2017-08-03

Bila diuji, satu je kena yakin - Allah Maha Baik.



Nak mengelakkan dari bosan menulis list syukur ni senang je.
Jangan syukur benda yang dah berlaku hari ni, tapi bersyukur untuk perkara yang akan kita buat esok.
Kita syukur in advance.
Dengan cara tu jugak sebenarnya melatih diri kita untuk commit dengan apa yang kita syukurkan tu.

Contoh, malam ni tulis list syukur apa nak buat esok.

1. Saya bersyukur diberi kekuatan untuk bangun Tahajud.
2. Saya bersyukur dapat baca Yasin awal pagi.
3. Saya bersyukur dapat buat 4 rakaat Dhuha.
4. Saya bersyukur diberikan kesungguhan untuk baca Al-Mathurat pagi ini.
5. Saya bersyukur saya dapat buat breakfast untuk suami.
6. Saya bersyukur masuk je ofis saya balas semua email client dulu.
7. Saya bersyukur hari ni saya berjaya close deal 5 deal.

....and the list goes on.

Kenapa kena syukur in advance?

Sebab, bila kita dah tulis senarai apa yang kita syukur hari esok, secara otomatik badan kita akan bergerak untuk penuhi semua list syukur tadi. Kalau tak percaya, malam ni try buat list. Lusa PM aku bagitau kau berjaya buat ke tak semua yang kau list kan tu. Kalau malam ni kita mati, mudah-mudahan apa yang kita tulis tu Allah kira sebagai ibadah kerana kita berniat untuk buat macam tu.

Betul cakap reader ni.
Makan kita ni pun Allah yang kasi.
2 minggu lepas aku beli makanan. Masuk dalam kereta, makanan tu aku letak kat compartment belah pintu. Esoknya baru perasan aku lupa bawak keluar makanan tu. Dah basi.
Macam tu je pun dah nampak dah betapa kita ni satu benda takleh harap kalau Allah tak tolong.
Kalau Allah tak ingatkan kita makanan tu ada dalam kereta, sampai besok lah tak teringat.
Rezeki aku cuma dapat beli makanan tu je, tapi takde rezeki nak makan.
See? Dah beli, dah ada dalam tangan pun kalau Dia kata bukan rezeki aku nak makan, tetap tak dapat makan.

Masa aku tersadai jadi maskot kat Hospital Serdang tahun 2010, aku banyak realize tentang lemahnya manusia. Masa tu banyak sangat benda yang berlaku kat aku not in parallel with theory.

Mula-mula, dokter swasta rujuk aku ke gov hospital.
Dia kata condition aku kritikal, dia jamin dalam masa 2 hari aku akan bersalin (operate). Tapi dia pesan "bersedia apa juga kemungkinan".

Bila masuk gov hospital, terus kena injek DEXA. Persediaan untuk matangkan paru-paru baby katanya just incase esok nak operate. Tapi esok tak operate jugak.

Setiap hari dokter kata "your reading is not good. Kita kena tahan awak kat sini lagi. Kalau tetiba dapat sawan, kita terus operate". Tapi 28 hari alhamdulillah tak apa-apa.

Everyday nurse pujuk aku supaya jangan stress sebab dia kata blood pressure aku sampai 200. Dia kata takut aku kena sawan anytime.
Aku cakap aku tak stress pun. Tapi tak tau kenapa pressure tak turun-turun.

Everyday dokter datang check ibu jari aku untuk check if ada bengkak. Ingat lagi dokter tu cakap "Pelik saya. Keadaan awak ni teruk sebenarnya. Patut jari kaki semua dah bengkak ni tapi takde pun".

Air kencing hari-hari protein 3+. Nak kawal makan apa lagi aku tak tau la.
Dokter pesan "Puan ni lama lagi kat sini ni. Macam makin teruk je ni".
Tapi aku rasa aku sihat. Siap boleh tolong katil jiran sebelah nak bersalin lagi.

Aku bukan tak tau keadaan aku teruk.
Aku blaja gak sikit bio-medik so aku agreed bila dokter cakap keadaan aku sebenarnya memang tak ok sangat. Akubaca report aku and aku tau memang aku keadaan yang teruk tapi dalam masa yang sama aku pelik juga bila aku tak rasa apa-apa. But kita hormat dokter punya pendapat. Dia lagi pandai dari aku. Dia suruh stay kita stay je lah.

Aku rasa Allah saje nak aku rest kot. Agaknya Dia kata kau duduk rumah karang semua benda kau nak buat, meh sini Aku tahan kau kat spital ni habiskan buku Don't Be Sad. Aku dah lama beli buku tu tapi tak bersentuh. Masa aku kena tahan kat wad aku bawak buku tu sekali kot-kot la sempat baca (standard lah kan, dah sakit baru nak pegang buku agama). Ko just imagine, masa tu aku free hair, rambut aku kaler mahogany tau dulu. Tapi duduk baca buku Don't Be Sad. Buku agama. Mesti orang sebelah tengok dah kenapa budak ni krisis identiti ke hape.

