2022-10-09

Wujud spesis bibik macam ni.


Weekly bibik aku sepatutnya balik bercuti sebulan, tapi dah 2 minggu dia masih tak balik-balik lagi.
Aku tanya kenapa tak balik lagi, takde tiket ke?
Dia kata risau pula nak balik, takut nanti lepas sebulan, rumah-rumah yang dia bersihkan dah ambil orang lain pula.
Ye tak ye juga. Sebulan tu lama sebab bibik ni punya service seminggu sekali datang bersihkan rumah.
Kalau sebulan, dah 4 kali skip mengemas.
Tak semua orang boleh tahan 4 minggu rumah tak berkemas (atau kena kemas sendiri).
Especially those yang rumah penuh orang.
Rumah aku ok lagi setakat sebulan bibik balik kampung sebab takde siapa pun yang menyepahkan rumah.
Aku dengan En Wan dah tentu-tentu siang hari kat ofis.
Rayyan je lah sorang. Itupun memerap dalam bilik.
Kitorang pun most of the time lepak bilik je.
Memang takde apa sangat nak dikemaskan kat rumah.
Kalau mengemop hari-hari pun cuma dapur sebab almost everyday memasak.
Lain-lain, takde apa sangat.

Kesian pulak aku tengokkan bibik ni.
Sampai takut nak balik bercuti memikirkan esok patah balik ke sini job hilang.
Kalau dapat bibik jenis betul-betul nak kerja macam ni, beruntung.
Datang sini untuk sungguh-sungguh kerja.
Ini pun dia bagitau hari tu, kat kawasan rumah aku dah ramai ambil inhouse bibik.
Tak perlu dah khidmat weekly bibik lagi.
Ye lah, now orang dah start bawak masuk maid.
Lebih untung ada inhouse maid.
Walau bayar RM1500, tapi sekali harung dia buat.
Kalau weekly bibik ni, dia kira ikut jam.
Walau nampak macam murah, tapi sebenarnya mahal sebab dalam tempoh beberapa jam (katakanlah 4 jam), apa sangat kerja yang boleh settle.
Menggosok baju je dah makan berapa jam.
Belum lagi basuh bilik air, mengemop, menvacumn, basuh porch.
Bilik air aku je dah 6.
Dengan bibik ni memang aku tak suruh dia menggosok, melipat dan membasuh baju.
Confirm tak sempat buat kerja lain nanti.
Aku bagi dia kerja yang aku malas buat je macam mengemop satu rumah and membasuh toilet.

Nak ambik bibik sekarang orang kata kalau takde 11-12K jangan bukak mulutlah. Mahal kos sekarang.
Zaman aku pakai bibik dulu, baru 5-6K je bayar process.
Gaji pun RM800 habis tinggi. Now, RM1500.
Tapi, kalau dapat yang reti buat kerja, perangai senonoh, boleh diharap - takpe.
Kalau dapat yang macam blog reader ni, buat sakit kepala.
Kita balik kerja nak berehat, dah satu kerja nak mikirkan dia pulak.

Memang wujud spesis bibik yang perangai macam bibik reader di atas.
Dia buat rumah majikan macam rumah dia.
Sukati bila nak bangun, bila nak membuta, bila nak start kerja.
Dari tahun 2004 sampai 2014, aku ada 6 orang bibik.
4 ok, sorang je cekik darah.
Yang lain semua cukup 2 tahun service.
Ada yang sampai 2 tahun 7 bulan.
Yang 2 orang ni tahan beberapa bulan je. Lari dari rumah.
Yang sorang tu dah lari dari rumah, pergi canang pulak satu taman aku tak bagi dia makan 6 bulan.
Tengkorak dia.
Kalau aku tak bagi makan, takde de kau bertahan sampai 6 bulan. Masuk bulan ke-2 je dah mampus.

Macam kes aku, bibik Cici and bibik Ida ni bangsa benak sikit.
Memang jenis yang tak reti buat kerja.
Taknak belajar buat kerja pulak tu.
Aku tak faham apesal kau nak datang jauh-jauh jadi maid sedangkan kau tak pandai buat kerja.
Sampai nak terkeluar anak tekak aku mengulang-ulang ajar benda yang sama. Tak masuk-masuk jugak!
Sampai bergaduhlah aku laki bini disebabkan dia.
Dek sakit hati marahkan dia, kitorang yang bertekak.
Baru je 5 minit lepas aku instruct dia buat something, dia boleh lupa. Kau tak hangin?

Orang kata bibik tu dari hulu. Orang susah. Sebab tu tak pandai buat kerja.
Eh hello? Bibik yang datang kerja kat Malaysia MOSTLY orang susah, takde yang senang.
Kalaupun dia susah, apa kena mengena dengan tak pandai buat kerja rumah?
Takkan dia tak pernah menguruskan rumah sendiri.
Yang benarnya, PEMALAS.
Orang kalau dah malas, otomatik semua benda jadi bangang.
Kau ajar lah apa pun, manjang je dia lupa.
Sebab apa lupa? Sebab malas nak mengingat. Malas nak memikir.
Penyudahnya bangang abadi.
Tapi kalau guna astro, guna remote TV, guna phone, tak payah diajar. Cukup cekap 🙄.

Bibik Ida adalah bibik aku yang paling serabut!
Menyesal aku tak simpan gambar dia.
Kalau tak, boleh aku tepek kat sini.
Dari awal dia datang, that was year 2006 - aku dah rasa lain macam.
Dengan rambut berselirat. Dengan terkibai-kibai.
Entah, tak reti aku nak cakap. Macam ulu sangat.
Yang si agen pulak meng-up-kan "Ida ini sudah ada 2 orang anak, jadi dia biasa urus anak kecil".
Last-last aku yang kena uruskan dia.

Aku suruh ikat rambut biar kemas, taknak.
Muncung bila aku tegur pasal rambut.
Buat muka mintak penampar everytime aku suruh ikat rambut.
Bila aku kata aku nak potongkan rambut, tak bagi.
Rambut dahlah ada kutu.
Kau menjaga anak aku kat rumah.
Tak pasal-pasal dengan si Redza sekali karang ada kutu.
Aku kata dah pendek baru senang nak shampoo dengan ubat kutu.
Dia cakap "Mana ada kutu, kak. Telurnya aje". Kau rasa?
Dah tu mana datang telur kalau takde kutu, bingai.

Masak memang out terus.
Dah diajarkan apa-apa hal kena basuh dulu.
Lepas 2 bulan, baru aku tau rupanya dia masak sayur tak pernah basuh. Speechless.
Bukan tak diajar, tapi entahlah.
Kadang-kadang aku konfius dia ni bodoh ke, atau nak bunuh aku.
Macam takde common sense lansung.
Kau kat rumah kau masak sayur buta-buta campak dalam kuali tak basuh dulu ke camana?
Patutnya orang yang dah berumahtangga, ada anak, boleh pikir lojik benda-benda mentah ni kena basuh dulu sebelum masak.
Alangkan epal yang comel tu pun kita basuh dulu sebelum makan.
Takkanlah bayam yang akar berselirat tu kau tak basuh dulu sebelum masak.
Tu pun mujur dia buang akar, kalau dengan akar-akar sekali dia masuk dalam periuk memang aku jirus dia dengan air bayam tu.

Jiran aku dulu cakap, dorang ingatkan ada histeria dalam rumah aku sebab dengar suara orang terpekik-pekik.
Yang memekik tu aku lah.
Aku kalau naik hangin, memang sound tegak je.
Aku tak peduli dah jiran sebelah-menyebelah terkejut dengar suara aku.
Everyday balik kerja, aku tanya rumah dah sapu ke belum sebab dari pintu rumah aku kesat kaki kat lantai boleh rasa berkerak berpasir.
Dia cakap "Dah". Oklah fine.
Sengaja aku biarkan tisu aku bergulung kat satu sudut.
4 hari tisu tu kat situ tak bergerak-gerak. Yang itu kau kata sapu?
Bak sini penyapu biar dengan muka kau sekali aku sapu.

Nak dijadikan cerita masa aku tengah membebel-bebel sambil ajar dia cara menyapu yang betul (untuk ntah keberapa kalinya aku ajar), aku angkat karpet.
Hah kauuu, bawah karpet tu segala plastik Cheezel, Twisties, semua ada.
Rupanya, dia main selit bawah karpet je lepas makan.
To her, kalau tak nampak kat mata, maknanya bersihlah.
Senang gila dia berkemas, kan?
Aku pun apa lagi. Macam mambra aku bertempik.
Jangankan jiran sebelah rumah, jiran langkau 2 buah rumah pun dengar lagi suara aku.
Kalau Ramli MS dengar suara aku masa tu mesti dia kata "Lontaran vokal yang mantap. Ada lagu ada lagi!".

Lepas aku nampak plastik yang terselit tu, terus aku kelebet segala sudut dalam rumah.
Macam-macam sampah aku jumpa! Dia main peruk je.
Lagi satu kan, dia punya tahap pemalas tu, mandi sekali sehari je.
Itupun time aku nak balik kerja baru dia tergopoh-gapah mandi.
Nak kata sejuk, bilik air dia aku pasangkan heater.
Dah diajar cara guna. Nak sejuk, nak panas. Punnnn masih malas mandi. Tak faham aku.
Kalau aku ada kat rumah hujung minggu, aku yang kena tanya "Dah mandi? Pergi mandi sekarang".
Hilangkan nak suruh dia jaga anak aku, aku yang kena jaga dia pulak.
Tapi muka dia sebelum dengan selepas mandi takde beza. Berkerak semacam.
Naik segan aku nak bawak dia berjalan.
Nanti orang kata aku tak hiraukan orang gaji.
Padahal masa dia datang sini, dia cuma ada sehelai baju tido, sehelai seluar, 2 helai baju.
Esok tu juga aku belikan segala tok nenek seluar, baju, coli, panties - lengkap untuk pakai 3-4 hari.
Aku belikan baju kurung sehelai untuk dia ikut aku pi kenduri-kendara.
Tapi dia simpan, taknak pakai.
Ikut aku pi kenduri pakai jeans half cut! Sakit betul jiwa aku.
Jeans half cut tu aku yang bagi.
Tapi aku dah cakap kita nak pi kenduri, takkan kau takleh pikir baju pi kenduri harusnya yang macamana. Alahaiiii.
Kalau ajak di jalan-jalan mall hujung minggu, taknak jalan sama oii.
Jalan 5-6 tapak kat belakang.
Jalan sambil tangan dua-dua seluk poket ni. Feeling betul.
Aku tinggalkan terus baru tahu.

Bibik Ida aku boleh kata spesis sama macam bibik blog reader yang hantar email ni.
Jenis yang buat rumah majikan macam dia ada share. TV nak conquer.
Dulu TV aku cuma ada satu je.
Lepas makan, aku dengan En Wan tengok TV kat living hall.
Elok je dia datang kat tepi "Kak, taknak tengok cerita Indon ke?".
Aku cakap aku nak tengok cerita ni (omputih).
Dia jawab "Aku tak tengok cerita ni, kak".
Dah tu? Kalau kau tak tengok cerita ni aku kena buat apa?
Tak puas-puas lagi tengok TV dari pagi sampai ke petang?
Kadang tu aku dengan En Wan ada kat rumah, dia elok je mencangkung depan TV terbahak-bahak tengok Tom and Jerry.
Redza main kat depan, dia tengok kartun kat dalam, boleh?

Tu belum lagi kalau aku minta senaraikan barang-barang dapur untuk aku beli.
Kita ni expect list macam beras, minyak, tepung, etc.
Dia punya list untuk aku - aiskrim, biskut, jajan, bon-bon.
Aku tak ingat apa benda bon-bon ni, something like candy kot.
Takde lansung list groceries.
Dia tulis semua list untuk meradak perut dia je.
Pernah beberapa kali, hujung minggu dengar aiskrim Mat Cool lalu, berlari dia keluar beli aiskrim.
Aku ingatkan Redza yang nak makan.
Sekali nampak dia mencangkung luar pagar santai jilat aiskrim *tepuk dahi*.
Seriously childish yakmat.
Aku syak dia datang Malaysia bukan nak kerja tapi nak menikmati hidup.
Agen pula nak buat duit senang. Hantar orang yang tah hape-hape.

