2026-07-18

GreenAard: Kenapa kena ambil Gloei SELEPAS makan.


Hari tu aku buat post pasal cara makan Gloei, and aku dapat pertanyaan ni:

Melalui pemahaman dia, suplemen berkolagen kena ambil SEBELUM makan sebab dalam tu dah ada kolagen. Gloei takde kolagen. Tapi Gloei boleh stimulate badan produce kolagen semulajadi. Kenapa untuk stimulate kolagen dalam badan, Gloei diambil selepas makan?

Baik. Good question.

Jawapan yang simple: Sebab Gloei bukan produk kolagen.

Gloei tak supply kolagen dari luar. Konsep Gloei, dia supply nutrien dan bahan aktif dari tumbuhan yang support proses penghasilan semula jadi kolagen dalam badan.

Badan kita sebenarnya produce kolagen sendiri, tak perlu kolagen dari luar pun. Tapi seiring dengan usia, kolagen dalak badan berkurang. Jadi kita hanya perlu merangsang badan untuk gerakkan semula collagen production. Gloei punya konsep bukan masukkan kolagen ke badan, tapi rangsang badan hasilkan kolagen sendiri melalui bahan-bahan dalam Gloei.

Dalam sains pemakanan dan sains makanan, the best waktu untuk makan supplement depends on jenis bahan aktif yang ada kat dalam produk tu. And depends juga pada sifat bahan tu and how badan memproses that bahan and how well bahan-bahan ni berinteraksi dengan sistem pencernaan. Different supplements work in different ways.

Badan kita ada sistem tersendiri untuk produce kolagen. Benda pertama yang badan perlu is, amino acid. Dalam Gloei ada milk powder and soya. Dua-dua ni protein utama dalam Gloei. Milk powder ada casein and whey, which provide amino acids. Amino acid ni badan akan guna untuk produce kolagen.

Benda kedua yang badan perlu is, vitamin dan mineral. Ini semua ada dalam Gloei.

Gloei ada bahan-bahan lain juga. Setiap bahan ada peranannya. Some provide nutrients. Some provide natural plant compounds. Some provide antioxidant support.

Jadi kenapa Gloei kita suggest ambil selepas makan?

Pertama sekali, kena faham yang Gloei bukan ubat. Takde waktu wajib kena ambil sebelum atau selepas. Gloei kategori makanan, jadi boleh ambil sebelum, semasa atau selepas makan. Yang paling penting, konsisten ambil everyday.

Tetapi our suggestion PALING PRAKTIKAL untuk kebanyakan orang is, SELEPAS makan.

Why?

Sebab sifat some bahan dalam Gloei lebih sesuai dengan keadaan bila badan sudah terima makanan.

Contohnya, astaxanthin dan ekstrak carrot dalam Gloei ada carotenoid. Carotenoid sifatnya larut lemak. Apa maksud larut lemak?

Maksudnya, astaxanthin dan ekstrak carrot lagi senang nak diproses bila perut ada sikit lemak dalam sistem penghadaman. Bukan lemak badan kau tu, tapi lemak dari makanan yang baru dimakan.

Bila kita makan makanan yang ada lemak, badan akan produce hempedu. Hempedu digest lemak making them easier for usus to absorb. That's why Gloei kita suggest ambil selepas makan. 

Bukanlah makna kata kau kena makan makanan berlemak. Janji sebelum tu dah ada makanan berlemak sikit dalam badan, contohnya minyak. Lepas makan nasi berlauk ayam goreng, makanlah Gloei. Gitu maksudnya.

Lagi satu, ambil Gloei selepas makan, perut lebih selesa sebab dalam Gloei banyak ekstrak tumbuhan. 

Ekstrak tumbuhan ada banyak polyphenol and fitonutrien. To some people, too much ekstrak tumbuhan semasa perut kosong akan bagi rasa tak best. Dorang akan rasa loya sikit. Sometimes rasa macam mencucuk-cucuk kat perut. Jadi bila ambil Gloei selepas makan, at least makanan tu provides some support and protection.

Dalam Gloei ada vitamin C. Some people, vitamin C boleh buat pedih perut sebab sifatnya acidic. That's why ambil Gloei selepas makan is the best option. Tapi kalau nak makan sebelum makan pun takde masalah.

Produk berkolagen always suggest diambil sebelum makan bukannya apa sangat, cuma nak kurangkan persaingan dengan makanan lain semasa proses pencernaan. Tu je.

Thank you for this feedback.

As someone yang sangat suka dengan sains pemakanan, I don’t see this testimonial as a miracle. 

I see it as something that can be explained scientifically.

Lapisan kulit paling luar (epidermis) ada satu fungsi yang sangat penting. It’s called the skin barrier. Kalau skin barrier kukuh, air kekal berada di dalam. Bakteria pun payah nak masuk. Bahan kimia pun susah nak tembus. Kulit jadi lembut.

Tapi bila skin barrier rosak, air mula keluar dengan senang. Kulit hilang kelembapan. Kulit jadi kering. Senang menggelupas. Makeup nampak bercapuk.

Aircond punya kelembapan rendah compares to udara biasa. Bila kelembapan rendah, beza antara kandungan air kulit dengan kandungan air udara jadi makin besar. Eventually, air ditarik keluar daripada kulit. 

So, semakin lama kita duduk dalam bilik beraircond, lagi tinggi air hilang melalui kulit. That's why ramai yang kerja opis kulitnya rasa cekang, kasar, bibir senang pecah, makeup senang crack, foundation jadi cakey. Masalahnya bukan pada bedak, tapi skin barrier tak cukup strong.