Aku rasa cahaya-cahaya hidayah tu start masa aku tersadai kat spital ni.
Biasa la tu, bila dah nampak macam tak lama je aku hidup ni, barulah nak blaja-blaja pegang buku agama. Masa tu aku start baca Yasin pagi and malam. Wirid aku panjang. Istighfar aku panjang. Tenang je rasa. Dulu masa buat sales ke hospital, bila lalu depan wad-wad, hati aku mesti cakap "Kesiannya dorang ni kena duduk wad lama-lama. Apa nak buat lama-lama tersadai kat sini".

Bappp!
Tuhan bagi. Ambik kau 28 hari jadi maskot Hospital Serdang.

Rupanya Tuhan nak tunjuk kat aku, adakalanya lebih baik tinggal kat hospital. Baru la kau blaja ingat Tuhan. Kalau tak, malam-malam kau mengangkang layan movie terbahak-bahak depan TV. Baca Quran pun kalau teringat, wirid istighfar apetah lagi.

Dulu, kalau berdoa aku menghafal doa.
Tak berapa sampai kat hati pun. Tapi aku tetap buat rutin doa yang sama.
Kadang aku tak paham pun apa yang aku mintak, rasa macam sedap je doa ni, bacalah.
Dalam doa aku dulu aku mintak "Ya Allah, berikan aku rasa untuk bergantung kepadaMu sepenuhnya tanpa meminta-minta dari orang lain".

Apa benda yang kau mintak ni Diana????

Tak faham sangat pun.
Tapi baca je lah.

Aku lupa, Tuhan tu Maha Mendengar.
Dia tak bagi jam-jam tu jugak. Dia simpan dulu.
Bila sampai masanya, again, BAPPPPP! Dia bagi aku dapat pre-eclampsia masa mengandung Rayyan.

Pre-eclampsia takde penawar.
Caranya adalah keluarkan uri dari badan, settle.
Tapi, masa tu berat baby baru 950g.
Aku nak baby ni (Rayyan) tapi at the same time lagi lama uri ni ada dalam badan lagi teruk keadaan aku. Risiko nak dapat kerosakkan buah pinggang and hati.

Kat sini rupanya dia makbulkan doa aku.
Inilah waktunya aku letakkan pergantungan aku sepenuhnya pada Allah.
Sebab dokter pun takleh buat apa. Cuma boleh monitor keadaan aku je. Selagi boleh bertahan cuba bertahan supaya baby membesar sikit at least 1.2kg baru sedap sikit untuk bawa keluar.
Dari 950g nak ke 1.2kg tu aku terpaksa duduk kat spital selama 28 hari.
Dengan keadaan blood pressure tinggi everyday, kencing keluar protein, hari-hari ambik darah untuk check hati and kidney (if i'm not mistaken), sampai dah takde tempat nak cucuk dah dua-dua belah tangan aku ni.

Masa tu baru aku sedar.
Dulu, mulut aku je mintak nak bergantung pada Allah, tapi hati aku kekadang tu "Ala, takpelah, laki aku ada boleh tolong buatkan"
"Ala takpelah, mak bapak aku ada boleh mintak tolong"
Mulut je lah doa nak bergantung pada Allah tapi habis kat mulut je. Hati tak.

Bila dokter kata "Chances are 50-50. Apa-apa yang berlaku, kita akan selamatkan ibu dulu".

Masa ni lah baru aku benar-benar berserah dan redha.
Masa ni lah aku nampak yang Tuhan makbulkan doa aku selama ni, untuk letakkan pergantungan penuh pada Dia.
Dia nak aku blaja redha. Sebab redha tu bukan saja untuk sesuatu yang kita dah tau, tapi untuk sesuatu yang masih misteri.

Malam sebelum operate tu, aku baca Yasin sedekah untuk diri sendiri.
Itu pertama kali aku baca Yasin untuk diri sendiri.
Dah buat solat taubat, solat hajat, aku tunggu dokter drip aku, get ready untuk esok.
Aku sms kawan and makcik pakcik aku mana yang teringat, say sorry and mintak doakan aku.
Aku sms password email aku, FB aku, blog aku, pin number bank, semua benda yang related dengan company kepada Sang Nila Utama. Dia je tau semua benda ni. Aku pesan, kalau aku mati esok, padam semua benda ni. Dah get ready nak mati dah time ni.