Agaknya dia fedap takleh nak bersantai-santai, one day dia lari dari rumah.
Aku tak kisah dia lari sebab yang pertama, dia sangat menyusahkan aku.
Kedua, duit gaji dia aku simpan.
Aku tak pernah bagi dia hantar semua ke kampung.
Setiap bulan kitorang hantarkan half gaji ke kampung, lagi half simpan untuk diri dia.
Tapi aku keluarkan sikit dalam RM60-70 untuk dia pegang.
Untuk dia beli aiskrim Mat Cool.
Jadi aku tak rugi sepenuhnya bila dia lari.
Tapi yang aku hangin tu bila dia bagi Redza makan ubat tidur!
Allah, nasib baik panjang umur anak aku.

Allah tu nak selamatkan anak aku.
Pagi tu pesan bibik masak for lunch sebab En Wan balik makan.
Dia macam nak tak nak je menjawab.
Aku biarkan je sebab aku dah nak keluar pi kerja.
Nak dijadikan cerita, kat ofis around 11 pagi aku tersedar sample DNA tertinggal dalam freezer kat rumah.
Aku nak jumpa customer dah waktu tu.
Jadi, aku balik rumah dulu untuk collect sample dan terus ke tempat customer.
Sampai depan rumah, aku nampak gate aku terbukak separuh.
Hati dah tak sedap sebab itu autogate.
Kalau terbukak separuh, bermakna dia keluar dari rumah tak bawa kunci sebab tu gate tu tak boleh ditutup.
In other words, dia lari.
Aku masuk rumah bagi salam bertalu-talu takde orang jawab.
Masuk bilik dia tengok almari dah kosong. Sah, dah lari.
Terus naik atas cari Redza.
Nampak Redza baring depan TV, dengan botol susu di mulut, roti butter kat tepi dah bersemut.
Aku cabut botol dari mulut Redza, nampak susu berbuih-buih.
Terus call En Wan suruh balik.

Report kat agen.
Seperti dijangka, berdolak dalih kata dia takleh buat apa sebab bibik dah melepasi tempoh percubaan.
Taknak refund duit la tu.
Aku syak itulah modus operandi dia selama ni.
Hantar bibik ni ke sana, lepas 6 bulan lari.
Kutip hantar ke sinun pulak, lepas 6 bulan lari. Pusing-pusing gitu.
Kawasan rumah aku guarded, dia takkan boleh lepas gitu-gitu keluar jalan kaki dengan bawak beg baju. Mesti guard tahan punya.
Ini takde lain, ada orang pickup dia dari rumah. Dah berjanji dah ni.
Yang best tu, serentak hari yang sama 3 bibik dalam kejiranan hilang.

Another bibik aku yang hazab adalah bibik Cici. Ini bibik yang last.
Lepas tu aku pakai khidmat weekly bibik je.
Bibik Cici ni pandai masak sikit dari Ida, tapi takde la pandai sangat.
Bolehlah setakat goreng-goreng tu.
Tapi dia ni malas kedaung. Super-duper malas!
Nak kena disuruh selalu. Macam ada short term memory loss.
Sekali ketuk, sekali jalan. Sekali ketuk, sekali jalan.
Nak je aku ketuk dia betul-betul.

Dia bangun pagi lambat. Tido cepat. Kesimpulannya, kuat tido.
Bangun pagi duduk-duduk santai macam mem.
Tak tau nak buat apa katanya sebab rumah dah bersih.
Rumah aku tak pernah bersepah dia kata.
Dah tu, perlu ke aku sepahkan rumah tiap-tiap malam sebelum tido so that kau ada kerja nak buat esok pagi?
Hadoilahhh. Takde common sense lansung.

Bangun pagi, bukak la tingkap dapur, tarik langsir, lap pinggan mangkuk yang dah cuci malam tadi.
Sapu-sapu sikit dapur tu.
Ni tak, bangun tido macam mem duduk-duduk kat kerusi.
Sejenis yang tunggu arahan untuk buat kerja.
Jadi aku ni takde kerja lain, tiap-tiap hari sebelum pi ofis kena bagi dia arahan yang sama berulang-ulang kali.
Everyday arahan yang sama. Tak letih kau?

Aku dah ajar banyak kali.
Bangun pagi lepas bukak tingkap, tarik langsir, pegi masak nasi dulu.
Lauk belakang cerita, tapi nasi biar masak dulu.
Senang kalau tiba-tiba aku nak buat nasi goreng, nasi dah siap masak.
Lepas tu, jirus la sikit kereta aku tu, biar hilang embun-embun.
Then lap pinggan mangkuk, sapu-sapu sikit dapur sementara nak tunggu arahan aku yang special.
Kau imagine eceryday aku pesan benda yang sama.
Jiran belakang rumah pun agaknya pun dah boleh hafal apa yang aku pesan kat Cici hari-hari. Fedap betul aku.

Punyalah aku nak bagi dia rasa selesa, takde gap between majikan and pekerja, aku tak pernah asing-asingkan lauk.
Apa aku makan, itu dia makan.
Pergi bercuti angkut. Pergi makan luar angkut.
Aku makan KFC snek plate, dia pun aku belikan KFC snek plat.
Baju aku belikan, coli spender aku supply, pad, deodoran, bedak, moisturiser pun ada belikan biar nampak bersiap sikit muka tu.
Masa aku beli pinggan mangkuk baru, aku nak bagi orang pinggan mangkuk lama.
Tapi dia minta asingkan, nanti lagi 2 tahun dia nak bawak balik ke sana. Ok, aku asingkan.

Malam-malam aku perasan macam ada bunyi grill bukak tutup padahal dah lewat.
Aku kan penakut nak turun bawah.
Bila aku ajak En Wan teman akun turun, dia kata imaginasi aku melampau sampai terdengar-dengar.
Hari yang Cici lari tu kau tau apa?
SEMUA barang yang aku asingkan untuk dia - pinggan mangkuk dinner set 2 jenis, blender, cerek elektrik, periuk, baju-baju lama aku - gone.
Aku syak selama ni yang aku dengar bunyi pintu bukak tutup malam-malam, adalah projek dia mempassing barang-barang untuk team dia collect.
Jadi on the day dia lari, dia bawak tetek je. Kuang ajar, kan?
Terkilan betul aku masa dia kerja kat sini aku tak hayun satu das penampar. Baru puas hati kalau lari pun.

Dalam setandan pisang orang takkan dapat semua perfect.
Sama ada busuk, atau kita yang bertolak-ansur.
Dalam 6 orang bibik aku, 2 orang tu je yang cekik darah. Yang lain ok.
Now at this age, aku dah malas nak semakkan otak aku dengan masalah bibik.
Kalau boleh memang nak ambil sorang buat-buat teman kat rumah.
Tapi mikirkan kalaulah dapat sorang lagi macam Ida atau Cici, silap-silap aku jadi pembunuh.


2022-10-05

Kenapa orang suka copy paste berbanding share link?


Ada blog reader bagitau post aku tentang Suami Narcissist diplagiat tanpa kredit (seperti mana yang diexplain dalam komen di atas).
Rasanya dari kalangan avid blog reader www.dianaishak.com, dah lali kot dengan cerita post aku di-copy/di-plagiat (whatever you call it).
Dari zaman free hair lagi benda ni dah berlaku.
Tapi dulu lagi berani orang-orangnya, mengaku isi rumah aku adalah isi rumahnya.
Ye lah, masa tu blogging masih new.
Orang tak terfikir ada yang nak steal personality sampai ke tahap tu.
Too bad, pembaca boleh cam gambar yang dicopy adalah gambar dalam blog aku.

Cerita kisah cinta penuh drama aku 20 tahun dulu pun ada yang mengaku kisah cinta dia.
Seronok gamaknya dia berangan kena hentak dek exbf.
Ye lah, sebab tak kena. Memanglah seronok.
Cuba kalau memang dia objek yang dihentak tu.
Tobat lahum tak nak mengaku pernah bercouple dengan manusia saiko gitu.

Di zaman media sosial, orang lebih banyak habiskan masa di internet berbanding dunia realiti.
Ini peluang untuk menjadi famous dan "berani".
People plagiarize due to lack of experience.
Mereka rasa diri tak cukup bagus nak menulis dan menyuarakan pandangan, but they want to be heard (and seen).
Boleh jadi juga they are just lazy.
Nak menulis, tapi takde idea.
Nak karang sendiri, malas.
Jumpa post yang dia rasa best, rasa macam boleh pergi ni --- terus copy and paste.
The thing is, bila orang ramai respond pada post tu, dan-dan dia jadi tahu semua seolah-olah memang tulisan tu dia punya.
Banyak kali dah aku jumpa post-post aku yang dicopy, wahhh bukan main meriah dia membalas setiap komen yang respond to her "post" as if she owns that.

Zaman aku belajar dulu, be it undergraduate, post-grad, mahupun professional certificate, pasti ada 1-2 orang yang kerjanya mencopy tulisan orang lain.
Jenis ni, dorang nak marks tinggi, tapi malas.
Effort nak menulis dengan idea dan gaya sendiri tu takde.
Tapi angan-angan nak lulus cemerlang, ada.
Dan selalunya tak cemerlang pun.
Bak kata seorang ustaz, benda baik dan benda jahat takkan menyatu.
Kau takkan dapat buat satu benda yang tak betul dan expect hasilnya jadi baik.

Kalau student plagiarize aku boleh faham sebab dorang pressure mengejar masa dan gred.
Bukanlah kata tak apa plagiarize, cuma kita boleh faham reason student buat tu.
Yang aku tak faham, plagiarists di kalangan bukan student.
Plagiarists yang tak ada keperluan nak meng-copy tulisan orang, tapi dia copy untuk letak kat sosial media dia.
Hat ni yang aku pelik. Tujuannya untuk apa?

It’s really great to love someone else work.
Tapi kita tak boleh copy dan paste keseluruhan atau sebahagian besar tulisan dari blogger lain and post directly into your blog atau FB.
Direct copying of large sections atau keseluruhan artikel is only allowed with permission from that blogger.
Aku faham kadang-kadang dorang ni nak berkongsi, cuma persoalannya kenapa perlu cut and paste keseluruhan artikel?
Kan lebih mudah tepek link asal saja.
Bukan kata nak berkongsi saja ke?
Letak sajalah link atau bagi kredit, kan?

Aku ada dua pandangan tentang ni.

Non plagiarist.
Yang ni dia share original link.
Kalaupun dia copy and paste, dia sertakan link atau tag penulis asal.
Jenis ni, dia taknak original post hilang kalau tuan asal delete post FB.
Sebab itu dia copy and paste, tetapi dia sertakan kredit.  

Plagiarists.
Yang ni prefer to "copy and paste' dan tak suka "share" original post sebab orang akan tahu siapa penulis asal and people will check it out.
Dia taknak ni berlaku.
Kalau copy paste, people akan berduyun-duyun respond to her "post".
Engagement ini yang dia nak.
Sebenarnya post itu bukan tujuan. Tujuan sebenar adalah dia mahukan engagement dari crowd.
Bahasa mudahnya, to impress others.
Boleh jadi juga nak pretend (wanting to ‘sound’ smart).

Dari pengalaman yang lepas-lepas, bila aku tegur them, aku pulak yang dituduh sombong berlagak.
Dan-dan aku yang jahat.
Siap dia pulak tazkirahkan aku "idea awak menulis tu Allah yang bagi".
At least idea aku menulis Allah yang bagi.
Idea kau menciplak post aku ni siapa bagi? Saitan bagi?

