2014-08-06

Suwit sangatttttttttttttttttttt.



Isnin, Rayyan start skolah after seminggu cuti raya.
Dari malam sebelumnya dia dah packing beg skolah. Beria-ia dia mengangkut beg kehulu-hilir. Kitorang pun lega la kan sebab tak nampak gaya macam malas nak pi skolah. Maklumlah lepas cuti. Kot-kot dia buat perangai taknak gi skolah. Esoknya masa tengah tunggu teacher dia fetch, bibik naik bilik aku bagitau Rayyan bawak semua sampul raya kosong dalam beg. Rupanya dia dah geledah laci En Wan bawak keluar semua sampul raya yang still kosong, masuk dalam beg.

Aku : Adik nak buat apa bawak banyak-banyak envelope ni pi skool?

Rayyan : Adik nak bagi duit raya.

Amboihh. Pemurahnya kau.
Masalahnya dalam sampul tu ada angin je. Duit takde pun. Aku cuak je memikir kat skolah nanti dia pi distribute semua sampul kosong kat kawan-kawan. Pastu kawan-kawan bukak sekali kosong. Tak ke menganiaya budak-budak namanya. Ko kalau nak jadik abang long fadil pun dik jangan gunakan kekdah ni ya. So aku packkan 30 keping duit raya dalam sampul and pesan kat teacher untuk distribute kat kawan-kawan.



Majlis penyerahan saguhati oleh abang long kawasan.

Gamba-gamba ni teacher dia yang snapkan.
Pastu bila balik naik bilik bagi tau aku "Ma, adik takde duit raya"
Hahah...padan muka kau. Dia ingat konsep membagi duit raya ni aku bagi kau, kau bagi aku balik ke apa. 
Nehi dik. Nehi. Ko jangan berangan banyak sangat.

Tapi takpe, biar dia blaja memberi. 
Biar dia tau jugak yang memberi tak semestinya dibalas dengan menerima.
Tapi jangan pulak hari-hari kau nak memberi. Boleh lerai benang spender bapak kau nanti.



Today aku dah berjaya retrieve semua testimoni Ephyra and aku dah letakkan kat sidebar belah kiri. Carik kat tepi tu ada ke tak. Aku rasa macam ada lagi testimoni dalam blog ni tapi tak daya nak kelebet satu-satu sebab every entry aku akan letak link tajuk EPHYRA, so bila nak retrieve kat old post, no point. Dia akan keluar semua entry jugak. Jadi pengkelebetan ni dah bermula sejak 3 bulan lepas, baru hari dapat siapkan sikit, ada 35 testimoni semuanya. Nanti kalau jumpa aku letak lagi. Ni pun ada 6 lagi testimoni aku belum upkan lagi.

Semalam aku buat gerakan mengemas guest room.
Insyallah next week nak buat open house raya. Selalunya kalau dah ramai-ramai ni ada yang nak tumpang baring, solat, tumpang mandikan anak, jadi guest room kena kemas dulu apa-apa yang patut. Korek punya korek terkorek surat-surat lama. Kesian surat-surat ni. Dulu time bercinta, tido pun letak surat bawah bantal. Sampai naik bacin surat tu berkepam bawah bantal. Bangun tido cium surat, nak tido cium surat, nak pi kelas pun cakap kat surat "Di pegi class dulu ya...". Eh bangang pulak rasa.

Time tu kalau rindu tetiba datang, tekapkan surat tu rapat-rapat kat dada. Kalau boleh nak telan surat tu terus. Biar betul-betul dekat kat hati kekdahnya. Now terperuk bawah katil peginya semua surat tu. Kalau tak mengemas sampai ke sudah aku tak teringatkan surat-surat ni.


Wow, BABY kauuuuu.
Tak teringat pulak aku masa bila dia panggil aku Baby.
Macam tak masuk je bila aku try imagine En Wan panggil aku Baby. Eii geli.


Ohooooo! Birthday aku yang ke 23 rupanya. Siap bersweet-sweetheart bagai.
Ni besday aku yang ke 37 tak lama dah ni. Minggu depan je lagi. Kita tengok dia ingat ke tak.


Tu diaaaa, engagement anniversary pun ingat kauuuuu.
Pesan hantar bunga dari Jepun lagik.
Wuiii, tak sabarnya aku nak tengok dia ingat ke tak wish aku next week.


Alololo...suwitnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa la hai.
Punyalah nak membuktikan dia ingat aku kemana-mana dia pegi sampaikan dia pos bukti bowling match ni.
Nak tunjuk kat aku dia guna nama FREEDA. (nickname aku zaman chatting).
Ni la dia namanya zaman bercinta kan. Buat apa pun teringat awek katanya.
Ni sebenarnya bukan apa ni. Nak membuktikan kat kita walaupun dia tengah main bowling tapi kat kita dia tak lupa. Puiii.


Email ni pun aku simpan rupanya.
Masa exbf aku tengah menggila, aku terpaksa mintak tolong kawan aku Muniratulazni untuk jadi posmen sebab si saiko tu hack email aku. Hari-hari dia check email aku untuk tapis email-email En Wan. Ntah hape gila ntah. Jadi, En Wan akan hantar email to Muni ni. Tapi email tu sebenarnya untuk aku. Memang tebal la muka aku ngan Muni. Kalau En Wan tulis benda-benda censored pun, secara lojiknya Muni akan tau dulu. Tapi kawan-kawan aku semua profesional. Dia klik and print terus. Tak baca pun.