Perasaan berserah tu first time aku dapat rasakan.
Macam dah takde apa yang aku harap untuk urusan dunia. Lapang.
Macamana nak describe the feelings eh. Lebih kurang macam feelings bila kapal terbang kau bergegar kuat kat atas. Macam tu la kot rasanya, cuma yang tu ada rasa takut. Yang aku rasa ni lebih tenang. Mungkin ni la orang kata, sometimes bila orang tu dah tau bila dia nak mati, dia akan lebih dekat dengan Tuhan berbanding orang lain. Kerana apa yang dia doa, yang dia mintak, benar-benar dari hati. Benar-benar ikhlas.

Tu saja je aku nak share kisah aku.
Nak bagitau sebenarnya Allah ni akan bagi jugak apa yang kita mintak. Cuma caranya berbeza dan unik. Kalau kita nampak hikmah, kita faham yang sebenarnya Dia sedang mengabulkan doa kita. Maybe bukan dengan cara yang kita mahu, tapi kita dapat jugak apa yang kita mintak. Dalam setiap ujian yang Dia bagi, Dia selitkan kekuatan. Dalam setiap kesilapan yang kita buat, Dia selitkan peringatan. Boleh jadi ujian yang Dia bagi kat aku dulu, melalui penulisan ni, akhirnya jadi peringatan buat yang membaca.




TINGGAL 2 HARI SEBELUM PROMOSI HABIS.
WHATSAPP 012-7728976 UNTUK PERTANYAAN LANJUT.


2017-08-02

Mak-mak yang anaknya nak exam UPSR tahun ni.


Semalam ada sorang mak PM aku mintak aku bagi tips menghadapi anak-anak yang nak exam besar. Anak dia UPSR tahun ni.
Dah nak UPSR dah rupanya next month. Cepat je. Rasa macam baru je kelmarin anak aku ambik exam ni.

Mesti mak bapak yang anak-anak nak ambik UPSR tahun ni dah start takut.
Takut anak boleh buat ke tak? Anak dapat keputusan cemerlang ke tak?
Aku faham perasaan tu sebab dah lalui dah tahun lepas.

Tak ada mak bapak yang taknak anak dia berjaya apetah lagi bila 6A tu dah macam jadi lambang kebijaksanaan pelajar Darjah 6 kat Malaysia ni.
Walaupun berbuih pakar motivasi kata A bukan penentu kejayaan tapi hakikatnya kat Malaysia ni nak masuk skolah asrama, nak masuk IPTA, nak dapat keje - memang A tu akan dipandang dulu.
Kau pusing cakap ikut mana pun, kita kena agree kat Malaysia ni, lagi banyak ko dapat A maknanya lagi senang nak sambung blaja, lagi senang nak dapat tajaan, lagi senang nak dapat kerja dan boleh jadi lagi senang nak diterima sebagai calon menantu.

Tapi, itu adalah nasihat untuk anak-anak.
Untuk mak bapak, nasihatnya lain pulak.

Kepada mak bapak, kita bebas nak berangan apa pun.
Nak berangan anak kita dapat 6A atau nak berangan anak kita jadi pelajar terbaik UPSR 2017 - silakan berangan. Tak salah. Tapi kena bersedia jugak untuk sebarang kemungkinan.
Sebab tahun lepas masa keputusan UPSR keluar, aku terima a few stories dari parents yang kecewa dengan keputusan anak. Ada yang rasa rendah diri dengan keputusan anak. Dah macam menyalahkan anak pulak.

Kalau anak memang tak blaja dan memang bermasalah, itu lojik nak kecewa.
Tapi kalau anak memang berusaha, nampak dia memang blaja, tapi keputusan cemerlang tak menyebelahi dia, tak adil rasanya nak marahkan anak.
Kadang-kadang Tuhan bagi kita ujian anak tak cemerlang ni sebenarnya bukan nak uji kesabaran kita tapi nak uji ego kita.

Aku takde tips.
Tapi apa yang aku buat dulu just usahakan keperluan anak saja.
Mana yang lemah - hantarkan tusyen.
Mana yang perlu buat latihan - belikan buku latihan.
Itu je.
Aku bukan parents yang agresif sangat bab-bab blaja ni. So aku bukan orang yang tepat untuk mintak tips. I mean blaja tetap kena blaja. Aku punya syarat kat anak-anak pun senang je - jangan bawak balik C.
"A" maknanya kau faham dan dah kuasai subjek tu.
"B" maknanya kau faham tapi belum kuasai sepenuhnya.
Tapi "C" kau memang tak faham dan taknak blaja untuk perbaiki pun. So yang C ni kalau aku jumpa memang aku balun.
Nak anak straight As maybe boleh pi tanya pandangan orang lain.

Alhamdulillah Tuhan bagi aku 2 orang anak yang berbeza kemampuan dalam akademik supaya aku buka mata dan sedar akan hikmah dari setiap kejadian.

