Nak mengelakkan dari bosan menulis list syukur ni senang je.
Jangan syukur benda yang dah berlaku hari ni, tapi bersyukur untuk perkara yang akan kita buat esok.
Kita syukur in advance.
Dengan cara tu jugak sebenarnya melatih diri kita untuk commit dengan apa yang kita syukurkan tu.
Contoh, malam ni tulis list syukur apa nak buat esok.
1. Saya bersyukur diberi kekuatan untuk bangun Tahajud.
2. Saya bersyukur dapat baca Yasin awal pagi.
3. Saya bersyukur dapat buat 4 rakaat Dhuha.
4. Saya bersyukur diberikan kesungguhan untuk baca Al-Mathurat pagi ini.
5. Saya bersyukur saya dapat buat breakfast untuk suami.
6. Saya bersyukur masuk je ofis saya balas semua email client dulu.
7. Saya bersyukur hari ni saya berjaya close deal 5 deal.
....and the list goes on.
Kenapa kena syukur in advance?
Sebab, bila kita dah tulis senarai apa yang kita syukur hari esok, secara otomatik badan kita akan bergerak untuk penuhi semua list syukur tadi. Kalau tak percaya, malam ni try buat list. Lusa PM aku bagitau kau berjaya buat ke tak semua yang kau list kan tu. Kalau malam ni kita mati, mudah-mudahan apa yang kita tulis tu Allah kira sebagai ibadah kerana kita berniat untuk buat macam tu.
Betul cakap reader ni.
Makan kita ni pun Allah yang kasi.
2 minggu lepas aku beli makanan. Masuk dalam kereta, makanan tu aku letak kat compartment belah pintu. Esoknya baru perasan aku lupa bawak keluar makanan tu. Dah basi.
Macam tu je pun dah nampak dah betapa kita ni satu benda takleh harap kalau Allah tak tolong.
Kalau Allah tak ingatkan kita makanan tu ada dalam kereta, sampai besok lah tak teringat.
Rezeki aku cuma dapat beli makanan tu je, tapi takde rezeki nak makan.
See? Dah beli, dah ada dalam tangan pun kalau Dia kata bukan rezeki aku nak makan, tetap tak dapat makan.
Masa aku tersadai jadi maskot kat Hospital Serdang tahun 2010, aku banyak realize tentang lemahnya manusia. Masa tu banyak sangat benda yang berlaku kat aku not in parallel with theory.
Mula-mula, dokter swasta rujuk aku ke gov hospital.
Dia kata condition aku kritikal, dia jamin dalam masa 2 hari aku akan bersalin (operate). Tapi dia pesan "bersedia apa juga kemungkinan".
Bila masuk gov hospital, terus kena injek DEXA. Persediaan untuk matangkan paru-paru baby katanya just incase esok nak operate. Tapi esok tak operate jugak.
Setiap hari dokter kata "your reading is not good. Kita kena tahan awak kat sini lagi. Kalau tetiba dapat sawan, kita terus operate". Tapi 28 hari alhamdulillah tak apa-apa.
Everyday nurse pujuk aku supaya jangan stress sebab dia kata blood pressure aku sampai 200. Dia kata takut aku kena sawan anytime.
Aku cakap aku tak stress pun. Tapi tak tau kenapa pressure tak turun-turun.
Everyday dokter datang check ibu jari aku untuk check if ada bengkak. Ingat lagi dokter tu cakap "Pelik saya. Keadaan awak ni teruk sebenarnya. Patut jari kaki semua dah bengkak ni tapi takde pun".
Air kencing hari-hari protein 3+. Nak kawal makan apa lagi aku tak tau la.
Dokter pesan "Puan ni lama lagi kat sini ni. Macam makin teruk je ni".
Tapi aku rasa aku sihat. Siap boleh tolong katil jiran sebelah nak bersalin lagi.
Aku bukan tak tau keadaan aku teruk.
Aku blaja gak sikit bio-medik so aku agreed bila dokter cakap keadaan aku sebenarnya memang tak ok sangat. Akubaca report aku and aku tau memang aku keadaan yang teruk tapi dalam masa yang sama aku pelik juga bila aku tak rasa apa-apa. But kita hormat dokter punya pendapat. Dia lagi pandai dari aku. Dia suruh stay kita stay je lah.
Aku rasa Allah saje nak aku rest kot. Agaknya Dia kata kau duduk rumah karang semua benda kau nak buat, meh sini Aku tahan kau kat spital ni habiskan buku Don't Be Sad. Aku dah lama beli buku tu tapi tak bersentuh. Masa aku kena tahan kat wad aku bawak buku tu sekali kot-kot la sempat baca (standard lah kan, dah sakit baru nak pegang buku agama). Ko just imagine, masa tu aku free hair, rambut aku kaler mahogany tau dulu. Tapi duduk baca buku Don't Be Sad. Buku agama. Mesti orang sebelah tengok dah kenapa budak ni krisis identiti ke hape.
Aku rasa cahaya-cahaya hidayah tu start masa aku tersadai kat spital ni.
Biasa la tu, bila dah nampak macam tak lama je aku hidup ni, barulah nak blaja-blaja pegang buku agama. Masa tu aku start baca Yasin pagi and malam. Wirid aku panjang. Istighfar aku panjang. Tenang je rasa. Dulu masa buat sales ke hospital, bila lalu depan wad-wad, hati aku mesti cakap "Kesiannya dorang ni kena duduk wad lama-lama. Apa nak buat lama-lama tersadai kat sini".
