aku orang penting. Cuma dia tak pandai nak sampaikan betapa pentingnya aku dalam rumah tu. Maybe sebab Mak Aji membesar dengan neneknya di kampung. Dah biasa balik dari sekolah kena cari kayu api, kena kemas rumah, kena masak. Jadi dia merasa it is normal kalau aku kena buat benda yang sama. 

Now, nak beli langsir baru tanya pandangan aku. Nak ganti sarung sofa, tanya pandangan aku. Nak masak raya bincang dengan aku. Nak buat birthday party Widad pun discuss dengan aku. Kadang nak pergi holiday pun tanya aku. Nak duduk hotel minta aku book-kan. Padahal anak jantan dia ada kat rumah tu. Ibal kadang fedap nak ajak mak bapak aku berjalan. Tak maunya dorang. Tapi kalau aku yang offer "Mama nak ikut Diana gi Penang? Nak ikut Diana balik Tganu?" Berdesuppp. Hilang gout-gout dia semua dapat berjalan.

Kalau makcik-makcik aku dari Singapore nak datang, Mak Aji akan call "Ni makcik-makcik kau nak datang Bangi ni. Kita nak bagi makan apa eh?"

"Makcik kau". Supaya nampak macam aku yang kena bertanggungjawab, kan? Licik beliau. 

Pastu dia pakai "kita" pulak. Aku macam eh "KITA???" Aku kat Subang Jaya tau. Yang dalam rumah tu ada Ibal sikitttt dia tak ajak bincang. Aku yang jauh ni yang dia suruh balik. 

"Esok kalau mama papa dah takde, jangan biarkan adik-adik. Kau jaga adik-adik kau". 
Aku jawab "Ye lah, Ma. Memang kerja Diana dari kecil sampai ke tua menengokkan adik-adik".


2024-07-21

Kita sebenarnya tidak ada ramai kawan, yang kita ada hanyalah network



Aku suka statement dia "Kita sebenarnya tidak ada ramai kawan, yang kita ada hanyalah network"

Wow! Sangat betul. Walaupun kawan sekolah ramai, tapi yang betul-betul aku berkongsi rahsia dan masalah cuma seorang, Nurul. Dalam ramai-ramai Dusty Pink, yang aku berkongsi masalah hanya 1-2 sahaja. Dan dalam ramai-ramai kawan yang aku kenal semasa bekerja sehingga sekarang, yang betul-betul rapat, 2-3 orang saja. Yang ramainya adalah NETWORK. Kawan ofis selalunya bukan kawan rapat, apetah lagi kawan yang kita kenal selepas belajar. Jarang yang benar-benar jadi kawan baik. Close, yes. Tapi kalau ada kesusahan atau masalah, kita ada kawan yang lebih rapat. Dan selalunya kawan yang sangat rapat ni jarang kita tonjolkan. Perasan tak?

His statement that we don't actually have more than 5 friends, but only many networks, adalah satu pandangan menarik. Kawan is someone yang ada deep emotional connection dan saling memberi sokongan. Dorang ni adalah orang yang kita percaya, kita kongsi rahsia, dan kita boleh bergantung masa susah atau senang. These relationships usually require emotional and time commitment. Masa di uni, aku banyak habiskan masa dengan kawan-kawan kat sana. Jarang contact Nurul sebab masa ni dia dah di UK. 

Tapi aku realized we are still close, bila Nurul kawan pertama yang aku jumpakan dengan En Wan. Dusty Pink pun tak jumpa En Wan lagi masa ni. Nurul punyalah excited bila aku cakap aku dah ada boifren (kahkahkah). Sebab time skolah dulu, dia je ada boifren, aku tak pernah ada. Dia siap nak kenen-kenenkan aku dengan kawan kepada boifren dia so that kitorang boleh dating berjemaah. Bila dah balik rumah lepas jumpa En Wan, Nurul call "Diana, aku approved!"

Network bukan kawan. Network is rangkaian orang-orang yang kita kenal dan berinteraksi dengan rutin, but the relationship is not necessarily deep. Hat ni maybe dari kalangan kawan ofis, kenalan profesional, atau followers media sosial. Rajin bersembang, atau selalu jumpa tapi habis kat situ je. Tak sampai ke hati.