Redza fast learner.
Disebabkan dia fast learner jadi dia selalu buat kerja last minit. Study pun last minit.
Jadi aku selalu terpekik-pekik kat rumah suruh dia blaja.

Rayyan pulak a bit slower. Maybe sebab dia ada disleksia menjadikan dia macam tu.
Tapi Rayyan rajin. Hari-hari dia nak blaja. Masa dia ada masalah dengan tulisan (tulisan turun naik), hari-hari dia prektis menulis. Now tulisan dia cantik macam tulisan abang dia. Siapa follow IG aku mesti nampak video-video Rayyan tengah blaja aku upload. Memang ada peningkatan.

Redza antara student yang advance kat skolah. Kelas pertama dari mula sampai habis skolah. Dia antara 20 orang pelajar yang dapat masuk Champion Class sebab cikgu bajet dia akan dapat 6A time UPSR. Malangnya BM dapat B.

Rayyan pulak kelas ketiga je.
Mula-mula aku rasa sedih dia dapat tak dapat masuk kelas pertama. Rasa macam awat jauh beza sangat kau ngan abang kau ni?
Tapi bila kitorang discover dia ada disleksia, aku jadi bersyukur dia masuk kelas ketiga.
Rupanya itulah plan Allah untuk dia. Supaya dia berada dalam kelas yang proses pembelajarannya tak fast pace. Kalau fast pace nanti dia takleh catch-up pulak. Kalau Allah bagi apa yang aku nak, nak Rayyan masuk terus kelas pertama macam abang dia tapi akhirnya Rayyan drain kat dalam kelas tu sebab takleh catch-up apa cikgu ajar, kan ke lagi membuatkan budak tu blur sampai ke sudah, betul tak? Aku semakin faham hikmah Allah jadikan macam ni.

Alhamdulillah, kuasa Allah.
Walau dalam kedaaan dia yang disleksia tu, tahun ni Ujian 1 and mid term exam dia masih kekal nombor 1 dalam kelas. Peratusan dia pun tak teruk. Meningkat dari 90% ke 92%. Ok la tu, ko nak apa lagi kan. Benda ni buatkan aku percaya, untuk jadi 'pandai' tak perlu born sebagai genius. Tapi perlu RAJIN. Contoh paling senang untuk aku adalah Redza and Rayyan. Redza bukan kategori rajin, tapi dia senang tangkap apa yang diajar. Takde la cream sangat tapi takde lah payah nau nak ajar. Rayyan pulak tak laju macam abang dia, tapi dia buktikan kerajinan dia membuatkan dia boleh duduk sama level dengan budak yang normal.

Nombor kalau dalam tournament, yes membawa makna yang penting.
Tapi kalau dalam exam aku rasa tak berapa besar sangat.
Sebab masa aku Darjah 6 dulu, aku tak dapat nombor 1, 2 atau 3 pun.
Tapi bila keputusan UPSR keluar, budak yang dapat nombor 2 dan 3 tak dapat offer ke mana-mana pun.
Aku yang nombor 10 ni boleh dapat satu boarding school yang sama dengan budak nombor 1 tadi. Siap dorm yang sama, katil atas bawah lagi.
Ramai yang pelik wadehel aku pulak dapat masuk skolah asrama ni?
Bila aku pikir-pikir balik, yang membuatkan aku dapat nombor 10 tu bukan sebab subjek UPSR (BM, BI and Maths). Tapi sebab subjek Alam dan Manusia, Agama, Pendidikan Seni, dan Muzik tak sehebat orang lain. Subjek-subjek inilah yang buatkan nombor aku jadi banyak. Tapi subjek UPSR aku excellent.

Ok let's face the fact.
Berapa ramai manusia yang Tuhan anugerahkan dengan UPSR 6A?
PT3 10A?
SPM 20A?
Berapa ramai?

Tak ramai.
Dorang ni golongan minoriti je.
Yang majoriti tu agak-agaknya sebab tak pandai atau nasib malang?

En Wan bermula dengan UPSR 4A je. Golongan majoriti.
Tak cemerlang, jadi sambung skolah kat kampung je.
Tapi akhirnya lepas SPM dia fly pi Japan dapat biasiswa lagi.

Aku yang permulaaannya baik UPSR 5A. Golongan minoriti.
Siap dapat masuk skolah asrama, akhirnya blaja dalam negara je.

Itu menunjukkan apa yang buruk kita terima hari ni dan apa yang baik kita dapat hari ni - semuanya masih sebuah ujian.
Hari ni and esok belum tentu lagi kita akan jadi orang yang sama.
Belum tentu lagi yang buruk akan terus berakhir buruk dan belum tentu yang bermula baik dapat kekal baik.

Siapa tak seronok anak dapat masuk skolah asrama.
Of course proud anak kita jadi golongan minoriti yang terpilih untuk berada di kalangan yang bijak-bijak.
Kita rasa macam tu.
Tunggulah nanti bila anak kita terpilih jadi golongan minoriti, perasaannya berbeza.