Tulisan En Wan.
Buruk kan?
Kalau zaman aku skolah dulu, tulisan-tulisan buruk macam ni semuanya hasil tangan stok-stok student yang memberuk kat blakang klas.
Aku rasa dia ni salah sorang la. Hahahha.

Ko tengok eh, ko tengok.
Ni zaman baru nak kenal-kenal tau. Tapi dia sanggup belikan aku jam sempena besday aku. Pos dari Jepun lagik. Tapi takde rezeki jam tu hilang tak sampai-sampai.
Kita tengok besday aku next week ni dia nak bagi apa.
Aku punya expectation tak tinggi. Dia bagi jarum jam pun dah okeh dah.
Masalahnya aku yakin dia akan lupa terus besday bini dia. Paling-paling pun kan, bila aku bagitau "Bang, today besday Di", dia akan jawab "Oh ye ke. Hepi besday Di", sambil baca sokabar sambil mulut menyonyot jeruk salak. Toleh pun tak. Konfem!



Disebabkan jam yang dia pos tu hilang meruyup mana pegi ntah, dia hantar penanda buku. Masih nak mengekalkan elemen-elemen suwit apabila dia mengepos penanda buku yang dia guna, konon macam "aku bagi kau barang yang ada sentuhan aku". Tu diaaaaa....gila tak cair???? Kah kah kah. Pui.

Ntah mana hilangnya penanda buku tu.
Bukan penanda buku biasa-biasa dari kertas, tapi dari pewter.

Siap mention 2.30am tu.
Punyalah bukti dia bersengkang mata tido lewat balas surat aku.
Now ni toksah kata 230am, pukul 11pm je dah terabak-rabak mulut dia menguap. Siap sound aku suruh tutup lampu tu kalau aku still nak continue membaca. Dia nak tido dia kata. Konfius betul. Mamat mana sebenarnya yang bercinta ngan aku kat Jepun dulu?



Selain dari dikelilingi oleh kawan-kawan yang willing untuk jadi pelindung, posmen, tukang larikan aku, tukang sorok, aku jugak dianugerahkan oleh adik pompuan yang boleh jadi tukang belikan kad besday merangkap tolong tulis and pos sekali kad tu. Lengkap pakej dia. Ni semua sebab takut si saiko tu dapat detect aku beli kad besday kat En Wan. Macamana dia nak detect aku tak tau. Yang aku tau, orang saiko boleh buat apa saja. Benda yang ko tak terpikir pun dia boleh buat. Jadi, aku harus ada plan A B C D E F U C K untuk mengelakkan dari terkantoi.

Cantik kan tulisan Ima? Bulat-bulat. Macam badan dia jugak. Ngahahahahaha.



Adik.

Panggilan untuk En Wan.
Ni kad raya dari Kak Ngah untuk adik tersayang kat Jepun.
Memang patut la En Wan ni manja ngan kakak-kakak dia. Rajin betul akak-akak dia hantar kad and surat.

Hari tu masa nak gi JB singgah RnR Dengkil beli air.
Pastu dalam kereta mak mertua aku tanya "Adik nok air?"

En Wan jawab "Tak mboh".

Perasan giler okeh.
Padahal mak mertua aku tanya Rayyan.
That ADIK dimaksudkan untuk Rayyan, yang also kitorang panggil adik.
Tapi ada pulak adik tua yang menyahut. Alahai comellah sangattttttt.



Ni pulak aku jumpa surat dari famili kat kampung. Tak pasti sape yang tulis tapi yang aku berminat tu, P.S kat bawah nun.
Dari Kak Long. "CD ELITE baru keluar yang single..."
Hahahahahahhha. Geli aku wehhh minat Elite konon.
Aku rasa sebelum surat ni dikirim, Kak Long bukak balik untuk tuliskan pesanan ni.
Dorang dua orang ni memang team. Aku dah paham benor.
Aku tau sangat Kak Long En Wan camana. Dia cukup sayang ngan adik laki dia ni. Sampai sekarang apa yang adik dia nak mesti dia sediakan. Kadang-kadang tahap En Wan tu dimanjakan aku rasa macam nak cekik-cekik je.



Cantik kan surat-surat dari aku to En Wan? Well, sape lagi nak puji. Sendiri laa.
Nampak sangat yang wanita kalau dah start bercinta, dah start sayang, memang bersungguh kalau buat apa pun. Sanggup ni kelebet sampul berejam-jam semata-mata nak bagi cantik and look outstanding. Everytime nak tulis surat, aku always membayangkan yang surat aku ada satu trademark. Biar dari dalam bakul posmen lagi dia dah nampak "Ok, style sampul macam tu, konfem dari awek aku". Gitu.
Tak tau pesal aku masih membayangkan posmen Jepun hantar surat naik beskal, surat bawak dalam bakul.