Pernah dengar Dunbar's Number? Ini teori had bilangan orang yang kita boleh berkawan untuk kekalkan hubungan sosial yang stabil. Teori Dunbar's Number kata kita hanya mampu kekalkan hubungan (kawan) dengan around 150 orang saja. Daripada jumlah itu, hanya 5 orang saja yang benar-benar kawan. Kebanyakan yang lain dalam 150 tu berada di lapisan luar. Kawan, tapi santai-santai dan kurang close. Dalam zaman sekarang, especially zaman media sosial, kita maybe ada jutaan followers. Tapi ni semuanya adalah network saja. Some of them takde kawan yang close pun. Paling close pun pasangan sendiri. Bak kata speaker dalam video tadi kata "Semakin besar network, semakin kurang masa you untuk ada kawan".

So, mana-mana yang ada masih ada kawan (bukan kenalan), cherish this relationship. Luang masa untuk jumpa, kopi-kopi, vacation sama-sama. Because we are aging. One day, kita sama-sama dah tak larat nak keluar bersama, maybe masa tu hanya keep in touch melalui whatsapp and phone calls. Kalau dari sekarang kita tak bina KAWAN, ujung-ujung nanti kita lonely sebab takde siapa yang benar-benar kenal kita. Pasangan bukan kawan, ya. Pasangan tu team work you dalam marriage. You need FRIENDS!


2024-07-20

Isteri tak boleh mencari lelaki lain hanya kerana suaminya sedang dalam kesusahan (financially).



Aku setuju dengan ustaz tadi kata tentang isteri tak boleh mencari lelaki lain hanya kerana suaminya sedang dalam kesusahan (financially). Sebab jalan hidup kita semua ada naik dan turun. Sangat betul. Suami perlukan sokongan semasa tengah down. Dan sokongan terbaik adalah isterinya. Setuju, aku takde bantahan.

TETAPI, isteri kena faham had-nya di mana. Suami yang sedang dalam down dalam keadaan dia terus berusaha memperbaiki keadaan, itu kita kena support. Jangan tinggalkan. Tapi, kalau jenis telo berat, mengangkang 24 jam, kerja malas, kederat berkira, mentekedarah laju - yang ni kau angkat kaki, keluar rumah. Aku tahu ada orang tak setuju dengan cara ni sebab apa-apa pun suami kena taat. Ya sungguh. Taat pada suami. At the same time nasihatkan. Tak makan nasihat kau, mintak parents nasihatkan. Tak makan nasihat parents, pegi kaunseling rumah tangga. Kalau segala usaha dah buat tapi tak jalan, kau yang kena jalan. Itu je makan dia.

Entahlah, aku tak reti nak taat bodo-bodo, dan pasrah berserah. Kepala otak aku ni perlu rangsangan positive. Kalau otak aku penuh dengan rangsangan negative, silap-silap aku terbunuh orang nanti.

Once upon a time, aku and En Wan ada krisis. Ni cerita lama sangat dah, lebih 10 tahun lepas. Ada krisis dalam keluarga yang bukan berpunca dari kitorang. Tapi tempiasnya dapat kat kitorang. Aku jadi benganglah bila dah terpalit dengan aku pulak. So aku bagi kata dua kat En Wan. Sama ada kau tegur orang yang cari pasal tu, atau aku keluar dari rumah. Dia teragak-agak nak buat. Ok fine. Depan-depan mata dia aku kemas baju, start enjin and zasss keluar. Sebelum keluar aku cakap "Jangan keluarkan apa-apa statement, sebab saya akan langgar. Jangan ingat saya takut". Aku ingat lagi En Wan senyap je, tapi dia tetap hantar aku ke kereta sambil dokong Rayyan. Maybe dia tahu aku sakit hati dengan situasi yang berlaku and dia nak biarkan aku cool down.

Aku balik Bangi. Masa tu Ibal belum kawen lagi. Ibal nampak aku balik sorang di hari minggu. Aku masuk rumah Mak Aji dengan bawak beg baju. Semua senyap. Tak berani tanya. Masa tengah minum, aku bagitau apa sebab aku keluar rumah. Aku cakap aku tak bergaduh dengan En Wan, tapi aku nak bagi pengajaran kat orang yang menjadi punca.