Dulu, masa Redza skolah rendah aku selalu cerita kat dia "Kalau Redza dapat result ok, Redza boleh masuk asrama. Sana semua orang pandai-pandai. Redza nak blaja sama-sama pun senang. Cikgu 24 jam ada kat sana. Bla bla bla bla bla...."

Now bila Redza dah ada kat sana, sometimes bila aku tengok mak bapak lain keluar berjalan makan sama-sama dengan anak-anak, aku sedih jugak. Sunyi. Anak dah la 2 je. Sorang dah ada kat asrama. Kalau ada rezeki esok blaja pi universiti entah jauh mana lagi silap-silap ikut jejak bapak dia ke Jepun, dah makin jauh lagi. Pastu habis blaja tak sempat-sempat nak keje terus kawen (pun macam bapak dia jugak), terus tak tinggal sama dah. Maknanya, aku diberi masa 12 tahun je untuk duduk serumah dengan Redza.

Yang anak-anak semua masih ada bersama, hargai waktu-waktu ni.
Allah's plan is always the best. So kita serahkan saja pada Dia.




PENGGUNA GC PLUS, SILA BACA NI.


2017-08-01

Langkawi again


Langkawi lagi untuk kali yang ke ompek tahun ini. Insyallah ada satu lagi trip ke Langkawi bulan November nanti. Yang tu agaknya last kopek sebab nak angkut barang-barang Redza kosongkan bilik sebelum naik ke Form 2. Ya ampunnnn, anak aku dah nak Form 2 tahun depan? Phewww....dia punya berdebar habis UPSR tahun lepas pun tak abis lagi ni tau-tau dah nak masuk Form 2 pulak. Ok takpe, yang tu tahun depan baru pikir.

Redza ada minggu bermalam, last week, untuk 2 malam.
Kitorang plan nak suruh dia balik je sebab En Wan nak renew passport dia katanya.
Tapi Redza kata penat pulak nak balik untuk just 2 malam, jadinya, kitorang je lah yang naik ke Langkawi.

Kali ni aku pujuk En Wan drive ke sana, jangan naik flight.
Aku gunakan mak mertua aku sebagi 'umpan'.
Kebetulan mak mertua aku cakap kalau naik flight dia taknak ikut tapi kalau bawak kereta dia ikut.
Cut story short, menjadilah plan aku ke Langkawi tak payah naik flight. *lega*

Kitorang gerak dari PH pukul 7.15 pagi, stop jap kat Tapah 8.45pm untuk makan nasik lemak feveret. Then terus pecut ke jeti Kuala Perlis. Pukul 1pm dah ada dalam feri. Harap-harap takde dapat surat saman hujung bulan.



Cadangnya ada reader yang akan tunggu di Kuala Perlis untuk kitorang letakkan kereta. Tapi sebab kitorang sampai jeti pun dah lagi 15 minit feri nak jalan, jadi park je la kat tempat berbayar. En Wan kata ok juga parking lot tu, berbumbung. 



Budak ponteng skolah 2 hari.
Dalam feri tu dia tayang cerita 16 Puasa. Cerita yang aku tunggu-tunggu sangat raya hari tu tapi aku terlupa nak tengok. Tapi tengok tak habis sebab sejam dah sampai Langkawi.

Kali ni kitorang sewa Avanza, RM100/day.
Sebab dah plan nak angkut banyak barang dari sana, jadi kereta bior besar sikit lah dari Kancil.
Terus pi ambik Redza kat skolah. Ramai jugak mak bapak yang pick up anak-anak untuk bermalam kat sana. Ada banyak jugak van-van tunggu ambik budak-budak ni nak bawak ke airport.



Redza dah semakin kurus. Hari tu dia pack baju-baju dia yang besar untuk kitorang bawak balik. Even kemeja batik dia ni pun dah gedobos. Dia mintak kecikkan. Aku cakap takyah. Bukan kau hari-hari pakai batik ni pun. Pakai je sampai habis tahun, next year baru beli baru.

Kali ni kitorang duduk kat Bella Vista. Sebab bawak mak, jadi En Wan kata biar duduk kat pekan Kuah boleh ulang-alik nak pi shopping. Mak-mak ni kalau pi Langkawi tak berkenan duduk kat tepi pantai, dorang nak pi tempat yang mudah nak shopping.

Kitorang ambil family room. Ingatkan satu bilik besar rupanya 2 bilik with connecting door.
Dia kata memang kalau family room macam tu, always 2 rooms, never 1 room.
Mula-mula dia upgrade bilik kitorang ke some other room yang katanya bigger and facing the sea TAPIII bilik tu dua bilik yang berasingan takde connecting door. Jadi En Wan taknak, susah dia nak jenguk-jenguk mak dia nanti. Jadi, berbahagialah kita dengan room asal yang mengadap lot kedai. Takpe, mengadap kedai pun boleh. Ia seakan-akan pembakar semangat untuk shopping lagi dan lagi dan lagiiiiii.