Tak, aku takkan sue sesiapa.
Tak pernah lagi aku sue orang yang plagiarize tulisan aku. Jangan takut.
Cuma, belajarlah respect effort orang lain.
I have taken a lot of time to create the article.
Kalau bermanfaat, alhamdulillah.
Kalau suka, alhamdulillah.
Kalau maksudnya sampai, alhamdulillah.
Memang semuanya dengan izin Allah.
But, please try to respect my work.
Kalau minat sangat dengan ayat-ayat atau certain quote dalam artikel tu, you can always inform me (or other blogger).
Bloggers are generally nice people *kelip-kelip mata*.
Dorang boleh allow kau guna some of their stuff while you credit them for their work.


2022-10-04

Belum apa- apa dah tanya gaji.


Ofis aku tengah actively menerima intern now.
Kalau bagus, boleh serap terus as permanent staff.
Dalam ramai-ramai yang interested, ada la sorang budak ni.
Dia bukan intern.
Agaknya ternampak advertisement, dia try walk in.
Terperanjat jugalah bila dia kata tak kisah apa-apa jawatan pun.
Wow, ini sudah bagus. Maknanya budak ni dah well-preraped untuk bekerja.
Aku minta resume.
Education cuma SPM. Eh? Sebaya Redza ke ni?

"Tak, umur saya 22 tahun"

Tak pernah sambung belajar sejak habis SPM 4 tahun lepas.
Takde ambil sebarang short course.
Microsoft Office skill pun -- Excel 3/5, Word 3/5, PP 2/5.
Betullah agaknya ni, tak sambung belajar.
Yang best tu sejak habis SPM 4 tahun lepas, pengalaman kerja dia hanya 2 sahaja.
Yang pertama 4 bulan. Yang kedua 5 bulan. Tu je.

4 tahun after school hanya ada pengalaman kerja tak sampai setahun, tak sambung belajar, tak mahir guna komputer, tak ada sebarang short courses diambil dalam tempoh tu --- tapi yang dia tanya "Gaji berapa ya?".
Aku kan, kalau belum apa-apa dah tanya gaji, interview tu akan tamat dalam masa 2 minit.
Nak pulak jenis yang takde lansung bertanya pasal job scope.
Entahlah, aku kan kalau bercerita pasal ni kat budak-budak muda, dia punya modal -- "Janganlah banding dengan zaman kau. Zaman sekarang dah berubah, mestilah nak kena tanya gaji".

Tak salah nak tanya gaji, tapi as majikan, aku boleh tahu jenis candidate yang mana bersungguh nak berkerja, dan yang mana sekadar nak ada kerja.
Ada beza, ya.
Orang yang bersungguh nak kerja, gaji dia tak tanya awal-awal.
Dia akan tanya apa day-to-day responsibilities, probation period lama mana, what majikan expect dia to achieve dalam tempoh probation untuk melayakkan dia diterima as permanent staff, tanya tentang working culture untuk tengok if kau can fit in, tanya more about team yang akan kau work with jika kau diterima.
Banyak sangat benda yang boleh ditanya.

Tapiiii, kalau hanya sekadar mahu ada kerja, belum apa-apa dah tanya gaji.
Like budak yang aku interview tu, 5 minit pertama dah tanya gaji.
Aku macam eh?? Kau tak nak tanya ke pasal job scope?
Dahlah takde pengalaman kerja yang relevant, skill pun takde, belajar tak tinggi.
Kalau akulah datang dalam kedaan serba kekurangan, aku tanya kaw-kaw job scope aku dulu.
Sebab aku mesti nak tahu apa yang aku kena buat.
Aku nak tengok aku boleh fit ke tak.
Aku nak tahu ada peluang tak untuk aku belajar atau dapat training.
Because I need this job.

Masa aku dibeli oleh company lain (2007), boleh je aku terus tanya pasal gaji.
Ye lah, kau yang interested dengan aku.
Maknanya skill aku no problem to you.
Dah tentu gaji penentunya.
Kalau tak, aku tak resign.
However, gaji yang aku tanya paling last.
Aku tanya dulu apa job scope.
Apa resources yang aku boleh dapat untuk develop the new department.
Apa culture yang dorang practice kat ofis tu.
Tapi ye lah, it takes an experienced employee to ask questions like this.

However, kita dibekalkan dengan akal.
Patutnya boleh fikir "Aku ni blaja tak tinggi, pengalaman takde, skill tak up to standard. Wajar ke belum apa-apa dah tanya pasal gaji?"

Bila baca tweet orang ni, dan pengalaman aku interview budak tu, betul lah dia kata.
Ramai yang berharap nak kerja senang.
Nak kerja yang flexible. Nak kerja yang takde stress.
Nak kerja yang terikat dengan target.
Tapi, nak gaji besar.
Alasan -- "expenses sekarang tak macam dulu. Sekarang semua benda mahal".

Ya, dik. Barang memang makin mahal.
Dari zaman acik sekolah menengah lagi, tak pernah hayat dengar "Tahun depan barang akan turun".
Takde. Manjang je naik.
20 tahun dulu, aku buat biotech sales, zaman tu RM convert ke USD hanya 3.2.
Selamba aku lajak ke 3.5 bila quote harga (untuk ada margin yang selesa sekiranya RM jatuh mendadak).
Now, tak nampak bayang dah nak kembali ke 3.2.
Kita hadaplah bersama-sama 4.5 ni.

I have no problem with gaji.
Tapi kau boleh hit target tak?
Boleh submit kerja yang up to standard tak?
Jawapanya -- TAKNAK.
Nak kerja yang relaks.
Datang punch in 9 am, balik 5.30 pm.
Taknak pikir pasal target.
Kalau boleh nak work from home.
Tapi bila aku cakap "Ada waktu-waktunya you kena datang ofis untuk meeting and discussion. Mileage adalah sekian-sekian". Tak nak.
Betul-betul nak menikmati hidup agaknya ni.
Nak kerja santai-santai sangat.

Look. Takde kerja yang santai sebenarnya.
Yang kau nampak kerja si anu buat video hari-hari -- kau ingat dia tak set target everday?
Dia nak maintain kerja "santai" tu pun he has to do a lot of things behind the camera tau.
Macam blogger juga.
Nampak blogger tu brcetita je tapi dapat RM20K sebulan.
Kau ingat dia nak maintain crowd tu senang?
Menulis blog tu sendiri dah mengambil masa.
Belum lagi dengan struggle yang lain demi nak engage readers.
Takde yang santai nak hidup santai, dik. Takde.
Kau je nampak orang tu macam santai.
Padahal dia je yang tahu santai ke tak kerja dia.

Aku pernah tengok sorang vlogger Indonesia tunjuk how "santai" life dia as vlogger.
Rasanya dia ni buat content mekap.
Dia setup diri dia untuk shoot pun aku tengok penat.
Dengan kamera sampai 3, dengan lighting, dengan berapa banyak shot kena ambil, tu belum lagi buat kerja editing.
Tak santai weii, tak santai.
Tu belum lagi nak follow trend itu ini kat Tik Tok demi nak engage dengan followers.
Sebuah kegigihan ambil video itu, ambil gambar sini, salin baju 14 kali untuk dapatkan video 1 minit.
Santai ke tu? Santaiiiiiiiiii.
Vlogger tu sendiri kata buat content ni kena rutin dan tak boleh malas.
Kena buat at least 2 content paling minimum untuk pastikan crowd kekal atau bertambah.

Itu maknanya, kerja yang kita nampak santai tu pun ada target kena hit.
Ada plan yang mesti disusun. Bukan boleh buat cincai-bancai.
Mana ada orang kerja gaji besar tapi relaks.
Yang relaks tu masanya saja, usahanya tak relaks, ya.
Nak kerja yang relaks macamana pun aku tak tahulah budak-budak ni.
Time kerja, kerjalah. Nak relaks hujung minggu.

Aku ni sampai takde beza hujung minggu ke, siang ke, malam ke.
Asal sempat slot in meeting, masuk
Asal sempat slot in appointment, masuk.
Ini pun team aku dah cakap "Cari date naik Penang"
Sampai aku tak tahu nak slot celah mana schedule aku.
Tapi insyallah, akan aku usahakan selit mana-mana, demi pasemboq sotong. Yeahhhhhh!



 

2022-10-03

Ibubapak yang manipulatif adalah toksik.


Kalau ikut cara omputih membesarkan anak, parents yang marah anak, pukul anak -- memang dikira sebagai toksik dan parents boleh didakwa.
Tapi kalau kat negara kita (and some Asian countries lain), mendidik anak dengan cara memarah, merotan, denda anak duduk luar rumah sampai Maghrib --- dianggap biasa.
Takde siapa kisah pun kalau nampak anak jiran kena kurung kat luar rumah sampai Isyak.
Kita anggap "Mesti main sampai tak ingat balik rumah, tu yang kena duduk luar tu".
Sebab apa kita bertolak-ansur dengan situasi macam tu?
Kerana, kita pun pernah buat dulu.
Kalau tak kita kena mengurung anak luar rumah, mesti kita yang pernah kena kurung masa kecik dulu.

Kalau tanya aku, aku tak anggap merotan atau mendenda anak duduk luar rumah adalah toksik.
Sebab masa aku kena dulu, aku tahu aku kena tahan sampai Isyak kat luar sebab aku yang leka main sampai dah azan Maghrib baru nak balik.
Wajar sangatlah mendapat.
Itu pun dah besar rahmat kena duduk luar tak kena bantai.
Kalau kena bantai konfem kaw-kaw dia bagi.
Mak Aji tak merotan aku (and adik-beradik) tanpa sebab.
Jadi aku tak anggap itu toksik.
Tapi, orang yang tak biasa dengan environment macam ni mesti kata parents aku toksik.
Especially those yang dibesarkan dalam enviroment mendidik anak kaedah psikologi.

To me, kalau parents tu menjalankan tanggungjawab dengan bersungguh - mencari rezeki, sekolahkan anak, keperluan anak dijaga, tempat tinggal selesa, sesekali bawa anak keluar makan atau bercuti -- sesekali dia bertempik marahkan anak kerana anak buat salah -- ini wajar.
Dan pada aku ini biasa. Normal.
Normallah anak buat salah kena marah.
Lainlah kalau parents yang dah la keperluan asas below average, takde pengisian rohani, solat berjemaah tak pernah, mengaji dengan anak-anak pun takde (at least Malam Jumaat baca Yassin sama-sama), hal sekolah anak buat tak reti -- tapi baran 24 jam.
Kerjanya melahar, terpekik-pekik tak tentu arah.
Ok yang ni aku anggap toksik.

Toksik parents tak semestinya yang marah-marah anak.
Kalau dia marah sebab ada mesej yang dia nak sampaikan, aku boleh bertolak-ansur lagi.
Contoh Mak Aji punya ayat, "Kau tu dahlah tak lawa. Muka kemek. Kalau belajar bodoh, siapa pun taknak kat kau".
Kasar, kan? Kalau kau dengar sekali lalu memanglah bunyinya kasar.
Tapi Mak Aji basuh aku masa result aku teruk.
Masa Darjah 5 aku pernah drop gila-gila.
Mau tak bengkek orang tua tu tahun depan nak UPSR dah.
Tu yang dia bagi ayat ni satu kali, terus melekat statement tu sampai sekarang dalam kepala.

You can tell if your parents’ behavior is toxic.
Salah satu petanda terbesar adalah bila parents tu mendahulukan kehendak dia melebihi anak-anak.
Jenis yang self-centered.
Keluar berjalan bukan main persis model, dengan mekap macam nak buat fotoshoot, dengan baju from top to toe elegan tapi anak-anak serabai maut.
Sardin je dia post gambar bergaya gitu gini, tapi ana-anak sikit punya berkerak.
Aku taknak bagi contoh lainlah, karang ada pulak yang sentap kata aku cakap pasal dia.
Cukuplah basic petunjuknya bila mana parents mendahulukan kehendak sendiri. Pandai-pandailah pikir.