Sampul harus berkaler-kaler ya.
Barulah dia tak boring and excited nak baca.
Tak cukup ngan sampul berkaler, bubuh pulak sticker love love, star star bagai.
Kalau tak tergoda jugak tak tau la.



Tapi camni la dia sampul balasan.
Putih and cekelat. Standard envelope. Most guys macam ni la. Janji envelope dia kata. Yang penting surat sampai.

Nampak tak satu perbezaaan antara surat aku hantar ke En Wan dengan surat dari En wan kepada aku?

Surat aku yang sampai kat En Wan dibukak dengan penuh hati-hati. Siap pakai pembukak envelope lagi. Punyalah tertib En Wan ni. Membawak sampai ke sekarang dia punya perangai 'kemas' tu.

Tapi binik dia bukak surat macam gorilla jumpa pisang tanduk.
Main siat je.
Dah tu sape suruh bagi envelope murah kan. Ce bagi envelope kaler-kaler mesti aku bukak dengan penuh keayuan.


Another perbezaan antara surat dari aku dengan surat dari En Wan.
Perasan tak apa dia??

....obvious sangat ke hobi aku mengumpul setem? Hahahahahah.

p/s : Nama Wana Helena Maria tu nama kakak senior kat skolah aku dulu. Aku suka nama tu. Lagipun aku baik ngan akak ni. Masa exbf aku start jadi penunggu posmen sebab nak rampas surat-surat aku, aku terpaksa mintak En Wan hantar surat guna nama Wana ni.



Another trademark aku kalau hantar surat kat En Wan zaman-zaman belum bercinta.
-LANUN-
Sebab dia panggil aku lanun.
Memang masin la mulut kau panggil aku lanun lanun lanun, penyudahnya sampai skarang kau kena kidnap ngan aku.

Dah tua-tua ni bila ternampak balik semua ni boleh senyum sorang-sorang.
Dulu kita rasa benda-benda ni suwit sangat.
Now bila tengok balik surat-surat ni terasa "Hoih, awat gelenyar sangat aku dulu hantar surat kat jantan tetiap minggu???"
Takpelah, dah tua-tua ni tak so suwit pun takpelah. Tak menyesakkan kepala pun dah cukup baik.
Tak buat surprise pun takpe. Janji kalau aku tetiba terasa nak mentekedarah roti cheese nan tu dia tak buat-buat pekak, tu pun dah ok sangat.

Selamat bercinta la sesape yang sedang bercinta ya. Gud luck semoga sampai ke jinjang pelamin.


To reader di atas, kad-kad undangan anda sudah diterima. Insyallah sampai.



2014-08-04

Live your life. Please.




Another imposter.......

Macam neverending issue pulak.
Ingatkan dah takde dah orang nak buat keje-keje macam ni, rupanya masih ada.
And to my surprise, bukan budak-budak remaja baru nak up je yang buat keje-keje ni. Yang dah berkawen beranak-pinak pun masih seronok lagi hidup di alam khayalan. Why lah??

Aku yakin, benda ni bukan terkena kat aku sorang je, ramai lagi pernah kena kan?
Tapi sebab aku dah berkali-kali terkena - dari yang mengaku bilik tido aku adelah bilik tido dia, rumah aku adelah rumah dia, baju aku adelah baju dia, entry aku adelah entry dia....kali ni lempeng aku pun lempeng dia jugak.
Dah kenapa la korang ni.
Apa dull sangat ke life korang sampai nak live other people's life?

Ni la bahana social network.
FB, blog, instagram....apa lagi ada?
Hari-hari dok belek instagram orang, FB orang, wishing life kita macam dorang gak, lepas tu merempan sorang-sorang kenapa life sendiri disaster tak macam orang lain. Eh bangangnya. Dah kau yang follow pastu kau nak hangin kenapa orang tu mampu beli rumah, kenapa orang tu boleh tukar kereta baru, kenapa dia boleh shopping overseas, kenapa laki dia hensem....

Comparison adelah perkara normal.
Kita memang perlu someone untuk dijadikan role model.
Tapi comparison tu jadi tak normal bila kau constantly membandingkan life kau dengan orang lain and kau nak jadi exactly macam orang yang kau bandingkan tu. Ok, ni sakit namanya.

Sebenornya sampai skarang aku tak paham apesal ada orang suka menyamar life orang adelah life dia. Apa yang korang nak buktikan sebenarnya ni. Ko tak penat ke hari-hari nak stalk life orang lain semata-mata nak jadikan bahan for you to seek attention? Aku tengok pun penat. Cuba stop trying so hard to be someone that you're not. Ni keje letih namanya. Eventually people will find out sebab akan ada suatu ketika apa yang ko potray tu mencetuskan dispute. Biasa la kan, kalau orang buat sesuatu dengan niat yang tak betul, ujung-ujung akan ternampak jugak apa yang dia buat selama ni hanyalah atas sebab personal interest semata-mata.