Malam tu En Wan ingat nak ajak Redza makan western, kesian kot dah lama tak pekena segala chop chop bagai. Kitorang pi Uncle Jai Cafe. Last-last aku ngan En Wan yang pekena steak, Redza pilih nasik goreng je. 



Mak pilih mee bandung. Mak kata udang banyak sangat dalam mangkuk ni.
And portion dia agak besar untuk mak mertua aku yang jenis makan sikit. 



Nasi goreng Redza. Lupa apa tajuk, rasanya seafood.



Ni aku punya sama ngan En Wan punya.
The gravy ok, mahsed potato pun ok je lah, cuma a bit plain. Kalau ada mushroom slices dalam tu lagi sedap kot. Daging too dry and macam gumpalan daging tapi sedap.



Budak ni makan fries and eskrim je.
Sebab 'kenyang' dapat main tikam-tikam, free telur mainan.



Kat tepi Bella Vista ni tengah buat water park. Katanya tahun depan siap. Memang penuh la gamaknya hotel ni orang duduk. Konfem ada pakej water park sekali dia offer. 
Hotel ni besar tapi takde wowo factor sangat. Lobby dia pun takde aircond. Tak sure pulak kalau konsep dia memang taknak pakai aircond kat lobby. Tapi bilik alhamdulillah ok je. Aku punya syarat tak banyak, janji ada aircond and hose, dah ok. Oh tapi, wifi dia sangat slow sampai aku terpaksa add on internet kat sana sampai RM80 dek kerana Rayyan belasah tengok YT siang malam. 



Lagi satu lif dia memang ada problem. Tak sure lah problem ni since when tapi En Wan kata masa dia baca review yang lepas-lepas ramai dah komplen pasal lift dia ni. Lift dia berfungsi cuma lambat. Kau dah sampai level 1, nak tunggu pintu dia bukak pun sampai 23 saat! Mujur lah dalam ni dia dah letak notis tentang masalah lif. Kalau tak, menggagau orang kat dalam ingat dah stuck rupanya memang pesen dia macam tu. 




Breakfast dia so-so je.
Pilihan tak banyak. Bersepah gila!
Hotel ni besar tapi manpower tak ramai. Guest kena kemaskan meja sendiri. 
Aku tak gemar sangat pi hotel-hotel macam ni sebenarnya.
Selalunya hotel yang dibina untuk ada sangkut-paut dengan theme park memang macam ni.
Tempat makan memang bersepah dan smelly. Kat kaunter berselepet-selepet makanan tumpah. Aku sampai takde selera nak makan. Kaunter omelet beratur punyalah bapak panjang sampai fedap. Tapi hotel ni ramai Pak Arab duduk.



Jumaat, takde apa nak buat pagi tu jadi En Wan ajak pi Water World.
Redza dah penah datang sini tapi that was 9 tahun lepas. Masa tu aku pakai seluar 3 quarter masuk sini. Kali ni datang bawak Rayyan pulak.



Redza, 9 tahun lepas ke sini. 
Masa tu baru umur 4 tahun.



Now, Redza dah lonjong.
Seperti biasa, aku dah jadi tukang ambik gambar dah sekarang. Muka aku jarang masuk henfon dah sejak nak masuk 4 series ni.





Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar kat sini kitorang ambik tapi malas aku nak up sini sebab semuanya benda yang sama yang pernah aku blog tahun 2008 dulu. Takde apa yang berubah, semua sama.



Bendalah ni pun ada lagi rupanya. 9 tahun lepas, En Wan yang bergambar dalam ni.
Kali ni Rayyan pulak. 



9 tahun lepas datang sini semua benda nak kena bacakan untuk Redza.
Masa tu baca tak lancar lagi.
Now masuk sini, pandai baca dah. Sila baca sendiri. 



Ramai tunggu sesi nak bagi penguin makan.
Aku pun tunggu jugak sebab katanya best.
Tahapa yang best pun aku tak tau. Bagi makan je kot.



Hidup lagi ikan ni!
Dulu aku ada ambik gambar ikan ni. Ikan ni macam monyok je tak bergerak ke mana-mana pun.
Agaknya berat perut. Nampaknya after 9 years sama je perangai kau ni. Kat situ jugak mengensot tak gi mana-mana.



Ada ni haaaa gamba tuan tanah. Jadiklah seketul dalam Water World.



Artisan Pizza.
Ini kalu kedua pekena pizza Artisan.
Boleh lah, nak rasa-rasa kemelayuan sikit.



