2024-08-04
Orang yang betul-betul kaya tak hidup macam kayangan pun.
Yang share link kat aku pasal crime Kim Seri, thank you. Dah baca. Tapi malas dah nak ulas sebab baru semalam aku tulis pasal influencer. Penat betul tahun ni berderet-deret kisah influencer.
Ni tadi alang-alang aku tulis pasal influencer, ada orang bagi aku ni screenshot sebelah. Pasal influencer juga katanya. Entah aku tak kenal siapa. Ramai nau influencer menjak dua menjak ni. Ntah hape yang dia influencekan pun aku tak tahulah. Yang pasti patternnya sama — tunjuk hidup lavish, ujung-ujung kisah yang sama.
Macam yang aku pernah cakap hari tu. Sebenarnya orang yang betul-betul kaya tak hidup macam kayangan mana pun. Aku ada contoh terdekat. Makcik-pakcik aku yang keturunan Al-Sagoff tu semua kaya old money, ya! Dorang bukan kerabat ke enam atau ke tujuh. Bapak dorang Syed Abdul Rahman Al-Sagoff. Kawen dengan arwah nenek aku. Tinggal dalam rumah agam yang bagai kota di dalamnya. Kota mean kawasan tu adalah compound Al-Sagoff only. Makcik-pakcik aku tu sampai sekarang dapat royalti dari government Singapore sebab kekayaan Al-Sagoff dulu. Sebab tu bila aku kata makcik pakcik aku kat Singapore tu kaya, aku memang memaksudkan dorang memang kaya! Old money punya kaya. Tapi takde de aku tengok dorang from top to toe macam nak rak berhias bergaya. Mewah memang mewah tapi gaya hidup biasa-biasa saja. Sebab apa? Sebab dorang dah biasa kaya. Orang kalau dah biasa kaya, tak gelupur.
Makcik aku Wan Salmah Al-Sagoff, kawen dengan saudagar Pakistan keturunan Qureshi. Bergabung meletop dia punya kaya. Mak Aji cakap bapak mertua aunty Salmah ni dorang panggil Habib. Mak Aji cakap “Habib tu dulu setiap pagi sebelum pegi kerja mesti stop dulu kat rumah aunty Salmah hanya untuk bagi 50 dollar kat Abang Yoz" (cousin aku). EVERYDAY kau!! Aku nak dapat allowance RM50 sebulan dari mak bapak aku pun jauhhhhh.
Abang Mak Aji, Uncle Fadil Al-Sagoff, tahun 80-an dulu datang Malaysia bawak sport car dia. Dia datang sorang nak jumpa adik-adik. Dia angkut anak-anak sedara dia yang macam loktang ni — Ibal, Ridwan, Anuar — naik, bawak round satu Bangi. Bumbung kereta bukak. Budak-budak ni terpekik-pekik kesukaan. Tak pernah jjmpa kereta terbukak bumbung kauuu. Berapa kerat sport car rakyat ada tahun 80-an? Tak banyak, sebab orang kaya belum ramai.
Aunty aku pernah tido sebilik dengan aku masa dia datang Malaysia. Masa tu aku sekolah menengah. Lepas gosok gigi, aku tido. Dia tanya “Eh? Takde pakai krim-krim dulu ke sebelum tido?”
Aku tak tahulah nak nangis ke nak gelak. Aku pakai krim??? Bedak pun aku tak pakai, lagikan krim 🤣. Kalau aku rutin pakak krim dari kecil nescaya aku dah kawen anak raja dah sekarang punya jelita-nya aku. Tapi tu lah…ginilah… dapat pun yang annoying.
Aunty aku picitkan sikit krim Clarins dia kat aku. Pastu another krim lagi, Clinique. Pastu dia spraykan perfume - Beautiful. Rasanya ini Elizabeth Arden. Feeling betul aku tido malam tu. Tegak je tido sebab tangan leher semua dah sapu krim 😆. Maklumlah tak biasa. Kerana aunty aku ni lah aku berazam nak pakai Clinique bila besar nanti.
Aku nak cakap itulah. Orang yang biasa kaya ni, dorang memang mewah. Mampu duduk rumah besar, travel the world, beli itu ini tapi GAYA dorang biasa-biasa je. Aunty and Uncle aku yang Al-Sagoff tu hari raya pakai jubah je, sebab tradisi dorang gitu. Takde de merelip sarat bagai nak rak macam kita-kita ni.
Tak. Bukan maksudnya kita takleh pakai apa yang kita teringin. Boleh. Cuma bila try too hard nak nampak macam kau tu rich and berkelas tapi hakikatnya orang tahu kau tak kaya mana pun. Kau hanya push the limits and struggle nak nampak kaya. Lek-lek dahlah. Takde siapa kisah pun kita ada apa. Sumpah, takde siapa kisah. Nak impress sape tak tahulah. Cuma tu lah, zaman media sosial kan. Lagi banyak menetap online dari offline. Terpaksa la tunjuk segalanya. Karang orang tak tahu pulak life dia good ke tak.