Aku tak kata this lady yang 'minat' ngan aku ni adelah psiko.
Tapi gaya-gaya tu macam ada, sebab exbf aku dulu banyak ajar aku apa itu psiko.
Jadi aku paham sangat perangai set-set saiko ni.
Baru-baru ni pun ada sorang lagi saiko muncul membash aku. Sape yang tau, tau la.
Tapi yang ni saiko level bawahan, kalau kat Hollywood ni kira C-list la sebab belum apa-apa dah kantoi. Aku nak gelak pun tak sampai hati. Dari awal lagi aku dah suspek dia ni saiko tapi ada 1-2 orang yang masih nak bersangka baik. Ok la fine, jom bersangka baik. Sekali bila masing-masing terkena, ambik. Ngan aku-aku sekali dia bash. Aku macam, eh aku pulak lebih-lebih kena??

Oh yes, one more thing. Kalau kau terjebak dengan saiko, once ko spot them, just leave them alone. You can never beat them. Orang-orang saiko ni payah nak mengaku kalah kalau dah terkantoi sebab dia dah terlalu lama 'hidup' dalam dunia yang dia reka sampaikan tak jumpa jalan keluar. So ko cakap apa pun tak jalan. Sebab tu kalau mana-mana saiko tetiba tak tau ujung pangkal carik pasal ngan aku, aku diamkan je. No point sebab ujung-ujung the truth akan keluar sendiri. Lady saiko yang carik pasal ngan aku baru-baru ni, tak sampai sehari the truth dah revealed dengan sendirinya.

Dalam salah satu kes tiru personaliti yang pernah terjadi kat aku, that lady sampai ke sudah mengaku diri aku adelah dia. Katanya dia sebenarnya yang carry that personality. Ok yang ni memang kronik gila. Sampaikan dia tak boleh determine mana satu diri dia and bila dah kantoi, dia pulak yang attack kita kaw-kaw macamkan kita pulak yang kacau pantat dia. Eh lebih budak ni. Last-last aku buat bodo. Bila aku buat bodo, hari-hari dia canang kat blog dia, tak cukup ngan tu dia email aku cakap aku dah takut. Padahal terang-terang entry aku kau cilok, tapi lagi nak merepek meraban. Memang sakit otak okeh layan spesis macam ni. Sebab tu kalau korang terjumpa dengan set-set macam ni, tolong la jauhkan diri. Ko tak terdaya punya nak handle. Kalau IQ kau level mensa sekalipun berdebat ngan orang saiko konfem IQ ko drop 50% jam-jam tu gak.

Be yourself sudahla.
Semua orang kan ada keistimewaan masing-masing. Sangat tak adil kalau Tuhan letakkan kita kat dunia hidup bermasyarakat dalam keadaan Dia tak bekalkan kita dengan keistimewaan. Mesti ada. Cari. Mungkin keistimewaan yang kita ada tu tak setanding sehebat dengan orang lain, tapi tu la namanya ISTIMEWA. Kalau dah semuanya sama tang mana nampak istimewanya.

Orang-orang yang 'bermasalah' ni sebenarnya tak tau apa yang dia nak.
Dia nak hidup ikut trend, ikut majoriti, tapi belum berkemampuan. So jalan mudah, menyamar.
Untuk kepuasan sendiri. Maka sampai bila-bila pun takkan ada improvement sebab dia dah rasa selesa dengan 'kejayaan' yang dia potray kat social network.

Hidup ni senang, jangan susahkan.
Hidup akan jadi susah bila kau hidup dengan kehidupan yang not yours to live.
Kenapa mesti nak busy pleasing everybody? Kenapa nak hidup ikut people's expectations?
Bila hidup kita direncana mengikut apa yang orang lain ada, tang tu la jadi susah.
Ujung-ujung ko sendiri lost control dengan hidup kau. Terlampau sangat nak hidup ikut orang ikut orang ikut orang, lama-lama diri sendiri pun ko lupa. Tau-tau je dah jadi saiko.

Aku selalu cakap kat anak-anak buah aku dulu - "if you can't beat them, join them".
Ko suka sangat ngan life orang tu? Good. Berkawanlah dengan dia. 
Tu salah satu cara untuk kau jadi seperti dia or maybe better. 
Kita cuma ada satu je kehidupan kat atas dunia ni.
Takkan berpatah balik.
So don't live in someone else's story. Create your own.



2014-08-03

A weekend of food


Jumaat and Sabtu bermulalah hari tak-memasak sedunia.
Sebab belen-belen bahan mentah yang nak dimasak dah sendu-sendu je dalam esbok.
Memang sengaja tak beli barang pasar hari tu sebab nak khaskan freezer untuk letak barang-barang yang nak dimasak on hari raya. Penyudahnya, Jumaat dah takde apa yang tinggal untuk dimasak. Ditambah pulak dengan rasa sangap tak tau nak buat apa kat rumah, maka Jumaat malam lepas Maghrib kitorang pi Serai kat Empire Subang. Aku belum penah masuk lagi Serai sini. Kalau Serai Shah Alam penah dah. Tak sure pulak if 2 Serai ni ada connection ke tak. Tengok menu macam sama je.

Tapi sebenornya aku nak pi Empire sebab nak beli barang kat Shu Uemura.
Pastu konon nak beli blouse. Aku perasan macam ada satu baju warna biru cantik sangat. Alih-alih bila tengok balik kelmarin, baju tu dah takde. Frust sangat. Awat la cepat sangat sold out? Pastu bila aku ingat-ingat balik, kali terakhir aku jejak Empire was beberapa hari before puasa. Memang patut la baju tu dah takde kat situ. Perasaan aku macam baru je last week aku gi sana. Takpela, jimat sikit takyah shopping.