Malam macam biasa makan kat Wan Thai lagi.
Sampai aku dah naik malas nak ambik gambar kat sini. Ini je lah gamba yang ada pun.



Ya ampunnn laki aku pi sana kali ni dengan ke hulu-hilir sangkutkan tote bag free gift GreenAard ni kat bahu dia. Aku cakap dah kenapa nak bawak beg ni? Dia kata nak isi henfon and purse dia senang takyah sana sini nak pegang, sumbat setempat je. Ye lah, faham. Tapi dah kenapa nak kena sangkut kat bahu? Pegang je tak boleh ke? Dia kata "Eh, ni beg leather lah. Proud la sikit".
Ya ampunnnn. Tolong lah!



Berbaloi ambik Avanza. Muat.



On the way nak hantar Redza balik, kitorang singgah lunch kat kedai ni - Kedai Gulai Mak Ngah.
Katanya sedap, En Wan yang suggest pi sini. Kedai ni menghala nak ke skolak Redza. Akan melintas MRSM Langkawi dulu pastu terus ke depan lagi maintain tengok kanan. Kedai ni belah kanan.



Ikan yang ada hari tu cuma kerapu and bawal putih.
Kitorang pilih bawal putih. Dia kata pilihan masak ikan ni cuma 2 je - gulai kari atau goreng garing.
Dia suggest ambik dua-dua jenis masakan sekali. Ok, ambik kari and goreng.



Ikan memang besar. Puas makan.
Tapi kalau nak kata sedap ke tak sedap tu, aku rasa biasa je ni.
Sebab kari kan, rasa macam kari aku masak je.
Atau maybe masa aku makan ni aku tak lapar sangat jadi nak kata sedap sangat tu tak le jugak tapi boleh la makan. Tapi mahal le, ikan saja RM65. Maybe ikan ni mahal kot.



Last kopek kat jeti Langkawi.



Sampai jeti Kuala Perlis around 4pm. Terus zassssssssssssss pi Laksa Kak Su.
Walaupun orang kata kalau gi petang-petang selalunya kuah dah cair sikit. Takpe. Janji pekena laksa Kak Su. Aku dah lama mengidam ni tau tak. Tak jadi nak makan kat sana sebab orang ramai gila. Jadi, kita tapau je.



Tapaukan sebekas laksa untuk anak sedara En Wan yang blaja kat Kolej Matrikulasi Arau.
Kesian dia kat sana sorang je jauh dari mak bapak kan, dah alang-alang ada sana, meh le kita pegi.
Rayyan kemain suka lagi nampak kakak Alia dia. Terjun dari kereta terus berlari and peluk siap berdokong. Jejak kasih sangat padahal baru je raya lepas jumpa. Cantik jugak Kolej Matrikulasi Arau ni. Mengimbau kenanangan zaman blaja tetiba. Especially the library. Teringat zaman-zaman masuk library semata-mata nak book PC untuk chat dengan En Wan. Semua benda nak get connected. Now, aku siap block dia dari FB. Tak kuasa.

Mak mertua aku lega tengok tempat blaja cucu dia senonoh.
Dia dok ingat kena hantar hujung Malaysia ni mesti tempat jin bertendang.
Padahal cantik elok je ha.
Jauh sanbgat nak banding ngan kolej matrik aku dulu. Yang tu batu betul tempat jin bertendang. Pukul 9 malam dah boleh main galah panjang depan jalan besar sebab seketul kereta pun taknak lalu situ dah.

Kolej Matrikulasi Arau ni punya cafe gila besarrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!
Dah macam food court. Bukak sampai pukul 2 pagi pulak tu. Mak bapak yang anaknya tercampak kat sini toksah risau lah. Arau bukan ceruk sangat pun. Kolej ni keliling dia kawasan perumahan. Memang selesa sangat.



Di Perlis kali ni duduk kat Motel Fyna Arau. 
Biasa je hotel dia, shop lot tapi not bad. Segala benda yang asas yang diperlukan oleh mana-mana guest kat hotel, ada kat Motel Fyna. Sementara kuah laksa masih panas, marilah membalun 2 mangkuk. Pinjam mangkuk and sudu garfu kat cafe motel.

Puas hati dapat makan Laksa Kak Su.
Dulu, zaman-zaman buat bisnes Biotek, stok laksa Kak Su ni boleh dikatakan tak putus aku dapat. 
Kejap-kejap naik Perlis. Sometimes naik Perlis untuk makan je padahal takde keje pun. Sanggup semata-mata nak makan laksa. Now, setahun sekali je. Harap-harap hujung tahun dapat pi lagi.



