2022-09-26

Suami narcissist



Semalam ada kawan FB share gambar ni.
Katanya ini adalah ibu kepada budak perempuan yang barang Koreanya dibakar.
Katanya yang bakar tu adalah ayahnya.
Tapi aku tak sure kenapa ibunya up video tu ke media sosial.
Bila dapat gambar yang baru ni aku rasa ——— Aku RASA, mak dia up that video boleh jadi kerana mahu meluahkan sesuatu yang terbuku dalam hatinya selama bertahun-tahun.
Apa yang terbuku itu hanya dia saja yang tahu, aku tak mau memandai-mandai mengagak yang bukan-bukan.

Hidup dengan seorang narcissist sesungguhnya sangat mencabar emosi.
Apa lagi kalau yang narcissist itu SUAMI.
Tak banyak yang kau boleh buat melainkan bersabar dan memendam rasa.
‘Bersabar’ dengan suami yang narcissist ni bukan tahap bersabar menahan lapar dan dahaga, ya.
Narcissist ni orangnya susah nak terima teguran dan nasihat.
Nak lagi kalau yang menegur tu isteri. Memang tak jadi apa.
Suami yang narcissist selalu menganggap isteri tak boleh lebih bijak dari dia, isteri tak boleh lebih betul dari dia, isteri mesti ikut cakap dia no matter what.
They tend to only see the wife in terms of how wife fill their needs.

Apa yang isteri mesti provide, dia point out.
Tapi apa yang dia perlu provide pada isteri, dia ambil mudah.
Husband macam ni always merasa dia terpaling bagus.
Dia mahu isterinya kagum pada dia walaupun dia sebenarnya hauk.
Lelaki lain tak boleh lebih dari dia dalam apa segi pun - be it kepandaian, kejayaan, kebaikan —— apa je kau janganlah nak comparekan dia dengan orang lain.
Walaupun hakikatnya memang orang lain jauh lebih berjaya.
Kalau kau mention si polan tu berjaya, si polan ni baik, dan-dan kau kena cop ada skandal.

Macamana aku tahu?
Janganlah tanya. Aku faham sangat dah pattern ni.

Suami yang narcissist adalah makhluk yang INSECURE to the max.
Dia sebenarnya tahu dia tidaklah bagus. Dia tahu tu. Tapi denial.
Dia tahu pasangannya deserve better man, sebab itu dia insecure.
Cara dia cover insecurities adalah dengan mengkondem, menekan perasaan, berkasar — seolah-olah dia sangat in power until kau give up dan pasrah.
Ujung-ujung kau pasrah dengan takdir hidup kau.

Hidup dengan narcissist bukan calang-calang cabarannya.
Dia je yang betul.
Kalau dia realize apa yang kita argue adalah betul, dia tetap nak menang.
Senang cakap, dia TAK AKAN BERUBAH.
It’s either kau bersabar, atau angkat kaki.
Nama dia nak berubah, memang tak.
Kalau kau nak buat kering, trylah.
Kau tengoklah nanti dia akan buat apa.

Antara yang paling obvious, narcissist suka spin situasi.
Bila kau melawan, dia kata kau derhaka.
Bila kau bagi silent treatment, dia kata kau kurang ajar.
Bila kau buat keras hati, dia kata kau ada lelaki lain.
Pokoknya, dia akan balikkan semula kat kau.
Kiranya semua salah kaulah.
Dia takkan terfikir pun punca response kau jadi begitu adalah kerana dia.
Bagi dia, dia tak salah.
Seboleh-boleh dia akan cari salah kau supaya yang kena berubah adalah kau, bukan dia.

Penat ya, penat hidup dengan narcissist.
Emosi kau jadi drained, kau feel demotivated.
Nak ke depan tak boleh. Nak gostan dah jauh.

Possible ke nak teruskan hidup dengan suami narcissist?
Boleh, tetapi DIFFICULT.
If you must stay, kau kena ada strong boundaries.
Apa kau boleh layan, kau layankan.
Apa yang kau tak boleh accept, kau avoid.
Kalau dah tak boleh bertolak-ansur lagi, RUN!
Biarlah orang kata kau curang lari ikut lelaki lain, atau kau derhaka, atau kau jahat —— jalan terus.
Cakap-cakap orang ni kejap je.
Tak berbaloi kau hidup memendam rasa.
Kalau umur kau sampai esok, esok je lah kau kena bertahan.
What if hidup kau ada lagi 40 tahun kena lalu?
Sanggup bertahan lagi 40 tahun hidup dengan narcissist?