Verbal abuse macam menjerit, menggelarkan anak dengan nama yang tak baik dan asyik menyalahkan anak 24 jam -- ini adalah toksik.
Maksudnya, buat tanpa sebab yang kukuh.
Kalau anak buat salah takpelah nak menjerit.
Ini tak. Jenis yang terlampau nak tunjuk diri adalah ibu bapa yang tegas (kononnnnn).
Tegas tak bertempat orang kata.

Menggelarkan anak dengan panggilan yang tak baik pun ciri-ciri parent yang toksik.
Look, kalau adik-beradik panggil sesama sendiri dengan gelaran yang annoying, lain tau.
Tapi kalau mak bapak yang mulakan "Cuba panggil kakak kau yang hitam tu tolong ibu kat dapur kejap".
Atau "Oi, gemuk. Tido je kerja kau ni. Cubalah bangun tolong ayah sapu sampah kejap".
Lain tau kalau mak bapak sendiri panggil anak dengan gelaran yang tak sepatutnya.
Semua ni akhirnya akan membawa pada emotional and mental torture dalam diri anak-anak.
Kesannya berpanjangan.
Anak jadi low self-esteem, and unable to decide (dek kerana semua benda dia buat asyik dipersalahkan).

Tapiiiii, aku paling tak boleh terima parents yang bersifat manipulative.
Rasanya, dari respond pembaca sebelum-sebelum ni, ramai yang mengadu mak bapak suka memanipulasi keadaan.
INI JAUH LEBIH TOKSIK DARI PARENTS YANG BERCAKAP KASAR.
Dapat mak bapak yang suka memanipulasi, sangat sangat sangat memeritkan.
Sebab dorang orang tua. Nak dimarah tak boleh. Nak dinasihat karang sentap.
Maka terikatlah anak-anak melayan karenah mak bapak yang macam ni.
Jenis yang dia buat silap, dia spin akhirnya kita pulak yang salah.
Dia nak beli something, pastu dia putar putar cerita seolah-olah anak tak pernah berbakti pada dia.
Dia puji-puji anak jiran bagi mak bapaknya itu ini sampaikan anak merasa diri derhaka pula bila tak mampu provide.
Eh apeni?
Manipulative parents are REAL TOXIC.

Tu belum lagi parents yang tak reti nak respect boundaries.
Ye lah, aku tahu anak tu anak kau.
Tapi anak tu dah ada family.
Takkan setiap minggu nak kena balik kampung.
Dah takde kerja lain pulak kejap-kejap nak balik.
Dorang satu family nak juga bercuti, berehat, buat aktiviti sendiri.
Ini tak. Pantang Jumaat je dah call anak "Kau balik tak esok?".
Bila anak kata nak bawa budak-budak bercuti, terus sentap.
Dikatanya anak tak pedulikan dia. Tak ajak dia join sekali.
Kau tengoklah nanti, dia boleh go to an extend "Yelah, aku ni dah tua, menyusahkan korang je nanti nak bawa aku berjalan-jalan".
Kau tak sakit hati layan karenah gini?
Ini kisah blog reader yang mengadu. THIS IS ALSO TOXIC PARENTS.
Penyudahnya, anak dan menantu bercerai-berai.
Masing-masing stress dengan perangai orang tua sendiri.
Bercerai kalau masalah sendiri, berbaloi.
Tapi kalau bercerai sebab orang ketiga, walapun orang ketiga itu adalah parents sendiri -- SAKIT!

Toxic parenting can have a devastating effect kepada anak, both short and long term.
Salah satu biggest short term consequences adalah, perasaan anak terperangkap secara berterusan.
Anak tu payah nak ke depan sebab perlu tarik parents bersama.
Bukan taknak bertanggungjawab menjaga ibubapa, tapi bila mak bapak tak reti nak respect boundaries, payah.
Contoh, mak bapak yang tahu-tahu terpacul depan rumah nak bermalam 3 malam, tak bagitau anak in advance.
Memanglah itu rumah anak kau, tapi itu juga rumah menantu.
Jangan buat macam ada share sukati bila nak datang, bila nak bermalam, bila nak balik.
Jenis parents ginilah yang suka manipulasi situasi.
Ujung-ujung anak yang kena blame.

Kan hari tu aku ada cerita sorang blog reader ni kata mak dia suka suruh anak bagi duit kat makcik tu makcik ni nak tunjuk yang anak-anaknya semua baik-baik.
Hah, yang ini pun, sorry to say ya, ini juga ciri-ciri parents toksik.  

Kebanyakan attitude anak dipengaruhi sebahagian besar dari ibubapa.
Bagaimana environment yang ibubapa dedahkan pada anak, itulah yang jadi habit kemudian personaliti anak ketika dewasa.
Dah besar baru anak tu realized oh aku jadi macam ni sebab mak bapak aku membiasakan aku begini.
Tapi dah terlambat dah, damage has been done.

But change is possible.
Cuma kena kering hatilah buat.
Kalau aku, benda pertama aku buat adalah set boundaries.
Bukan apa, kalau aku sound nanti tak memasal jatuh derhaka pulak.
Aku ni kalau sound, memang sound tegak je.
Jadi, untuk elakkan aku sound, lebih baik aku create boundaries.
Biarlah nanti ujung-ujung dikata kita ni tak bercampur keluarga, melebihkan suami, atau sibuk kejar harta dunia 🙄 -- trust me, I DON'T CARE.
Sebab kesihatan mental aku lebih penting untuk dijaga.
Especially dengan parents yang manipulative.
Mudah bagi dorang menganggap kita yang buruk-buruk because that are manipulative.
Yang penting, raya kita balik kampung.
Duit bulan kita bagi.
Sebulan 1-2 kali datang jenguk belikan barang dapur.
Seminggu sekali call tanya khabar -- CUKUP.
Yang lain-lain adalah masa untuk aku dan keluarga.
Kalau itu pun parents masih nak manipulate stories kata kita anak derhaka tak mengenang budi apa segala, it's their call. I've done my part.

I know this is not easy.
Because toxic people don’t like when boundaries are set.
Setting boundaries with parents can be harder.
Sebab mak bapak yang lahirkan kita, jadi they know what buttons to push.
But like I said, kalau aku, memang itulah yang aku buat.
Aku tak menyuruh sesiapa ikut. Ini sekadar pandangan.
Sebab aku tahu susah nak buat benda ni. Hati kena kering.


2022-10-02

Mama dah putih banyak lagi putih dari papa.


Semalam aku dapat feedback ini.
Ingat tak aku buat FB post pasal Rayyan cakap “Mama dah putih banyak lagi putih dari papa?”
Bila feedback ini datang dari pengguna Gloei, kakak dan adik sama-sama ambil Gloei dan dapat effect yang sama, maknanya sohihlah kata-kata Rayyan tu.
Aku rasa dia jujur dan ikhlas 😁.

Last 2 months aku buat video tunjuk cara-cara bersiap mekap sambil cerita pengalaman aku check out dari hotel pukul 3 pagi, ingat?
Reason aku buat video tu sebab ada followers tanya sama ada aku edit gambar-gambar sebelum post kat IG.
Muka ploles dan pipi merah-merah katanya.
Aku pun dengan ikhlasnya buat video tunjuk aku blush pipi guna blusher Bobbi Brown.
Punyalah husnuzonnya aku dengan si Bobbi Brown ingatkan dia yang bagi pipi aku nampak merah-merah.
Rupanya produk sendiri punya kerja.
Maka secara tak lansung I am a living proof bahawa Gloei memang stimulate own’s collagen, kan?
ALHAMDULILLAH. Dengan izin Allah.

Aku pun tak terpikir lansung pasal ni bila Rayyan kata aku dah putih.
Inilah kesannya bila dari kecik kau dipasakkan dengan kepercayaan “Kau hitam! Kau hitam! Takkan boleh putih!” —— sampai ke tua aku percaya statement tu.
Sampaikan orang puji aku makin cerah pun aku balas dengan senyuman je.
Aku anggap they are just being nice.
Takyah nak carried away, Diana.
Kau takkan putih sampai bila-bila.
Haa gitu aku menasihatkan diri sendiri.

Sebenarnya dah ramai di kalangan blog readers otai pernah bagitau kulit aku makin cerah.
Dan selalunya respond aku adalah “Terima kasih kepada pencahayaan yang baik”. Hahaha.
Tak pernah lagi aku nak mengaku “Haah, sebab saya makan this and this”. NEVER.
Punyalah tak makan dek puji 😆.
Tapi aku tahu, mesti ada yang tertanya-tanya:

1. Kalau GLOEI stimulate kolagen dalam badan tanpa bantuan kolagen haiwan, apesal baru sekarang aku cerah? Bukankah kolagen yang bertambah dalam badan aku adalah kolagen aku sendiri. Why dulu hitam, now cerah?

2. Kalau badan banyak kolagen boleh jadi cerah ke? Kalau macam tu kenapa ada baby yang gelap dan ada baby yang cerah? Padahal baby lagi banyak kolagen. Patutnya semua pun cerah.


Ok, kausabajap. Aku explain slow-slow.

Yang pertama, yang terlibat dalam skin healh bukan kolagen sorang, tetapi Hyaluronic Acid dan Glutathione.
Ada orang ambil glutathione supaya kulit putih.
Sebenarnya tak perlu ambil pun tak apa, sebab selain kolagen, badan juga produce its own glutathione dan hyaluronic acid.
Tiga sumber ni semula jadi ada dalam badan.
Tetapi seiring dengan usia, pemakanan, dan gaya hidup, tiga-tiga sumber ni boleh berkurangan lebih awal.

Bila hyaluronic banyak dalam badan, kolagen juga jadi banyak sebab hyaluronic acid promotes collagen production.
In other words, tak perlu makan kolagen.
Hanya perlu makan makanan yang boost hyaluronid acid dalam badan, nanti kolagen bertambah dengan sendirinya.
Hyaluronic acid bagi kulit nampak segar dan plump sebab dia menakung air.
Skin jadi hydrated bila hyaluronoic acid banyak dalam badan.
Skin yang hydrated bermakna kedut pun kurang (atau lambat terbentuk).
Some dermatologists even inject hyaluronic acid fillers untuk bagi kulit tegang and nampak muda.

Warna kulit manusia berubah-ubah sepanjang hidup.
Walaupun masa kecil dia berkulit cerah, belum tentu sepanjang hayat cerah.
Yang lahir gelap, belum tentu gelap juga sepanjang hayat.
Walaupun warna kulit sebenar dipengaruhi oleh pigmen melanin, gaya hidup pun kena perhatikan juga.
Complexion kita boleh becomes darker kalau kurang tidur, atau stress and atau kurang nutrien penting untuk skin health.
Makan makanan merepek like gula, also boleh ubah skin complexion.

Aku bukannya gelap sangat masa baby Mak Aji kata.
Tapi tidaklah fair macam anak cina.
Semasa membesar, gaya hidup buatkan kulit aku jadi bertambah gelap sebab faktor banyak berjemur, tak makan makanan yang support skin health, tak pernah jaga muka (belasah cuci muka dengan sabun Lux je), krim muka tak pernah ada main tepek bedak Johnson & Johnson je.
Mana tak berkerak jadinya kulit aku, kan.

Topical krim sahaja belum boleh bagi kulit yang cerah kalau ada hal-hal lain tak dijaga.
Aku start pakai Clinique tahun 2007-2008.
Set whitening kau. Punyalah determinenya nak putih bak Snow White.
Tapi tetap juga No White. Kahkahkah.
Clinique bagus.
Idok le bagi kulit aku cerah walau pakai set whitening.
Tapi memang bagi kulit kurang berkerak, bersih takde jerawat, takde blackhead, takde kering —— ini memang proven.
But, belum menjadikan aku cerah.
Maybe ketika itu aku masih terdedah dengan matahari, dan pemakanan aku tak support skin health.

