2026-10-03

Tak semua teguran tu emotional abuse, bang.

Entahlah, ya. Kadang-kadang aku terpikir, apa sebenarnya yang tengah berlaku zaman sekarang. 

Dulu, kalau murid buat salah, cikgu tegur. Kalau kesalahan tu serius, maybe kena rotan. Yes, tak semestinya cara tu betul. Aku tak kata semua denda zaman dulu mesti dikekalkan sekarang. Tapi at least, murid kena faham, bila buat salah, ada akibatnya.

Sekarang, cikgu nak tegur murid pun kena fikir sepuluh kali. Takut tersalah cakap, takut kena report, takut kena SISPAA, takut parents datang sekolah buat kecoh, takut kena saman. Ujung-ujung cikgu jadi serba salah nak mendidik.

Dah berkerja pun sama. Buat silap, bos tegur, terus bos kena cop toksik. Kena marah dengan boss, dikatanya mental health terganggu. Kena sentuh pipi pun boleh kena saman *mata juling ke atas*. Apa punya binawe lah.

Untunglah bos aku dulu. Sales report aku pernah dia lempar tepat kena kat muka ni. Bukan main-main dia punya lempar, ya. Macam lempar cakera dia buat. Tepat kena. Aku syak dia atlet masa kat Canada dulu. Tapi esoknya aku tetap datang kerja macam biasa. Tak MC, tak buat polis report pun. Tak mengadu kat sesiapa. Padahal zaman tu aku tengah prime blogging, boleh je aku nak viralkan dia. Tapi tak. Aku tengok balik apa yang aku dah. Belajar dari kesilapan, improve dan improve. 

Bila aku pikir balik, ini bukan issue samada aku kuat atau tak, dan bukan juga aku nak semua orang normalizekan tindakan boss aku tu as benda yang boleh dibuat. Bukan. Cuma aku rasa kita kena bezakan antara orang yang sengaja nak jatuhkan kita dengan orang yang menegur sebab kita memang buat salah. 

Tak semua teguran tu emotional abuse, bang. Tak semua orang yang tinggikan suara tu toksik. Tak semua yang kita rasa tak selesa tu bermaksud kita dizalimi. Sometimes kita memang kena dengar benda yang kita tak suka. Kena terima hakikat kita buat silap. Belajar bertanggungjawab atas kesilapan sendiri.

Cuma, yelah, menegur tak perlu sampai menghina. Mendidik tak perlu sampai memukul. Menjadi bos tak bermakna boleh baling barang ke muka pekerja. 

TAPI, kot ye pun nak jaga mental health, takkan sampai tak boleh terima kritikan. Aku rasa set-set ni kalau jadi blogger, konfem bunuh diri lama dah. Kau tak tahu blogger zaman dulu kalau kena hencap macamana. Aku ni sampai orang letak gambar dalam adulfriendfinder.com. Dipromotenya aku as CALL GIRL hanya kerana aku daring. Kau rasa? Call girl terus, ya. 

Nasib baik aku jenis kental dan pegi-mampos-type person. Zaman tu, kalau kena hencap memang merata nama kau kena jaja. Set-set lembik yang sikit-sikit mental health mental health ni kalau jadi blogger, lepas buat 3 post, blog pun padam.

Aku rasa masalah zaman sekarang bukan sebab terlalu menjaga mental health, tapi failed to differentiate antara dimarahi dan ditegur. Kau nak jadi apa kalau buat salah tak boleh ditegur? 

Dalam dunia realiti, orang akan tegur kita. Boss akan questioned cara kerja kita. Clients akan komplen. Ada masa kita kena dengar benda yang kita tak suka. Kena terima hakikat kita ada buat silap dan belajar improve diri. Takkan orang kena jaga hati kita sepanjang masa? Kita kena belajarlah manage emosi sendiri. Belajar terima feedback.

Orang kata, menegur tak perlu sampai menyentuh badan. 

Betul, aku faham point tu. Tapi pernah tak kau terfikir, orang yang kena tindakan tu maybe bukan baru sekali buat salah. Maybe dah banyak kali dibagi warning. Dah banyak kali ditegur. Dah dibagi training. Dah banyak kali dibagi peluang dan maaf. Tapi salah yang sama diulang-ulang. Macamana tak kena pelepuk? 

Bukanlah makna kata kalau buat salah banyak kali, dia boleh dipukul sesuka hati. Cuma kadang-kadang, when we talk about discipline, we get so caught up in the moment someone gets disciplined sampai terlupa nak tengok dan cuba fahamkan apa yang berlaku SEBELUM kejadian tu. 

Kau rasa ada ke orang yang takde sebab takde apa, terus kena pukul? Mustahil.

Kena tengok berapa kali dah ditegur.
Berapa banyak peluang dah dibagi.
Adakah yang ditegur tu betul-betul cuba improve diri or evetry time ditegur, dia ulang benda bodoh yang sama.

Jangan kata orang lain. Aku sendiri pernah baran dengan some of bekas bibik-bibik aku yang bodoh tu. Kalaulah orang tak kenal aku, mesti kata "Teruknya perangai majikan ni". Tapi orang tak tengok berapa kali pulak si baghal tu buat silap? Dah diajar banyak kali pun bengap. Dah lah bengap, melawan pulak. Kau rasa agak-agak boleh sampai tak penampor kat muka?

Tak pernah lagi aku pukul bibik-bibik walau sehanat mana perangai dorang, cuma my point is, takde orang yang boleh naik tangan kalau baru sekali buat silap dan kesilapannya tak serious. Kesabaran manusia ada hadnya. Dorang ada tanggungjawab, ada tekanan dan ada had kesabaran. Kau tak boleh nak semorang always cakap dengan nada paling soft, dalam keadaan paling tenang, even when they have been making the same mistake over and over again.

Maybe orang kata kalaupun dah berkali-kali buat salah, tetap ada cara lain untuk kenakan tindakan yang tegas tanpa perlu memukul.

Hello? Kau jangan cakap pakai teorilah. Cakap pakai real situation. 

Imagine dah ajar benda yang sama berulang kali. Dah tegur elok-elok. Dah bagi warning. Dah bagi peluang untuk improve. Tapi everytime benda yang sama berlaku, kau yang kena tanggung akibatnya. Kau rasa? 

Aku rasa majikan atau manager paling faham situasi ni. Jenis yang dah diajar banyak kali, tetap tak faham-faham. Pastu buat palatao.

Common sense lah sikit. Manusia ada limit. Bila benda yang sama keep happened, at one point kau akan hilang sabar. Itu reaksi manusia, tak bermakna dia abusive. Bukan semua benda boleh diselesaikan dengan nasihat sampai bila-bila. Anak kita pun, kalau buat salah satu kali, kita tegur. Kalau benda yang sama dibuat lagi, memang mendapatlah getah paip.

Jangan hanya pertikaikan cara orang menegur, sampai langsung tak nak cakap pasal kesalahan yang dah dibuat. Nak kritik cara dia mendisiplinkan, go ahead. Tapi kesalahan sendiri pun jangan sampai lupa nak akui. Salah orang je kau nampak, salah kau?