Jangan main-main dengan orang narcissist.
Dia somehow boleh buat life kau miserable.
Kau yang dulunya sangat energetic, always bersemangat, tak pernah kenal putus asa, always memandang sesuatu dengan positif —— akhirnya kau jadi confuse dengan hidup kau.
Apa yang kau nak buat pun kau dah confuse.
Somehow kau jadi bangang buat keputusan untuk diri sendiri.
Sampaikan ke tahap kau nak balik kampung jumpa mak bapak pun kau tak sure.
Nak keluar me time pun kau jadi macam “Do I need this?”.
Kau nampak tak? Sampaikan kau nak beli something untuk diri kau pun kau dihambat rasa bersalah.
Itu adalah kesan hidup dengan narcissist.
Ditekan, dikondem, emosi kau dikoyakkan berkali-kali until kau always merasa kau salah.
Ujung-ujung kau jadi tak berani nak buat apa-apa sebab segalanya perlu approval dia.

Last-last kau terperuk dalam environment yang toksik.
Itulah negative side hidup bersama narcissist.
Dengan kau-kau jadi toksik, lembik, negative, demotivated dan confuse.
Ujung-ujung pasrah.
Mulalah nanti kau merasa "Inilah jalan takdir hidup aku. Terima je lah. Semoga ada pahala kesabaran".
Eh banyak lagi benda yang boleh mendatangkan pahala.
Jangan sempitkan life kau dengan hanya nak mengejar pahala yang itu itu je.
Kalau sekadar hidup bergelumang dengan stress, berendam air mata, confuse, hilang semangat dan arah tuju hanya kerana mahu bertolak-ansur dengan manusia macam tu, apalah guna hidup?
Lagi best beruk kat hutan tu. Bebas.

Mungkin pandangan aku bersifat pengalaman sendiri saja, tapi aku percaya, pattern narcissist tak jauh beza dengan narcissist yang lain.
Yang pastinya, dorang pentingkan diri sendiri.
Hidup nak senang. Hidup nak mudah. Hidup nak smooth.
Bersusah-susah ni bukan cara hidup dia.
Tapi kalau menyusahkan orang cukup pandai.
Jangan bagi muka dengan narcissist walau pasangan sendiri. DON’T!
Dorang ni bukannya berani sangat. Spesis insecure.
Cakap je lebat macam bagus sangat. Padahal hampeh in and out.
Suami/lelaki narcissist adalah lelaki LEMBIK!
Dia hanya berani dengan pasangannya saja.
Sebab dengan kau je dia boleh tunjuk kuat dan power.
Cuba kau campakkan dia di tengah-tengah lelaki hebat lain. Jelas ke-sampahan-nya.

Lelaki macam ni, bila berada di kalangan orang-orang hebat, kau boleh nampak dia tak selesa.
Sebab dia tak dapat nak tunjuk bagus.
Kan selama ni dia boleh tunjuk bagus depan kau je.
Dia tak biasa dengan keadaan di mana orang lain hebat dari dia.
Dia tak perpared untuk situasi tu.
Tapi cuba kalau dia bersembang dengan orang kampung, atau kawan-kawan yang hidupnya bawah dari dia. 
Pehhh, cakap lebat tak nak kalah.
Siap bagi motivasi bagai. Padahal dia yang terpaling perlukan motivasi.

Dorang sebenarnya tak boleh hilang kau.
Sebab dorang tahu kau je yang boleh tunduk kat perangai dia.
Jadi, orang macam ni kau kena tekan dia balik.
Bagi dia sedar yang dia tu sebenarnya ZERO VALUE pada kau.
Kena tunjuk yang kau got nothing to lose kalau hilang dia.
Percayalah cakap aku, jenis ni TAK AKAN tinggalkan kau.
Sebab dia insecure. Dia buat-buat terer je. Padahal lembik.
Dia punya kekuatan tu sekadar pada mulut.
Sekadar kondem kau, menyakitkan hati kau, menakut-nakutkan kau.
Cuba kau lari, konfem dia lembik.

Aku tahu bukan semua orang berani ambil keputusan confront dengan narcissist husband.
Sebab kepala kita ni dah dipasak dengan “Itu suami, kena taat”.
Entahlah, kadang-kadang mungkin kita yang tak faham bahawa taat tu ada limit.
Bukan buta-buta taat sampai merosakkan emosi dan masa depan sendiri.
Terpulanglah. Yang pastinya, narcissist TIDAK AKAN BERUBAH.
Kalau kau sanggup sambung lagi 20 tahun hidup dalam environment ni atas dasar “Lama dah kawen. 21 tahun dah. Biar je lah” —— Sukati.
Aku takkan biarkan emosi aku rabak.
My mental health is important than anything.
It’s either you change or I quit.