Ada satu kajian kat Jepun mengkaji kaitan kolagen dengan perubahan warna kulit.
Spektrum pantulan diukur dari pipi wanita.
Tujuannya untuk tengok indeks ketumpatan kolagen vs warna kulit.
Maknanya dorang nak tengok ada kaitan tak warna kulit yang berubah-ubah adalah disebabkan kolagen.
Apa yang dorang dapati, warna kulit asal tak jauh berubah.
Kulit orang Jepun memang semuanya cerah.
Kalau gelap tu idoklah gelap macam kita-kita di sini.
Tetapi yang buatkan kulit mereka jadi semakin "gelap" adalah sebab kolagen berkurang ketika umur meningkat.
Spektrum pantulan kulit berubah bila kepadatan dermis (kolagen dalam kulit) diubah.
In other words, bila ketumpatan serat kolagen di bahagian atas kulit berkurangan dengan usia, warna kulit jadi kurang cerah kerana penyebaran cahaya dalam kulit berkurangan.

Jadi, yang kata makan GLOEI kulit jadi lebih cerah, sebenarnya bukan warna kulit berubah, tetapi kepadatan kolagen pada kulit membuatkan kulit jadi lebih glow, hydrate, tona lebih baik, kurang kusam —— semua gabungan ini menjadikan complexion lebih fair.
Jadi, yang sebenarnya, menjadi cerah/putih itu tidak penting.
Sebab orang Jepun yang menjalankan eksperimen ni semuanya cerah-cerah belaka.
Tapi dorang sama dorang pun ada beza kecerahan sebab ketumpatan kolagen tak sama.
Bila kolagen bertambah, hyaluronic acid optimum —— insyallah kulit jadi lebih sihat dan cantik.

Thank you pada pengguna GLOEI yang percaya dengan GreenAard, dan sudi mencuba dengan konsisten.
Insyallah, GLOEI selamat, tidak ada kolagen haiwan di dalamnya, kami gunakan esktrak bahan aktif dari tumbuhan yang telah dikenalpasti kemampuannya untuk stimulate kolagen badan sendiri.
Offer Ulang Tahun ke-7 masih berlansung.
Sompek lagi nak mencuba.
Yang dah memang rutin dengan GLOEI, kalau nak tambah stok dialu-alukan.
Jimat RM16 u ollss beli sekarang.

Ini pakej GLOEI pada hari-hari biasa - di website dan Shopee.
Ada yang tiada di Shopee, ada yang hanya ada di website (whatsapp) sahaja.
Ini harga standard tau.
Tapi, sekarang sampai 7 Okt, semua harga GLOEI tak kira beli di whatsapp atau Shopee, harga RM123 only. Kat website harga kekal normal price.


2022-09-30

Introverts and Extroverts


Not all introverts are the same.
Introverts tak wajib senyap, pendiam atau takut nak bersosial.
Tapi tu lah, everytime kita terfikir tentang introvert, mesti terbayang someone yang shy, tak begitu peranah atau pendiam.
Yet, some introverts seem to be pretty talkative.
Introvert jenis ni walaupun dia boleh bersembang dengan ramah, dia perlukan masa untuk "panaskan enjin".
Maksudnya, kalau dia selesa dengan kau, kau boleh nampak sisi peramahnya. Lambatlah tapi.

Introverts ada banyak jenis tau.
Ada yang jenis bila kat kelompok yang ramai, dia jadi takut, tak berani, dan merasa dia tak hebat macam orang lain.
Ada introverts yang boleh berada dalam kelompok ramai tapi dia tak suka diperhatikan atau diberi perhatian.
Kau buatlah apa pun asal tak kacau aku, gitu.
Ada introverts yang boleh bersembang tapi pada topik yang deep.
Jenis ni tak suka sembang kosong.
Kalau deep conversation dia suka.
Kalau sembang-sembang santai berbasa-basi ni baik takyah bercakap lansung katanya.

Ada jenis introverts yang tidak pendiam pun, tapi dia hanya bercakap pada perkara yang perlu.
Dia juga bersosial ketika situasi memerlukan dia bersosial.
Kejap tadi kau nampak dia handle persentation dengan hebat, boleh jawab Q&A dengan baik, siap boleh buat lawak-lawak sikit, tapi selesai je presentation dia kembali menjadi someone yang berbeza.
Kembali senyap dan buat hal sendiri.

Nak tahu korang introverts atau tak, salah satu tandanya - pergi mana-mana nak cepat balik.
Pergi mall, kalau takde apa nak beli, dia taknak pergi.
Atau, pergi mall terus cari barang yang nak dibeli, dapat je barang terus balik.
Dapat jemputan ke open house atau kenduri, rasa malasssss nau nak pergi.
Kalau dia pergi, makan, jumpa tuan rumah, balik.
Orang lain duduk lepak makan ini, makan itu, sembang, bangun balik makan itu, makan ini.
Tapi dia, makan satu round, dan balik.
Itupun kalau boleh tak rasa nak makan, sekadar nak menghadirkna diri je.
Dalam pikiran dia, nak cepat-cepat beredar.

Ada orang nampak macam pendiam, tapi sebenarnya extroverts.
Suka berjalan, suka merayap sana sini.
Kalau bercuti, tak penat-penat dengan merayap.
Jenis tak reti duduk diam.
Kalau tak holiday ke mana-mana pun, memang sejenis tak reti duduk diam-diam kat rumah.
Ada je plan nak keluar.
Hah, kalau nak tahu inilah Encik Wan Mohd Ridzuan.
Dia ni asal terlepas je, siaplah aku. PENAT!
Kalau pergi mall, segala ceruk dia pusing.
Kalau bercuti lagilah aku penat.
Kuat berjalan dia ni. Tu yang aku fedap nak bercuti.
I don't mind going out but I just don't consider it to be a necessity.

Aku sebenarnya ada banyak ciri-ciri introvert, walaupun orang nampak aku memekak dan aktif berbanding En Wan, tapi tak menjadikan aku extrovert.
Masa aku buat projek Nuffnang dengan Celcom, Maxis and Digi, dibuat kat kelab malam.
Kalau tak kerana kerja, memang aku cabut awal.
Semak betul pemikiran aku duduk dalam kelab malam lama-lama.
Dengan lighting yang berpinar-pinar, dengan orang yang terpekik-pekik bercakap, dengan muzik yang too loud dan tak sedap (hahahaha) --- I is kenot.
En Wan teman aku, dia ok je lepak dalam tu lama-lama.

Aku ni jangankan pergi kelab malam, pergi beraya rumah orang pun always nak cepat-cepat balik.
Kadang-kadang kesian gak dengan En Wan nak bersembang lama tak boleh.
Aku suruh dia beraya sorang-sorang karang apa pulak orang kata "Mana bini? Tak bercampur orang ke?"
Haaa gitu pulak.
Tapi jujur aku cakap, aku tak selesa berada di kawasan yang ramai orang.
Kalau tempat tu panas lagilah aku tak boleh.
Karang sakit kepala aku sampai, bertukar warna jadi Shrek aku nanti.

Introvert has anything to do with you being quiet sebenarnya.
Sama ada kau introvert atau extrovert, it is more about how you express.
Orang introverts cenderung fokus pada inner thoughts, pada perasaan, pada persepsi dalaman.
Dia suka bercakap perkara-perkara deep, mengupas hal-hal yang berat rather than seeking out for external simulations.
Dia suka observe and prefer to listen to what is being said before making contribution.
Lagi ramai orang sedang bercakap tentang sesuatu perkara, lebih lama introvert berdiam diri and step back.

Lagi satu perangai introverts, dia tak sukakan attention sebenarnya.
Walaupun nampak dia seperti sukakan attention.
Masa En Wan nak run this company, aku bagi je.
Bukan sebab dia nakkan role tu, tapi aku yang tak kuasa nak ke depan.
Kalau aku run the company, banyak kerja aku habis pada operation and management, which aku tak berapa suka.
Jadi, biar kita serah pada orang yang suka 😆.
Masa a fren ajak aku setup new company untuk produce new produk, dia tanya "Siapa yang nak ke depan jadi face of the product?"
Straight away aku suruh dia je ambil role tu, sebab aku tak nak ke depan.
Duduk belakang tabir buat kerja-kerja kuli yang berkaitan, lebih serasi dengan aku kot.

Memang kebanyakkan introverts yang kita tahu, adalah pendiam.
Tapi tak bermakna mereka naturally pendiam.
Aku ingat dulu masa zaman blogger-blogger rajin buat gathering sana-sini, aku tak join.
Lepas tu sok sek sok sek kata aku "another level punya Diva", tak join gathering-gathering macam tu.
Aku tak salahkan persepsi dorang sebab blog aku potray diri as seorang yang fun, kasar, boleh huhahuha.
Dengan cara aku berpakaian waktu tu, takde siapa terfikir aku jenis tak suka tempat yang ramai crowd.
People thought aku extrovert yang layan benda-benda macam tu.
Aku ni, pasar malam pun malam punn malas nak tempuh.
Pasar Ramadhan sekali je datang setiap kali puasa buat cukup syarat.
Aku cepat rimas dengan crowd yang ramai.

Haaa tapi, kalau bagi talk depan crowd yang ramai, bagi teaching dalam hall, buat presentation dengan top management --- yang ni insyallah boleh.
That's why aku cakap tadi, introverts ni ada pelbagai.
Not necessarily pemalu dan pendiam.
Dia bergantung pada situasi.
Kadang-kadang berdiam bukan sebab sombong, tapi malas nak tolerate bullshits.
Tapi cubalah start bersembang dengan introverts.
Ajaklah sembang topik yang deep-deep, insyallah kau akan nampak dia tidaklah sependiam yang kau sangka.

Someone yang bercakap non-stop dengan orang-orang yang dia selesa, tetapi lebih suka berdiam bila dalam kelompok orang yang dia tak kenal, this person is an introvert too.
Introvert are selective dalam memilih kawan, dalam memilih topik perbualan, atau share their feeling and thoughts.
Try la ajak bersembang pasal gossip ke, artis ke, mengumpat akak ipar ke --- dia tak nak join punya.
Habis kuat pun dia berbasa-basi buat syarat.
Kesian penat kau bercakap.
Karang kau terasa pulak takde orang respond. Kahkahkah.

Tapi betul aku cakap, someone yang tak suka engage in small talks adalah introverts, walaupun dia talkative.
She can talk endlessly over topics which involve thoughtfulness and knowledge only.
However, bila seorang introvert bercakap dengan enthusiasm in such a type of conversation, tidak bermakna dia extrovert.

Secara ringkasnya, bila kau lebih banyak berdiam, tak selesa berada dalam crowd yang besar, tak suka keluar rumah tanpa sebab, lebih suka duduk di rumah mind your own business -- you are an introvert.
Tak kiralah kau di tempat kerja hebat, bijak bercakap depan orang ramai --- bila diri sebenar kau adalah seperti yang aku sebut tadi, you are actually an introvert.
Maksudnya, bukan kau taknak mingle dengan orang, tapi kau memilih untuk bersendiri.
And the best part is you enjoy being alone. Itu yang penting.

Kalau tak selesa, jangan join. 
Kalau tak boleh carry the weight being around witk kelompok extroverts, step back. 
Your mental health is important. 
Takpelah kalau kena cop sombong pun, afterall kau lebih suka suasana tenang, kan? 

Tetapi kalau kau suka berada di crowd yang besar, suka attend majlis yang ramai, mahu berada dalam kelompok yang fun, tetapi kau tak dapat join them, --- you are actually an extrovert cuma enjin kau lambat panas.
Atau maybe you just don't know how to start enjin.




2022-09-29

Kenapa kau bagi nafkah sikit tak masuk akal?


Ini respond follower pada post ex-DDNK hari tu.
Dah tentulah RM2500 tu pada some people, banyak.
Sebab kita dari awal dah hidup ala-ala marhaen punya belanjawan.
Tapi untuk golongan T20, RM2500 sebulan nafkah anak memang tak cukup, ya.
Kalau tak hantar anak ke private school pun, nilai RM2500 ni masih tak cukup bagi T20.
Ini bukan soal tak bersyukur.
Kalau tak mampu, lain cerita. Ini soalnya mampu.
Dari awal dah equip anak dengan kelas tusyen, kelas renang, kelas muzik, kelas ballet, kelas tekwando, kelas melukis.
Dari awal dah membesarkan anak dengan bilik tido beraircond, bilik air berheater, dalam bilik ada TV, ada playstation dan segala tok nenek monthly subscribes.