Sebulan sebelum puasa, aku blaja-blaja makan cokelat Toblerone.
Aku try makan yang dark choc punya. Mak oiiii, sedap rupanya Toblerone ni.
Try makan yang kuning and putih, tak jalan. Nak muntah.
Since that day aku dok mencari Toblerone dark choc tak jumpa-jumpa. Kat KLIA2 pun takde! Gamaknya sedap gila sampaikan merata cari pun tak jumpa.

Kelmarin lalu depan kiosk cekelat timbang kati ni, terpandangkan dark choc.
RM38/100g. Jadiklah, buat rasa-rasa.
Tapi tu la, tak ramai kot yang makan dark choc. Sebanyak-banyak cokelat kat kiosk ni, satu je dark choc yang available. Aku rasa, aku dah boleh makan cokelat semula. Tapi kena dark choc. Kalau selain dari tu konfem terbelahak.



Sebelum Maghrib tu aku call Serai nak make reservation. Dia kata takyah reserve, walk in je.
Aku ingatkan takde orang, sebab tu takyah buat booking.
Sekali kau, berderettttttttt.
Memang sepanjang aku pi Empire, tak pernah aku tak nampak orang beratur depan Serai. Manjang je ada orang queue. Ingatkan raya-raya ni takde la orang nak makan Serai. Rupanya penuh jugak. Agaknya dorang pun sepesen macam aku, stok-stok yang takde bahan nak dimasak kat rumah. Semua pakat makan kat luar. Tapi tak lama kitorang queue, dalam 20 minit je.

Sementara nak tunggu turn tu aku pi Shu Uemura dulu.
Kebetulan Alex (aku selalu beli ngan salesman ni) keje time tu.
Alex ni cam auw auw gitu. Biasa la kan, keje kat kedai kosmetik. Kulit dia lagi floless dari kita yang pompuan-pompuan ni. Dia punya kening kemain cantik terbentuk. Malam tu Alex pakai eyeliner Shu Uemura yang baru.


Ni drawing pencils Shu Uemura yang baru, smudge-proof. Cantik gila!!!!

Aku just beli powder je.
Masa nak bayar kat kaunter tu Rayyan datang dekat pastu lagi 5 tapak dia stop.
Aku panggil dia "Adik, meh sini"

Dia tunjuk kat Alex "Taknak lah. Adik takut tu"

Ya ampun, aku tak tau nak kesian kat sape. Kesian kat Rayyan or kesian kat Si Alex tu.
Tapi sebenarnya memang aku pun takut tengok Alex. Ada la kot 3-4 color eyeliner dia tenyeh kat mata. Lebih kurang macam mata model kat dalam gamba. Memang la cantik tapi sebab kau laki jadi aku tak tau itu dipanggil gojes ke goblok. Selisih.
Itu la agaknya first time Rayyan nampak hantu.


Masuk Serai takyah order desert. Sebab dah ada cokelat.


Kerabu mangga - a must!


Crispy squid


Aku punya ABC.
Memang sedap! Not so sweet.


Clear seafood tomyam


Butter prawn



Another shawl dari Ariani.

Malam nak pi Serai ni baru aku tanggalkan harga. Punyalah lama dah beli tapi tak pernah pakai. Rupa-rupanya shawl yang melambak-lambak aku beli from Ariani dulu nak mintak aku pakai time raya. Yang tanya kat FB apa material shawl Ariani yang aku pakai pagi raya tu, material dia bukan georgette chiffon, tapi silk. Material shawl yang aku pakai dalam gamba ni pun sama, silk. Harga kalau tengok memang tak masuk akal, RM250/pc. Tapi kena beli dulu and pakai, pastu baru cerita lojik ke tak harga tu. 

Inner, aku beli kat Inner Magic (FB). Murah kauuu, selai RM10 je. Tapi kalau masuk pos jadi RM16.



Aku pernah dah buat shawl macam Ariani tu tahun lepas, dwi tone macam dalam gambar atas ni, tapi pakai material chiffon biasa. Ok jugak hasilnya, cuma takde la secantik Ariani. Lagipun aku produce bukan sebab nak saing Ariani. Aku produce sebab nak adakan pilihan. Bukan semua orang mampu beli shawl Ariani. Kalau mampu pun, tak kuasa nak spend beratus kat sehelai shawl je. Sebab tu aku produce shawl dwi tone ni dulu. Tapi sebab nak dijual dengan harga murah tak dapatla aku pakai silk kan. Kena pandai-pandai pilih material. Alhamdulillah, habis jugak shawl ni. Eh tak, tinggal 2 helai je lagi kalau tak salah aku.


Bergambar kat Empire Subang.
Anak dah kena sangat pakaian ngan backdrop. Pakai selipar jepun, seluar pendek.
Bapak pulak tak kena. Patut bapak pi Empire pakai kain pelikat je hari tu.


Agenda menghasut.