Bappp!
Tuhan bagi. Ambik kau 28 hari jadi maskot Hospital Serdang.
Rupanya Tuhan nak tunjuk kat aku, adakalanya lebih baik tinggal kat hospital. Baru la kau blaja ingat Tuhan. Kalau tak, malam-malam kau mengangkang layan movie terbahak-bahak depan TV. Baca Quran pun kalau teringat, wirid istighfar apetah lagi.
Dulu, kalau berdoa aku menghafal doa.
Tak berapa sampai kat hati pun. Tapi aku tetap buat rutin doa yang sama.
Kadang aku tak paham pun apa yang aku mintak, rasa macam sedap je doa ni, bacalah.
Dalam doa aku dulu aku mintak "Ya Allah, berikan aku rasa untuk bergantung kepadaMu sepenuhnya tanpa meminta-minta dari orang lain".
Apa benda yang kau mintak ni Diana????
Tak faham sangat pun.
Tapi baca je lah.
Aku lupa, Tuhan tu Maha Mendengar.
Dia tak bagi jam-jam tu jugak. Dia simpan dulu.
Bila sampai masanya, again, BAPPPPP! Dia bagi aku dapat pre-eclampsia masa mengandung Rayyan.
Pre-eclampsia takde penawar.
Caranya adalah keluarkan uri dari badan, settle.
Tapi, masa tu berat baby baru 950g.
Aku nak baby ni (Rayyan) tapi at the same time lagi lama uri ni ada dalam badan lagi teruk keadaan aku. Risiko nak dapat kerosakkan buah pinggang and hati.
Kat sini rupanya dia makbulkan doa aku.
Inilah waktunya aku letakkan pergantungan aku sepenuhnya pada Allah.
Sebab dokter pun takleh buat apa. Cuma boleh monitor keadaan aku je. Selagi boleh bertahan cuba bertahan supaya baby membesar sikit at least 1.2kg baru sedap sikit untuk bawa keluar.
Dari 950g nak ke 1.2kg tu aku terpaksa duduk kat spital selama 28 hari.
Dengan keadaan blood pressure tinggi everyday, kencing keluar protein, hari-hari ambik darah untuk check hati and kidney (if i'm not mistaken), sampai dah takde tempat nak cucuk dah dua-dua belah tangan aku ni.
Masa tu baru aku sedar.
Dulu, mulut aku je mintak nak bergantung pada Allah, tapi hati aku kekadang tu "Ala, takpelah, laki aku ada boleh tolong buatkan"
"Ala takpelah, mak bapak aku ada boleh mintak tolong"
Mulut je lah doa nak bergantung pada Allah tapi habis kat mulut je. Hati tak.
Bila dokter kata "Chances are 50-50. Apa-apa yang berlaku, kita akan selamatkan ibu dulu".
Masa ni lah baru aku benar-benar berserah dan redha.
Masa ni lah aku nampak yang Tuhan makbulkan doa aku selama ni, untuk letakkan pergantungan penuh pada Dia.
Dia nak aku blaja redha. Sebab redha tu bukan saja untuk sesuatu yang kita dah tau, tapi untuk sesuatu yang masih misteri.
Malam sebelum operate tu, aku baca Yasin sedekah untuk diri sendiri.
Itu pertama kali aku baca Yasin untuk diri sendiri.
Dah buat solat taubat, solat hajat, aku tunggu dokter drip aku, get ready untuk esok.
Aku sms kawan and makcik pakcik aku mana yang teringat, say sorry and mintak doakan aku.
Aku sms password email aku, FB aku, blog aku, pin number bank, semua benda yang related dengan company kepada Sang Nila Utama. Dia je tau semua benda ni. Aku pesan, kalau aku mati esok, padam semua benda ni. Dah get ready nak mati dah time ni.
Perasaan berserah tu first time aku dapat rasakan.
Macam dah takde apa yang aku harap untuk urusan dunia. Lapang.
Macamana nak describe the feelings eh. Lebih kurang macam feelings bila kapal terbang kau bergegar kuat kat atas. Macam tu la kot rasanya, cuma yang tu ada rasa takut. Yang aku rasa ni lebih tenang. Mungkin ni la orang kata, sometimes bila orang tu dah tau bila dia nak mati, dia akan lebih dekat dengan Tuhan berbanding orang lain. Kerana apa yang dia doa, yang dia mintak, benar-benar dari hati. Benar-benar ikhlas.
Tu saja je aku nak share kisah aku.
Nak bagitau sebenarnya Allah ni akan bagi jugak apa yang kita mintak. Cuma caranya berbeza dan unik. Kalau kita nampak hikmah, kita faham yang sebenarnya Dia sedang mengabulkan doa kita. Maybe bukan dengan cara yang kita mahu, tapi kita dapat jugak apa yang kita mintak. Dalam setiap ujian yang Dia bagi, Dia selitkan kekuatan. Dalam setiap kesilapan yang kita buat, Dia selitkan peringatan. Boleh jadi ujian yang Dia bagi kat aku dulu, melalui penulisan ni, akhirnya jadi peringatan buat yang membaca.
TINGGAL 2 HARI SEBELUM PROMOSI HABIS.
WHATSAPP 012-7728976 UNTUK PERTANYAAN LANJUT.