Sebab itulah Islam kata tanggungjawab menafkahi keluarga 100% atas bahu suami.
Kerana dari situ suami tahu apa yang dia mampu, apa yang tak.
Kalau rasa-rasa dari awal memang tak mampu besarkan anak-anak dengan duit gaji yang sekian-sekian banyak, maka cukup dengan sekadar yang mampu.
Tapi selalunya isteri-isteri yang ada income, dengan rela hati top up.
Untuk keselesaan bersama.
Yang aku selalu merasa pelik tu, some people, masa tinggal sebumbung, nampak macam mampu banyak benda.
Alih-alih bila dah berpisah nafkah anak RM200 je sebulan dia mampu.
Dah tu selama ni, siapa yang menanggung anak agak-agaknya?

Kalau selama ni suami bayar duit rumah RM1000 (paling rendah aku letak ni), kurang-kurang lepas bercerai, dari sini ekstraklah keluar RM500 sebab anak-anak masih tinggal dalam rumah tu.
Tempat tinggal anak masih tanggungjawan ayah ya, walaupun dah jadi bekas suami.
Lagi RM500 biar isteri bayar kalau dia duduk sekali.

Makan pakai anak dah tentu bapak kena tanggung.
Katakanlah selama ni suami allocate RM600 sebulan (pun paling rendah aku bagi ni), dan isteri topup selebihnya.
Bila dah bercerai, RM800 ni teruskanlah.
Kenapa kau nak minta diskaun?

Tu aku belum cerita perbelanjaan sekolah anak-anak, pakaian sekolah, yuran segala tok nenek.
Kalau selama ni kau mampu sediakan RM400 untuk bab ni, dan selebihnya isteri top up.
Maka, selepas bercerai RM400 ni teruskan seban dah bercerai anak tetap tanggungjawab kau.
Ini cara-cara perbelanjaan marhaen aku letak tau.
Kat sini je dah RM1500 patutnya nafkah kena bagi. Tu marhaen tau.
So what do you expect anak-anak jutawan ni, RM2500 sebulan? Seriously?

Sebab tu aku tak faham bila dah bercerai, kenapa kau bagi nafkah sikit tak masuk akal?
Ada yang bagi nafkah RM300 sebulan.
Padahal masa kawen dulu boleh pula provide lebih dari.
Tapi tak tahulah kalau memang dia mampu tanggung anak bini RM300 sejak dulu.
RM300 nafkah untuk sebulan?
Sehari RM10 je nak bagi anak-anak makan?
Nak suruh makan nugget 2 keping siang 2 keping malam ke camne?
Ada di kalangan FB friends aku yang pernah post bekas suami bagi RM200 je nafkah.
Tak boleh brain aku lelaki macam ni.
Eloklah pun bercerai.
Duduk dalam environment bapak yang bengap, takut nanti anak pun jadi bengap.

Teringat awal tahun pernah viral sorang perempuan putuskan pertunangan bila bakal suami masih lagi bergaji RM1100 tak naik-naik.
Ramai kecam budak perempuan tu.
Kata tak bersyukurlah. Taknak hidup susah sama-sama lah.
Mata duitan. Tahu nak hidup senang saja katanya.

Look. Kalau setelah berkahwin suami jatuh susah dan isteri sama-sama mengharungi kesusahan - itu wajar, kerana dorang dah berkahwin.
Tapi, kalau belum kawen kau kena prepare diri untuk hidup susah, malah lebih susah dari sebelum kawen, NAK BUAT APA?
Tu bangang namanya.
Dah tahu gaji bakal suami memang tak lepas untuk menanggung isteri, buat apa nak teruskan.
Kalau boleh tunggu, tunggu.
Kalau tak mahu, putuskan je lah.
Nanti bila dah tak tahan hidup susah, menyusahkan mak bapak pulak tetiap bulan nak hulur duit menanggung kau laki bini.

Memang betul rezeki datang selepas kawen.
Memang betul manusia akan berubah selepas kawen.
Tapi bak kata Ustaz Adi Hidayat dalam ceramahnya - "Memang benar manusia boleh berubah. Sebelum kawen malas solat. Selepas kawen dia berubah jadi taat. Tapi, kan lebih bagus urusan solat itu dibereskan dahulu sebelum kawen".
Maksudnya, apa yang kita boleh ubah, apa yang kita boleh perbaiki, kita perbaiki dulu sebelum kawen.
Bukan main pasrah berserah langgar je. Kendian pikir.
Takleh lah macam tu.
To me, aku sokong budak perempuan tu.
Nak hidup bersama ni, bukan sekadar berkongsi katil je. Banyak benda nak pikir.

Hari tu aku nampak orang cakap "RM20 tu bersyukurlah kalau suami bagi. Bagi kau sikit, tapi bagi dia boleh makan 2 hari!".
Nasib baik dia tak cakap depan aku.
Kalau cakap depan aku, memang aku bagi satu kali tepuk kat dahi.
Kalau RM20 tu kau rasa cukup untuk menanggung kau makan 2 hari, lebih baik kau jangan kawen.
Sebab nampak sangat tak mampunya.
Kau tanggung je lah diri sendiri.


2022-09-28

Resepi special


Ok, ni aku nak bagi resepi special.
Khas buat orang yang ada jerawat kat dahi.
Ni sebenarnya melalui email-email yang aku nampak staff aku reply.
Ada 3-4 orang cakap lepas guna GreenAard Cleansing Gel, jerawat kat pipi hilang.
Tapi jerawat kat dahi tak hilang-hilang.
Kenapa yang kat dahi ni degil sangat taknak hilang? Ok, kausabajap.

Itu satu.
Satu lagi bagitau jerawat dah hilang, tapi macam ada kesan lebam/hitam kat kawasan jerawat tu.
Nak buat macamana dia tanya.
Agak berpeluh jugalah staff aku menjawab.
Aku peratikan je dulu 😁.
Hari ni biar aku jawab sikit.
Semoga ada pencerahan.
Tidak hanya cerah di muka saja.
Semoga masa depan turut cerah.

Mula-mula kena tahu yang tak semua jerawat tumbuh disebabkan masalah kulit.
Jerawat boleh tumbuh atas sebab-sebab yang lain juga.
Especially kalau kau tengok jerawat kat tempat lain hilang, tapi kat certain area tak hilang-hilang.
Dalam kes ni, kat dahi.
Kat situ je dah boleh pikir lojik.
Kalau jerawat tu muncul sebab masalah kulit, patutnya satu hilang, maka semua pun hilang.
Tapi ni tak. Dia main separuh hilang separuh tak hilang.

Antara culprit jerawat adalah liang kulit.
Ni memang 'jin aprit' punca utama jerawat.
Dahi kan kat T- Zone.
Kawasan zon T banyak pengeluaran minyak.
Liang pada bahagian ni memang cenderung untuk tersumbat and menyebabkan jerawat.
Tapi liang yang tersumbat ni boleh dikurangkan masalahnya dengan good CTM (Cleanse, Toning, Mosturize).
Kalau rajin, setiap bulan cuba buat steaming muka.
Kalau rajin lah. Kalau aku memang malas.
Tapi, buat sekali sebulan cukup dan setiap sesi tu jangan steam wajah lama-lama.
Sebab muka berjerawat ni sensitif.

Ada kemungkinan juga, kepala berkelemumur.
Eh dah kenapa tetiba masuk kelemumur pulak ni, kan?
Tapi memang ada kaitan, ya.
Kelemumur pada rambut boleh trigger jerawat kat dahi.
Mana yang suka buat bangs tu, pastikan rambut takde kelemumur, kalau tak, percuma je tempat bersemayam jerawat dahi.
Produk rambut macam hair spray, atau serum rambut boleh trigger jerawat kat dahi.
Siapa yang ada bangs (fesyen rambut berjuraian pada dahi), watchout lah.

Kelemumur ada kaitan dengan kulit kepala berminyak.
Minyak tu cenderung untuk meresap dalam kulit dan buatkan liang tersumbat.
Kalau rambut jenis berminyak, rajin-rajinlah cuci rambut.
Walaupun nampak macam tak lojik apa yang aku cakap ni, ia adalah FAKTA ya.
Aku pun sekali dengar dulu macam “Lah? Apa kaitan kulit kepala berminyak dengan jerawat kat dahi?”
Tapi bila aku fahamkan flow dia, baru nampak lojiknya kat mana.

Ubat macam birth control pun ada kecenderungan untuk buat jerawat tumbuh kat dahi (pada orang tertentu).
Tanya doktor dulu setiap kali dia bagi korang apa-apa ubat yang berkaitan dengan hormon.
Sebab pil hormon selalunya akan bagi kesan sampingan.
At least korang tau what to expect so takdelah nanti bila jerawat tumbuh korang berhabis duit beli macam-macam nak hilangkan jerawat.
Bila jerawat tak hilang, salahkan produk.
Padahal ada ambil pil hormon.

Different pills have different chemical formulations, jadi kesan sampingan pun boleh berbeza antara orang dengan orang yang lain.
This is why some people takde efek apa-apa bila ambil birth control while some yang lain dapat negative effects seperti jerawat.
Kebanyakan birth control pills contains estrogen and progestin.
Birth control berbeza gunakan jenis progestin yang berbeza, dan setiap jenis progestin boleh menjejaskan badan secara berbeza juga.
Some birth control can increase peluang untuk dapat breakouts asbab kandungan progestin.
Progestin ada androgenic effect yang boleh ransang jerawat.
Tapi macam aku cakap tadi, bukan senua orang dapat efek negative ni.
It depends on jenis pill dan tindakbalas badan masing-masing.
Tapi kalau korang nak cuba juga Cleansing Gel GreenAard, silakan. Takde masalah.
Sebab banyak dah feedback customer yang ada masalah acne pulih, dengan izin Allah.

Aku paling suka testimoni customer ni.
Sebab dia punya feedback tu buat aku terharu sangat.
Dah guna macam-macam produk dari drug store.
Dari jenama-jenama yang biasa kita nampak kat iklan TV untuk treat jerawat.
Semua dah diguna katanya. Tak serasi.
Kakak dia (kalau tak silap aku) suggest guna Cleansing Gel GreenAard.
Bila dia share progress bergambar gini, aku kagum apa tau?
Bukan kagum dengan produk GreenAard tapi kagum dengan konsistensi and disiplin dia menjalankan treatment ini dengan SABAR.
Sabar tu tak semua orang ada.
Especially bila spend RM59 sebotol, dalam kepala nak sebotol dah boleh lenyapkan masalah jerawat.
This guy kata 2 botol (kalau tak silap) juga dia guna sebelum dapat clear skin.
Ya lah, tahap severity kulit tak sama.
Kalau tengok gambar last tu idok la hilang semuanya tapi better kan?

Lagi satu yang mungkin kedengaran macam takde kena-mengena dengan jerawat adalah, masalah penghadaman.
Sama macam aku pernah explain kalau kita pakai korset terlampau ketat untuk jangka masa lama, akan dapat efek food poisoning - muntah dan berak-berak.
Begitu jugalah dengan masalah penghadaman boleh jadi punca jerawat yang tak berkesudahan.

Mula-mula sekali bila ada masalah jerawat, stop makan makanan spicy.
Sebab rempah sifatnya ‘memanaskan' badan.
Cili boleh trigger jerawat tumbuh dengan lebih banyak. Try stop dulu.
Dan macam biasa, kena minum air yang cukup so that pergerakan usus jadi laju supaya toksin tak tersimpan lama dalam badan.
Sebab itulah bila minum banyak air dan banyak makan sayuran/buah boleh buatkan kulit jadi cantik sebab buah dan sayur banyak serat yang akan lajukan pergerakan usus.
Bila usus laju, toksin tak disimpan lama-lama dalam badan.
Kalau toksin lama tersimpan dalam badan, itu yang buatkan toksin diserap balik dalam badan.
Pastu jadiklah macam-macam penyakit termasuklah jerawat.