Kalaulah aku berada di situasi isteri yang suami pemalas kedaung, memang lagilah aku tak tunggu lama. Kesah apa aku taat tak taat. Duduk serumah kalau menyakitkan hati pun menambahkan dosa aku. Sebab beahaviour aku takkan boleh dibendung bila aku tak suka sesuatu. Sama ada aku tunjuk dengan attitude atau dengan muka. Kau takkan tahan tengok muka aku kalau aku dah menyampah. Jadi, lebih baik aku angkat kaki. Tapi aku setuju dengan ustaz tadi. Kalau suami tengah down, jangan tinggalkan. Tapi kalau suami tak boleh diharap, sometimes isteri kena ajar sikit. Selagi dia tak diajar, dia tak sedar.


2024-07-19

Apa masalah dengan some of these gene Z?



Rupanya ini bukan masalah Malaysia, tapi global. Tapi aku percaya tak semua Gen Z gini. Sebab staff aku pun Gen Z. Yang ok tu ok je. Yang tak ok, memang hauk kedaung. "Cream" betul dia punya hauk. Jenis yang aku bagi kerja extra sikit hari ni, esok MC. Stok Gloei masuk berkotak-kotak, mintak tolong angkat, esok mengadu kerja dia bukan angkat kotak. Padahal bukan hari-hari stok masuk. Kau angkat pun berapa kotak je. Bukan kau sorang angkat. Ramai. Tapi dia punya mengeluh macamkan kena pikul satu lori!

Bukan nak kata lah. Aku pun pernah makan gaji. Jadi orang sales ni, jangankan kata angkut barang. Tertonggeng-tonggeng mempacking barang dalam stor. Kalau stock sampai, berduyun SEMUA staff kena kerah turun. Yang sales, yang engineer, yang IT, yang akaun - SEMUA! Bukannya selalu. Barang banyak kot. Kalau nak harap staff operation bawak turun barang dari lori, jawabnya seharian la takde orang handle operation dalam stor sebab semua operation sibuk memunggah barang. Budak-bukan sekarang (not all), kemain berkira kalau buat kerja. Entitled sungguh perasaan diri tu. Aku kerja IT, aku hanya mengadap PC. Aku kerja akaun, aku hanya duduk di meja aku kelebet akaun. Aku grafik, aku hanya buat grafik.

Memanglah angkat stok bukan dalam job scope, tapi ni aku cerita SESEKALI. Time stok sampai semua dikerah tolong angkat stok, itupun berkira! Jangan ceritalah bab mengemas pantry. Yang guna padahal dia, tapi tak reti nak kemas. Jenis ni aku jamin dapur rumah dia esok mesti berkerak. Tu baru cara-cara kerja kat company SME, kalau dapat kerja kat company international, tak tahulah besar mana dia punya berlagak. Hidung tu cecah langit agaknya.

Ni tadi aku nampak respond ramai orang dengan budak-budak sekarang punya perangai kat tempat kerja. Attitude MALAS kerja. Nak kerja senang. Nak kerja yang tak pressure. Nak kerja yang tak penat. Nak kerja yang takde target. Dia nak datang kerja santai-santai, buat kerja sikit lebih kurang pastu memekak pasal work-life balance. Sikit-sikit work-life balance. Padahal tak paham pun apa benda work-life balance tu. Dia ingat work-life balance tu "kerja jangan sampai stresskan diri".

Dik, work-life balance tu maksudnya gunakan masa dan tenaga WISELY so that work doesn’t take over your life. Dari 9 sampai 5 petang, manage your time WISELY so that kerja siap, rest pun dapat. Company bagi 1 jam lunch break. Guna untuk rest. Pukul 10.30 am pi pantry buat kopi kejap. Pukul 3.30 pm, pi pantry makan biskut buat teh. Taking short breaks at work to recharge. Bukannya buat kerja sambil lewa, tak fokus, tak meet expectation dan tak meet deadline sebab terlampau banyak rest melangok tengok internet and main henfon! Pastu nak preach pasal work-life balance. Kalau aku tepuk dahi tu karang, terus hilang balance kau.