2026-07-16
GreenAard: Gloei yang baru ni lebih sedap?
Ini post susulan dari video aku semalam, pasal new Gloei.
Macam yang aku cakap, Gloei new packaging ni hanya packaging saja berubah. Rasa sama, formula sama.
Ada 1-2 orang yang dah dapat Gloei cakap Gloei yang baru ni lebih sedap. Ada yang cakap rasa lain tak macam dulu.
Sebenarnya dari segi rasa masih sama sebab formula semua sama. Cuma, perlu difahami, flavour pineapple tak semestinya sama setiap batch. Raw material akan berubah-ubah ikut buah yang dituai ketika tu. Tapi idoklah berubah dari rasa pineapple ke rasa pisang. Tetap pineapple cuma maybe kemasaman berbeza, atau kemanisan berbeza.
Flavour Gloei adalah gabungan pemanis, perisa dan serbuk buah. Bahan-bahan aktif lain macam lycopene, bromelain, asthaxantin dan lain-lain lebih kepada fungsi sahaja, takde kaitan dengan rasa.
Ni aku bagi pecahan bahan-bahan dalam Gloei.
Yang pertama, bahan-bahan yang bagi flavour cuma 4 saja - dextrose, pineapple flavour, pineapple juice powder, orange flavour and ascorbic acid.
Yang bagi rasa manis is dextrose.
Yang bagi aroma and rasa nanas, pineapple flavour.
Yang bagi rasa masam, pineapple juice powder and ascorbic acid.
Yang bagi rasa sitrus, orange flavour.
Lain-lain bahan dalam Gloei, kalau pun kita tambah bahan baru, tak akan mengganggu rasa.
Yang kedua, yang buatkan some people rasa "Eh, macam lain sikit rasa dia", bukannya flavour, tapi tekstur.
Dalam Gloei yang packaging baru ni, kita keluarkan mannitol. Mannitol ni sifatnya tak mudah serap kelembapan (dari udara). Tujuannya supaya serbuk Gloei tak mudah bergumpal semasa storage.
Kita keluarkan mannitol dan gantikan dengan dextrose. Dextrose ada fungsi yang sama macam mannitol, which bagi rasa manis dan act as bulking agen. Cuma, dextrose takde fungsi elakkan serbuk bergumpal. That's why Gloei yang sekarang ni, bila tuang dalam mulut, dia ada rasa-rasa gummy sikit.
Yang ketiga, bahan-bahan lain dalam Gloei lebih kepada fungsi, bukan rasa. Contoh, chamomile extract, saffron extract, astaxanthin, etc. Ini semua bahan yang tak mengganggu rasa. Bahan-bahan ni bagi benefit.
"Dextrose tak naikkan gula darah ke?"
Kalau dextrose tu banyak, yes. Mannitol pun sama, kalau banyak, memang akan naikkan gula darah. Tapi, kesannya bergantung kepada jumlah yang digunakan. Contoh, kalau produk tu ada 1-2 g dextrose, blood sugar tak spike pun. Lainlah kalau dextrose alone 10-20 g, memang mencanak blood sugar kau.
Satu sachet Gloei is 3 gram. Dalam 3 gram Gloei, selain dextrose ada juga pineapple juice powder, vitamin C, mineral premix, L-cysteine, ekstrak tumbuhan, astaxanthin and perisa. Maksudnya, tak mungkinlah dextrose alone 3 gram penuh. Dalam 3 gram Gloei, kandungan dextrose around 0.3-0.8 gram only. Senang cerita kita round up 1 gram.
Kalau dextrose sekitar 1 gram, maknanya dia contribute around 1 gram karbohidrat. 1 gram karbohidrat tersangattttttlah kecik impaknya pada blood sugar. Maka janganlah risau. Lagipun kita dah test pada pesakit diabetis, selepas 2 jam, blood sugarnya normal.
Kepada yang tanya macamana nak makan Gloei, senang saja.
Gloei BUKAN kategori ubat-ubatan. Maka takde waktu makan yang spesifik, as long as kau rutin ambil Gloei 1-2 sachet sehari. Nak ambil sebelum, semasa atau selepas makan, silakan. Tapi kalau nak waktu yang paling sesuai, aku cadangkan SELEPAS MAKAN. This is the best suggestion untuk semua orang. Bukan sebab lebih baik, tapi lebih selesa. Sebab dalam Gloei ada bahan aktif macam lycopene and astaxanthin. Bahan aktif ni lebih senang diserap bila perut dah makan.
Buat masa ni Gloei takde stok. Insyallah stok sampai Jumaat ini. Kalau semua inventory checking settle, kita akan pos dulu (mana yang sempat) hari Jumaat juga. Kalau syok sampai Jumaat petang, maknanya delivery kita buat next week.
Masih boleh order Gloei sehingga Jumaat. Harga yang kita offer sekarang RM145 sama macam harga lama, tapi kali ni lebih banyak sachet. 1 Ogos kita akan start dengan new price.