Ini lagi satu feedback dari pengguna yang ada masalah eczema.
Alhamdulillah bila dia repeat order maknanya something good happen lah kan? Syukur sangat.
Masa nak buat Cleansing Gel ni aku terfikir juga ada ke yang sanggup spend RM59 untuk skin treatment?
Sebab bahan-bahan yang aku pilih memang premium.

Dulu masa dalam bentuk bar, siap ada biji cranberries lagi aku letak supaya ada efek scrub.
Bila upgrade jadi gel, aku tak letak.
Because somehow dalam bentuk gel biji cranberries tu tak bertindakbalas dengan baik.
Orang yang takde masalah kulit maybe akan kata “Mahal Cleansing Gel ni”.
Sebab kulit dia takde masalah.
Dia ada option untuk pakai sabun Lux je untuk cuci muka.
But to people yang ada masalah, kalau boleh menyelesaikan masalah, RM59 is not an issue.
Dan aku berterima kasih yang sudi cuba Cleansing Gel.
Korang yang dah guna and repeat order tu share la testimoni.
Nanti aku tambah point 100, amacam?

Ok yang aku bakal explain ni nampak macam aku promote produk sendiri.
Tapi nak buat macamana, memang ada kaitan pun 😆, dan insyallah membantu - GC PLUS.
Aku tak suggest orang yang ada masalah susah nak membuang ambil GC PLUS semata-mata untuk tujuan melawaskan.
Kalau sekadar nak bagi lawas, pegi beli julap. Lebih murah.
Tapi ramai yang pilih untuk setia dengan GC PLUS sebab efeknya lebih baik. Alhamdulillah.

Kenapa aku cakap GC PLUS might help?
Ok macam ni. Kita talk science sikit.
Bila usus kecil tak berfungsi dengan baik, dia boleh tumpah dan menyebabkan masalah pada usus besar pula.
Kebocoran ni akan lead to an overgrowth of bacteria.
Peralihan mikrobiom usus ini somehow boleh menyebabkan jerawat sebagai kesan sampingan.
Inilah yang aku mention pasal toksik tadi.
GC PLUS diketahui antara fungsinya untuk boost your digestive system (sebab ada HCA dalam tu).
Secara tak lansung, it helps in removing toxic dalam badan. Get it?

Kebanyakan orang yang kulit ada jerawat, kulitnya jenis sensitif.
Cuci muka dengan scrub memang baik untuk kulit sebab bantu buang sel-sel mati, tapi kalau dah kerap sangat scrub muka boleh buatkan kulit jadi terlalu tegang sampai terasa rengsa kat kulit.
Just gunakan scrub seminggu sekali je cukup.
Kau nak tenyeh beria pun buat apa, kan.
Atau carilah scrub yang halussss.
Maybe itu ok untuk daily use.
Lagi satu, dah tahu kulit berjerawat, gunakanlah produk untuk kulit berjerawat.
Jangan pakai produk macam orang yang takde masalah kulit.
Elakkan apa-apa produk berasaskan minyak.

Yang ni pun aku suka.
Cleansing Gel ni aku buat untuk face and body.
Selalunya orang guna untuk face.
Bila dia bagitau mak guna kat kulit kepala (eczema), aku surprised sangat. Alhamdulillah syukur.
Semuanya dengan izin Allah.
Terima masih mak sebab sudi cuba produk ni.
Terima kasih kata anaknya juga.

Yang paling common, period.
Aku takde masalah ni.
Tapi sorang kawan aku memang dapat jerawat setiap kali period. SETIAP KALI.
Gunalah apa pun, asal waktu period je, jerawat tumbuh penuh kat muka.
Walaupun faktor-faktor hormon dan genetik ni kita tak boleh nak buat apa, tapi efek tu boleh dikurangkan dengan cuba point-point yang aku mention awal-awal tadi.
Maknanya, apa yang kita boleh kurangkan, kita kurangkan dulu.
Contoh, stop pakai hair spray, cuci rambut, stop makan spicy foods, etc.
Di samping tu teruskan rawatan.
Pakai krim jerawat ke, atau pakai Cleansing Gel GreenAard ke, terpulang.
Mungkin tak dapat hilangkan jerawat semuanya tapi kalau dapat kurangkan pun dah bagus.

p/s: Kalau pakai helmet, make sure bersihkan helmet ni dua hari sekali just nak bagi kotoran/minyak tak melekat pada kulit (dahi).


2022-09-27

Makin kau tahan bayar nafkah, tak menjadikan kau lebih kaya pun. TAK AKAN.


Aku kurang pasti kalau expressing ketidakpuasan hati pada pasangan (suami), sedangkan apa yang isteri suarakan itu betul, adakah itu dipanggil derhaka?
Atau biadap? Atau tak menghormati perasaan suami?
Semalam, post aku pasal suami narcissistic, ramaiiiii yang respond kat IGS. Blog post aku semuanya aku screen cap and letak di IGS.
Satu-satunya ruang untuk pembaca respond pada post-post aku adalah di IGS.
Jadi ramailah yang repsond post semalam.
Seperti yang aku jangka, terlalu ramai rupanya isteri (dan bekas isteri) yang hidup dengan suami narcissist.
Mostly yang respond pada post aku dah pun berjaya keluar dari marriage yang toxic.
Ada yang masih tersekat berbelas tahun tak tahu macamana nak keluar sebab memikirkan anak.

Itulah sebenarnya bebanan isteri yang ada suami narcissist.
Bertahan kerana masa depan anak, bukan kerana dia setia.
Jauh sekali bertahan kerana cinta.
Malangnya suami takde terfikir akan hal ni.
Dia rasa isteri bertahan kerana memerlukannya.
Isteri bertahan kerana cinta dan setia.
Isteri bertahan kerana dia berkuasa.
Perasan nak mati.
Yang dia tahu, apa yang dia nak isteri kena turut, kehendak dia mesti ditunaikan.
Terseksa jiwa raga isteri itu bukan hal dia.
Bagi dia, "Kau dah ditakdirkan hidup dengan aku, kau kena terima ketentuan Tuhan. Maknanya Tuhan nak kau berubah, bukan aku". Setan, kan?

Kalaulah menyuarakan sesuatu yang betul dikatakan salah, dikatakan derhaka, dikatakan tak bersyukur —— apa lagi yang isteri boleh buat?
Bersabar sampai mati?
Like I said, kalau mati tu besok, takpe.
Kejap je tempoh bersabar.
What if mati tu lagi 40 tahun?
By the way, wujud ke istilah berserah bulat-bulat gitu?
Adil ke isteri memendam rasa dengan perangai suami yang tak paham bahasa?
Seriously, aku tak jumpa pandangan yang lojik untuk situasi.
Cuma aku terpikirlah, suami-suami yang jenis pantang ditegur, yang tak makan dek nasihat, yang kepala batu, yang merasa dia selalu betul dan isteri selalu salah —— ini suami Islam atau suami melayu?

Aku baca komen-komen isteri-isteri yang putus asa melayan perangai suami narcissist, rasa sedih sangat.
Ada yang demotivated dan lansung takde goal lagi untuk diri sendiri kerana segalanya tersekat.
Ada yang hidup menanggung suami.
Ada yang suami minta isteri fixed contribution setiap bulan macamkan isteri tu menanggung family.
Ada yang sanggup berhenti kerja sebab takde function bila hampir semua duit gaji kena contribute pada suami.
Betapa kuat sebenarnya emosi isteri-istreri bertahan dengan marriage yang toxic.
Penyudahnya makan hati.
Esok lusa kalau isteri tuntut fasakh, dikatanya isteri ada lelaki lain.
Padahal punca terjadinya hal tu dia tak pikir.
Pakat semua salah isteri.

Dia macam ni lah, ya.
Semua orang nakkan pasangan yang bagus.
Tak perlu perfect asal jangan sampai tak reti ambil tanggungjawab.
Suami kalau takde ikhtiar mencari duit untuk keluarga, kalau takde ikhtiar nak bagi nafkah pada isteri, kalau takde rasa kesian tengok isteri mengagau cari duit untuk mencukupkan keperluan keluarga —— kau as suami jangan bangkitkan soal hak lah.
Kau hilang hak atas isteri bila kau buat isteri kau macam projek.
Projek menyenangkan hidup kau!

Semalam aku nampak orang share post ex-DDNK bercakap pasal nafkah.
Katanya, DDNK jutawan tapi nafkah anak 2 bulan hanya RM5000.
Secara tak lansung netizen (aku) boleh mengagak ketika masih bersama, RM2500 je dia contribute untuk anak.
Mesti selama ni bini top up sama sebab tu dia anggap RM2500 tu cukup.
Dia lupa dulu yang membuatkan RM2500 tu cukup adalah kerana wife bantu sama.
Now, dah bercerai, 100% kaulah tanggung. Wadehel kan. 

Aku rasa masih ramai lelaki tak faham yang tanggungjawab menyara keluarga (anak dan isteri) adalah 100% tanggungjawab dia.
Bukan apa, sebab dah terbiasa isteri menghulur, jadi dia rasa dah menjadi satu tanggungjawab bersama.
Sebab tu ada suami bila pendapatan isterinya lebih, dia yang enjoy macamkan duit dia.
Duit isteri duit dia juga katanya. Duit dia, kemut.
Isteri pinjam kejap RM20 buat beli barang pun minta balik.
Turn isteri punya duit, dia yang seronok melejan.
Siap plan nak gi bercuti, kononnya membawa keluarga bercuti padahal isteri yang banyak sponsor. 
Dia memang literally "membawa berjalan" je.

Nafkah ni benda WAJIB buat.
Kalau suami tak buat, dan isteri terpaksa menanggung, itu bermakna suami telah BERHUTANG dengan isterinya.
Ini bukan aku cakap, ya. Ini agama cakap.
Adab berhutang, mesti dibayar semula.
Kalau tak bayar balik, bila isteri tak halal, kau menjawablah kat sana.
Memang nafkah itu dibagi mengikut kemampuan suami.
Kalau mampu bagi banyak ini, maka banyak itu sajalah.
Contoh, suami hanya jual burger kat stall.
Pendapatan sebulan maybe around RM4K.
Dengan nak bayar rumah, bil, makan, anak, dia hanya mampu bagi isterinya RM150.
Tak apa, kerana itu kemampuannya.
Tapi kalau suami tu yang malas, berdalih tak nak cari duit unuk keluarga, nak kerja yang simple-simple hidup biar hidup sederhana kononnya sedangkan dia mampu berusaha lebih dengan skill, tenaga, ilmu dan qualification yang dia ada —— pegilah mati.
Hidup pun tak membawa hasil.

Lelaki yang katanya "Saya nak kerja mudah-mudah, asal tak stress, asal cukup makan pakai, jadilah" —— sebelum kau cakap macam ni, kau tengok balik expenses family.
Kalau rumah kena bayar RM3000 bulan-bulan, kereta bayar RM3000 sebulan, tolonglah jangan berangan nak hidup sederhana.
Habis semua hutang yang beribu-ribu ni siapa nak bayar? Bini?
Tu belum cerita bil api air, minyak, sekolah anak-anak, makan pakai dan contingencies segala.
Cakap je lah yang KAU TU MEMANG MALAS NAK KERJA.
Cakap je yang kau malas nak berusaha lebih sebab bini ada boleh tolong!
Bongok.