Aku sebenarnya nak beli refill compact power aku. Sekali dorang dah discontinued casing lama. Tak memasal kena beli yang baru. Now, compact powder and 2-way cake Shu Uemura semua bentuk bulat. Ni pun aku tak tau la sampai bila bertahan. Terus aku beli refill siap-siap. Kang tetiba time aku nak beli refill dia pi tukar casing baru lagi tak pasal je. Saje nak menghabiskan duit aku.

Aku rasa aku serasi dengan 2-way cake Shu-Uemura.
Dah try pakai Clinique, MAC, Dior and SKII, tetap aku rasa Shu Uemura lagi best. Ada rezeki aku nak try Rona Sutra, tengok ok ke tak. Ada sesape dah pernah try Rona Sutra?

Sponge cleaner tu takde dalam agenda pun.
Biasa la kan kalau dah nama masuk kedai, memang tak banyak sikit termakan hasutan.


But it works!

Just a few drops of sponge cleaner pastu genyeh-genyeh ngan air sikit, dia dah jadi bersih semula.
Tapi aku test ni kat SKII punya sponge. Disebabkan aku nak stop jap pakai SKII, jadi aku genyeh lebih kurang je, malas nak beria. Cukup untuk aku tengok bukti dia jadi bersih, ok done. Esok kalau sponge Shu Uemura dah berkepam, akan aku genyeh betul-betul. So, korang boleh la try beli sponge cleaner ni. Harga lupa.


Sponge terbaru ni katanya boleh dua-dua belah.
Yang belah nampak cam kasar tu untuk sapu powder kat muka. 
Yang belah licin tu katanya untuk ratakan bawah-bawah mata.
Tapi aku tak kuasa nak try. Aku pakai sebelah je.




Ini lah sebab musabab kenapa kitorang selalu nak tercekik bila nak makan.
Time aku nak makan tu la time dia nak blaja banyak benda.
"Ma, tu apa?"..."Pa, ni apa?"

Tang "Bulat bulat bulat" tu, sape ada anak mesti tau apa dia. Tu petanda anak aku terlampau banyak tengok Upin Ipin sampai boleh ingat cara-cara nak gosok gigi - gosok secara membulat.



Bukti jelas lagi nyata memang fridge and freezer aku dah kekeringan bahan untuk dimasak.
Bangun pagi semalam ingatkan nak buat cekodok udang tapi bibik kata udang dah habis.
Tepung je ada. Disebabkan aku sangat kreatif, sepantas kilat aku tukar menu ke lempeng with sardin.
Yes, kreativiti aku memang ke arah perkara-perkara mudah dan murah je. Tahap kreatif aku takkan pegi ke lauk-pauk yang menyusahkan aku nak masak.
Hoh, habis jugakkkkkkk.



Ni lagi satu kreativiti aku. Ni namanya Jawa-style punya kreativiti. Bukan kreativiti memasak lauk, tapi kreativiti mengubah lauk. Aku blaja ni dari nenek Muar aku.

Tau tak, daging yang aku buat dendeng ni bukan daging fresh?
Tapi daging yang aku basuh balik dari belen lauk kari daging yang dimasak pada 3-4 hari sebelum raya. Takut tak nak makan masakan aku agak-agak? Hahahahahah. 
Kari daging tu ada belen, jadi aku simpan. Plannya nak makan for sahur, ntah camana boleh terlupa lauk tu tersimpan dalam freezer. Sampailah semalam tak tau apa nak dimasak, bukak-bukak freezer nampak lauk beku. Terus aku thaw, basuh balik daging and tadaaaaaaaaaaaaa - Daging Dendeng. Licin okehhhhhh.
This is Jawa!
Sesape yang rasa ada belen lauk taknak pakai tu, jangan buang ya. Try basuh and masak lain. Best!


Lepas masak, gi IOI.
Pegi sebab nak carik alas kaki untuk bathroom je sebenarnya. Tapi bukan nak cakap pasal pi IOI, nak tunjuk another shawl from Ariani. Pun, baru nak pakai semalam. Aku rasa memang telah ditakdirkan shawl-shawl ni aku beli semata-mata nak pakai on hari raya. Tapi macam tak kena je kulit aku pakai kaler biru ni. Lebam.


Petang semalam Mak Aji and Pak Aji datang beraya kat rumah aku. Tapi aku tak hidangkan pun kuih, sebab kuih raya aku pun aku rembat dari rumah dia. Hahaha. Lepas Maghrib, kitorang pi Main Place kat USJ21.


Kitorang makan kat Absolute Thai. Bestnya la hai Absolute Thai ada kat Main Place. Takyah aku redah jem nak ke 1-U semata-mata nak makan kat restoran ni. Tapi semalam full house. But aku tunggu gak, tak kira. 15 minit pastu dapat seat dah.


Si kembang dan si kurus. 
Si kembang memakai shawl cotton Ariani jugak. Shawl ni lagi teruk aku buat. Aku beli dari raya tahun lepas kat Terengganu. Semalam baru pakai untuk kali kedua.


Ayam pandan, tapi daun pandannya takde.


Red seafood tomyam.


Crispy prawn.


Kerapu sweet n sour.


Takde yang lebih best dari belanja orang makan, kan?


