2026-07-09

Takde siapa masuk syurga sebab amal semata-mata.

Hari tu aku reply kepada post atas ni. Esoknya aku tengok dia dah delete post ni. Nasib baik aku sempat screenshot. Sebab aku memang plan nak buat post pasal ni.

Entah kenapa aku rasa stok-stok yang always question kenapa orang tu jahat tapi dapat semua yang best, sedangkan dia baik tapi tak dapat. Jenis perasan baik namanya.

So aku pun reply her:

Ramai orang perasan diri sendiri baik dan always assume orang lain jahat. Apa jelah amalan dorang ni yang buatkan dorang rasa diri tu dah baik sangat and layak dapat segala yang best-best?

Dari zaman aku free hair lagi set-set perasan baik ni always pandang slack kat yang free hair.

Tengok orang lain tak bertudung, terus rasa diri sendiri lebih baik.

Tengok orang lain pakai dedah, anggap rezeki orang tu tak berkat.

Tengok orang lain buat dosa yang zahir, terus assume itulah ahli neraka.

Pastu bila those people hidup lebih senang, buat kesimpulan, itu ISTIDRAJ.

Dulu bukan main ramai kata aku istidraj. Agaknya dia tengok life aku happy-happy je, sedangkan penampilan aku daring, terus dia pakejkan aku istidraj. Laki aku dikatanya dayus. Siap dah bookkan aku neraka.

At the same time orang-orang ni jugalah yang tak redha dengan takdir sendiri, always question “Apesal rezeki aku sempit sedangkan aku dah buat apa yang Allah suruh?”

SEBAB KAU BUSUK HATI DAN UJUB!
Itu jawapannya.

Kau tak kenal life sebenar orang yang kau dengkikan tu. Kau cuma kenal based on apa yang dorang pilih untuk kau tengok.

Kebanyakan orang-orang yang nampak jahil ni, dorang jahat dengan diri sendiri je, tapi tak jahat dengan orang lain.

Dia free hair?
Itu dia jahat kepada diri sendiri.

Dia pakai sexy?
Itu jahat kepada diri sendiri.

Dia minum arak?
Itu jahat kepada diri sendiri.

Tapi kau? Kau jahat dengan orang. Kau dengki dengan orang lain. Kau buruk sangka dengan manusia. Kau busuk hati dengan apa orang lain ada.

Kau tak sedar ada sombong and ujub dalam hati. Sebab tu rezeki kau sangkut-sangkut. Sebab dalam pada tak mewah pun kau dah sombong, apetah lagi kalau mewah. Tu pasal Allah tak bagi kau lebih. Nanti kau makin ujub. Mulalah nanti “Sebab saya rajin sedekah. Sebab saya rajin solat sunat. Sebab saya rajin baca Quran”.

Kau ingat cara Allah bagi ganjaran se-simple tu? Kau tak tahu apa yang orang lain amalkan.

Maybe dia baik dengan semua orang.
Maybe dia tak pernah berkira dan suka belanja orang makan.
Maybe dia jaga orang tua and hubungan adik-beradik.
Maybe dia suka senangkan hati orang.
Maybe dia permudahkan urusan orang.

Ingat orang yang pakai sexy ni kat rumah tak solat ke? Tak puasa? Tak sedekah? Tak zakat? Tak baca Quran?

Dorang buat, cuma dorang tak bercerita sebab kalau bercerita pun takde orang percaya.

Aku pernah dulu tulis kat FB pasal ramai orang berlama-lama zikir waktu solat Maghrib di surau RnR. Aku cakap waktu Maghrib tu sekejap. Kalau nak berwirid panjang biarlah kat rumah. Orang lain bersusun nak ambik tempat solat. Zaman tu surau RnR tak besar macam sekarang.

Ada orang komen “Aik?? Kau solat ke?”

Hanya kerana pic profile aku free hair, semudah tu dia assume aku tak bersolat. Orang macam ni la stok-stok yang merasa diri dia baik.

Masa aku belajar agama dulu, ustaz cakap kalau malam semalam kita minum arak, Subuh tetaplah bangun solat. Kalau semalam kita berzina, pagi ni tetap bangun solat. Buatlah jahat macamana pun solat jangan tinggal. Sebab solat tu eventually akan bawa kita ke jalan yang benar. Ini baru betul orang yang faham agama. Ni tak. Baru berjinak-jinak solat tahajud 2 minggu dah perasan baik.

Sometimes orang yang kita nampak senang tu, tak sesenang yang kita sangka. Dia pun ada hutang. Ada mak bapak nak dibagi duit setiap bulan. Ada masalah kat tempat kerja. Semua orang ada problem masing-masing. Tinggal lagi orang-orang macam ni jarang mengeluh. Dia anggap itu sebahagian dari proses kehidupan. Dia move on, bukan meratib pastu judge orang lain!

Pelik aku dengan orang yang suka audit dosa orang lain. Nampak nau insecure dengan diri sendiri. Always nak merasa dia holy than thou. Dah la audit dosa orang, siap tuduh Allah tak adil pulak tu.

Yang kita nampak orang tu tak pakai tudung. Yang kita tak nampak entah-entah solat taubat dia tak pernah tinggal. Entah-entah sujud dia lagi lama dari kita. Dia buat apa yang dia mampu buat. Mungkin solat dia mampu buat, tapi menutup aurat belum mampu. Macam kaulah. Menutup aurat dah mampu. Tapi berlapang dada tak mampu lagi. Faham?

Agaknya orang yang betting aku tanggal tudung tu berapa la duit dia hangus. Berani dia betting dengan kawan kononnya aku takkan lama bertudung. Yang si kawan bagitau aku 😆.

Tu satu lagi bukti. Kau tak suka orang, orang pun sebenarnya tak suka kau. Kawan sendiri pulak tu yang tak suka. At least yang tak suka aku haters, bukannya member sendiri.

Itulah bahayanya bersangka-sangka. Boleh merosakkan hati. Bila hati penuh dengan sangka buruk, kita takkan mampu tengok nikmat sendiri. Sibuk mengira nikmat orang lain.

Pikir macam ni je. Kalau kaya bermaksud Allah reda, dah tentu-tentu semua nabi manusia paling kaya di dunia. Tapi tak, kan? So Allah tak adil ke?

Kalaulah “susah”bermaksud Allah murka, apesal orang yang paling banyak diuji is para nabi?

Bak kat M Nasir, “susah” tu sebahagian dari perjalanan hidup je, bukan musibah. Senang pun sebahagian dari hidup, susah pun sebahagian dari hidup.

Toksahlah merasa kita dah jadi baik sangat. Apa yang kita buat tu — solat, puasa, baca Quran, sedekah, tutup aurat — ni semua bare minimum je. Orang lain pun buat juga.

Berentilah menerakakan orang, mendayuskan orang, mengistidrajkan orang, menjudge orang. Diri kita sendiri pun belum tentu lepas. Takde siapa masuk syurga sebab amal semata-mata.

Allah dah clue untuk hidup senang — “Kalau kau bersyukur, Aku tambah lagi”