I have a friend, lelaki.
Aku kenal dia sejak zaman dia bawa kereta Kancil.
Masa tu gaji dia RM3K je. That was 2008.
Walaupun begitu, dia bagi nafkah kat isteri RM300.
Aku tanya banyak juga bagi sebab gaji hanya RM3K.
Dia cakap "Isteri I bekerja. Banyak belanja, beli baju, tudung, barang mekap. Itupun RM300 tak boleh beli banyak benda".
Kau nampak tak suami yang ada common sense macamana?
Padahal isteri bekerja.
Boleh je dia buat bodoh "Kau kerja, barang kau, kau belilah sendiri".
Tapi tak, ya. Dia tetap hulur setakat yang mampu.
Suami jenis ni tahu hukum agama, tahu takutkan Allah, tahu menjaga amanah Allah.
Dia take serious tanggungjawab dia.

Cut story short, now gaji dia I guess cecah RM30K.
Baca ni macam cerita tipu je, kan? Wallahi! Aku tak tipu. This suami WUJUD.
Orang kalau memang ada niat untuk memenuhi tanggungjawab, Allah akan buka jalan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka.
Konsepnya macam bayar hutang.
Kalau kau memang takde plan nak bayar balik, kau akan cari 1001 alasan untuk tak bayar dan Allah tutup ruang untuk kau tak dapat bayar.
Sentiasa ada je perkara dan halangan yang buatkan kau tak dapat bayar.
Tapi kalau ada plan nak bayar, kau pasti cari jalan untuk bayar dan Allah akan mudahkan jalan untuk kau bayar.
Percayalah cakap aku.

Ini real story. Tahun 2012, company aku short of money untuk bawa satu machine masuk.
Dulu buat biotech supplies banyak barang aku bawa masuk.
Semua stok ada minum order. Paling rendah pun USD4-5K.
Payment goverment and Universiti pulak mana pernah on time.
Aku menang satu sebut harga perlu bawa masuk satu instrument.
Short RM15K je lagi.
Boleh je nak keluarkan savings aku, tapi macam tak best la kan duit simpanan guna untuk role bisnes.
Tak cantik akaun audit aku nanti.
So this friend (yang aku cerita bawak Kancil tadi), pump in RM15k dalam akaun company.
Aku buat invoice konon itu workshop payment.
Selepas itu, aku slow-slow bayar dia balik RM1000/sebulan dari duit gaji.
Mula-mula masa aku plan budget nak bayar balik tu terasa alahai sakitnya RM1000 sebulan bayar hutang.
Tapi alhamdulillah, settle bayar.
Konsisten aku bayar 15 bulan zasss.

Pecayalah, nafkah ni macam hutang.
Nampak macam berat, tapi kalau kita start buat, lama-lama jadi mudah.
Makin kau tahan bayar nafkah, makin kau tanggung bayar hutang, tak menjadikan kau lebih kaya pun. TAK AKAN.
Pada suami dan bekas-bekas suami - bertanggungjawablah.
Kau dah akad dengan Allah untuk terima amanah, tapi aku buat isteri kau macam projek untuk memudahkan kehidupan kau, untuk mencapai misi kau hidup senang atas perkongsian duit isteri.
Jangan jadi dayus, please.


2022-09-26

Suami narcissist



Semalam ada kawan FB share gambar ni.
Katanya ini adalah ibu kepada budak perempuan yang barang Koreanya dibakar.
Katanya yang bakar tu adalah ayahnya.
Tapi aku tak sure kenapa ibunya up video tu ke media sosial.
Bila dapat gambar yang baru ni aku rasa ——— Aku RASA, mak dia up that video boleh jadi kerana mahu meluahkan sesuatu yang terbuku dalam hatinya selama bertahun-tahun.
Apa yang terbuku itu hanya dia saja yang tahu, aku tak mau memandai-mandai mengagak yang bukan-bukan.

Hidup dengan seorang narcissist sesungguhnya sangat mencabar emosi.
Apa lagi kalau yang narcissist itu SUAMI.
Tak banyak yang kau boleh buat melainkan bersabar dan memendam rasa.
‘Bersabar’ dengan suami yang narcissist ni bukan tahap bersabar menahan lapar dan dahaga, ya.
Narcissist ni orangnya susah nak terima teguran dan nasihat.
Nak lagi kalau yang menegur tu isteri. Memang tak jadi apa.
Suami yang narcissist selalu menganggap isteri tak boleh lebih bijak dari dia, isteri tak boleh lebih betul dari dia, isteri mesti ikut cakap dia no matter what.
They tend to only see the wife in terms of how wife fill their needs.

Apa yang isteri mesti provide, dia point out.
Tapi apa yang dia perlu provide pada isteri, dia ambil mudah.
Husband macam ni always merasa dia terpaling bagus.
Dia mahu isterinya kagum pada dia walaupun dia sebenarnya hauk.
Lelaki lain tak boleh lebih dari dia dalam apa segi pun - be it kepandaian, kejayaan, kebaikan —— apa je kau janganlah nak comparekan dia dengan orang lain.
Walaupun hakikatnya memang orang lain jauh lebih berjaya.
Kalau kau mention si polan tu berjaya, si polan ni baik, dan-dan kau kena cop ada skandal.

Macamana aku tahu?
Janganlah tanya. Aku faham sangat dah pattern ni.

Suami yang narcissist adalah makhluk yang INSECURE to the max.
Dia sebenarnya tahu dia tidaklah bagus. Dia tahu tu. Tapi denial.
Dia tahu pasangannya deserve better man, sebab itu dia insecure.
Cara dia cover insecurities adalah dengan mengkondem, menekan perasaan, berkasar — seolah-olah dia sangat in power until kau give up dan pasrah.
Ujung-ujung kau pasrah dengan takdir hidup kau.

Hidup dengan narcissist bukan calang-calang cabarannya.
Dia je yang betul.
Kalau dia realize apa yang kita argue adalah betul, dia tetap nak menang.
Senang cakap, dia TAK AKAN BERUBAH.
It’s either kau bersabar, atau angkat kaki.
Nama dia nak berubah, memang tak.
Kalau kau nak buat kering, trylah.
Kau tengoklah nanti dia akan buat apa.

Antara yang paling obvious, narcissist suka spin situasi.
Bila kau melawan, dia kata kau derhaka.
Bila kau bagi silent treatment, dia kata kau kurang ajar.
Bila kau buat keras hati, dia kata kau ada lelaki lain.
Pokoknya, dia akan balikkan semula kat kau.
Kiranya semua salah kaulah.
Dia takkan terfikir pun punca response kau jadi begitu adalah kerana dia.
Bagi dia, dia tak salah.
Seboleh-boleh dia akan cari salah kau supaya yang kena berubah adalah kau, bukan dia.

Penat ya, penat hidup dengan narcissist.
Emosi kau jadi drained, kau feel demotivated.
Nak ke depan tak boleh. Nak gostan dah jauh.

Possible ke nak teruskan hidup dengan suami narcissist?
Boleh, tetapi DIFFICULT.
If you must stay, kau kena ada strong boundaries.
Apa kau boleh layan, kau layankan.
Apa yang kau tak boleh accept, kau avoid.
Kalau dah tak boleh bertolak-ansur lagi, RUN!
Biarlah orang kata kau curang lari ikut lelaki lain, atau kau derhaka, atau kau jahat —— jalan terus.
Cakap-cakap orang ni kejap je.
Tak berbaloi kau hidup memendam rasa.
Kalau umur kau sampai esok, esok je lah kau kena bertahan.
What if hidup kau ada lagi 40 tahun kena lalu?
Sanggup bertahan lagi 40 tahun hidup dengan narcissist?

Jangan main-main dengan orang narcissist.
Dia somehow boleh buat life kau miserable.
Kau yang dulunya sangat energetic, always bersemangat, tak pernah kenal putus asa, always memandang sesuatu dengan positif —— akhirnya kau jadi confuse dengan hidup kau.
Apa yang kau nak buat pun kau dah confuse.
Somehow kau jadi bangang buat keputusan untuk diri sendiri.
Sampaikan ke tahap kau nak balik kampung jumpa mak bapak pun kau tak sure.
Nak keluar me time pun kau jadi macam “Do I need this?”.
Kau nampak tak? Sampaikan kau nak beli something untuk diri kau pun kau dihambat rasa bersalah.
Itu adalah kesan hidup dengan narcissist.
Ditekan, dikondem, emosi kau dikoyakkan berkali-kali until kau always merasa kau salah.
Ujung-ujung kau jadi tak berani nak buat apa-apa sebab segalanya perlu approval dia.

Last-last kau terperuk dalam environment yang toksik.
Itulah negative side hidup bersama narcissist.
Dengan kau-kau jadi toksik, lembik, negative, demotivated dan confuse.
Ujung-ujung pasrah.
Mulalah nanti kau merasa "Inilah jalan takdir hidup aku. Terima je lah. Semoga ada pahala kesabaran".
Eh banyak lagi benda yang boleh mendatangkan pahala.
Jangan sempitkan life kau dengan hanya nak mengejar pahala yang itu itu je.
Kalau sekadar hidup bergelumang dengan stress, berendam air mata, confuse, hilang semangat dan arah tuju hanya kerana mahu bertolak-ansur dengan manusia macam tu, apalah guna hidup?
Lagi best beruk kat hutan tu. Bebas.

Mungkin pandangan aku bersifat pengalaman sendiri saja, tapi aku percaya, pattern narcissist tak jauh beza dengan narcissist yang lain.
Yang pastinya, dorang pentingkan diri sendiri.
Hidup nak senang. Hidup nak mudah. Hidup nak smooth.
Bersusah-susah ni bukan cara hidup dia.
Tapi kalau menyusahkan orang cukup pandai.
Jangan bagi muka dengan narcissist walau pasangan sendiri. DON’T!
Dorang ni bukannya berani sangat. Spesis insecure.
Cakap je lebat macam bagus sangat. Padahal hampeh in and out.
Suami/lelaki narcissist adalah lelaki LEMBIK!
Dia hanya berani dengan pasangannya saja.
Sebab dengan kau je dia boleh tunjuk kuat dan power.
Cuba kau campakkan dia di tengah-tengah lelaki hebat lain. Jelas ke-sampahan-nya.

Lelaki macam ni, bila berada di kalangan orang-orang hebat, kau boleh nampak dia tak selesa.
Sebab dia tak dapat nak tunjuk bagus.
Kan selama ni dia boleh tunjuk bagus depan kau je.
Dia tak biasa dengan keadaan di mana orang lain hebat dari dia.
Dia tak perpared untuk situasi tu.
Tapi cuba kalau dia bersembang dengan orang kampung, atau kawan-kawan yang hidupnya bawah dari dia. 
Pehhh, cakap lebat tak nak kalah.
Siap bagi motivasi bagai. Padahal dia yang terpaling perlukan motivasi.

Dorang sebenarnya tak boleh hilang kau.
Sebab dorang tahu kau je yang boleh tunduk kat perangai dia.
Jadi, orang macam ni kau kena tekan dia balik.
Bagi dia sedar yang dia tu sebenarnya ZERO VALUE pada kau.
Kena tunjuk yang kau got nothing to lose kalau hilang dia.
Percayalah cakap aku, jenis ni TAK AKAN tinggalkan kau.
Sebab dia insecure. Dia buat-buat terer je. Padahal lembik.
Dia punya kekuatan tu sekadar pada mulut.
Sekadar kondem kau, menyakitkan hati kau, menakut-nakutkan kau.
Cuba kau lari, konfem dia lembik.

Aku tahu bukan semua orang berani ambil keputusan confront dengan narcissist husband.
Sebab kepala kita ni dah dipasak dengan “Itu suami, kena taat”.
Entahlah, kadang-kadang mungkin kita yang tak faham bahawa taat tu ada limit.
Bukan buta-buta taat sampai merosakkan emosi dan masa depan sendiri.
Terpulanglah. Yang pastinya, narcissist TIDAK AKAN BERUBAH.
Kalau kau sanggup sambung lagi 20 tahun hidup dalam environment ni atas dasar “Lama dah kawen. 21 tahun dah. Biar je lah” —— Sukati.
Aku takkan biarkan emosi aku rabak.
My mental health is important than anything.
It’s either you change or I quit.