Masa nak balik kitorang lalu depan satu kedai nama DAPHNE. Cantik-cantik kasut and henbeg kat dalam tu!!!! Ada satu beg tu macam Balenciaga kaler putih. Bukan imitation, but inspired. Contoh macam beg yang aku pegang ni. Aku lupa dia inspired dari brand apa tapi aku pernah nampak pesen-pesen beg macam ni. Murah je, after 50% diskaun cuma RM100+ je. Tapi aku tak beli. Eksen nak bergamba je.


Mak Aji beli. Ni macam Dior inspired kan? Tapi tang bunga tu macam Chanel inspired la pulak. Murah je, lepas 50% diskaun baru RM105. Sesape yang nak kawen nak carik henbeg untuk hantaran, boleh consider datang Daphne kat Main Place Subang Jaya.



2014-08-01

Kenangan sebuah jamban


Raya kedua around 9.30pm kitorang gerak ke JB.
Nak tinggalkan rumah cukup seriau kali ni. Nak pulak ni time raya. Kiri kanan depan belakang semua jiran balik raya. Kalau ikut plan asal nak gerak lepas Subuh raya ketiga, tapi En Wan kata takut tak sempat. Dibuatnya jem kang, ada yang tak jadi bertunang hari tu. Dah la orang kuat majlis tu En Wan sendiri. Dah kalau orang kuatnya pun takde, guaneeeeeeeee.

Alhamdulillah, malam tu jalan smooth je.
Kul 1am dah sampai Pasir Gudang. Lepak homestay, anak sedara En Wan dah booked siap-siap.
Aku memang takde la nak bersembang ke apa ke, terus tido.
Kul 6am terjaga, lapar.
Tu je la keje aku. Asal bangun makan. Asal nak makan je bangun.

Nikmat betul pagi-pagi raya ketiga dah pekena roti canai kat mamak.
Terasa kembali bernyawa. Dah tak lalu nak hadap nasi impit ngan rendang. Time-time macam ni kalau breakfast biskut lutut cicah sardin pun on. But rendang, sorry. Dah sampai limit dah ni.
Lepas breakfast, siap-siap semua terus ke rumah keluarga perempuan.




Rombongan Tganu.
Warna tema hantaran adelah "sukati mokciklah".
Sebab aku yang gubah, jadi kaler ikut selera tekak aku nak bubuh kaler apa pun. Nasib kau lah.


Ketua rombongang tak laing tak bukang, En Wang.




Kemain beria En Wan menggoreng.
Siap berpantun bagai. Tapi sebelum dia bagi pantun dia dah cakap siang-siang "Ni saya nak bagi pantun ni, tapi takyah lah balas. Sebab kalau balas saya tak reti nak jawab".

Group Johor berderet 'orang-orang lama'. Yang grup Tganu, En Wan tu je la 'paling lama' yang kitorang boleh jumpa. Memang takde dah yang boleh diharapkan untuk jadi wakil bercakap pihak lelaki. Tu pun mujur menjak kawen ngan aku dah pandai nak bersembang sikit. Kalau dulu awal-awal kenal, memang senyap dan sunyi hanya kedengaran bunyi unggas semata. Dia yang ajak dating tapi dia yang senyap. Macam aku lak yang menggelenyar ajak dia merendek.

Boleh tahan berani jugak En Wan at the age of 38 dah jadi wakil meminang anak dara orang. Selalunya orang tua-tua punya keje ni. Seb baik aku still sweet 37.




Kak Long and bakal menantu.
Dasyat betul orang sekarang bertunang, siap pelamin bagai.
Aku dulu bertunang duduk atas kerusi meja solek Mak Aji je. Mekap sendiri. Bayangkan aku mekap sendiri. Kulit dah la gelap, pi tenyeh foundation tak kisah apa kaler janji foundation. Terus jadi kelabu muka aku. Mak mertua aku rilek je menonggeng sarungkan cincin. Takde hal. Hahaha.
Memang boleh buat duit sangat orang yang bisnes wedding and event.
Merisik pun dah pakai mini pelamin, bertunang pun dah pakai pelamin nikah. No wonder la pelamin bersanding now paling cikai pun RM10K.

Ni Ibal esok ni aku nak suggest bersanding pakai kerusi plastik je la sudah.
Kerusi plastik sekarang pun dah berpuluh ringgit sekali sewa. Adeh.


Adik-beradik, makcik and nenek (mak mertua aku) from Tganu


Pihak perempuan bagi tema purple.
Yang combination pink and turquoise tu pihak kitorang (lelaki)


Ni gamba immediate family pihak lelaki.
Gamba aku memang takde dalam trip ni. Sebab aku berkejar-kejaran ngan anak-anak aku. Mesra gitu.



Kejap je kitorang kat majlis tu.
Sebab takde apa nak bincang sangat pun, everything dah discuss time merisik tu hari.
Bertunang ni just nak cukupkan syarat je.