Selama ni kalau pi Perlis, dinner wajib makan seafood kat Linda atau Mona (kat jeti).
Tapi kali ni berbeza. En Wan entah bila masa dia buat survey ntah, tau-tau je dia ajak aku makan kat Restoran Api-Api Ikan Bakar, also in Kuala Perlis. Orang memang ramai, kebetulan dah hujung bulan kan, weekend pulak tu. Tapi tempat duduk ada je. Besar tempat ni. Parking je payah sikit.

Ikan siakap malam tu besar-besar.
Udang besar, kerang pun bulat-bulat. Sotong pun cantik. Ketam pun ada tapi takde mood nak makan ketam.



Best!!!
Puas hati dapat ratah sotong goreng tepung. Crunchy gila!
Sos pulak sos Thai. Memang takde beza makan kat sini or kat Linda/Mona. Lepas ni takyah gi Mona/Linda lagi. Nak pi sini je.



Ikan besar makan berdua. Malam tu memang sengaja aku tak makan nasi. Nak meratah lauk je.
Lagipun aku dah balun 2 mangkuk laksa sebelum keluar dinner. Cara-cara tu pun masih lagi perut aku ada space nak isi seafood ni semua. 



Kerang bakor, air asam and sambal belacan.
Aku cicah dengan sambal belacan. Memang terangkat!



Pagi esoknya plan nak balik terus ke PH pagi-pagi.
Sekali baru tau mak mertua aku tak pernah sampai Padang Besaq lagi. En Wan pun tak pernah sampai. Aku je yang dah sampai berkali-kali. Maka dengan bangganya aku jadi pemandu pelancong hari tu.




Ini lobby Motel Fyna.
Cafe dia kecik je kat ceruk belah sana tapi muatlah untuk beberapa family nak breakfast.
Breakfast dia pagi tu ada nasik goreng, mihun goreng, cereals, kuih-muih (keria, donut, dadar and serimuka), telur masak setengah, and roti. Pastu ada epal. Ok lah ni. Semua aku makan. Pueh hati dapat makan kuih-kuih melayu.

Selama ni aku duduk Seri Malaysia Kangar sebab itu je la pun hotel yang ok sikit aku rasa kat sana.
Tapi bila dah duduk Motel Fyna ni aku rasa not bad jugak. Cuma dia takde swimming pool je. Tapi food dia ok je. Kalau Seri Malaysia Kangar pun food tak banyak pilihan sangat. Bilik air takde bathtub jugak. Even bilik family kat Motel Fyna ni sama besar dengan family room Seri Malaysia Kangar.



Arked Niaga Padang Besaq
Dah makin meriah pulak kat tengah-tengah ni.
Dulu tengah-tengah ni orang jual mainan je banyak. Now macam-macam pun ada kat tengah ni.




Seketul budak lelaki yang bahagia dapat beli mainan dalam ni.
Bulan depan dia ajak datang sini lagi.

Aku takde apa sangat nak beli kali ni, just nak bawak dorang jejak sini je.
Tapi beli la jugak ikan bilis, jeruk, pulut, beras nasi dagang. Makcik-makcik sangat perangai, kan?



Ingatkan lepas keljuar Padang Besar nak terus balik PH, rupanya En Wan ajak patah balik ke Kuala Perlis untuk lunch Nasik Daging Bakar. Bila dah duduk kat meja ni baru tau rupanya femes jugak warung ni, dah keluar paper, siap jadi tempat tumpuan retis-retis Malaysia. Tapi tu lah, menu dia cuma 2 je - nasik lauk daging bakar atau nasik lauk ayam bakar. Nasik pulak ada 2 jenis samada nasik putih atau nasik kuning. Takkan la makan nasik putih kot kan, sesekali datang Perlis, pekena la nasik kuning tengok apa rasa dia.



Cenggini ha!! 👍👍👍
Memang sedap gila!!
Tak pernah aku singgah kedai ni tapi memang perasan kedai ni kalau everytime nak ke jeti.
Ko tengok nasik sampai tenggelam dek daging?
Ya Allah, tekak ni terasa-rasa dah nak makan lagi. Apesal la Perlis ni jauh sangatttttttttttt. Untungla orang Perlis dapat makan ni hari-hari.

Dia punya daging bakar tu perapan dia memang lain. Memang sedap.
Nak lagi daging dia ada lemak-lemak tu, pehhhhh! Memang dengan lemak-lemak sekali aku balun.
En Wan pun kata terasa-rasa lagi sedapnya nasi daging bakar ni kat tekak. Kalau Perlis ni ada airport, aku berani book tiket semata-mata nak pi makan je. Aku dah aim, hujung tahun gi ambik Redza tempat ni wajib pergi. Dulu aku rasa macam "Apebenda je la yang ada kat Perlis ni?". Now, aku dah ada reason kenapa perlu tido di Perlis. Kahkahkah.



Eh korang kan kalau nak dapat diskaun beli Makeup Remover, tolong BACA POST NI.