Kalau skin barrier dah rosak, moisturiser pun tak berguna. Sebab moisturiser bekerja dari luar. Sedangkan pembentukan sel kulit berlaku dari dalam. 

Our skin creates new cells every day. Kalau badan tak dapat nutrien yang cukup, the new skin cells may not function at their optimal level. Tu pasal kalau bab menjaga kulit, luar dalam kena jaga. Kalau nutrient tak cukup, skin care mahal pun takkan membantu. Kalau dalam je bagus tapi skin care tak rutin, kulit tetap akan kusam.

Sel kulit mati tertanggal everday. Dalam masa 28 hari (it can take longer as we get older), almost semua lapisan luar kulit adalah new sel. Maknanya, kulit kita sekarang (sila tengok cermin sekarang) adalah hasil daripada apa yang kita makan, minum dan routine skin care beberapa minggu lepas. Perubahan pada kulit jarang happen dalam masa beberapa hari. It takes time, and consistency plays a big role.

Kenapa ada orang cuma nampak perubahan pada kulit selepas ambil Gloei beberapa bulan, some boleh nampak perubahan dengan 1 botol?

Because our body is constantly going through renewal and repair. Bukan bertukar dalam masa sehari dua. Kalau keadaan kulit kita dah sedia teruk, akan ambil masa yang lebih lama dari orang lain. Sebab itu pentingnya RUTIN. Once kulit dah cantik nanti, lagi cepat nampak perubahan.

Hari tu aku gi Coffee Bean teman En Wan makan, ada sorang blog reader tegur. Masa aku masuk kedai, dia memang dah ada makan dalam tu dengan kawan-kawan. Dia datang kat aku, kenalkan diri. Sembang lebih kurang. Pastu dia pegang pipi aku. Terkejut aku dia pegang pipi.

"You look young. Cantiknya kulit Kak Di!"

Cantik kulit, ok. Takpe. Kalau kau kata "Putihnya kulit Kak Diiii", memang aku pindahkan terus spek mata aku ke mata dia.

Nak kata aku look young, maybelah. Sebab umur 49 tahun belum tua sangat, cuma bukan muda lagi. Kulit belum berkedut lagi umur 49 gini.

Kita boleh lambatkan penuaan kulit. Bukan mengelak jadi tua, cuma lambatkan rupa tua tu. One of penyebab seseorang nampak tua is, kulit. Tengoklah mana-mana perempuan yang tak rutin skin care, akan nampak pada kulitnya dulu.

Ni bukan pasal makeup tau. Tanyalah MUA. Kalau skin kau tak ok, nak makeupkan kau struggle.

Dia ada beza makeup perempuan yang dah berusia dengan makeup perempuan yang kulitnya bermasalah. Aku pernah tengok perempuan umur 50-60-an yang kulit dia cantik sangat. Fine lines memang ada, sebab itu proses penuaan. That's normal. Tapi kulit dia licin, sekata and tak banyak tekstur. Makeup masih boleh duduk cantik terletak.

Ada orang muda umur 25-30 tahun, tapi kulit penuh jerawat, bekas jerawat, pori besar, too dry, too oily. Yang ni lagi mencabar nak makeup. Sebab makeup tak boleh cover tekstur, cuma boleh kurangkan. Kalau kulit too dry, foundation nampak patchy. Kalau kulit menggelupas, lagi tebal foundation, lagi jelas kulit mengelupas tu. Kalau pori besar, foundation boleh berkumpul dalam pori. Pastu jadi ternakan bakteria bila bercampur peluh.

Kulit yang banyak parut jerawat, bila cahaya kena pada permukaan kulit yang tak rata, walaupun dah pakai foundation tebal, tekstur tu tetap akan nampak.

Sebab tu MUA selalu cakap "Skin preparation is everything"

Makeup yang cantik bermula sebelum apply foundation. It all starts with your skin condition. Janganlah ingat orang yang kulitnya nampak mulus tu disebabkan makeup semata-mata. Kulit dia dah memang cantik. And nak dapatkan kulit cantik tu kena rutin jaga luar dalam. Orang tu jaga kulit macam nak rak. Makan suplement, pakai skin care, cuci mekap betul-betul, cut sugar, tido cukup. Itu kerja yang rutin, bukan dia baru start 2 hari lepas, hari ni dah cantik. Bukan. 

Orang kata testimoni macam aku tepek tadi takde nilai saintifik, susah nak percaya.

Yes, betul. In research, testimoni tak boleh dijadikan bukti klinikal bahawa a produk akan bagi hasil yang sama kepada semua orang. But that feedback are still valuable because they reflect real people's experiences. It can be a starting point untuk orang faham how certain nutrients can bagi kesan positive pada kulit. 

Cuma, kita kena realistik. Kalau orang tu makan Gloei kesannya boleh nampak dalam 1 bulan, itu bermaksud 1 blan adalah tempoh MINIMUM yang diperlukan untuk kulit cantik. 

However, kena sedar juga yang mungkin kulit kita lebih severe dari dia. Jadi maybe kita perlukan tempoh yang lebih lama. Some people notice changes sooner, some take longer, and others may need further evaluation (kalau ada ekzema, psoriasis atau allergy).

Dulu GreenAard selalu pairkan Gloei dengan free Cleansing Gel. Pakej jaga luar dan dalam. Tunggulah new Cleansing Gel siap, aku akan bagi as free gift.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, whatsapp sini.
Atau boleh ke website GreenAard.