Dalam kul 1.30pm kitorang gerak balik KL.
Kebetulan hari yang sama Mak Aji, Pak Aji and Ibal balik Tampin and terus ke Muar balik jumpa sedara-mara Pak Aji. Ibal whatsapp aku :



Lama gila aku tak balik Muar.
Menjak nenek aku (mak Pak Aji) dah duduk ngan Mak Usu kat Bangi, lagi la tak nampak bayang aku kat Muar tu. Seingat aku, sejak Redza lahir, baru sekali aku jejak Muar. Rayyan lansung belum sampai lagi. Insyallah one day aku nak bawak Rayyan balik kampung. Now belum boleh lagi. Tak sanggup aku nak tengok dia memanjat turun-naik tangga. Kang abis anak ayam nenek aku semua dia kokak.

Jamban itu.
Menjadi kenangan....ngeri.
Hahahhah.



Sape follow blog ni dari awal mesti ingat entry yang atas ni.
Aku cerita kes aku terberak-berak kat Muar, jamban masa tu kat belakang rumah.

Actually jamban nenek aku ada 2.
Mula-mula satu je. Bila anak cucu dah besar, asal balik kampung je semua berebut nak masuk jamban, jadi nenek aku buatkan satu lagi bilik air and jamban kat depan rumah pulak.
Jamban depan rumah ni ada kenangan pahit untuk aku telan yang menjadikan aku troma terus nak balik Muar.

Biasa la kan, dah kalau nama jamban kat depan rumah, seumpama jamban tu dah jadi macam public toilet. Sesape datang beraya terus je masuk jamban kat depan tu. Takyah mintak-mintak izin tuan rumah dah. Kalau dah ramai-ramai tu memang ada la sekor dua yang macam batak. Mangkuk jamban tu elok je tersergam indah, dia nak jugak melabur atas lantai betul-betul depan pintu jamban. Tak ke musibat tu? Time tu pulak kitorang balik Muar bawak anak sedara Mak Aji dari Singapore balik beraya sekali sebab aunty aku bercuti ke USA. Time tu anak-anak dia baya Rayyan. Sekali anak dia nak terberak. Aku pun teman masuk jamban depan. Elok je aku masuk terus terpijak ntah sape punya taik cirit bersepah atas lantai. Memang sepanjang malam aku memaki hamun. Dia punya troma tu membawak sampai ke tua ni.

Rupanya jamban tu ada lagi sampai sekarang tapi dah jadi stor la kot.
Yang lagi satu kejadian berlaku kat jamban belakang rumah pulak.
Yang ni kes yang aku cerita dalam entry atas tu.
Satu rumah cirit-birit okeh. Aku tak sure if masa tu jamban depan masih berfungsi ke tak. Yang aku tau aku keluar masuk jamban belakang rumah je. Time ni dah kawen. Aku ngan En Wan tido kat bilik belakang, kat dapur. Pakcik aku (adik bongsu Pak Aji) ni ada hawa-hawa McGyver gak. Dia pandai bertukang. Tapi tu la, McGyver la katakan. Bertukang asal jadik je.

Aku tak tau rupanya tombol pintu bilik yang aku tido tu dipasang terbalik.


*gambar digugel*


Tombol macam ni kalau secara normalnya kita tekan ke bawah untuk bukak kan.
Tapi pakcik aku pi pasang terbalik. Jadi kalau nak bukak pintu kau kena pulas ke atas.
Kau just imagine pagi-pagi buta, dalam keadaan gelap, perut pulak membuak-buak memulas, otak aku dah takleh pikir apa dah. Pikir jamban je. Masa aku pulas tombol tu kebawah, dia stuck. Aku ingat ada orang kunci kitorang dari luar. Lansung tak terpikir tombol tu kena pulas ke atas. Sape la yang nak terpikir bendalah tu kena pulas ke atas kan. Terpekik-terlolong aku mintak tolong. Series, aku mintak tolong. Sampai ke malam raya baru ni dorang bukak balik cerita ni, mak aku masih lagi gelak sampai keluar air mata. Aku memang pekik "Tolong!!! Tolonggggg!". Cara aku pekik tu memang orang akan ingat bilik aku tu dah terbakar. Padahal aku tengah bertarung nyawa menahan dari terkencet.

Yang En Wan boleh bantai membuta. Bini dah separuh nyawa berpeluh-peluh tahan berak, dia hanya tersedar bila perut sendiri memulas. Kesian En Wan, dia mana la pernah berak kat jamban luar rumah. Kawen ngan aku baru merasa jamban kat luar. Dah la jamban kat luar tu semata-mata jamban je. Air ko kena angkut dari dalam. Mana nak terkencet, mana nak tadah air lagi. Air paip waktu tu pulak bangsa keluar pun meleleh je. Baik aku tadah air kencing aku. Lagi laju.

Bertolak-tolak aku ngan En Wan nak masuk jamban. Rasa macam nak berak berjemaah. Berak kul 2-3 pagi dah tak rasa apa. Kalau langsuir melintas pun aku sergah agaknya. Takyah nak munculkan diri time-time kritikal macam ni ya. Aku takde selera nak takut.
Memang malam tu kitorang lagi banyak spend dalam jamban dari atas katil. Esok balik ke Subang bawak keta pun layu je muka memasing. First nite pun tak letih macam ni wehh. Aku syak malam tu je aku dah turun 3 kilo. Apa taknya, maraton mengangkut air malam-malam buta. Hoih!